IKLAN INI BERBAYAR. MELEKAT.
(Entry terbaru, scroll down please)
.
Tudung kembali lagi buat tatapan kaki-kaki shopping. You claimed yourself as Kaki Shopping? Kaki shopping kena pergi SHOPPINK. Kena. Kena pergi. Iaitu kalau tak pergi, bukan kaki nama dia.
Memperkenalkan …
Viruspadu?Macam tak perlu diperkenalkan saja. Memang tak perlu sebenarnya, sebab saya syak beliau sudah cukup dikenali di dalam dunia blog ini. Itu blog. Tapi sekarang ini, beliau juga mula dikenali dalam perniagaan tudung secara online. Siapa tak kenal, memang ah dia.
SHOPPINKni memang tau! Koleksinya semua cantik belaka. Dalam kata lain, boleh menjumpai koleksi tudung yang tak pernah dijumpai di website lain. Atau sebenarnya pernah jumpa, cuma payah nak dapat. Sekarang tak perlu susah payah sangat. Sebab stock yang ada di SHOPPINKadalah banyak menurut pengamatan saya.
Crumple shawl, tahu? Mestilah tahu. Iaitu shawl yang tidak perlu diseterika itu yay! Kalau anda jenis yang ringan tulang macam mana sekalipon, jangan dibuat-buat pergi seterika shawl jenis ini. Atau anda akan berciri pelik. SHOPPINKmenawarkan terlalu banyak pilihan crumple shawl dengan harga murah. Cakap, nak warna apa? Nak bunga besar-besar? Bunga kecil-kecil? Yang menyerikan keremajaan? Yang menampakkan kematangan (eceh) Semua ada.
Antara crumple shawl yang ditawarkan. Comellah bila kena spin begini rupa.
Shawl lain yang mungkin jarang ditemui adalah Shawl Classique di bawah ini. Saya sangat suka! Suka pada patent bahagian belakangnya.
Saya tunjukkan contoh yang hitam. Namun kalau kamu berasa hitam terlalu common dan kamu suka warna terang, oren, biru, pink dan sebagainya pon ada. