Archive for August, 2011
Posted by chika under
Nur Medina Semalam sebelum naik ke atas to comfort Baby Idris, Medina minta phone. Macam biasalah dia itu. Mahu youtube. Saya tinggalkan phone bersama dia. Well. Phone itukan sekarang dah jadi hak bersama emak dan anak T_T
Saya turun. Mencari phone tersebut. Belum usia toddler lagi phone itu. Masih newborn tapi kalau ditengok dengan mata air (what the hey!) Kalau ditengok dengan mata kasar, nampak seperti handphone buruk akibat sering dilesing dan dibuat macam lempar cakera oleh anak. Tak apalah. Kilang Apple kan Daddy ada saham T___T
Tak jumpa jumpa.
Medina, where did you put mummy’s phone?
Seperti biasa. Bila ditanya soalan bermula dengan WHERE, anak perempuan tersebut akan lekas-lekas bangun mencari-cari di segenap rumah. Benda pertama dia akan buat, tak lain tak bukan ialah menyelak kesemua bucu carpet. Walaupon ditanya WHERE DID YOU PUT YOUR BOTTLE? Pon akan cari bawah carpet juga. Selepas carpet, akan selak semua benda yang boleh diselak. Seperti comforter, dan beanbag. Pandai. At least nampak usaha mencari di situ. Dan nampak juga sikap responsive terhadap soalan yang diajukan.
Saya breastfeed Idris. Biarkan dia terus menyelak sana sini cari phone tersebut.
Tidak lama itu, dia datang pada saya.
Saya tanya lagi sekali ; Where’s my phone?
Lalu keputusan dan jawapan telah dibuat olehnya.
Dia kata ; FINISH (sambil tangan berpusing menandakan FINISH)
Ha? Mana boleh finish! Where’s my phone? Go, find it!
Dia dah decide. Kerja mencari tidak akan diteruskan. Dia buat tak layan selepas itu lalu menghadap televisyen. KAHKAHKAH. Handphone tersebut tidak ditemui saban hari. Hingga saya terpaksa minta nurse yang hendak menghubungi saya pergi menghubungi suami kerana handphone saya telah FINISH.
Petang itu barulah bertemu kembali dengan handphone. Tahukah kau di mana ia tersembunyi? Betul-betul bawah car Medina. Tunggu masa nak kena lenyek. Kalau ditakdirkan Medina bermain car tersebut, ada chance handphone saya rangup di tempat kejadian.
Sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah tablet (be it Android, Galaxy or anything else yang takyah mahal sangat) untuk Medina. Most probably, Nintendo DS 3D untuk menyelamatkan saya dari high blood pressure. Sekarang nak pegang handphone atau laptop pon kena sorok-sorok. Atau ada tangan kecik datang membuat onar.
Persoalan sekarang, bagaimanakah dia boleh mengatakan telefon bimbit saya telah FINISH? Haha. Menurut tekaan kami, dia menganggap FINISH itu beerti TIADA.
Accepted.
Posted by chika under
Uncategorized 
Ahmad Idris Bin Ahmad Hizwani
Moga dengan nama ini, anak lelaki kami menjadi zuriat yang baik dan mulia. Semulia akhlak dan pekerti Nabi Allah Idris A.S.
Ahmad Idris,
Berterima kasihlah pada Daddy yang telah mengilhamkan nama ini. Bawa nama ini dengan baik. Sebab nama ini adalah nama yang baik. Jadi insan baik. Berbuat baik dan akhlak yang baik.
Doa Mumny & Daddy.

Posted by chika under
Uncategorized 
Ramai telah teka dengan tepat! Hadiahkan diri sendiri sebuah hadiah (jangan minta saya) HAHA
It’s a BABY BOY

Posted by chika under
Uncategorized 
Sleep well. Feed well. Not too loud. Senang settle ; tepuk tepuk diam. Zikir zikir diam. Medina dulu lagi mencabar. HAHA This is another picture to share :)
InshaAllah, we’ll be home this evening. Mana Medina? Pergi ikut Daddy buat ward round.

Posted by chika under
Ahmad Idris Alhamdulillah. Segala puji bagi kebesaran Allah SWT. Saya telah selamat melahirkan seorang lagi khalifah ke atas muka bumi ini. Selamat datang ke dunia, Adek Baby.
Mummy, Daddy and Kakak Baby Medina have lots of LOVE to offer.

