KITCHEN : Chicken Cheese Ball for Babies

Disebabkan Medina ini jenis pemakan, saya menjadi seronok untuk menyiapkan makanannya. Setidak-tidaknya, waktu dia tengah bermain pon saya akan potong-potongkan buah bagi dia. Sungguhpon akhirnya juice buah tersebut akan sedikit sebanyak menghiasi TV, meja TV, blanket mahupon carpet. Tapi tak apa. Mummy rajin HUAHUAHUA.

Kebiasaannya, menu lunch dan dinner anak ini adalah rice porridge. Tapi dipelbagaikan setiap hari. Kalau hari-hari pon dibagi makan yang sama, kasihanlah. Namun, dah nama pon rice porridge. Walau isi di dalam diubah-ubah, texture tetap sama. Sesekali kenalah bagi anak makanan dengan texture yang lain. Medina pon sudah 15 tahun (Hoi, bukan!) Medina pon sudah 15 bulan. Pasti dia ingin merasa makanan yang perlukan sedikit usaha dan aktiviti mengunyah. Bukan sekadar telan dan kenyang.

Untuk itu, saya mencuba Chicken Cheese Ball.

Rajah 1

Sangat mudah. Tak payah kepakaran. Orang yang tak pandai bake velvet cake macam saya ini pon boleh bake cheese ball ini. Disebabkan ada beberapa orang bertanya resepi, dengan berasa termalu-malu ini saya akan kongsikan resepinya. Sedia? Pen dan kertas? Sebenarnya tulis dalam hati pon cukup sebab resepi ini sangat singkat.

Ingredients.

Minced chicken / minced beef (Kalau rajin, blend sendiri pon boleh)
Daun celery (cincang)
Sebijik telur (pukul dia, pukul dia!)
Carrot (Diced)
Tomato (Diced)
Shredded cheese (lagi banyak lagi menggembirakan)
Bread crumbs (serbuk roti)
Sedikit black pepper dan lada sulah

Optional ; Jagung or any other vegies your babies like.

How to?

Masukkan semua ingredients di atas tanpa rasa bersalah ke dalam sebuah bowl. KECUALI BREAD CRUMBS. Gaul-gaul. Kemudian, gumpal menjadi bulat. Tak perlu menjadi sebulat kepala Doraemon. Asal sahaja kelihatan bulat, memadai. Dan bebola tersebut digolekkan ke dalam bread crumb. Tujuan bread crumbs dalam kes ini adalah untuk menyatukan bebola tersebut, mengerti? Salut bebola itu dengan sebanyak mana bread crumb yang dikehendaki supaya bebola tidak berpecah belah.

Susun di dalam bekas untuk membakar (Rujuk rajah 1) Dan bakarkan di dalam oven selama 15 minit pada suhu 175 darjah celcius. Tetapi maklumat ini terlalu peribadi. Boleh adjust mengikut kesesuaian kerana suhu dan masa ini saya dapat melalui pengalaman peribadi. Bakar sehingga daging masak (itu yang penting)

Siap. Boleh bagi anak makan. Kamu pon boleh makan kerana ramuan ini juga kena dengan tekak orang dewasa. Oleh kerana ini adalah untuk versi bayi, saya tidak mensarankan added salt. Cukuplah salt yang disumbangkan oleh cheese.

Rajah 2

Memanglah comel jari itu. Jari bayi. Bukan jari emak bayi.

Rajah 3

Rajah 4

Gembira. Anak saya gemarkannya. Makan secara laju dan sedikit teriakan apabila lewat beri.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Bab menyediakan tasty homemade food ini, saya bukanlah mahir sangat. Sedang belajar-belajar dan mengumpul resepi yang bersesuaian untuk dibagi kepada anak.

Recent Entries

9 Responses to “KITCHEN : Chicken Cheese Ball for Babies”

  1. Izza Says:

    Sedapnya makanan Medina ! Auntie yang tengok ni pulak teringin nak makan :D

  2. ciare Says:

    ni bleh buat utk bukak pose ni karang. anak xbleh mkn lg yg keras mcm ni. biar mama n papa makan hehe =D

    anyway, thanks for the recipe :)

  3. Wafaa Says:

    Thanks dear!

  4. nursarah puteri Says:

    comelnya jari Medina.

    kreatif la resipi ni untuk baby. baby kan suka makan benda yang dia boleh pegang. hehe.

  5. Pocket Says:

    oven tu kan,
    convectional oven ker microwave?
    pocket tgh tengok tengok nak bli oven nih,

    sila bagi tips kalau ada :D

  6. hanafijaafar Says:

    semua orang tgh makan lunch sekarang, jadi aku menahan diri dari buat muka lapa. tapi sebab dah baca entri ni, aku nekad nak buat untuk buka puasa, tapi minus sayur sebab aku malas nak makan sayur.

    haha, aku tak ada blender rupenya, nanti jenuhlah aku cincang daging ayam sampai lumat.

  7. misha Says:

    yay! thanks chika!

  8. hanafijaafar Says:

    haha, aku betul2 buat resipi ni untuk berbuka semalam. macam tak percaya.

  9. ImanAtom Says:

    wah besnye. bleyla try buat ntuk anak buah saya.
    nex week seminggu kena baby sit dia sorang2.
    so bleyla bagi dia menu mknn baru.
    slalunye kasi dia cornflakes je.
    thanks, kak nurul. :D

Leave a Reply