Of breastfeeding, food and diet.

“Nursing does not diminish the beauty of a woman’s breasts; it enhances their charm by making them look lived in and happy,”
Robert A. Heinlein

Dalam kata lain ; Menyusukan bayi tidak meluakkan kecantikan payudara, malah membuatkan payudara kelihatan gembira (Duh) Lebih 14 bulan saya menyusukan Medina. Sama ada secara direct, atau menerusi expressed breast milk (EBM). Namun EBM adalah cerita lama. Sudah berbulan-bulan tidak menyentuh Medela Swing. Apa khabar, breast pump? Harap dalam keadaan baik kerana khidmat kau diperlukan kembali tidak lama nanti. Jangan buat hal. Atau Freestyle will replace you. Oh berangan ke?

I am kidding (might be not)

Tidak lama lagi, Medina menginjak 15 bulan. Dengan izin Allah juga, adek baby akan keluar. Breastfeeding is the matter now. Saya tidak bercadang untuk wean off Medina. Maka, selamat menghadapi tandem nursing! Ada orang berpendapat, ini kedengaran gila. Sumpah, ini tidak gila. Ramai orang melakukannya. Emak saya sendiri melakukannya. Gila, mungkin tidak. Tapi mencemaskan. Saya tidak tahu apakah realiti sebenar melakukan tandem nursing. Harap Tuhan bantu. Eh, Tuhan memang akan bantu setiap usaha yang baik. Jadi, saya akan berusaha kerana usaha tangga kejayaan susu.

Sejak perkhabaran kehamilan saya diketahui ramai, ramai ingin tahu adakah saya menyusukan Medina semasa pregnant? Apakah kesannya? Boleh ke? Doctor tak marah? Cukup? Larat? Perancangan masa hadapan?

Hurm.

Tidak pernah terlintas di kepala untuk menghentikan Medina dari breastfeeding. Kerana itu adalah sebahagian daripada kegemarannya. Matlamat saya untuk breastfeed Medina sehinggalah dia berusia 2 tahun. Harap tercapai. Atau kalau tidak pon, sehingga mana dia mahu. Tapi 2 tahun adalah limit. Kalau selepas 2 tahun pon masih menjadi-jadi mahu mengempeng? OK yang itu aku belum fikir lagi. Nanti aku fikir.

Awal kehamilan, milk production adalah begitu mengujakan. Engorgement kerap berlaku lalu berasa gembira bukan kepalang. Engorgement selepas bersalin memang boleh merembeskan air mata ibu setiap malam nak emo nak bersedu-sedan. Betul? Tapi engorgement tatkala bayi sudah berusia lebih 6 bulan adalah kegembiraan. HAHA. Kedengaran aneh. Memang gembira sangat melihat keupayaan supply susu kepada Medina. Membuatkan saya berasa semakin yakin yang saya mampu untuk terus menyusui bayi walaupon hamil.

Yang indah hanya sementara. Apabila tempoh kehamilan saya semakin meningkat, milk production menjadi susut. Engorgement? Jangan harap. Medina pula makin membesar. Makin tinggi demand. Saya tak pasti saya beri dia secukupnya atau tidak. Tapi bagi tetap bagi.

Sehinggalah pada suatu hari …

Kami membawa Medina ke Child Health Center untuk melihat development anak. Adakah menterkejutkan apabila Medina telah lost weight secara mendadak. Dan ini disyaki bermula dari usianya 8 bulan. Bayi itu kan jenis mensimpan tangki di sana sini. Sedihnya, tangki-tangki kelihatan macam bocor HAHA. Dia kelihatan susut. Nurse menjadi risau tidak menentu. Padahal kami ibubapanya tidaklah risau mana. Sebab kami tahu selera makan dan aktiviti sehariannya yang bukan sikit punya bersepadu.

Tapi nurse sangat risau. Dia pon membuat kaji selidik dan bertanya apa kes? Adakah Medina tidak mahu makan dan menolak susu? Kami suami isteri berasa perlu ketawa terbahak-bahak. Kalaulah dia tahu macam mana punya selera besarnya anak kami. Langsung tak beri masalah kepada kami bila bab makan. Dia adalah pemakan yang bahagia.

Nurse pon menjadi bertambah aneh. Dia mahu melihat Medina dalam keadaan naked. Lalu berasa hairan. Kerana Medina tidak kurus keding. Masih kelihatan lemak-lemak di sana sini (terutama di pipi nyum nyum) Dia teka macam-macam. Lalu akhirnya, dia bertanya Medina ni kuat minta susu atau tidak? Saya kata, sangat kuat. Sangat kerap dan saya ini sudah menjadi seperti pacifier.

