Archive for June, 2011
Posted by chika under
Uncategorized Medina tak suka stroller. Umum mengetahuinya HAHA. She prefers the trike and the umbrella stroller yang $12 itu. Yang saya beli secara berebut-rebut semasa hamil 8 bulan (tahun lalu). Ketika berebut, tidak tahu pon kenapa harus beli. Tapi kerana melihat emak-emak lain berebut, aku berasa perlu serta. Kerana dalam pertandingan, slogan ‘YANG PENTING PENYERTAAN’ selalu ditekankan. Heh.
Umbrella stroller murahan itu berguna juga. Jadi betullah kata slogan, ‘YANG PENTING PENYERTAAN‘. Sungguhpon bukan suka sangat, tapi boleh juga dipujuk-pujuk.
Dalam tempoh dua bulan lagi, anak akan menjadi dua insyaAllah. Memandangkan usia kedua-dua bayi ini adalah rapat, ia hampir sama dengan keadaan memiliki sepasang twin. Dua-dua akan berciri bayi. Dua-dua akan ada keperluan yang sama. Dua-dua juga terikat dengan regulations hidup sebagai bayi ; Memerlukan stroller, carrier (eh, tak perlu tapi mahu!) dan kewajipan utama, carseat.
Semua kena ada dua.
Dua stroller? Memang taklah. Kerana,
- Saiz kenderaan yang tidak mengizinkan buat masa ini. Tunggulah nanti, beli bas. Jangan kata dua stroller, swing dengan cot pon boleh dibawa ke pantai. Dan kamu semua pon akan dijemput tumpang sekaki dalam bas tersebut. Sekaki je lah. Lagi sebelah kaki, pandai-pandailah – DUH.
- Tidak berguna langsung sekiranya saya keluar sendirian membawa dua bayi. Seorang aku menolak dua stroller? Khuatir akan mengganggu aktiviti orang awam kelak. Atau akan mengundang gejala histeria.
- Sekiranya keluar bersama pasangan, adalah kurang romantis apabila masing-masing setiap seorang ada commitment menolak stroller. Habis, siapa nak pegang tangan aku? Don’t want don’t want! Nampak tidak? Hal ini ada potensi mencipta jurang. KAHKAHKAH. Lagi manis kalau suami mentolak stroller secara satu tangan, dan satu tangan lagi memimpin isteri ke jalan yang terang.
Maka.
Because I am a mother, I am dreaming to own any one of these gorgeous below.


Mima Kobi tandem stroller.
Tidakkan gorgeous keterlaluan? Tidakkah? Tetapi ia wujud dalam bentuk tandem. Kami tak berapa berminat memberikan pengalaman ber-tandem kepada bayi. Kerana kasihanlah bayi yang akan berada di belakang. Nanti interaksi kedua-dua bayi tidak wujud. Sungguhpon begitu, Mima Kobi tandem stroller ini sangat sleek.
Namun.
Hatiku berdebar-debar sekali (sebenarnya berjuta-juta kali) setiap kali tertengok atau terfikirkan yang ini ;



Bugaboo Donkey.
Double stroller.
Fine weh. Aku dah tak boleh bercakap lagi. Sebab jantung bergoncang-goncang. This is the new Bugaboo. Belum sampai Australia lagi. Malaysia apatah lagi. Harga pon belum dikenalpasti. Tapi pasti mencemaskan harganya. Cepatlah tiba, please. Walaupon sedang bermimpi, saya mahu mengusap dan menatapnya secara nyata. But afterall, the price is the matter. Berdebar I.
Untuk menjadikan mimpi ini macam Mimpi Yang Tak Sudah, saya akan menambah sedikit lagi senarai mimpi ngeri.

Eh tak.
Yang ni, gurau je.
*berpeluh-peluh*
//
Indahnya mimpi.
Ya Tuhanku. Bantulah.
//
Untuk itu, SELAMAT HARI BAPA
buat Abah dan Suami.
(apakah perkaitan???)
Posted by chika under
Uncategorized MasyaAllah.
