FINISH

Semalam sebelum naik ke atas to comfort Baby Idris, Medina minta phone. Macam biasalah dia itu. Mahu youtube. Saya tinggalkan phone bersama dia. Well. Phone itukan sekarang dah jadi hak bersama emak dan anak T_T

Saya turun. Mencari phone tersebut. Belum usia toddler lagi phone itu. Masih newborn tapi kalau ditengok dengan mata air (what the hey!) Kalau ditengok dengan mata kasar, nampak seperti handphone buruk akibat sering dilesing dan dibuat macam lempar cakera oleh anak. Tak apalah. Kilang Apple kan Daddy ada saham T___T

Tak jumpa jumpa.

Medina, where did you put mummy’s phone?

Seperti biasa. Bila ditanya soalan bermula dengan WHERE, anak perempuan tersebut akan lekas-lekas bangun mencari-cari di segenap rumah. Benda pertama dia akan buat, tak lain tak bukan ialah menyelak kesemua bucu carpet. Walaupon ditanya WHERE DID YOU PUT YOUR BOTTLE? Pon akan cari bawah carpet juga. Selepas carpet, akan selak semua benda yang  boleh diselak. Seperti comforter, dan beanbag. Pandai. At least nampak usaha mencari di situ. Dan nampak juga sikap responsive terhadap soalan yang diajukan.

Saya breastfeed Idris. Biarkan dia terus menyelak sana sini cari phone tersebut.

Tidak lama itu, dia datang pada saya.

Saya tanya lagi sekali ; Where’s my phone?

Lalu keputusan dan jawapan telah dibuat olehnya.

Dia kata ; FINISH (sambil tangan berpusing menandakan FINISH)

Ha? Mana boleh finish! Where’s my phone? Go, find it!

Dia dah decide. Kerja mencari tidak akan diteruskan. Dia buat tak layan selepas itu lalu menghadap televisyen.  KAHKAHKAH. Handphone tersebut tidak ditemui saban hari. Hingga saya terpaksa minta nurse yang hendak menghubungi saya pergi menghubungi suami kerana handphone saya telah FINISH.

Petang itu barulah bertemu kembali dengan handphone. Tahukah kau di mana ia tersembunyi? Betul-betul bawah car Medina. Tunggu masa nak kena lenyek. Kalau ditakdirkan Medina bermain car tersebut, ada chance handphone saya rangup di tempat kejadian.

Sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah tablet (be it Android, Galaxy or anything else yang takyah mahal sangat) untuk Medina. Most probably, Nintendo DS 3D untuk menyelamatkan saya dari high blood pressure. Sekarang nak pegang handphone atau laptop pon kena sorok-sorok. Atau ada tangan kecik datang membuat onar.

Persoalan sekarang, bagaimanakah dia boleh mengatakan telefon bimbit saya telah FINISH? Haha. Menurut tekaan kami, dia menganggap FINISH itu beerti TIADA.

Accepted.

Recent Entries

16 Responses to “FINISH”

  1. lynd Says:

    haha..
    kakak baby lawak la :)

  2. poyaty Says:

    kakak baby yg bertanggungjawab. syabas. hahaha

  3. cinoi Says:

    ohmygod so adorable la.
    tapi budak2 mmg camtu la. asal dah takde ke apa2 je msti cakap FINISH

  4. Iz Yahya Says:

    I rasa kan, mungkin juga finish bermaksud dia dah finish pusing dan selak satu rumah tapi tak jumpa gak. Tu yang tangan berpusing sambil cakap finish. Hahaha

  5. Amyz! Says:

    Hahaha. ohmai. pandainyaa!! finish terus ye? haha.

  6. Aini Says:

    oh!medina..so amazing and adorable…. big hugs n kisses…

  7. hanafijaafar Says:

    huhu, nintendo 3ds pun dah cukup mewah kalau bagi anak kecik… beli tablet murah lagi bes kot..

    chika Reply:

    Sebab haritu ada sales Nintendo DS half price. Tapi rasanya nak beli tablet murah asal boleh youtube je.

  8. nurul Says:

    hahaha!!medina’s cute!!

  9. mia Says:

    kekekeke..gelakkan mama medina..

    finish means dah sudah carik la tu…bila die sebut finish means tak payah carik dah…penat dah die selak sana sini kot…hehehehe..pandai medina kenekan mama dia… :P

  10. Rynn Says:

    heheheehhe kakak baby comel! smart girl

  11. ciare Says:

    comel. finish = tiada =)

  12. Masy Says:

    mesti dia biasa dgr pkataan FINISH tu lepas mkn. FINISH..!! (pandang pinggan, makanan dah abes. “ooo makanan dah takde la tu”, Medina bermonolog).

  13. Dilakochan Says:

    Hahaha…comel lah medina si budak finish ni! ;))

  14. Huda Luna Says:

    menangis baca T______T
    kelakar la medina comel ni

  15. nhhas Says:

    Assalamualaikum wbt…

    Hi Chika…. dah lama tak bertandang.
    Tahniah dengan kehadiran orang baru dalam keluarga.
    Makin jarang lah chika update selepas ne yer… hehehe…

    Medina…. behave yer kakak baby, jangan buli adek baby….Banyak dah vocab si kecik finish tu yer….hehehehe

    take care….
    selamat hari raya….

    semoga amalan kita semua Allah terima, Ameen….

Leave a Reply