Diari Medina

Hi, Mummy’s readers! This is Medina (interpretation through Mummy’s fingertips) Today, I would like to share a story about my daily life. My fun days with Mummy (and Opah) at home, while Daddy is working.

Baiklah. Kita mulakan now.

Saya seorang morning person. Setiap hari saya akan bangun sebelum Mummy. Kadang-kadang sahaja Mummy akan bangun sebelum saya. Itu boleh saya katakan sebagai keajaiban alam (Tak. Saya tak kenal Sailormoon. Saya tak tiru lagu dia) Saya biasanya telah sedia duduk di sebelah Mummy (membawa bersama pipi saya yang tembam dan merah pada waktu pagi) Kalau mood saya baik, saya akan sayang Mummy. Dan tepuk muka Mummy. Dan korek mata Mummy. Saya tak fahamlah kenapa Daddy harus berkata NO, MEDINA, NO apabila saya mengorek mata Mummy. Bukankah itu cara mengejutkan orang daripada tidur? Saya tak faham orang dewasa. Mereka complicated.

Kalau mood saya kurang baik, saya akan menangis sehabis boleh. Daddy akan pujuk.

Kerana saya bangun awal pagi, setiap hari saya melihat Mummy performs Subuh prayer. Saya bersabar sewaktu Mummy menghadap Allah. Saya tak ganggu (meskipun hati saya tak tahan inginkan susu) Sebaik sahaja Mummy selesai, saya akan pastikan saya menunjuk perasaan sehingga saya mendapat susu. Saya suka susu Mummy saya. Saya tak suka susu soya. Apa? Susu sejat? Bayi tidak boleh makan susu sejatlah.

Saya ada pengalaman baru sekarang ini.

Ini mattress saya.
Berwarna merah jambu.
Saya belum pasti samada ini warna kegemaran saya atau warna default sebab saya bayi perempuan.

Mummy dengan Daddy telah separate tempat tidur saya dengan mereka. Saya tahu. Mereka mahu ruang tidur yang lebih luas tanpa saya. Memandangkan saya tidak suka cot, mereka bagi saya tilam sahaja. Ditempatkan di sebalah tilam mereka. Mengumpan saya seolah-olah saya tidak dipisahkan. Pandaikan mereka? Tapi mereka tak tahu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tilam ibubapanya juga. Pada waktu malam, saya akan bangun menangis minta susu. Jadi Mummy terpaksa bawa saya ke tilamnya.  Sebab tilam saya kecil. Mummy tak muat tumpang. Selepas menyusukan saya, Mummy pasti terlelap. Lalu terlupa untuk mengembalikan saya ke tilam merah jambu tersebut. Saya gembira. Saya dapat mendampingin Mummy.

Pada malam yang lainnya pula, saya tidak akan guna strategi minta susu. Kalau setiap malam pon guna strategi yang sama, saya khuatir tahap IQ saya rendah. Jadi, sesekali saya akan bangun tengah tengah malam di dalam gelap. Dan merangkak sendiri ke sebelah Mummy. Mummy sayang saya. Mummy tak akan tergamak menyuruh saya kembali ke tilam saya. Tambahan pula, saya bribe Mummy dengan pelukan.

Tapi kalau Mummy tengah garang, saya nahas.

Bangun sahaja tidur, hobi saya ialah bermain. Tidak. Menyusu bukan hobi. Itu profession saya. Saya harap pembaca blog Mummy tahu bezakan hobi dengan profession.

Mummy dengan Daddy sediakan satu sudut untuk saya bermain. Di setiap bilik ada sudut mainan. Di ruang tamu juga ada. Oh, bukan. Sebenarnya rumah kami sudah tiada ruang tamu. Ruang tersebut telah diolah sepenuhnya menjadi ruang toys.

Setiap pagi saya akan pastikan bilik Mummy diserikan dengan taburan permainan saya. Saya juga akan mengoyakkan sedikit demi sedikit majalah medicine Daddy. Daddy tak marah pon. Jadi, saya tak nampak jika ini perbuatan salah. Sebab itulah saya terus buat. It is fun!

Lebih fun, kalau saya dapat mengirai sekotak tisu. Tapi itu dulu. Sekarang tidak berpeluang lagi. Tidak kelihatan sekotak tisu pon dalam rumah saya ini. Mungkin tisu sudah pupus. Atau mungkin Daddy dengan Mummy telah menyorokkannya dari saya. Kalau benar, terkilan saya.

