Macadamia Castle

A few weeks ago, we went to The Macadamia Castle. Situated about 15 minutes away from home? (Sorry saya kurang pandai menganggar jarak) Apa ada di sana? Macadamia. But to tell you the truth, we (or was it ME?) did not really see much about macadamia. Lebih kepada haiwan. Umpama pergi ke zoo. Negara ini memang sangat ZOO. Anda boleh menemui zoo di sana sini (dan laku). Maksud saya, bukan seperti kebanyakkan zoo di Malaysia yang tak berapa nak laku. Saya sendiri dulunya sangat sedih kalau dibawa ke zoo. Sedih sangat sobsobsob. Zoo di sini sentiasa dipenuhi orang. Budaya membawa anak-anak ke zoo adalah sangat budaya (duh?)

Saya pon kena terap budaya ke zoo, melihat haiwan dan bermain haiwan dalam diri anak-anak. Meskipon diri sendiri bukanlah penggemar haiwan. Bukan tidak gemar, tapi dasar penakut!

I WARN YOU EY, KARANGAN INI SANGAT PANJANG DAN KAYA DENGAN GAMBAR. SEKIRANYA BANYAK GAMBAR TIDAK BERJAYA DITENGOK OLEH MATA KASAR ANDA, GUNAKAN MATA HATI.

1,2,3, Mula!

IMG_4798

Dimulakan dengan gambar bayi satu tahun
Buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belajar masak sebijik di atas peti surat

OK dah nampak dah.
Macam ada ciri-ciri untuk menjadi karangan tidak ada hala tuju.

IMG_4800

Dan Uncle Adek

Uncle Adek sangat rajin melayan kehendak Medina. Malah rajin juga membuli dan mensakitkan hati bayi saya. Patutlah bila ternampak muka Uncle Adek, mulut Medina akan tetiba menjadi becok. Seolah-olah sedang meluahkan pelbagai tafsiran. HAHAHA.

IKLAN.

IMG_4804

Minat?
Nak beli?
Simpan minat dalam hati.
Tak dapek den nak nolong ekau eh.
O-M-G, vote for NABILLLL!
(aphal tetiba nei?)

MAHARAJALAWAK EPISOD 9 saya belum stream dari youtube (xoxo) Engkau jangan datang sini bagitahu jalan cerita dia, please. Nanti anti klimaks. GAGAGAGA. Punyalah saya scroll laju-laju timeline twitter tak mahu terbaca perbualan mereka tentang Maharajalawak 9.

Kembali.

IMG_4805

Kakak Baby Medina in blue.
Terima kasih SmarTrike kerana tercipta untukku.
Kalau harapkan stroller, nahaslah kami.

IKLAN lagi satu boleh?

Semua yang bertanya tentang harga SmarTrike in comparison between harga Malaysia dengan Australia, saya mensarankan supaya kamu beli. Harga di Malaysia adalah tidak banyak beza. Dalam kata lain, memang begitulah harganya. Tidak melambung harganya di Malaysia. Syukur, ada pemerintahan negara yang makmur (yada-yadaaaa)

Kembali.

Bila engkau sudah mempunyai anak, erti kegembiraan adalah banyak bersumberkan anak. Anak gembira, kita gembira. Anak sedih, kita bersedih. Anak melalak tengah malam tak ada hujung pangkal, kita pitam HAHA. Bila pergi ke mana-mana sekarang ini, biasanya berniat untuk menggembirakan anak. Meskipon pada sesetengah perkara, anak tidak mengerti pon.

Contoh-contoh usaha menggembirakan anak (tanpa kita pasti sama ada anak gembira atau sebenarnya takda peduli) ;

IMG_4806

Menaikkan anak ke atas kuda dengan lagak seperti mahu terbang.
Kita rasa anak gembira.
Tapi mungkin dalam hati dia berkata ; Setakat kuda batu buat apalah. Bagi unicorn, tengok.

IMG_4809

Jongkang-jongket.
Bayi tiada perasaan.
Mungkin tidak mengerti kenapa kena main benda seperti ini.
Sedangkan berguling atas pasir dan kutip pasir jauh lebih fun.

IMG_4810

Yang ini dia suka!
Kerana terdapat adrenalin rush yang merangsang tawa.
Tapi bila dia minta banyak kali, lenguh tangan orang dewasa.

IMG_4816

Mulut tidak pernah diam, bayi ini.
Ramah dia tidak bertempat juga.
Seperti ramah pada cashier dan buat lambat orang belakang yang tengah beratur je.
HAHA

IMG_4817

Adek saya ini adalah kanak-kanak paling girang di zoo.
Iaitu melebihi kegirangan Medina yang sepatutnya.