Exhausted! Terlalu exhausted. Bukanlah perlu memasak dinner, memang. Bukanlah perlu mengemas rumah emak, lagilah memang. Bukan pula perlu menghadap anak seharian suntuk. Namun berasa tercungap-cungap hari ini. Dari pagi membawa ke malam, tubuh terlalu kurang upaya.
Medina sudah ditidurkan oleh Adek. Hari ini dia terlalu busy bermain dan explore kebebasan bersuara HAHA. Sikapnya beberapa hari sejak tiba di Malaysia ini, adalah lain macam. Dari malas berjalan, telah rajin berjalan. Menjadi seorang bayi perempuan yang sangat loud. Garang juga. Terlalu agresif beberapa hari ini. Almari solek di bilik telah dipanjatnya dengan bantuan sebuah kotak. Katil dah dibuatnya macam alat exercise. Turun naik turun naik. Itulah bayi kejutan budaya. Kasihan. LOL.
Tadi petang, bermandi-manda di dalam pool. Girang bukan kepalang.
Mummy tidak berapa dipedulikannya. Dia hanya tahu melaung ‘Ejat! Ejat’ every now and then. Ijat (sepatutnya Uncle Uda) adalah favorite person. Melekat.
Sedikit sebanyaklah tentang hari ini. Dan tentang bayi tersebut.
//
I miss my Darling Husband.
Sedang semua wanita menggilai Seth Tan, aku tetap tergila-gilakan suamiku. Makin romantis watak si Seth Tan itu, makin terkenang betapa lebih romantisnya suamiku. Bagi bunga? Dukung? Bacakan buku pregnancy? Mengambil cuti demi isteri? -_-”
Dikala semua berkata bahawa lelaki sedemikian tidak wujud, bagi aku, wujud. Sungguhpon bukan dalam bentuk yang sama, tapi wujud.
Untuk peringatan kepada aku, aku, aku dan engkau ; Besar rahmat mendapat suami yang cintakan Allah terlebih dahulu sebelum mencintai isterinya. Tak apalah kalau suami kamu tak selalu bagi bunga. Asal dia selalu berdoa siang malam dalam solatnya untuk isteri. Tak apalah kalau suami kamu tak dukung kamu ketika kaki kamu sakit digigit semut. Asal dia pimpin kamu jalan ke syurga. Tak apalah kalau suami kamu tak bacakan buku pregnancy kuat-kuat sebelum tidur. Asal dia tahu membaca Al-Quran.
Please, please. JanganĀ pergi mempertikaikan suami ; Apsal awak tak macam Seth Tan?
Bagi suami-suami, kalau soalan ini terkena batang hidung kamu, kau jawaplah ; SEBAB AKU BUKAN PEROGOL.
Tak mengerti apa aku cakap ini? Bersaksilah engkau bukan pengikut drama Nora Elena. HAHAHAHA.
Posted by chika under
My Fancy Pregnancy Syukur, Tuhanku.
Kembali ke Kuala Lumpur adalah nikmat. Nikmat kembali bersama wajah-wajah yang dirindu. Lebih kurang 7 bulan tidak pulang ke rumah ini. Pulang pula membawa kandungan 31 minggu. Dan Bayi 13 bulan itu. Yang sedang lena tidur dengan neneknya.
Err. Ini blogkah atau pusara?
HAHA. Pregnancy kali ini adalah sangat elok. Cuma yang kurang elok, saya menjadi terlalu malas untuk menghadap laptop. Berasa terlalu rugi kalau waktu terluang tidak diisi dengan gejala tidur. Terlalu letih seharian mengendong bayi di dalam dan di luar perut. Jadi, engkau boleh anggap blog ini umpama hampir pusara. Nanti apabila kesihatan saya menjadi sangat elok, saya akan menulis seperti serigala (sebenarnya ; sediakala)
Sepanjang berdiam diri ini, saya tidaklah begitu mengembang dari segi saiz. Tapi perkembangan hidup, berlaku juga.
- Saya sedang di dalam minggu ke 31 gestation. Beerti menurut tekaan sains, lagi 9 minggu saya akan melahirkan anak kedua hasil perkahwinan 2 tahun 4 bulan kami cececceh! Tapi Allah Maha Tahu.