Nama bayi secara tiba tiba belum dikenalpasti. We had a few names in mind. The Daddy sunddenly went indecisive last evening. Kita nantikan keputusan Istikharahnya. Moga dapat petunjuk dalam memberikan nama yang mulia dunia akhirat. InshaAllah.
Gambar bayi yang berkualiti juga belum dapat disiarkan. Kerana kesan pencahayaan sangat suriram di sini. Dia suruh rehat dan tidur. Bukan rakam pose anak :p
Terima kasih semua atas doa-doa.

Posted by chika under
Baby N' Things,
Baby's Food,
cook book,
Kitchen,
makan,
Parenthood,
recipes Disebabkan Medina ini jenis pemakan, saya menjadi seronok untuk menyiapkan makanannya. Setidak-tidaknya, waktu dia tengah bermain pon saya akan potong-potongkan buah bagi dia. Sungguhpon akhirnya juice buah tersebut akan sedikit sebanyak menghiasi TV, meja TV, blanket mahupon carpet. Tapi tak apa. Mummy rajin HUAHUAHUA.
Kebiasaannya, menu lunch dan dinner anak ini adalah rice porridge. Tapi dipelbagaikan setiap hari. Kalau hari-hari pon dibagi makan yang sama, kasihanlah. Namun, dah nama pon rice porridge. Walau isi di dalam diubah-ubah, texture tetap sama. Sesekali kenalah bagi anak makanan dengan texture yang lain. Medina pon sudah 15 tahun (Hoi, bukan!) Medina pon sudah 15 bulan. Pasti dia ingin merasa makanan yang perlukan sedikit usaha dan aktiviti mengunyah. Bukan sekadar telan dan kenyang.
Untuk itu, saya mencuba Chicken Cheese Ball.

Rajah 1
Sangat mudah. Tak payah kepakaran. Orang yang tak pandai bake velvet cake macam saya ini pon boleh bake cheese ball ini. Disebabkan ada beberapa orang bertanya resepi, dengan berasa termalu-malu ini saya akan kongsikan resepinya. Sedia? Pen dan kertas? Sebenarnya tulis dalam hati pon cukup sebab resepi ini sangat singkat.
Ingredients.
Minced chicken / minced beef (Kalau rajin, blend sendiri pon boleh)
Daun celery (cincang)
Sebijik telur (pukul dia, pukul dia!)
Carrot (Diced)
Tomato (Diced)
Shredded cheese (lagi banyak lagi menggembirakan)
Bread crumbs (serbuk roti)
Sedikit black pepper dan lada sulah
Optional ; Jagung or any other vegies your babies like.
How to?
Masukkan semua ingredients di atas tanpa rasa bersalah ke dalam sebuah bowl. KECUALI BREAD CRUMBS. Gaul-gaul. Kemudian, gumpal menjadi bulat. Tak perlu menjadi sebulat kepala Doraemon. Asal sahaja kelihatan bulat, memadai. Dan bebola tersebut digolekkan ke dalam bread crumb. Tujuan bread crumbs dalam kes ini adalah untuk menyatukan bebola tersebut, mengerti? Salut bebola itu dengan sebanyak mana bread crumb yang dikehendaki supaya bebola tidak berpecah belah.
Susun di dalam bekas untuk membakar (Rujuk rajah 1) Dan bakarkan di dalam oven selama 15 minit pada suhu 175 darjah celcius. Tetapi maklumat ini terlalu peribadi. Boleh adjust mengikut kesesuaian kerana suhu dan masa ini saya dapat melalui pengalaman peribadi. Bakar sehingga daging masak (itu yang penting)
Siap. Boleh bagi anak makan. Kamu pon boleh makan kerana ramuan ini juga kena dengan tekak orang dewasa. Oleh kerana ini adalah untuk versi bayi, saya tidak mensarankan added salt. Cukuplah salt yang disumbangkan oleh cheese.
Rajah 2
Memanglah comel jari itu. Jari bayi. Bukan jari emak bayi.
Rajah 3

Rajah 4
Gembira. Anak saya gemarkannya. Makan secara laju dan sedikit teriakan apabila lewat beri.
Ini sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Bab menyediakan tasty homemade food ini, saya bukanlah mahir sangat. Sedang belajar-belajar dan mengumpul resepi yang bersesuaian untuk dibagi kepada anak.