Namun, pagi semalam saya menjumpai sesuatu yang lebih fun daripada mengirai sekotak tisu.

Satu pek babywipes!

Hurmmmm harum!

Aktiviti ini seronoklah. Satu persatu saya keluarkan. Dan tabur pada sebelah tilam Mummy. Mummy tidak perasan. Kerana Mummy kembali tidur. Mummy kata dia senak perut. Saya beri Mummy masa untuk berehat. Saya tidak kisah. lagipon daddy telah meninggalkan permainan ini untuk saya. Terima kasih, Daddy.

Siap mengeluarkan kesemua keping, saya pergi melihat keadaan Mummy. Mummy kelihatan terlalu mengantuk. Saya ajak Mummy pergi tengok perbuatan saya. Tapi Mummy tidak mahu. Mummy beri saya susu. Rezeki jangan ditolak. Saya pon menyusu. Tapi saya masih menunjuk-nunjuk ke sebelah tilam Mummy. Saya mahu Mummy tengok perbuatan saya dan berasa gembira. Malangnya, Mummy mahu tidur.

Tidak lama itu, saya dibawa mandi. Saya suka apabila Mummy menyebut; SHOWER SHOWER. Saya terbayang kenikmatan air panas dalam musim dingin. Saya suka shower!

Ini adalah saya sedang menikmati bubble bath di dalam bathtub.
Bersama dua ekor rubber ducky.
Saya pantang tengok duck, mulut saya terus quack quack.
Sebenarnya memang lenguh juga apabila sepanjang sesi bubble bath, saya asyik membunyikan quack quack.
Saya cuba tidak buat. Tapi saya buat juga.
Mungkin kerana saya baru belajar meniru bunyi.

Selagi saya belum mandi, saya tidak akan dibenarkan turun ke bawah. Saya tidak dibenarkan menonton cartoon. Apatah lagi breakfast.

Ini sesi yang saya tidak gemar dalam rutin harian saya. Iaitu memakai diaper dan mengenakan pakaian. Saya rimas. Saya suka mengelilingi rumah secara naked. Saya tak dibenarkan berbuat demikian. Sebab itu saya sering meronta. Lalu membawa kepada pertempuran antara saya dengan Mummy.

Mummy menang selalu.

Siap berpakaian, Mummy mesti akan cium saya dan berkata ; Comelnya! Sayatidak peduli sangat. Yang saya tahu, saya mahu bermain-main dengan botol bedak, botol minyak yu yee, sikat rambut dan bekas nappy cream. Kalau Mummy tak bagi, saya akan susahkan hidup Mummy. Syukurlah. Sekarang Mummy semakin memahami. Dia sudah tidak kisah jika saya mahu bermain botol bedak. Botol sajalah. Tabur tabur bedak, belum dapat lagi. Alah, Mummy saya itu cerewet!

Sebelum turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi (biasanya dalam bentuk oat, porridge dan fruits) saya akan bermain dengan Elmo dan Fur. Fur adalah kucing saya. Saya suka kucing. Tapi saya tidak suka kucing dalam jarak dekat.

Saya pandai tiru Elmo laugh.

Selepas saya siap berpakaian comel comel dan wangi, saya barulah dibenarkan turun makan. Saya mesti didudukkan dalam high chair. Sebab Mummy kata, makan berjalan itu tidak baik. Ya. Saya belajar adab. Mummy akan bacakan doa makan. Saya hanya akan amin. Oh. Saya juga mesti pakai bib sewaktu makan. Kalau semua orang terlupa pon, saya pasti ingat.

Selepas makan, saya akan bermain-main sepanjang hari. Memanjat-manjat apa yang boleh panjat. Menghancurkan apa yang boleh dihancurkan. Dan menonton TV, pastinya. Saya tak dapat menceritakan aktiviti permainan saya. Sebab terlalu banyak bermain. Saya sendiri pon tidak cukup masa (dan tangan) untuk bermain.

Dalam jam 3 petang (waktu saya) saya akan facetime bersama Nek Ma, Uncle Uda, Uncle Del dan Tok Abah. Saya suka facetiming. Sebab saya boleh tunjuk aksi.

