Archive for May, 2011

Medina Satu Tahun

Posted by chika under Nur Medina

Maka, inilah birthday girl pada 7 May 2011 yang lalu ;

My Big eyes baby.
Itu nama panggilan yang diberikan oleh orang awam (strangers) kepada bayi ini dari newborn hinggalah kini.

Mummy adores your big round eyes. Mummy adores bibir Medina yang nipis . Mummy adores jari Medina yang panjang-panjang. Mummy adores you smooth silky baby skin (compare to Mummy’s skin, Mummy rasa betapa berusianya kulit Mummy. Yes it is lah, Mummy ) Mummy adores bulu mata Medina yang panjang (tapi tidak melentik) Mummy adores your straight hair. Mummy adores your smell. Mummy adores your high pitch voice. Mummy adores your tan Asian skin. Mummy adores your birthmarks.Mummy adores your dramas.

Too much?

You tell me. I am your mother. How come I do not adore every parts of you. Even when you pooped. You were still the cutest thing to me.

Pause.

Pagi hari lahir, kami keluar ke bandar Lismore mencari apa yang perlu dicari. Dan untuk mengambil birthday cake yang sudah ditempah terlebih awal from Wendy’s.

Ketika berjalan-jalan, kami bertemu belon-belon di bangunan. Seolah-olah menyambut hari lahir Medina?

Mummy dengan Daddy tidak mengadakan party hari lahir buat Medina. Maafkan Mummy dan Daddy kalau one day, Medina mahu mempersoalkan ini. Bukan Mummy tak mahu. Mummy mestilah mahu. Sungguhpon Mummy bukan jenis yang gemarkan party (Daddy apatah lagi), but throwing one big wonderful birthday party untuk Medina is always in my wish.

Memandangkan Medina lahir dan membesar di Australia, jauh dari ahli keluarga kita yang lain, hajat untuk mengadakan majlis hari lahir yang besar pastilah bukan idea yang mudah. Medina juga harus tahu, di Lismore ini kita tiada rakan-rakan semeriah di Brisbane. Kalau kita masih di Brisbane, insyaAllah akan ada celebration yang lebih besar.

Daddy pula bukan penggemar party (Mummy can tell) No no. I didn’t find it boring. Kerana demikian pon, Daddy sangat mengingati hari lahir Medina dan Mummy. Daddy pasti akan membahagiakan kita pada setiap tarikh istimewa. Yes, without big celebration. Jadi, Mummy pon mahu Medina appreciate Daddy.

InsyaAllah, pada usia Medina yang akan datang kita adakan sambutan yang lebih meriah dengan family members dan kawan-kawan yang lain. Tapi perlu ingat. Your first birthday might not be the biggest one, but hey, that was your FIRST!

Happy 1st Birthday Nur Medina!

Ice cream cake from Wendy’s. Daddy dengan Mummy yang pilih. Sorry, sebab tak pilih yang cartoon. Medina belum tahu appreciate pon kalau Mummy pilih yang cartoon. Dan Mummy pon belum nampak cartoon character yang Medina minat. Jadi Mummy pilih ikut taste Mummy. Lagipon Mummy tak gemar sangat tema berkarakter. Kalau Medina perasan, Mummy tak banyak belikan Medina pakaian watak kartun pon kan? Mummy tak gemar tengok Medina bertema Dora, atau Barbie atau Pooh atau apa-apalah. (Maaf. Tapi saya tak ada issues dengan siapa-siapa yang minat karakter ye)

Sekarang Medina tahu kan, selama usia bayi ini (dan untuk sepanjang hari-hari mendatang selagi Medina belum mengenal erti kemahuan sendiri ini) Medina menjalani hari atas kehendak dan taste Mummy Daddy. Sorry Darling, tak ada pilihan. You eat what we give. You wear what we want. You play what we buy.

Sampailah satu masa bila Medina dah ada taste dan kemahuan sendiri. Worry not. Kami tak akan tentukan hidup Medina. Kami akan guide dan restu sahaja. By then, you can organize your own birthday parteyhhhhh! Yay yay!

Pause.

Pada hari tersebut, Mummy pakaiankan Medina pakaian biru.

Medina kena duduk di high chair supaya Medina tidak memusnahkan kek.

Kelam kabut sebenarnya nak control Medina. Medina mahu biskut lagi dan lagi. Bila Mummy tak bagi, Medina tantrum. Mummy bagi knife untuk Medina potong kek (konon-konon) tapi kelihatannya Medina seperti mahu menikam kek tersebut. Sungguh sukar. Dan Daddy pula kelihatan cuba control Mummy? HAHA.

I know Darling, Medina geram nak kerjakan kek tersebut.

Geram dan menjadi marah kerana terlalu sukar untuk mencapai kek tersebut

Mummy Daddy Baby.
Hiarght hiarght, I am trying my best. Look, Mummy. Look, Daddy!

Mummy suka gambar ini tapi suami kelihatan menutup mata. Jadi untuk berlaku adil, kita bentangkan sekeping gambar lain yang fair buat Daddy.

Kena umpan biskut untuk mengawal keadaan.

Dengan Uncle Uda dan Uncle Dell yang dikasihi.

Luckily! First birthday Medina dapat diraikan bersama dua orang lelaki ini. Seronokkan ada diorang, kan Medina? Dapat Medina layanan first class setiap masa. Boleh mengamuk dan ditenangkan segera.

Blueberry ice cream cake.

Medina boleh makan? Sorry Darling, no. Satu tahun belum usia untuk menikmati makanan secara berleluasa. I know, I am not fun sebab tak bagi Medina explore makanan yang fancy fancy. Tapi seperti yang Mummy telah katakan di atas, sekarang Medina kena ikut kehendak dan ketentuan Mummy dengan Daddy. Hanya makan apa yang Mummy dengan Daddy suap. No one should interrupt. No sugar. No salt. No oil etc.

Mummy not fun!

Tada!
Disebabkan hari tersebut hari istimewa buat Medina, Mummy izinkan Uncle Uda bagi sesuap dua ice cream cake tersebut. Haaa, tengok! Bukankah ini akan menjadi kenangan yang abadi? Dapat merasa ice cream pada sambutan hari lahir pertama? Bukankah?

Mummy ni fun jugak kan?

Hanya kek. Tiada upacara makan besar yang lainnya. Namun hari tersebut tetap istimewa dan luarbiasa. Kami nyanyi Birthday Song dan Medina bertepuk tangan. Kami ucap Happy Birthday dari pagi sampai ke malam tidak henti-henti. Menghubungi Nenek dari jauh. Ucapan dari Mak Ngah Reena. Facetime dengan Tok Abah dan Nek Ma. Semuanya dari jauh. Tapi yang penting, semua ingat.

Malah inbox Mummy semuanya meriah dengan ucapan dari kenalan maya dan pembaca-pembaca blog Mummy. Ramai sangat orang yang ingat kelahiran Medina. Sampai Mummy tak dapat nak reply semuanya. Medina kena appreciate.

Untuk semua yang mengingati hari lahir anak saya, terima kasih banyak. Semoga Allah menggembirakan kalian yang telah menggembirakan hati saya (dan anak saya apabila dia tahu erti menghargai kelak)

Malam hari lahir.
Telah tantrum seperti biasa.
HAHA.

Selamat Ulangtahun, Nur Medina Darling.

Posted by chika under Nur Medina

Setahun lalu ;

Mater Mother Private Hospital, Brisbane
6 May 2010

Menahan contraction. Bersabar dengan labour yang perlahan. Gemuruh menanti water bag yang tidak mahu pecah. Dihidang minuman panas berkali-kali dan berkali-kali aku tidak habiskan. Beristighfar. Bersujud di atas katil hospital menghadap dinding lalu berdoa ; Moga dengan kesakitan ini, terhapus dosa-dosa kecil mahupon besar yang pernah aku lakukan sebelum detik itu. Kalau ajal menjemput, aku minta menjadi syahidah. Waktu itu aku dalam pasrah.

