Kakak Baby Ada Baby!

Bayi saya akan menjadi toddler 14 bulan dalam beberapa hari lagi. Saya masih memanggilnya baby kerana dia adalah baby forever in Mummy’s heart. Sebagai emak yang suka meng-elmo (kata dasar; emosi) untuk eliminate gelaran ‘baby’ dari toddler ini pon aku rasa sedikit depresi HAHA. Saya suka melihat development anak. Namun, mengetahui hakikat bahawa dia akan terus membesar hari demi hari dan akan menjadi kurang helpless is somehow buat aku meng-elmo lagi.

Kalau ini macam engkau asyik nak meng-elmo, baik kau jadi Elmo.

Atas dasar kuat meng-elmo ini, saya memputuskan untuk memanggilnya KAKAK BABY kelak. Bukan saja kelak. Sekarang pon telah mula dipraktiskan. Tapi yang melucukan, kita panggil dia KAKAK, dia panggil kita KAKAK balik T_________________T

Bayi saya ini dalam keadaan kesihatan yang kurang menseronokkan hati orang tuanya. Gila ah aku berasa tua pabila mengatakan ini. Tapi tak apa. Pulang dari Kuala Lumpur yang bakal #BERSIH tak lama lagi (dengarnya), anak ini telah bermasalah kulit yang luarbiasa. Bukanlah luar sangat dari biasa. Tapi bagi seorang bayi yang selama ini sangat cantik dan licin kulitnya, permasalahan sebegini menjana radang perasaan buat orang tua (duh again, aku tua) Pharmacist di KL mendakwa, ini angkara serangga. Kami pula mandakwa, mungkin angkara pemakanan atau kualiti air. Tapi masalah tersebut telah pergi syukurlah.

Beberapa hari ini, dia mengalami selsema yang keterlaluan. Yang aku tidak sama sekali memaafkan bakteria jahat yang membuat onar tersebut. Kasihan anak aku, tahu? Saya agak bitter when she refused breast :( Dia tidak pernah refuse breast, just so you know. Hidung telah tersumbat oleh mukus jahat. Dia jadi susah untuk bernafas, lalu tak kuasa hendak melayan breast. Malam-malam juga begitu. Kedengaran nafas yang sangat kuat dan penuh usaha melalui mulut. Poor little thing.

Bukan dia sahaja, saya juga mengalami hidung yang berair-air. Tapi aku orang dewasa. Aku tahu menghembus dan mencari posisi. Bagi bayi ini, apalah yang dia tahu. Bila saya cuba menyedut hingusnya dengan nebuliser, dia menganggap saya cuba mengapa-apakan hidungnya lalu marah. Tapi kadang-kadang, aku tidak pedulik. Aku sedut juga dan berhasil. Tapi bakteria jahat sangat kuat. Sekali kena humban, sepuluh kali dia bawa masuk angkatan baru sungguh jahat macam Lady Morgana.

Ini kali kedua dia tidak sehat. The first one was 7 months ago. Yang itu memang kejadian ngeri bagi saya. Kali ini, syukurlah. Dia hanya selsema. Tetapi masih aktif bermain, masih ligat memanjat, masih bersemangat untuk marah dan masih besar selera makannya.

Sepanjang hari, selain duduk atas high chair menghadap makan, dia akan mengelilingi rumah bermain saban hari. Tidur tidak mahu. Tidur-tidur ayam, mahu. Tapi tidur ayam tak dikira tidur. Sebab itu ayam yang punya &^$##$@!!

Dalam kiraan 7 minggu lagi (inshaAllah) dia akan menjadi seorang kakak. Aku adalah bimbang akan penerimaannya terhadap Adek Baby kelak. Tapi kalau ditengok dari sikapnya kini, dia gemarkan bayi. She’s always nice to babies. Cuma, what to expect? Dia juga masih baby. Menampar muka Mummy dan melesing barang dianggapnya gurauan kelakar. Tak mustahil dia apply jenaka ini kepada Adek Baby? God forbid. HAHA.

Sekarang ini sedang Toys Sales. Jadi kami belikan toys baru buatnya. Antara yang dipilihnya sendiri, adalah baby doll di bawah ini. Seriously, dia pilih sendiri. Dia yang mahu dan dia yang bayar OK acah je.

Untuk mempercepatkan cerita ini, kita akan dibantu oleh gambarajah. Sebab bayi yang sedang kita perkatakan ini sedang mengamuk ajak Mummy main pretend pretend makan.

IMG_5489

When I said, “Kiss baby, hug baby, sayanggg baby”

IMG_5498

She definitely loves the baby.
Adorable sangat!

IMG_5499She loves sharing too.
Maka, dia berkongsi pretend watermelon.
Disuapkannya ke dalam mata baby. Memang scary.
Tapi ada nilai kasih sayang dan berkosngi makanan di situ ye. HAHA.
IMG_5500

Bila bermain dengan Baby, dia akan peluk dan berlaga pipi (her definition of kissing) banyak-banyak kali.

IMG_5501Dan korek mata Baby juga adalah antara kegemarannya.
Bab ini, mentakutkan saya OK.
Jangan buat pada Adek Baby, sudah.

Telah lama tidak membuat tayangan video. Sebab dah lama sangat menyepi (biasalah, statement artist artist) saya akan bermurah hati berkongsi video Medina Bermain Bayi ini.

Nama Baby Doll tersebut adalah Blossom.
Daddy yang bagi nama tu.
Tanya Daddy kenapa.

Recent Entries

11 Responses to “Kakak Baby Ada Baby!”

  1. cahya indah Says:

    Medina looks so cute playing with the baby – shaking it and everything. She’ll be a great big sis ;)

  2. Aini Says:

    Salam chika…
    Ya Allah …comel btul la kamu ni medina..love love love…
    rasa macam nak cop buat menantu saja…haih….(*mengeluh sbb geram sgt*)

  3. Rina AVAIL a.k.a cik betty Says:

    ada ciri-ciri kakak baby yg penyayang..ingat chika dh berslin..kata nk tulis mcm serigala (sediakala kan maksud dia)..tp lama br ada entri br..^^

  4. mi2omar Says:

    as salam,

    kak chika~
    perlakuan yang sangat comel oleh seorang kakak baby yang comel.=)

  5. Laila Says:

    Medina sangat2 comeyl!~~ Geram2.. Nak kidnap rasa.. :p

  6. Yot Says:

    she’s so adorable. dia dah pandai sebut ape sekarang chika?

  7. aima Says:

    ganas sungguh kakak baby ni :D tp sifat ke”kakak”an itu menyerlah

  8. Intan Says:

    So sweet lah Medina ni..so adorable..
    My doter was 17months bila dia dapat adik dan telah membuat onar dgn tak mau dgn org lain selain mamanya sahaja. T______T

  9. Ernibaizura Says:

    Memang comel ssangat Medina ni. Harap2 tak dikoreknya mata adek baby nanti (angkara geram sangat..heheh). Haizum, jaga diri bebaik yer semoga urusan bersalin nanti dipermudahkan.. :)

  10. Arina Aliaa Says:

    Mata doll tu sungguh menarik minat Medina. asek cuba dicungkil2 nya. haha.

  11. rynn Says:

    Medina comel! love your entry, Chika :-)

Leave a Reply