Saya juga kena mendengar Mummy mambaca buku cerita. Saya akan ketawa apabila Mummy membuat intonasi suara yang bukan-bukan semasa membaca. Kadang-kala, saya tepuk muka Mummy. Sebab mummy kelakar sangat.

Demikianlah diari harian saya.

Recent Entries

31 Responses to “Diari Medina”

  1. ejam Says:

    seronoknya baca dari awal sampai habis, begitu indah hari2 medina “mengembirakan” hati seorg mummy…

  2. anaLyana Says:

    hhahaha, sangat feeling medina ok, Best lah chika entry ni..:)

  3. fahreen fredo Says:

    The best Entry ever! Suke gile cara mummy tu ceritakan pada kami tentang medina! Medina so shomel! Aunty loves you <3

  4. laila Says:

    so sweet le diari beby medina nih! ^_^

  5. princesseryna Says:

    so sweet! budak2 itu je la karenah depa kan?.. main bedak… kiraikan tisu.. sepahkan toys… main air… tak nak pakai baju.. sama macam anak saya… macam2…

  6. Aini Says:

    salam chika…oh medina…sungguh comel ciptaan Allah..indahnya moments mengulit anak kan?? bertuahnya medina n mummy n daddy n new coming baby…

  7. yanz Says:

    ala suwetttttttttttt… comel sgt Medina tau.. dan comel juga tulisan “Medina” ni. Entri terbaik abad ini.. HOHOHOHOHO

  8. FIQAFI Says:

    SANGAT COMEL DIARI MEDINA… :)))))))))

    post la lg kak!

  9. ciare Says:

    kakak bayi comel =)

  10. Ernibaizura Says:

    Terbayang2 memang medina yang taip entri ni. hehehe….

  11. farah Says:

    Entry yg paling best!!!!thanks chika sbb bg peluang kami membaca kisah perjalanan seharian medina..

    p/s : cantik rumah chika.bersih ya amat..

  12. Dilakochan Says:

    Enrty palingg chomelsss! ahaha..
    Once a week kalau kasi ‘medina menaip’ pun best jugak ni…

  13. ilyannur Says:

    this is so comel!
    diary seharian baby yang comel. releks je

  14. Amyz! Says:

    Always be mommy’s sweetheart, no matter what. :-)

  15. Rina AVAIL a.k.a cik betty Says:

    pandainya medina bercerita..nnt medina amik alih blog mummy ya..

  16. mia Says:

    skenyer baca entry ni….nakal jugak yer medina..huhuhu..nakal likes mommy kot…….:P

    thumb up for this post..:)

  17. ain Says:

    alaaaaaa comelnyeee.. medina harus read ni bile dh besar nnt!

  18. poyaty Says:

    hahaha, cerita medina sangat di buru skrg. tq mummy. berzillion-zillion like :D

  19. EG Says:

    rasa nak jdai budak2 balik. haha

  20. Intan Says:

    Comel betul entry ni..suke baca..
    Cutenye tempat tidur Medina, yg tak tahannye…….”warna default sebab saya bayi perempuan.” hehehh..

  21. Rynn Says:

    Medina good girl!

  22. aini Says:

    hahahah,kelakar la entry awak ni nurul..take care ye,tak lama lagi nak due dah kan..

  23. lissa Says:

    comelest!!!!!!!

  24. cuya Says:

    comelnyerr…..mcm betul2 si medina tengah bercerita….

  25. eHa Says:

    comel sangat entry ni… dh 2x baca..hehehe

  26. Yot Says:

    i wonder, apakah mummy medina menggila bila tengok wet tissue bertempiaran atas lantai?

  27. hajar zunnur Says:

    Funny! Serious tgh terbayang medina type semua nie. Haahahah. :)

  28. mi2omar Says:

    aduhhhhhhh, medina kenapa comel sgt nih?? gerammmmmmm

  29. chii Says:

    sampai satu masa nnt…bila medina da pandai membaca dan berblog..pastinya dia akan tersenyum ceria kan…so sweet =)

  30. Nur Says:

    Entri yg sangat menarik… seronoknya Medina. Chika memang tersangat kreatif.. enjoy your story.. comel sungguh Medina.

  31. Zana Says:

    Comelnyaaaaaaaa Medina! Gerammmm :D

Leave a Reply