Nora Elena Yada Yada.

MasyaAllah.

Exhausted! Terlalu exhausted. Bukanlah perlu memasak dinner, memang. Bukanlah perlu mengemas rumah emak, lagilah memang. Bukan pula perlu menghadap anak seharian suntuk. Namun berasa tercungap-cungap hari ini. Dari pagi membawa ke malam, tubuh terlalu kurang upaya.

Medina sudah ditidurkan oleh Adek. Hari ini dia terlalu busy bermain dan explore kebebasan bersuara HAHA. Sikapnya beberapa hari sejak tiba di Malaysia ini, adalah lain macam. Dari malas berjalan, telah rajin berjalan. Menjadi seorang bayi perempuan yang sangat loud. Garang juga. Terlalu agresif beberapa hari ini. Almari solek di bilik telah dipanjatnya dengan bantuan sebuah kotak. Katil dah dibuatnya macam alat exercise. Turun naik turun naik. Itulah bayi kejutan budaya. Kasihan. LOL.

Tadi petang, bermandi-manda di dalam pool. Girang bukan kepalang.

Mummy tidak berapa dipedulikannya. Dia hanya tahu melaung ‘Ejat! Ejat’ every now and then. Ijat (sepatutnya Uncle Uda) adalah favorite person. Melekat.

Sedikit sebanyaklah tentang hari ini. Dan tentang bayi tersebut.

//

I miss my Darling Husband.

Sedang semua wanita menggilai Seth Tan, aku tetap tergila-gilakan suamiku. Makin romantis watak si Seth Tan itu, makin terkenang betapa lebih romantisnya suamiku. Bagi bunga? Dukung? Bacakan buku pregnancy? Mengambil cuti demi isteri? -_-”

Dikala semua berkata bahawa lelaki sedemikian tidak wujud, bagi aku, wujud. Sungguhpon bukan dalam bentuk yang sama, tapi wujud.

Untuk peringatan kepada aku, aku, aku dan engkau ; Besar rahmat mendapat suami yang cintakan Allah terlebih dahulu sebelum mencintai isterinya. Tak apalah kalau suami kamu tak selalu bagi bunga. Asal dia selalu berdoa siang malam dalam solatnya untuk isteri. Tak apalah kalau suami kamu tak dukung kamu ketika kaki kamu sakit digigit semut. Asal dia pimpin kamu jalan ke syurga. Tak apalah kalau suami kamu tak bacakan buku pregnancy kuat-kuat sebelum tidur. Asal dia tahu membaca Al-Quran.

Please, please. JanganĀ  pergi mempertikaikan suami ; Apsal awak tak macam Seth Tan?

Bagi suami-suami, kalau soalan ini terkena batang hidung kamu, kau jawaplah ; SEBAB AKU BUKAN PEROGOL.

Tak mengerti apa aku cakap ini? Bersaksilah engkau bukan pengikut drama Nora Elena. HAHAHAHA.

Recent Entries

16 Responses to “Nora Elena Yada Yada.”

  1. aizar Says:

    HAHAHA…ayat best..Thanks buat aku gelak…

    I miss you, tapi tah bile nak melawatnye weh..Sebab aku kalo melawat,kene bawak buah tangan untuk santapan ko..Tapi sebab mood takde tinggi sangat. Tapi takpe,before ko balik sana, aku gi jumpe kau yer..Take care!

  2. missjue Says:

    upload la video Medina panggil Uncle Uda dia “Ejat”… teringin nak dengar… heheheh…

  3. Lin Ghazale Says:

    HAHAHA kelakar! Sebab aku bukan perogol.

  4. ciare Says:

    Betul tu, seorang suami adalah romantik dgn caranya tersendiri. Tak perlu lah nak puja2 #sethtan kan? Yg penting I suka tgk #noraelena sebab dia cantek. Muehehe. {dah mcm twitter plak haih}

    Wuah mmg agresif sgguh Medina ek. Siap panggil ejat ejat lg. HIHI…alahai Medina…nanti bila balik Aussie msti rindukan kemeriahan di Msia :)

  5. Dilakochan Says:

    Setuju dgn entry kak chika!
    Perempuan jgn terlalu mengharap semua yg sweeet mcm seth tan!
    Lelaki ade cara mereka tersendiri! =)

    Msti ramai lelaki yg berbulu bila tgk gadis semua gilakan
    perwatakan seth tan tu!ahah

  6. poyaty Says:

    well said chika. salute. ur writing never failed me:))

  7. Mrs.K Says:

    dah blik mesia yer? bersalin kat sini ek?
    take care yer..

  8. nhhas Says:

    assalamualaikum wbt…

    untuk mengelakkan medina memanggil uncle adek sebagai “adek”, maka bahasa semua orang dalam rumah kena panggil “uncle adek”, “uncle ijat”, Nek Ma, tok abah… hehehe…. medina bagi hint dia suka dok m’sia tu… hehehe…

    chika, nak kek tak? drop me your address thru emel, kalau sempat, ahad ne akak p anta….

    p/s: klako… siap ada persaksian loh…

    “Bersaksilah engkau bukan pengikut drama Nora Elena”

  9. Rina AVAIL a.k.a cik betty Says:

    chika suka sgt kamu ulas ttg seth tan..ya sebelum ini sy sering pertikai kenapa suami x roantik mcm set tan..tp fikir semula syukurlah dpt suami baik walau x romantis mcm seth tan..alhamdulillah..

  10. haziqah Says:

    chika pnjam ayat u..suka sgt ayat tu..rsa tharu … :’)

  11. Ernibaizura Says:

    hahaha…100% like haizum.

  12. puan capa Says:

    hehehe…betul!bukan setiap suami itu perfect. terima seadanya insan yang kita kahwini sbb dia org pertama yang sayang kita kerana Allah

  13. Reentartnenas Says:

    saye suka entri nie. mmg komen yg sgt best :) hahaha slalunyer wanita mengharapkan dan tertanya2 ada ke husband mcm seth tan. huhuhu dah ada org nak terima kite seadanya pun dah cukup best. yang lain2 tu, cuma ramuan tambahan je :)

  14. didiey Says:

    Salam,

    pinjam pringatan tu ye ?

  15. nurul Says:

    ayat-ayat last tu buat I tergelak kaw2 depan pc opis..hahaha!

  16. cik ara Says:

    hahahah sebb aku bukan perogol !!

Leave a Reply