Kaki Shopping? Pergilah Shoppink.

IKLAN INI BERBAYAR.
MELEKAT.
(Entry terbaru, scroll down please)

.

Tudung kembali lagi buat tatapan kaki-kaki shopping. You claimed yourself as Kaki Shopping? Kaki shopping kena pergi SHOPPINK. Kena. Kena pergi. Iaitu kalau tak pergi, bukan kaki nama dia.

Memperkenalkan …

Viruspadu? Macam tak perlu diperkenalkan saja. Memang tak perlu sebenarnya, sebab saya syak beliau sudah cukup dikenali di dalam dunia blog ini. Itu blog. Tapi sekarang ini, beliau juga mula dikenali dalam perniagaan tudung secara online. Siapa tak kenal, memang ah dia.

SHOPPINK ni memang tau! Koleksinya semua cantik belaka. Dalam kata lain, boleh menjumpai koleksi tudung yang tak pernah dijumpai di website lain. Atau sebenarnya pernah jumpa, cuma payah nak dapat. Sekarang tak perlu susah payah sangat. Sebab stock yang ada di SHOPPINK adalah banyak menurut pengamatan saya.

Crumple shawl, tahu? Mestilah tahu. Iaitu shawl yang tidak perlu diseterika itu yay! Kalau anda jenis yang ringan tulang macam mana sekalipon, jangan dibuat-buat pergi seterika shawl jenis ini. Atau anda akan berciri pelik. SHOPPINK menawarkan terlalu banyak pilihan crumple shawl dengan harga murah. Cakap, nak warna apa? Nak bunga besar-besar? Bunga kecil-kecil? Yang menyerikan keremajaan? Yang menampakkan kematangan (eceh) Semua ada.

Antara crumple shawl yang ditawarkan. Comellah bila kena spin begini rupa.

Shawl lain yang mungkin jarang ditemui adalah Shawl Classique di bawah ini. Saya sangat suka! Suka pada patent bahagian belakangnya.

Shawl Classique

Saya tunjukkan contoh yang hitam. Namun kalau kamu berasa hitam terlalu common dan kamu suka warna terang, oren, biru, pink dan sebagainya pon ada. Hijau ada? Sila ke SHOPPINK kalau mahu tahu. I am not telling you HAHAHA (tetiba)

Yang ini pula, namanya Shawl Manik Kristal. Tak ada kena-mengena dengan Kumpulan Kristal. Tapi sememangnya memiliki juntaian kristal pada hujung shawl. Menjadikan shawl ini bertambah manis. Suka? Kalau suka, segera hubungi SHOPPINK

Ada juga Shawl Denim dua tone.

Shawl Cotton Glitter

Hanya RM18.

Bunga timbul dan mestiah glittery. Menurut pandangan saya, saya suka shawl yang bercorak pada bahagian belakang begini. Kurang kelihatan sarat, tapi tetap bercorak. OK lepas aku siapkan saja promosi ini, aku sendiri nak pergi shopping di SHOPPINK tapi tak mahu beli tudung pink. Ada terlalu banyak pilihan warna, jadi saya boleh letak pink ke tepi dan memilih mengikut citarasa :P

Kenapakah?

ShopPINK bukan hanya berwarna pink. SHOPPINK adalah berwarna warni. Seperti contoh lain;

Shawl Chiffon
RM10
RM10
RM10
RM10

Sangat murah.

Aik? Apsal model dia macam biasa dilihat?
Ayyok, tak tahu.
HAHA

Namun, kebelakangan ini ramai yang gemarkan pashmina. Pashmina ada tak?Ada.

Pashmina Polka Dot.

Sungguh comel.

Yang di bawah ini adalah Shawl Ogy by Fauziah Ahmad Daud.

Yang ini memang betul-betul ada kaitan dengan Kak Ogy.
Tapi tak perlulah sampai mencari atau mengekori Kak Ogy demi sehelai shawl.
Saya galakkan kamu yang berminat, terus menghubungi SHOPPINK

Tudung zaman ini terlalu difesyenkan. Tidak sesuai dengan mereka yang bertudung labuh? Habis, kami yang bertudung labuh tak dapat merasa tudung cantik-cantik ini ke?

Tudung Awning Al-ummah

Bagi yang mencari tudung labuh melepasi dada hingga ke paras pusat, boleh shopping di SHOPPINK. Selain itu, koleksi tudung labuh juga boleh didapati menerusi koleksi Syria Conzo Nurjannah

Di atas ini semuanya cerita tentang shawl. Sekarang saya nak tunjukkan apa yang ada di dalam shawl. Tak. Bukan rambut. Di dalam shawl adalah inner. Sekarang semua orang sudah kembali memakai inner. Maka, inner sangat laku. Dan antara yang paling dicari adalah inner berawning.

Yay!

SHOPPINK ada banyak pilihan warna dalam stok!

Carilah dari SINI.

Untuk inner yang menutupi leher, pon ada.

OK sekarang dah boleh pergi shopping di SHOPPINK. Saya galakkan anda semua pergi selonggar kedainya kerana saya tidak dapat memaparkan kesemua koleksi yang ada. Tudung kecil untuk anak kecil anda juga boleh didapati di SHOPPINK. Mana? Mana? Eh, kata kaki shopping. Pergilah SHOPPINK sendiri!




Recent Entries

Leave a Reply