Pada subuh 7 May 2010 ;

Lahirlah bayi sekecil 2.6 kilo ini.
Aku menjadi ibu secara pronto.

Dan semua kesakitan dalam dunia ini hilang. Atau, apakah sebenarnya aku sedang terlupa akan kesakitan? Kerana terlalu menikmati bahagia menyambut zuriat? Maka, Dr. Murray boleh membuat kerja menjahit kesan episiotomy dengan jenaka, gelak berdekah dan gurauan yang aku tak berapa noticed. Dan aku tak ada peduli. Aku sedang ghairah memperhati anak.

.

.

SELAMAT HARI LAHIR PERTAMA, NUR MEDINA.
JADILAH INSAN TERPILIH, KESAYANGAN ALLAH.

Thank you, Allah.

From Mummy,
Tersentuh dan emosi.

Pengganas Tidak Akan Dilabel Hero.

Posted by chika under Uncategorized
Kematian Osama bin Laden Menurut Pandangan Tuan Guru Nik Aziz

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

.

//

.

nurulism.com : Saya kira, inilah pandangan orang cerdik dan sehat mindanya.

Shopaholic Takes Surabaya!

Posted by chika under Advertorial

IKLAN INI BERBAYAR.
MELEKAT.
(Entry terbaru, scroll down please)

.

Membeli-belah memang seronok. Membeli-belah dan murah adalah lagi seronok. Maka kebanyakkan kita, suka terbang ke Indonesia gara-gara mahu membeli-belah secara murah. Kalau di Jalan TAR, harga sepasang kain RM70 (contoh). Tapi kalau di pasar Indonesia, sepasang kain dapat RM50 sahaja (contoh) Lepastu rasa hero sangatlah dapat jimat RM20. Padahal dia tak tahu kos penerbangan, penginapan, pemakanan dan perbelanjaan lainnya berlipat kali ganda.

Sekarang, saya nak ajar kamu semua cara betul-betul membeli-belah dan murah.

.

.

Shopaholic Takes Surabaya! Jadi, kamu tak perlu terbang ke Surabaya. Biar shopaholic seorang ini yang pergi terbang and shop for you. Beliau bukan sahaja seorang shopaholic, malah seorang dentist ye. A very nice young dentist, I bet. Heh, saya pernah bertemu dengan shopaholic ini. Jadi saya yakin kamu akan gembira membuat urusan jual beli dengannya.

Tapi sebelum membuat urusan jual beli, lihatlah dulu apa yang ditawarkan oleh beliau. Beliau menjual pelbagai jenis fabrik dari seberang. Semuanya berciri gadis Melayu. Iaitu fabrik untuk dibuat baju kurung, kebaya mahupon jubah. Telekung juga ada. Cantik. When I said cantik, I mean memang cantik sebab saya pon dah ada satu from her collection. Bercorak timbul, fabrik bagus, tidak menampakkan shadow yang tidak diperlukan (iaitu tak perlu lining tambahan). Memang tak jarang. Seperti ini ;

Bunga timbul dia memang meriah. Pastu kena fikirlah nak design menjadi apa. Saya mencadangkan, kebaya. Dan tentulah, untuk raya tahun ini! Kau tunggu OK.

Koleksi Shopaholic Takes Surabaya memang sangat banyak, Ya Tuhanku! Kalau kamu pergi ke website beliau, kamu akan keletihan memilih dan meninjau dari satu mukasurat (page la, page!) ke satu mukasurat. Lalu akan berkata ; Banyaknyaaaaaa pilihan! Lepastu terus tak tak tahu nak pilih mana. Untuk mengurangkan masalah kamu kelak (ececececeh) saya akan mencadangkan sesuatu menurut citarasa saya.

Kurung Cinderella

Warna dia amat disukai oleh err… saya? HAHA hijau. Si Hijau ini bernama Kurung Cinderella. Jangan main-main OK. Cinderella juga berbaju kurung, anda bila lagi? Untuk yang ini, berharga RM75 sepasang. Tapi harus ingat! Ia akan menjimatkan perbelanjaan anda untuk terbang ke seberang.

OK saya tolong anda pilih lagi. Eceh, pilih-memilih memang suka.

Kurung Pocahontas

Tadi Cinderella. Sekarang, Pocahontas pula. Mengancam betul nama-nama mereka ini, bukan? Dan seperti itulah mengancam juga rupa fabrik ini. Berwarna merah jambu, kelihatan manis. Menurut Doctor Arina (pemilik Shopaholic Takes Surabaya), Kurung Pocahontas ini adalah antara yang terlaris selain Kurung Cinderella di atas.

Suka jubah?

Jubah Sarah

Tak tak. Nama saja Jubah Sarah. Tapi bukan Sarah yang punya. Semua orang pon boleh memilikinya kalau berkenan. Jubah dalam bentuk kebaya. Fabrik dari jenis sutera. Dan begitu sarat dengan sulaman di bahagian hadapan.

Oh sangat manis! Yang ini nama dia Kurung Tiara Lovely. Memang lovely. Terasa mahu. Terasa mahu!

Shopaholic Takes Surabaya! juga baru sahaja mengeluarkan stok baru sebagai PAKEJ BORONG. Grab lekas-lekas! Dan stok baru ini adalah UNTUK DIBORONG KHUSUSNYA.  Minimun pembelian adalah 50 pasang. Sesuai bagi anda yang ingin memulakan perniagaan.

Selain menjual fabrik, ada juga tudung, Nama tudung ini ada TUDUNG PARIS KUPU-KUPU. Macam fantasi kan nama dia :)

RM35 sahaja sepasang. Tapi kalau beli borong, dapat harga lagi rendah. Nak buat apa beli borong banyak-banyak? Boleh bagi emak, kakak, kawan, atau nenek. Dan lagi cerdik, boleh jual :D

Macam-macam warna ada. Tinggal pilih saja.

Telekung juga ada.

Apa yang perlu kamu buat, hanya klik ke Shopaholic Takes Surabaya tanpa perlu tiket ulang-alik ke Surabaya. Mula memilih dan merambang mata. Sumpah susah nak pilih, I bet. Sebab koleksi yang terlalu banyak. Ini baru betul-betul gedung fabrik nama dia. HAHA.

Raya pon sudah hampir. LALALALALA.

SILA KE SANA, UNTUK MELIHAT STOK BARU.

Pertanyaan? Email ke :

shopaholictakessurabaya@yahoo.com

Deep Sea Fishing

Posted by chika under Uncategorized

Kalau ikutkan kebenaran, memang saban hari saya akan update cerita memancing sahaja secara bersiri-siri sampai anda boleh bersumpah tak akan baca lagi blog ini. Tapi kebenaran bukan selalu indah. Jadi sebab itulah saya tak berapa nak menceritakan activity hujung minggu kami secara terperinci. Semuanya tentang fishing. Boleh berasa lemau dibuatnya.

What to say. Nelayan.

Sabtu minggu lalu, ke Gold Coast. Suami membawa adik-adik iparnya memancing laut dalam menaiki boat. Tapi tidak untuk perempuan yang dua ini.

Kami dihantar ke Australia Pacific Fair untuk deep see shopping.
Deep see shopping?

Deep sea shopping dengan deep sea fishing bukanlah banyak beza sangat. Selain bermaksud membeli-belah secara pandangan dalam (?) aktiviti kami juga ada sikit-sikit seperti mengumpan. Iaitu kita tak tahu apa bakal kita dapat kerana pergi dengan niat tingkap. Iaitu window shopping. Sama jugalah seperti memancing, kita pergi dan tidak tahu apakah kita akan bawa pulang sebagai habuan.

