Monday Yang Ini Sememangnya Birus.
Saya tidak tidur sedap sedap malam semalam. Beberapa minggu kebelakangan ini, tidur tidak sesedap biasa. Late pregnancy syndrome. Berada dalam minggu ke 35. Lagi berbaki 5 minggu. Tak lama lagi.
- Short of breathing. Dear beloved growing uterus, I know that you’re pressing againts my diaphragm. I know that’s a sign that my little khalifah in there is growing good. Tak apalah.
- Dear, nose. Please stop bleeding.
- Dear iron tablet, thank you for the constipation. Ia mengerikan.
- Abdominal pain, backache and headache. Kamu semua memang serangkaian gejala yang datang bergurau-gurau dengan ibu-ibu hamil. What to expect kan?
- Gestational TB makin kritikal. Bergegas ke tandas laju-laju secara emergency memang turn me off. Still! What to expect?
- Dear Medina, engkaulah ratu hatiku. Mummy cintakan kau. Terima kasih sebab selalu buat kelakar (walaupon selalu buat darah Mummy go upstairs) Kuat imitate dia itu. Sekarang sedang giat imitate bunyi duck, beruang dan cat. Dan imitate gaya orang sedang bercakap.
Tolonglah. Pagi ini sungguh plain boring. Suami kembali bekerja. Saya kembali menghitung hujung minggu untuk sampai. Menghitung minggu demi minggu to be in labour. Excited satu macam untuk melihat bayi baru ini. Pernah melihatnya sekali sahaja sepanjang tempoh 35 minggu ini menerusi ultrasound.
Saya menyenangi Dr. Steele. Seorang obstetrician berusia. Rakan kepada suami. Lemah lembut sopan santun berbudi bahasa kelakar dan suka memancing (eh mana kau tahu? Tak, aku acah je) Kaedah beliau membuat antenatal checkup memang tidak sama dengan kaedah Dr. Spikey dulu. Dr. Steele ini takda main ultrasound punya kaki. Dan tentulah suami saya menggemari sikap itu. Dia bilang, I am expecting another tiny little bub macam Medina. Heh. yang itu aku pon pasti tahu. HAHAHAHA. Tengok perutlah!
Tidak kelihatan sarat kadang-kadang membuat aku sedikit terkilan. Kerana ada waktunya, aku mahu difahami oleh umum bahawa aku sedang sarat. Jangan tengok size perut, boleh? Dalam kehamilan, size doesn’t matter (ewah) Yang penting usia kehamilan. Saya sedang pregnant 35 minggu! Saya sedang berasa sarat. Dan tak larat. Saya hanya mahu berbungkus dalam duvet cuddling Medina sambil mengetik mobile phone atau menonton TV. Dan juga makan. Kerja kemas mengemas aku dah tak minat. Membeli belah, berjalan-jalan dan bercuti-cuti juga aku tak minat. Sebab psikologi aku tidak berapa baik. Aku diburu bayangan labour.
Pokok-pokok depan rumah telah ditebang habis oleh jiran yang rajin. Tetapi saya tidak tahu, apakah penerimaan saya terhadap perbuatannya ini. Mungkin suka. Kerana dapat simbahan matahari yang lebih banyak untuk menghangatkan sedikit musim sejuk ini. Mungkin juga tidak berapa suka. Kerana rumah kelihatan terdedah. Bagai wanita Arab hilang purdah. Ha?
Tolonglah!
Isnin kusam.




July 18th, 2011 at 8:30 am
Salam Chika, 5weeks to go.. Semoga semuanya berjalan lancar..
Take care ya!
July 18th, 2011 at 8:34 am
medina tolong hiburkan hati mommy please :)
July 18th, 2011 at 10:29 am
dah x lama dah.. selamat menjaga diri. jgn kusam2.. nanti bayi masam. ok tipu je hehehehe
July 18th, 2011 at 12:12 pm
lame tak singgah blog nih…da mengandung rupenya tuan tanah hehe..smeoga selamat melahirkan baby nanti..amin!
scaniaz post—>> Fakta Menarik Mengenai Filem KL Gangster
July 18th, 2011 at 12:55 pm
jage diri ibu medina…….:)
July 18th, 2011 at 2:12 pm
salam chika..another baby mcm medina??? wah jealous and happy dengar.. psstt kat sini ada 3 boys in the house..nak chop menantu lagi lah… take care….