Akhirnya, nurse tersebut membuat kesimpulan bahawa susu badan saya tidak lagi mencukupi untuk bayi tersebut. Kerana saya sedang hamil. Susu saya tidak lagi sebanyak biasa. Dan tidak lagi membekalkan nutrition secukupnya yang Medina perlukan. Jadi dengan rasa malu-malu alah dan macam susah sangat nak sebut, nurse mensarankan saya mencampurkan formula milk kepada bayi yang susu maniac itu.

Di sini memang begitu. Nurse, midwife mahu doctor sekalipon tidak pernah celupar senang hati menyuruh kamu berhenti menyusukan bayi, atau menyuruh kamu memberi bayi formula milk. Setiap kali nak mencadangkan supaya bayi yang breastfeed diberi formula milk, mereka biasanya cakap macam serba salah. Jadi nurse kata, itu pon kalau saya bersedia. Sebab dia kata, dia faham breastfeeding to certain moms is an emotional thing. Sememangnya. Saya pon mula berasa emotional dan bersedih kerana disarankan supaya tidak lagi exclusively breastfeeding.

Tapi. Tak apalah. Saya tidak sedih sangat. Kerana untuk anak. Bukannya saya disuruh berhenti. Saya masih menyusukan Medina seperti biasa. Tetapi sejak dia berusia setahun lebih, saya mula memberinya formula milk. Dapat jugaklah exclusively breastfed dia selama setahun lebih. Heh. Formula milk itself langsung tidak mempuaskan bayi ini. Walau sehari berbotol-botol ditelannya, balik-balik breast juga dicarinya HAHAHA. Lalu, saya gembira! I win!

Sekarang, Medina minum goat milk. Kerana lebih berkhasiat dan kurang fat berbanding cow’s milk. Yada-yada.

Maka sekarang sudah wujud tin susu bayi dalam food cabinet kami.
Cuba juga memberinya Soy milk.

KAHKAHKAH.

Kali pertama diberi soy milk, Medina telah menolak susu secara mentah-mentah lalu mengamuk kuat-kuat. Sumpah menakutkan. Rupanya soy milk adalah berasa sangat teruk. Saya pon naik pitam bila tercium baunya. Jadi soy milk tersebut digunakan di dalam oat untuk breakfast Medina. Dan dicampur-campur dengan goat milk secara tipudaya. Habis satu tin yang ini, Mummy janji tak beli lagi soy milk. HAHA.

Dulu sangat mudah. Berjalan-jalan tak perlu bawa botol. Bawa diri sahaja. Sekarang haruslah membawa botol.

Dan bermulalah pemandangan seperti ini di dalam kitchen rumah kami.
Dulu, pemandangan ini tak ada.

Lalu kerja saya pon meningkat sikit. Kerana sebagai seorang emak yang leceh, hanya saya yang akan mencuci botol-botol susu bayi. Sesekali sahaja dicuci oleh orang lain. Atau kadang-kadang, selepas dicuci oleh orang lain, aku bertindak macam kejahatan sedikit. Pergi teropong dalam botol dan teats. Tak boleh percaya. Lalu aku basuh lagi sekali. Susu badan adalah selamat dan bersih selalu. Tapi susu dari botol, mestilah dipastikan dari botol yang memang bersih. Atau anak akan meminum bakteria. Walaupon tak nampak bakteria sedang terbang atau jalan kaki, tapi imaginasi aku nampak.

Botol kaca adalah paling menyenangkan hati saya. Kerana senang dibersihkan.

Sewaktu travel, saya akan beli botol plastik biasa secara pakai buang. Jadi, hati aku pon senang. Yang susahnya, Medina sudah pandai memilih teats. Hanya mahu ortodhontic teats Tommy Tippee. Punyalah susah nak jumpa yang jenis dia suka itu. Tidak ada jual separately. Kalau nak teats, kena beli botol  sekali. Teats dari glass bottle Cherub ini dia tak mahu. Atau mungkin saya kena gigih mencarinya di merata-rata tempat.

Alhamdulillah. Dia memang kuat menyusu. Sehari berbotol-botol. Tapi sekarang saya catu jumlah milk intake dia atas saranan dietitian. Kerana dia juga seorang yang kuat makan. Khuatir perut dia tak cukup kapasiti HAHA. Sudahlah itu, breastmilk pon mahu juga. Lagi-lagi sekarang ini. Susu saya kelihatan kembali nak banyak. Mungkin kerana new baby dah nak keluar. Apalagi, Medina belasah ah.