Dari jam 10 pagi sampai ke jam 5 petang saya berdua dengan Medina di shopping mall. Menolak stroller ke hulu ke hilir. Tapi balik-balik masuk Parents Room. Balik-balik masuk Parents Room. Pendek kata, memang menghabiskan masa di dalam situ. Kejap-kejap Medina perlukan tenaga susu ibu. Selepas itu dia poop. Selepas itu dia comot, lalu saya mandikan. Selepas itu dia minta energy susu ibu lagi. Dan kembali lagi ke Parents Room untuk solat. Bukan sebab tak ada ruang solat disediakan, tapi kalau dibanding ruang solat dengan Parents Room, Parents Room dia lagi semenggah untuk solat.

Dalam fenomena inilah Medina buat perangai buang kasut, buang headband dan ajak kawan baru main tarik-tarik rantai Mummy. Adakah susah? Sebenarnya tidak. We had so much fun. Kami bergembira bersama. Membeli-belah, memilih-milih dan memunggah bersama. Pakaian yang bergantungan, kalau tidak diperhati oleh saya pastu dikauknya masuk stroller. Tapi aku sangat bersabar kerana aku sayang kat dia. Nasib baik. HAHAHA.

Tak sangka. Ditinggalkan di mall dengan kad kredit dalam tangan dan wang yang dibekalkanTIDAK membuatkan aku berasa occupied sepenuhnya. Tak sangka tak sangka. Menunggu jam 5 adalah agak panjang. Cukup untuk membuat kami berdua bosan. Tak ada apa sangat yang perlu dibelanjakan. Kalau ikut nafsu, sebuah shopping mall pon aku nak beli. Tapi bila mengikut kehendak semasa, tak ada apa rupanya yang diperlukan ketika itu. Yang aku perlukan hanyalah makanan sedap sedap. Sebab itulah menunggu jam 5 berasa seksa kerana perut sedang menangis.

Itu cerita dunia kami dalam Deep See Shopping. Dalam bahagian dunia yang lainnya, tiga lelaki di atas boat sedang giat memancing laut dalam. Nak menceritakan cerita sebenar, adalah tidak boleh. Kerana saya tiada bersama. Yang dapat saya nikmati hanya gambar-gambar yang mereka rakam. Dan juga seekor ikan yang berjaya dibawa pulang (lalu semerbaklah kereta)

Tahniah Ijat!

Satu-satunya ikan yang berjaya dipancing pada hari tersebut. Suami dan Adek, tidak ada rezeki pada hari tersebut. Satu boat tak dapat ikan. Cuma Ijat dan seorang lagi orang (HAHA ayat best gila) yang mendapat ikan. Namun, Ijat punya adalah yang terbesar dan terkagum. Lalu famous di atas boat. Tapi bukan dia yang famous. Ikan dia yang famous. Semua orang dengar ceritanya, bergambar bersama ikan tersebut.

Big  Mackerel Tuna!
Ikan tongkol?

Ada tatoo.
Nampak sangat samseng (atau pernah jadi samseng masa muda)

Dibawa pulang ke rumah. Lalu berdarah-darah lantai dapurku.

Ikan ini adalah seberat 7.9 kilo (lebih kurang)
Iaitu lebih ada sedikit lebih besar dari Medina.

Ijat telah mensiang ikan tersebut dengan penuh usaha. Suami telah membuat tuna steak untuk makan malam. Isinya sangat wallah! Tidak ubah seperti memakan beef steak yang begitu meaty. Sangat lazat. Dan kami baru sahaja mengerjakan sedikit bahagian ikan tersebut. Ada lebih dari separuh bahagian memenuhi freezer. Confirm akan mabuk tuna selepas ini.

Sebaik sahaj menamatkan entry ini kelak, saya akan ke dapur untuk mengerjakan sebahagian lagi tuna tersebut. Masak kari mungkin.

Ini ketam, bukan hasil pancing.

