Kuala Lumpur, Pulang & Lain-Lain
Syukur, Tuhanku.
Kembali ke Kuala Lumpur adalah nikmat. Nikmat kembali bersama wajah-wajah yang dirindu. Lebih kurang 7 bulan tidak pulang ke rumah ini. Pulang pula membawa kandungan 31 minggu. Dan Bayi 13 bulan itu. Yang sedang lena tidur dengan neneknya.
Err. Ini blogkah atau pusara?
HAHA. Pregnancy kali ini adalah sangat elok. Cuma yang kurang elok, saya menjadi terlalu malas untuk menghadap laptop. Berasa terlalu rugi kalau waktu terluang tidak diisi dengan gejala tidur. Terlalu letih seharian mengendong bayi di dalam dan di luar perut. Jadi, engkau boleh anggap blog ini umpama hampir pusara. Nanti apabila kesihatan saya menjadi sangat elok, saya akan menulis seperti serigala (sebenarnya ; sediakala)
Sepanjang berdiam diri ini, saya tidaklah begitu mengembang dari segi saiz. Tapi perkembangan hidup, berlaku juga.
- Saya sedang di dalam minggu ke 31 gestation. Beerti menurut tekaan sains, lagi 9 minggu saya akan melahirkan anak kedua hasil perkahwinan 2 tahun 4 bulan kami cececceh! Tapi Allah Maha Tahu.
- Kehamilan kali ini adalah dipermudahkan olehNYA. Alhamdulillah. Tidaklah aku memusuhi makanan sepertimana perlakuanku dahulu. Malah kali ini, selera sangat besar.
- Medina adalah anak yang senang dijaga. Oh rupanya. Dia semakin pandai mengurangkan kesusahan saya. Tidur malamnya sungguh lena. Hanya akan bangun menjelang subuh. Mudah diberi makan, malah seorang pemakan yang aktif. Menidurkan dia juga tidak lagi menjadi satu masalah berepisod. Seringkali ditemui tertidur secara sedniri ketika sedang bergolekan. Namun kebiasaannya, dia akan mudah tidur sebaik sahaja dibagi susu ibu. Tidak lagi perlu saya meluang waktu berjam-jam menjadi pacifier. Terima kasih, Kakak Baby. Muah muah. Mummy loves you, mucho.
- Saya kini di Kuala Lumpur. Did I mention it earlier? Yes I did. Cintaku tertinggal di Australia dan aku merinduinya. Berjauhan dari suami sering menjadikan aku ini manusia separuh hati. Apa jua aku buat, macam perbuatan tidak sempurna. Patutlah aku makan yong tau fu tidak habis. Rupa-rupanya aku hanya ada separuh hati. Jadi, aku makan pon separuh jalan. KAHKAHKAH macam real. Scratch that. Pasal makan itu, sebenarnya ini kesan kehamilan semester akhir. Apabila bayi telah memakan kesemua ruang hingga ke ribcage. Lalu perut aku kena kalah dan beralah.
- Aku mendapat penyakit TB. Oh Tuhanku. Benarkah? Benar. Tiny bladder. HAHAHAHA. Jadi aku macam memerlukan tandas pada setiap jarak 10 meter. Sungguh keterlaluan.
- Aku tidak mengalami bengkak kaki, stretchmark, kurang upaya bergerak yang keterlaluan, sembab wajah mahupon apa-apa masalah berat badan atau gestational diabetes etc. Keadaanku semasa hamil Alhamdulillah sangat elok. Cuma seperti biasa, aku mengalami iron deficiency. Aku mudah pitam dan berasa pusing. Tatkala aku mengalami ini, aku bersyukur kerana aku sentiasa ada peluang untuk sehari suntuk berehat. Dan Medina akan menjadi manusia paling gembira melihat emaknya bergolek-golekan. Supaya dia dapat mengambil kesempatan mengempeng sepanjang hari.
- Iya. Saya masih breastfeed Medina. Dan Medina kelihatannya seperti bayi yang akan sentiasa mahukan susu ibu sungguhpon apabila Adek Baby keluar ke dunia kelak. Dan aku tidak berasa khuatir. Aku sangat berbesar hati untuk meneruskan aktiviti breastfeeding ini. Belum terfikir untuk menghentikannya anytime soon.