Dia juga bukan picky eater. Dia seorang yang berselera baik dan masih tasteless. Jadi, kami masih boleh control menu dia. Masih tidak dibenarkan added salt or sugar. Bukan apa. Selagi dia masih boleh terima makanan-makanan tasteless ini, selagi itulah kami tak mahu bagi seasoning pada makanan dia. Lainlah kalau dia mula menjadi picky atau susah nak makan.

Seronok tahu, bagi dia makan. Sebab tidak menimbulkan masalah. Dia akan duduk hadap kita makan selagi dia belum kenyang. Dia akan behave on high chair, wearing bib and being strapped. Makan apa juga yang saya bagi. Dan jarang meronta-ronta mahu apa yang kami makan. Sebab dia hanya tahu makanan dia. Yang bukan makanan dia (Yang kami tak pernah offer, dia langsung tak heran biasanya)

Breakfast ; Organic oat with fruits and soy milk.

Lunch biasanya rice porridge. Dan saya dah mula bagi dia black pepper sikit-sikit. Atau menu lain yang pernah saya beri ;

Organic pasta with homemade tomato sauce.

Mula diajar menu with oil juga.
Untuk dia, saya hanya guna olive oil.

Benda-benda lain yang dimakannya setakat ini ;
Kids cheese.
Yogurt (since 6 months old)
Fruits. Berries adalah wajib.
Toddlers crackers.
Baby biscuit.
Eggs.
Pan grilled fish.
Dried fruits.

OK selebihnya saya tdak boleh recall at this moment. Tapi senang cakap, bagi apa pon dia makan.

Amazingly, dia kembali ke berat badan seimbang dalam masa satu bulan. Rupa-rupanya dia tidak mendapat susu yang memenuhi keperluan selama ini. Kasihan. Alhamdulillah, sekarang dia kelihatan kembali OK. Cuma kena control takut dia menjadi-jadi sangat OK. Sebab dia itu senang sangat naik berat. Orang kata sebulan naik beberapa ratus gram, dia sebulan naik sekilo lebih. Selamba.

Kepada ibu-ibu yang juga mempunyai masalah anak hilang berat secara mendadak, tak mahu makan atau alergik makanan dan sebagainya, saya sarankan lekas-lekas jumpa dietitian. Kerana consultation dari mereka adalah sangat sangat membantu. Selain itu, memang kena menjadi sangat rajin melayan anak makan. If you need help, seek for help! Untuk itu, terima kasih Mak Yang, Adek dan Ijat yang banyak tolong saya menguruskan Medina. Dalam keadaan sarat begini, saya memang banyak tak berdaya.

Tapi. Ada toddlers when they reach certain phases, selera makan memang tak ada. I read, it is normal. And it is normal too for mommies to be worried. As long as your babies are happy, you should feel happy too. Semua baby tak sama. They develop differently. They grow differently. They bring different problem too.Cuma sabar dengan tidak saja kita sebagai emak nak hadapinya. Sebagai seorang saya yang hamil, kesabaran saya kebelakangan ini tak begitu tebal dan mudah tercabar. Saya mahukan kesabaran yang sangat banyak T___T

Recent Entries

6 Responses to “Of breastfeeding, food and diet.”

  1. irma Says:

    salam chika.

    chika pernah try lamb/chicken casserole untuk baby.?

  2. Aini Says:

    salam chika,

    menu medina sungguh menarik dan tertarik…mmmm….buat lapar plak 1st puasa ni…btw…salam ramadhan ya….

  3. mi2omar Says:

    as salam,
    semoga medina terus membesar dengan penuh kecomelan dan menjadi anak yang solehah..

  4. syima Says:

    so sweet..sy banyak baca entry awk terutam bab mengandung ni..sbb sgt teruja nak ader baby..insyaallah..pepun take car k…

  5. misztrex Says:

    thanx for sharing….

  6. suraya Says:

    Hi, saya currently follow blog awak. Thank sharing. saya suke baca berkenaan baby sebab planning nak pregnant dalam masa terdekat.

    First time saya tahu ade botol kaca, tertarik nak cari untuk bakal anak nanti. Sebab plastic botol saya baca ada kandungan BPA, sebab tu sekarang ramai yang akan beli botol yang BPA-free untuk anak, harganya juga mahal sedikit, tp untuk anak semua sanggup. Jadi kalau ade botol kaca memang lebih bagus la untuk guna di rumah.

    Teruskan berkongsi cerita sebab saya selalu berkunjung ke sini.

    Take care & congratulation for the 2nd baby :)

Leave a Reply