Saya dan suami dari dulu telah berikrar, akan mengajar anak bermain dengan haiwan. Ya ya. Meskipon saya tidak boleh menjadi contoh. Tapi suami saya boleh dijadikan contoh. Suami sangat sukakan haiwan. Kucing terutamanya. Selalu dia menanam cita-cita untuk mempelihara seekor kucing. Tapi benda yang ditanam, bukanlah selalu sangat membuahkan hasil. Macam lengkuas yang Ijat tanam bulan lalu. Tak kelihatan seperti menjadi. Demikianlah ibaratnya cita-cita suami yang ditanam untuk mempelihara seekor kucing. Apakah dia mahu membuat isterinya takut-kaut berani di dalam rumah sendiri?

Tapi andainya suatu hari (yang masih panjang lagi, bukan sekarang), Medina mahu membela kucing, insyaAllah saya galakkan. Kerana kanak-kanak yang mempunyai kucing selalunya kelihatan pandai berkasih sayang. Tapi bukan sekarang. Harap suami jangan terasa berdebar-debar bagai menerima bulan jatuh ke riba ke apa. NANTI. Bila Medina sudah dewasa dan tahu membersih dan mencuci kucingnya supaya tidak membuat busuk di dalam rumah.

Untuk itu,

IMG_4822

Suami beriya-iya mengajar anaknya bermain dengan semua haiwan yang ada. Semua peluang untuk pat haiwan, kelam kabut dia pergi mencelah. Hingga sanggup beratur tunggu turn. Punyalah dia mahu anaknya explore dunia haiwan. Mummy? Mummy takda hairan. Mummy tak akan sentuh mana-mana haiwan pon. Kerana, aku kan dasar penakut!

Oh, yang di atas itu adalah blue tongue lizard.

Bagusnya Medina! Err. Sebenarnya, I tell you. Medina pon ada ciri-ciri macam nak ke arah emaknya. Dia tak berapa mahu. Kalau disuruh juga, diusiknya sikit. Itu pon secara geli-geli.

IMG_4828

Adek-adek saya memang takyah cakap. Mereka semuanya jenis suka binatang. Binatang pon suka mereka. Selain pernah seludup sumpah-sumpah dari kampung untuk di bawa ke KL (masa kecil-kecil), mereka juga memelihara udang bernama Otai. Udang tersebut mati juga tidak lama dulu. Dan mati depan pintu bilik mereka (begitu aneh) Padahal udang tersebut hidup dalam akuarium. Mungkin ini dinamakan, udang tidak lupakan kulit. Sebelum mati cari tuan dulu.

Selain udang, Haikal juga gemarkan kumbang dan semut semasa kecil. Memang aneh bagiku.

IMG_4870

Medina minat menyaksikan gelagat haiwan.
Tetapi tidak berminat untuk bermain bersama haiwan.
Disuruh dekat-dekat, dia dah buat muka jelik.

Suami beratur panjang untuk mendapatkan giliran memeluk rabbit. Untuk anaknya.

IMG_4873

Apabila giliran tiba, Medina kelihatan bertenang dan baik awalnya. Dia seronok-seronok tengok saya di depan yang sedang merakamkan foto. Apabila dibagi rabbit duduk atas dia …

IMG_4879

KAHKAHKAH.
Melalak!

Punyalah dia tak suka dan tak mahu sentuh. Aku syak, kalau dibiarkan rabbit ini atas peha dia tanpa supervision, memang melayang rabbit ni kena lesing. Umpama dia melesing pinggan mangkuk ketika marah.

Takut? Saya tak rasa dia takut. Sebab dia tak takut mendekati haiwan. Cuma dia tak mahu kalau disuruh sentuh-sentuh. Geli, barangkali? Like Mummy? Tapi Mummy geli dan takut.

Seterusnya, kami ke kandang kambing.

IMG_4887

IMG_4883

Feeding susu kepada kambing.
Bermakna, kambing ini tidak lagi fully breastfed.
Atau sebenarnya, emak dia bagi EBM?
Dia guna Swing atau Freestyle, aku tak tahulah.
Jangan cakap bukan-bukan, boleh?

Pakai manual pump lah, kata kambing mencelah.

IMG_4884

Ijat kalau dibagi bermain haiwan, lagi lagak ngeri dibuatnya.
Dia ni kalau dibiarkan, kambing pon dia boleh dukung.

IMG_4913

Ha, tengok!
Dah dipeluknya kambing.
Dan hampir diangkatnya.

Mujur saya perasan dan teriak ; JANGAN! Kalau penjaga kandang ini nampak, mesti ditegurnya. Kerana haiwan-haiwan ini tidak boleh diangkat atau dilayan lasak. Boleh pat kepala dia. Usap-usap badan. Dan feed dia dengan makanan yang dah disediakan sahaja. Kira kalau tengah makan kebab, jangan share lah dengan kambing tersebut. Atau nanti ditengking di dalam kandang kambing. Pengalaman malu.