- Kerap disoal, adakah setiap tahun aku akan mengandung dan tidak risaukah? Menurut kehendak aku sebagai manusia yang punya kemahuan sendiri, jawapannya YA. Aku tidak kisah kalau tahun ini aku masuk labour room, dan tahun hadapan pon aku ke labour room lagi. Tapi menurut ketentuan Allah, yang itu aku tak tahu. Cumanya, kalau engkau harap jawapan dari aku. Begitulah. Aku tidak stress dalam perancangan anak. Dan kehamilan kali ini langsung tidak memberi tekanan sungguhpon ada yang bersangka, aku barangkali berasa sukarĀ mengandung sedangkan ada anak kecil. Tidaklah. Kami sangat gembira menanti anak kedua ini. Tiada apa-apa sebab untuk kami berasa tidak bersedia.
- Pulang kali ini, cuma 13 hari. Dan saya hanya merancang untuk bertemu keluarga dan bergolek senang lenang di rumah. Dan makan.
- Nora Elena adalah episod best. Eh tetiba.
Kerana aku telah tertulis perkara secara tetiba di atas, adalah menjadi petanda untuk aku jangan teruskan lagi menulis. Atau lebih banyak cerita tetiba yang keluar.
Selamat malam.




June 16th, 2011 at 12:14 am
u noe how much i miss ur entry chikaaaaaaa. moga baik2 saja bersama baby dan kakak baby :)
June 16th, 2011 at 12:56 am
nama utk baby baru ?
June 16th, 2011 at 8:51 am
No worries kakak baby n adek baby, nanti mummy boleh buat tandem nursing untuk kamu berdua. Pasti susu ibu lebih meriah. InsyaAllah
Tak sabar tgu adek baby keluar.:)
June 16th, 2011 at 9:07 am
haha..berjaman-jaman akak tunggu entri terbaru kamu..ms mengandung anak kedua dulu akak jugak kena amik pil iron..kena minum dgn air oren waktu pagi..arkk sakit pewot..lps ni tulis mcm serigala tahu..
June 16th, 2011 at 9:21 am
hehehe..welcome home medina n mummy…hehehe
June 16th, 2011 at 9:28 am
ADA ENTRY BARU! YIPPIE!! :D entry yg sgt padat. I Like :) Mommy, nak gambar medina satu *boleh request2 pulak dia :P*
June 16th, 2011 at 9:55 am
Akhirnya Haizum update entry. Dah ada kat Cheras eh? Apa-apapun jaga diri bebaik eh. Mujur Medina pandai bawak diri dan tak meragam. Tak sabar nak tengok baby yang nombor dua tu. Kompom cumil macam kakak baby.
June 16th, 2011 at 9:56 am
hai chika! hai medina! hai adek baby! hai ijat! hai adek! hihi
13 hari untuk family, untuk makan. takpe chika. semoga bergembira bersama keluarga! tak sabar jugak nak tengok baby no 2 awak. mesti cute jugak macam kakak baby :)
June 16th, 2011 at 10:57 am
oh akhirnya nurul update new story. sgt2 rindu mahu baca cerita kamu. hari2 jari2 ku akan menaip “nurulism” dlm carian google. tertunggu2 crite2 dr kamu.Juga rindu ngan medina. Kirim salam pd medina ya ~~As Salam~~
June 16th, 2011 at 1:58 pm
Wah sangat best, balik ke KL….saya juga akan menaip nurulism ari2 utk tungu cite baru…any way sebut pasal nora elena, adik2 saya n orang2 opis saya cakap muka chika macam nora elena…
June 16th, 2011 at 2:21 pm
tiap-tiap tahun pregnant?.
huhu. pedas sikit statement tu kan nurul.
;))
June 16th, 2011 at 9:51 pm
akhirnya!!! thanks kak chika!! I’ll alwayz waiting your new post!! harap ada lagi… =)
June 16th, 2011 at 9:52 pm
brhrap gmbar Medina kat tepi tu akan bertukar.. bersama gmbr ADEK BABY skali.!!
June 23rd, 2011 at 10:39 pm
tak sbr nak tgk muke adek baby.. hihi..
July 3rd, 2011 at 1:16 pm
bestnya..terbalik dgn sy..mengandung kali ni asyik tak lalu mkn je..beza dgn dulu..dulu semua mknn ku bedal…huhu..apepun tak sabar nak tunggu lg 8w..weehuu..