I am a mother. And I am dreaming.

Medina tak suka stroller. Umum mengetahuinya HAHA. She prefers the trike and the umbrella stroller yang $12 itu. Yang saya beli secara berebut-rebut semasa hamil 8 bulan (tahun lalu). Ketika berebut, tidak tahu pon kenapa harus beli. Tapi kerana melihat emak-emak lain berebut, aku berasa perlu serta. Kerana dalam pertandingan, slogan ‘YANG PENTING PENYERTAAN’ selalu ditekankan. Heh.

Umbrella stroller murahan itu berguna juga. Jadi betullah kata slogan, ‘YANG PENTING PENYERTAAN‘. Sungguhpon bukan suka sangat, tapi boleh juga dipujuk-pujuk.

Dalam tempoh dua bulan lagi, anak akan menjadi dua insyaAllah. Memandangkan usia kedua-dua bayi ini adalah rapat, ia hampir sama dengan keadaan memiliki sepasang twin. Dua-dua akan berciri bayi. Dua-dua akan ada keperluan yang sama. Dua-dua juga terikat dengan regulations hidup sebagai bayi ; Memerlukan stroller, carrier (eh, tak perlu tapi mahu!) dan kewajipan utama, carseat.

Semua kena ada dua.

Dua stroller? Memang taklah. Kerana,

  1. Saiz kenderaan yang tidak mengizinkan buat masa ini. Tunggulah nanti, beli bas. Jangan kata dua stroller, swing dengan cot pon boleh dibawa ke pantai. Dan kamu semua pon akan dijemput tumpang sekaki dalam bas tersebut. Sekaki je lah. Lagi sebelah kaki, pandai-pandailah – DUH.
  2. Tidak berguna langsung sekiranya saya keluar sendirian membawa dua bayi. Seorang aku menolak dua stroller? Khuatir akan mengganggu aktiviti orang awam kelak. Atau akan mengundang gejala histeria.
  3. Sekiranya keluar bersama pasangan, adalah kurang romantis apabila masing-masing setiap seorang ada commitment menolak stroller. Habis, siapa nak pegang tangan aku? Don’t want don’t want! Nampak tidak? Hal ini ada potensi mencipta jurang. KAHKAHKAH. Lagi manis kalau suami mentolak stroller secara satu tangan, dan satu tangan lagi memimpin isteri ke jalan yang terang.

Maka.

Because I am a mother, I am dreaming to own any one of these gorgeous below.

Mima Kobi tandem stroller.

Tidakkan gorgeous keterlaluan? Tidakkah? Tetapi ia wujud dalam bentuk tandem. Kami tak berapa berminat memberikan pengalaman ber-tandem kepada bayi. Kerana kasihanlah bayi yang akan berada di belakang. Nanti interaksi kedua-dua bayi tidak wujud. Sungguhpon begitu, Mima Kobi tandem stroller ini sangat sleek.

Namun.

Hatiku berdebar-debar sekali (sebenarnya berjuta-juta kali) setiap kali tertengok atau terfikirkan yang ini ;

Bugaboo Donkey.
Double stroller.

Fine weh. Aku dah tak boleh bercakap lagi. Sebab jantung bergoncang-goncang. This is the new Bugaboo. Belum sampai Australia lagi. Malaysia apatah lagi. Harga pon belum dikenalpasti. Tapi pasti mencemaskan harganya. Cepatlah tiba, please. Walaupon sedang bermimpi, saya mahu mengusap dan menatapnya secara nyata. But afterall, the price is the matter. Berdebar I.

Untuk menjadikan mimpi ini macam Mimpi Yang Tak Sudah, saya akan menambah sedikit lagi senarai mimpi ngeri.

Eh tak.
Yang ni, gurau je.

*berpeluh-peluh*

//

Indahnya mimpi.
Ya Tuhanku. Bantulah.

//

Untuk itu, SELAMAT HARI BAPA
buat Abah dan Suami.
(apakah perkaitan???)

Recent Entries

16 Responses to “I am a mother. And I am dreaming.”

  1. dila Says:

    oh..dlm FB pun ada nampak gambar Kak Wardina guna ni untuk anak dia, Imran ngan Azra.

  2. puan capa Says:

    hehehe…macam dpt twins kan?takpe..Allah tau chika mampu.

  3. ciare Says:

    wuah sangat gojess lah yg warna merah tu :)

  4. haslina Says:

    huhu,gitulah akak masa anak hendak masuk 2 hari tu. gelabah hendak cari stroller baru.
    last2 beli yg besar shj.

    kali ini ntah malas hendak kalut lagi. berserah dgn keadaan.
    haziq 4 tahun
    haifa 1 tahun 4 bulan
    becoming baby lahir bulan august.

    stroller ada satu sahaja.
    ;((

  5. Alexa Adriana Says:

    harga pun pasti comel kan?…

  6. misha Says:

    Bugaboo stroller tu mmg coolness!

  7. Ernibaizura Says:

    Stylo la haizum…2 bulan lagi maksudnye dalam bulan august kan? Harap2 dipermudahkan proses bersalin nanti yer..

  8. aisyahmokhtar Says:

    oh aku menyokong pembelian stroller yg 2nd tu. sgt bagus utk interaksi n perkembangan bayi yg sihat. teruskan!

  9. Orked Says:

    Chika, klu i..prefer yg 1st one sbb yg bugaboo tu die lebar. menyekat pergerakan kalau pram lebar2 ni. klu tgh shopping n nk jln celah2 lorong sana cnie tu mcm xmuat je. just my 2 sense..

  10. irma Says:

    waahh.. chika kalau beli ni, boleh geng dgn mariah carey la nanti. hehe.

    psstt.. harga dia buat akak termenung panjang. ;)

  11. Sarimin Says:

    Wahh… Chika…

  12. cuya Says:

    chika sangat berfikiran creative….i like ;)

  13. farahrahim Says:

    k.chika,saya ada pinjam post akak yang berkaitan dengan nora elena tu and letak kat blog sy..tp akak jgn risau,saya bgtau sumber drp akak..if akak xizin xpe..sy boleh delete..akak, tlg respon yer..:)

    chika Reply:

    Its OK :)

  14. ciare Says:

    ~~~ menunggu entry baru dari cikpuanchika :)

  15. adik manis Says:

    salam kak, kat nz ni sy ade nampak stroller yg depan belakang. macam duduk dalam bas. hehe baru aci. dua2 baby nampak pemandangan ;)

Leave a Reply