IMG_4912

Kambing menghidu makanan.IMG_4893

Baru nampak muka penulis karangan ini.
Nampak sangat tak ambil bahagian.
Saya hanya merakamkan foto.

IMG_4905

Berjumpa alpaca.
Alpacas adalah berketurunan Jepun.
Eh apsal pulak?
Tak. Tak saja je.
Alpacas adalah berketurunan camel.
(Harap aku bagi fakta betul)

IMG_4867

Sombong ooooo.
Cuba dibagi makan banyak kali, dia menoleh.
Jemu makan benda alah itu agaknya.
Lain kali kalau ada rezeki, kami datang seludup Maggie OK.
Kita tengok, kalau-kalau alpaca penggemar Maggie.

IMG_4916

Memandangkan mulut Medina riuh menegur haiwan dan menunjuk ke sana ke sini, kami pon mengambil peluang merapatkan dia dengan haiwan tersebut. Malangnya, binatang tersebut telah bersebelah …

IMG_4918

Medina telah menjadi garang.
Lalu haiwan tersebut dimarahi.
Kami semua pon kena marah sekali.

Mulut dia kalau marah, menceceh-ceceh takda henti.

IMG_4921

Membelai-belai dengan begitu gembira.

IMG_4927

Si Baju Biru memang binatang apa pon dia buat macam binatang peliharaan.

Burung ini mengucapkan Hello dan Bye Bye secara tidak henti-henti. Dengar banyak kali, geram pulak aku rasa nak suruh Kau Diam. Tapi tak berani nak sakitkan hati burung ini. Khuatir kalau-kalau dia pandai melafazkan ; Get Out Kau!

IMG_4937

HAHAHA.
Medina siap sorok tangan tak mahu tangannya terkena haiwan.
Banyak kali dia buat begitu.
Bila haiwan mendekat, dia sorok tangan.

IMG_4859

Bergaya di reban ayam.
Tapi dia kata itu reban itik.
Padahal ayam.
Tapi dia tetap nak cakap itik.

IMG_4840

Menaiki train kecil mengelilingi zoo.

Di Macadamia Castle juga, ada mini golf yang agak menseronokkan. Nampak macam tak begitu best. Tapi menyaksikan mereka main, boleh tahan juga. Panjang juga golf tersebut. Lama dan naik lenguh jugaklah saya mendukung Medina sementara menunggu ketiga-tiga lelaki berlawan golf.

IMG_4942 IMG_4943 IMG_4947 IMG_4948 IMG_4953 IMG_4957 IMG_4958 IMG_4959 IMG_4960 IMG_4963 IMG_4966 IMG_4967

Ijat tetiba terror.
Semua bola dia pukul, meluru je masuk hole.
Kami syak, luck dia sangat baik hari tersebut

IMG_4971 IMG_4973 IMG_4978

Juara berdasarkan ketinggian anak tangga.

IMG_4979

Bayi yang cenderung mengorek lubang golf.

IMG_4982

Dan ibu hamil 25 minggu.

IMG_4984 IMG_4987

Seronok.

Recent Entries

9 Responses to “Macadamia Castle”

  1. Alex Adrian Says:

    bestnya. bestnya suasana zoo kat australia. zoo malaysia mmg menyedihkan hukhuk.

    errr. Chika bila lagi nak balik Malaysia?.. hehehe

  2. nana Says:

    chika tak nampak mcm pregnant…:)

    medina sgt comel dngan mata yg membulat tu..

    ciare Reply:

    betul lah, saya tercari2 di manakah perot comel berusia 25minggu itu :) Eeee bestnya Kakak Baby Medina, nak dapat adik dah. Akak Medina jgn noty2 eh :D

  3. Iz Yahya Says:

    Bestnya zoo kat sana.. Boleh pegang-pegang. Zoo Negara, semua haiwan duduk dalam cage. Dan kat sana lebih banyak haiwan aneh. Seperti yang berketurunan JEPUN tu, hahahaha.

    And you look so cute.. tak macam hamil 25 minggu pun. Genit.

    Kemsalam Medina ok

  4. Nadiah Says:

    Kak Nurul, kenapakah Medina kelihatan semakin ayu ahaha.

  5. Masy Says:

    macademia? terus terbayang kacang. nyam2

  6. misha Says:

    kenape lah cute sgt medina ni. esp time die geli kt rabbit tu. alahaiii..gerammms!!:)

  7. lia3003 Says:

    hai, awak pakai camera ape ye? sangat cantik gambar di sana. btw, median makin comel, suka tengok kecomelan dia

  8. Miss Yati Says:

    Baiklah, memang karangan ni sangat panjang. Sempat makan nasi depan pc sambil tengok gambar Medina.

Leave a Reply