Mother’s Day

Saya akan benar-benar menyambut Mother’s Day rupanya.

Ini tahun ke-2 saya berpeluang menerima ucapan Hari Ibu. Tahun lalu, adalah peluang sulung. Sempena melahirkan anak sulung, sempena itu jugalah Mother’s Day tiba. Pada hari sehari selepas hari saya melahirkan. Tahun ini juga sama. Selepas sambutan hari lahir Nur Medina, tiba sambutan Hari Ibu. Menjadikan saya ini tidak boleh lupa akan Hari Ibu.

Apakah sebelum ini saya sering terlupakan? Jujur cakap, bukan terlupakan. Tapi menyambut Hari Ibu tiada dalam budaya kami. Bagi saya, hari saya menghadiahkan ibu saya sesuatu adalah pada hari lahirnya (atau menjelang anniversary perkahwinan mereka) Tidak tahulah kenapa. Tapi tiada siapa mendidik saya untuk akan hari memperingati Ibu. Malah bapa tidak mempunyai ideologi ini.

Jadi, apakah saya tidak mengingati ibu saya pada sambutan Hari Ibu?

Saya ingat ibu saya setiap hari. Dan sekali lagi, jujur cakap Hari Ibu tidak pernah memberi apa-apa bahang istimewa bagi saya. Bagi Ibu saya sendiri juga. Saya yakin, Ibu saya sendiri tidak rasa apa-apa sekiranya kami tidak meraikan Hari ibu buatnya.

Tak fairlah kalau begitu. Kerana engkau telah menjadi Ibu, jadi sekarang engkau baru merasai bahangnya?

Bukan bukan. Saya berasa bahangnya kerana kebetulan. Kerana setiap kali Hari Ibu tiba, hari itulah tibanya ulangtahun kelahiran Medina.

Seronok menjadi ibu. Dan seronok bila diingati. Malah lagi seronok kerana diwujudkan hari istimewa buat kita ini. Tapi sekiranya anak-anak tidak ghairah akan sambutan Hari Ibu kelak, insyaAllah saya tidak kecil hati.Saya akan lebih berkecil hati kalau saya diabaikan selama 364 hari, dah hanya mendapat kasih sayang extra pada hanya satu hari tersebut.

Tahun lalu, saya di hospital pada sambutan Hari Ibu. Meriah bukan kepalang. Kesemua ibu yang baru melahirkan di suite bersalin dihadiahkan teddy bear dari pihak hospital. Semasa mendapat hadiah itu, berasa hairan. Sebab terlupa yang diri ini dah layak diingati sempena Hari Ibu.

Tahun ini, saya mendapat hadiah juga. Dari Suami dan Medina (kononnya).

Sebuah buku.

Dan sebotol wangian yang wangi.

Terima kasih suami dan anakku.

Meskipun suami adalah seperti bapa, tidak langsung mempunyai ideologi Hari Ibu dalam gedung hidup. Saya menerimanya sebagai hadiah ganjaran kerana melahirkan Medina pada 7 May. Sebagai tanda terima kasih dari suami kerana melahirkan puteri buatnya. Dan sebagai tanda terima kasih Medina kerana saya melahirkannya.

Untuk semua ibu atas muka bumi ini,
Bertuahnya kita ini! Lagi bertuah kalau tangan kita yang mendodoi bayi ini, mampu mendodoi dunia. Melahirkan khalifah-khalifah yang mensemarakkan dunia.

Buat Ibu saya sendiri,
Engkaulah ratu hatiku.

Recent Entries

7 Responses to “Mother’s Day”

  1. Rina AVAIL a.k.a cik betty Says:

    nice!

  2. macik ciare Says:

    tiap tiap hari adalah hari ibu bg semua anak kpd ibunya kan? :) HAPPY MOTHER’S DAY Chika ^_______^

  3. farah Says:

    sweetnya daddy and medina.. :D

  4. fahreen fredo Says:

    selamat hari ibu chika!!

    bertuah. suami dan anak akan sentiase mengingati hari2 istimewa dalam hidup kalian :)

  5. cinoi Says:

    Well written!

    Eh chika, Medina akan panggil u Mummy eh?

  6. cuya Says:

    wahhh…romanticnyer….cuya penah ada perfume ni…mmg wangi…

  7. jum Says:

    khalifah2 yg mensemarakkan dunia. aminn.=) happy everyday~

Leave a Reply