Ramadhan 1432 H

Ramadhan 3.

Apa khabar semua? Selamat menjalani bulan Ramadhan. Tingkatkan ibadah, tingkatkan istiqamah, dan tingkatkan berat badan? Harap jangan. Kerana bulan Ramadhan sebenarnya bukan bulan menjulang juadah bermeja-meja. Tapi memang tak boleh dinafikan. Juadah sedap memang sebahagian daripada keindahan Ramadhan. Tapi menjaga bentuk tubuh juga saranan Islam. Bukan sebab nak melaram Kebaya Nyonya sempena Aidilfitri. Tapi tubuh badan ideal, adalah tubuh yang sihat. Tubuh yang sihat, membantu ibadah.

Maka jangan pandang serong usaha diet rakan-rakan.

Terlalu random. Bukan nak buka cerita pasal diet Ramadhan. Sengaja datang tengok blog untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada semua muslimin. Dah Ramadhan yang ke-3. Alhamdulillah. Saya berpuasa. Cabaran berpuasa kali ini adalah nafsu makan ibu hamil. Bukan kerana kurang upaya, atau tak larat. Keupayaan insyaAllah ada. Larat memang larat. Tapi keinginan nafsu sangat teruk. You get me? Macam tak sabar sabar nak menunggu jam 5 petang setiap hari. Tak sabar-sabar nak menyambar makanan. Sudahlah aroma masakan Mak Yang mula mengganggu setiap jam 3 petang. Buruk betul sikap ini. Harap dapat menumpaskannya dari diri.

Masuk sahaja waktu berbuka puasa, makanan yang disambar-sambar akhirnya putus di tengah jalan. HAHA. Ruang perut terlalu kecil. Makan sikit sahaja sudah cukup untuk mensesakkan pernafasan. Menjadikan saya kurang makan. Tapi akan mengambil makanan secara kerap. Makan, semput, makan, semput.

Saya dalam minggu ke-37. Lagi 3 minggu (or less? or more?) sebelum menyambut kehadiran khalifah baru in the family. Due date saya pada 22 August 2011. Akan melahirkan bayi ini di Lismore Base Hospital. Tempat kerja suami. Kondisi kehamilan saya menurut obstetrician, adalah OK. Walaupon saya dihantui oleh labour yang mungkin come early, doctor cakap dia tidak rasa begitu.

Anak saya yang cheeky sedang merengek di bawah. Dia memerlukan cuddling session, I know. Maka, sampai di sini sahaja karangan saya dalam format Ramadhan ini. Diharap karangan baru akan muncul lagi dan lagi. Khuatir dengan keupayaan sendiri, macam ada chance blog ini tidak akan dikemaskini sehinggalah kehidupan harian saya menjadi kembali terurus. Sekarang memang tak berapa terurus. Sebab banyak sangat urusan nak menguruskan seorang anak itu dan sebuah rumah kecil ini. Nanti kalau kena menguruskan dua orang anak dan aku berasa makin tak terurus, blog ini aku bekukan jadi tugu peringatan negara. Siapa datang, boleh melihat monumen. KAHKAHKAH.

Err. Sebenarnya tadi nak buat WordlessWednesday. Tapi Si Murai mana boleh menjadi wordless sangat. Dan di bawah ini adalah gambar-gambar Wordless Wednesday yang tidak menjadi.

Medina ada bouncy castle. Dah dua bulan rasanya Daddy dia beli. Pernah main sekali sahaja. Musim sejuk ini, janganlah dibuat-buat bermain di luar. Kita tunggu musim hangat tiba. Kita buka semula bouncy castle OK.

Sebelum itu,

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 26 BUAT MA & ABAH.
1 AUGUST 1985 – SYURGA
(hendaknya)

Recent Entries

8 Responses to “Ramadhan 1432 H”

  1. misha Says:

    bouncy castle Kakak Baby adalah sgtttt cool! :)

  2. fahreen fredo Says:

    Selamat ulangtahun nekma dan tokabah!

    Yang lainye, selamat menjalani ibadah berpuase chika sekeluarga. semoga kelahiran kali ini smooth dan chika dan baby baru sehat semuanye. salam dari kami sekeluarga.

  3. ciare Says:

    22 August adalah hari lahirku ^___^

    Salam ramadhan buat chika sekeluarga. Mesti tak sabar sabar nak menunggu ahli baru kan? Kalau dapat BOY dah ada sepasang. Kalo dapat GIRL kena cuba lagi LOL

    <3

  4. Intan Says:

    Salam Ramadhan Chika..
    Bestnye bouncy castle Medina, aunty nak tumpang main skali, boleh?
    Semoga semuanya baik2 saja ya chika!

  5. huda mukhtar Says:

    selamat berpuasa chika..semoga ramadhan kali ini memberi 1001 makna yang membahagiakan..

  6. ilyannur Says:

    salam Ramadhan chika. kalau blog ni jadi beku, nk ucaplah semoga bersalin dengan senang dah baby sihat insyaallah.

  7. Masy Says:

    dengki. takmo tegur medina 2 hari!

  8. Nur Says:

    Semoga Chika selamat melahirkan bayi dgn mudah.. janganlah sampai take update langsung, takut kami rindu… take care..

Leave a Reply