- Kehamilan kali ini adalah dipermudahkan olehNYA. Alhamdulillah. Tidaklah aku memusuhi makanan sepertimana perlakuanku dahulu. Malah kali ini, selera sangat besar.
- Medina adalah anak yang senang dijaga. Oh rupanya. Dia semakin pandai mengurangkan kesusahan saya. Tidur malamnya sungguh lena. Hanya akan bangun menjelang subuh. Mudah diberi makan, malah seorang pemakan yang aktif. Menidurkan dia juga tidak lagi menjadi satu masalah berepisod. Seringkali ditemui tertidur secara sedniri ketika sedang bergolekan. Namun kebiasaannya, dia akan mudah tidur sebaik sahaja dibagi susu ibu. Tidak lagi perlu saya meluang waktu berjam-jam menjadi pacifier. Terima kasih, Kakak Baby. Muah muah. Mummy loves you, mucho.
- Saya kini di Kuala Lumpur. Did I mention it earlier? Yes I did. Cintaku tertinggal di Australia dan aku merinduinya. Berjauhan dari suami sering menjadikan aku ini manusia separuh hati. Apa jua aku buat, macam perbuatan tidak sempurna. Patutlah aku makan yong tau fu tidak habis. Rupa-rupanya aku hanya ada separuh hati. Jadi, aku makan pon separuh jalan. KAHKAHKAH macam real. Scratch that. Pasal makan itu, sebenarnya ini kesan kehamilan semester akhir. Apabila bayi telah memakan kesemua ruang hingga ke ribcage. Lalu perut aku kena kalah dan beralah.
- Aku mendapat penyakit TB. Oh Tuhanku. Benarkah? Benar. Tiny bladder. HAHAHAHA. Jadi aku macam memerlukan tandas pada setiap jarak 10 meter. Sungguh keterlaluan.
- Aku tidak mengalami bengkak kaki, stretchmark, kurang upaya bergerak yang keterlaluan, sembab wajah mahupon apa-apa masalah berat badan atau gestational diabetes etc. Keadaanku semasa hamil Alhamdulillah sangat elok. Cuma seperti biasa, aku mengalami iron deficiency. Aku mudah pitam dan berasa pusing. Tatkala aku mengalami ini, aku bersyukur kerana aku sentiasa ada peluang untuk sehari suntuk berehat. Dan Medina akan menjadi manusia paling gembira melihat emaknya bergolek-golekan. Supaya dia dapat mengambil kesempatan mengempeng sepanjang hari.
- Iya. Saya masih breastfeed Medina. Dan Medina kelihatannya seperti bayi yang akan sentiasa mahukan susu ibu sungguhpon apabila Adek Baby keluar ke dunia kelak. Dan aku tidak berasa khuatir. Aku sangat berbesar hati untuk meneruskan aktiviti breastfeeding ini. Belum terfikir untuk menghentikannya anytime soon.
- Kerap disoal, adakah setiap tahun aku akan mengandung dan tidak risaukah? Menurut kehendak aku sebagai manusia yang punya kemahuan sendiri, jawapannya YA. Aku tidak kisah kalau tahun ini aku masuk labour room, dan tahun hadapan pon aku ke labour room lagi. Tapi menurut ketentuan Allah, yang itu aku tak tahu. Cumanya, kalau engkau harap jawapan dari aku. Begitulah. Aku tidak stress dalam perancangan anak. Dan kehamilan kali ini langsung tidak memberi tekanan sungguhpon ada yang bersangka, aku barangkali berasa sukarĀ mengandung sedangkan ada anak kecil. Tidaklah. Kami sangat gembira menanti anak kedua ini. Tiada apa-apa sebab untuk kami berasa tidak bersedia.
- Pulang kali ini, cuma 13 hari. Dan saya hanya merancang untuk bertemu keluarga dan bergolek senang lenang di rumah. Dan makan.
- Nora Elena adalah episod best. Eh tetiba.
Kerana aku telah tertulis perkara secara tetiba di atas, adalah menjadi petanda untuk aku jangan teruskan lagi menulis. Atau lebih banyak cerita tetiba yang keluar.
Selamat malam.