Ketam ini diberi percuma oleh pengelola fishing trip tersebut. Sudah siap direbus. Ketam fresh. Isi dia, susah untuk dicakap. Punyalah sedap dan manis. Kami ratah hidup-hidup. Eh tak, tipu saja. Kalau ketam tersebut masih hidup, tak tahulah siapa ratah siapa. Mungkin ketam meratah lidah kami hidup-hidup.

Untuk pengetahuan semua, sudah hampir 2 bulan kami tidak membeli ikan di pasaran. Ayam pon beli sekali-sekala sahaja. Gara-gara bekalan ikan yang tidak putus-putus sampai aku naik pening kepala. Nasib baik mendapat aneka jenis ikan.

Rezeki dari laut. Syukur.

Untuk pengetahuan semua lagi, tahun lalu saya menyertai aktiviti ini. SINI. Sekarang, nampak gayanya tak akan merasa lagilah. Tapi suami bilang, bila Medina cukup besar kelak dia akan mendidik anaknya memancing dan surfing (tak mahulah!) Juga bersiar-siar naik boat untuk aktiviti laut. Menurut saya, saya mahu mendidik Medina memakai tumit tinggi, menghargai tas tangan dan bersolek. Ada perselisihan pendapat di situ. HAHAHAHAHAHA.

Asal saja jadi perempuan solehah. Mahu fishing ke, memanah ke, memburu mahupon bergaya sekalipon tak ada hal.

Dia

Posted by chika under Nur Medina

1. Semalam dia telah menghilangkan sebelah kasut ini ;

    Jadi sekarang aku mahu tahu, yang tinggal lagi sebelah itu hendak dibuat apa? Lempar cakera? Rattle? Atau simpan jadi pekasam? Aku syak, dia baling secara random di mall ketika aku lalai. Atau dalam kata lain, ketika dia berasa kurang perhatian. Aku dah tahu dah. Memang tabiat dia suka lesing barang.

2. Semalam juga, dia menghilangkan headband. Aku tahu, dia campak setelah berasa jemu.

3. Dan semalam  juga, dia keluarkan necklace yang baru aku beli untuk ditunjukkan kepada seorang abang (rakan yang baru jumpa di Pacific Fair) Meeka main tarik tali. Kecut perut aku tengok. Takut putus.

4. Beberapa hari lepas, aku terlajak tidur. Dia bangkit dulu. Alangkah bergegarnya jantung melihatkan bilik tidur yang habis dilanda tisu. Sekotak tisu dikeluarkannya. Dikoyak kecik-kecik, dan ditabur merata-rata atas carpet.Patutlah senyap dan tidak membuat lawak semasa aku sedang tidur.

Kedengaran naughty? Tapi …

5. Dia juga budak cerdik. Kalau kami kata ‘Oh My God’, dia pon akan meletakkan kepala atas kepala as in ‘I am screwed!’ Apabila kami kata ‘Muah Muah’, she will ‘Muah Muah’ back dengan gaya tangan di mulut. Which is cute.

6. Dia tidak tahu Cak Cekor Udang Gamit (?) Tapi dia tahu Twinkle Twinkle Little Star. Lantas mengelip-ngeliplah tangannya.

7. Akan ikut menyanyi sebagai respon kepada semua jenis muzik dan bunyi-bunyian. Termasuk bunyi vacuum. Dan berjoget.

8. Kuat makan. Hari-hari strawberry. Dan tomato.

9. Dramatik. Pandai berlakon. Dan sering ditemui dalam keadaan sedang berimaginasi sendiri. Bercakap seorang dengan gaya dan ekspresi tak dikenalpasti. Kejap ketawa, kejap batuk, kejap kerut dan buat-buat nangis sedih. Akhirnya ketawa semula. Sewaktu sendirian.

10. Dia kawan baik saya.

    Seronoklah bila dia sudah tahu respon kepada kehidupan.
    Tidak lagi hambar dan hanya tahu menangis.

    .

    .

    .

Kek hari lahir untuk sambutan minggu hadapan sudah ditempah.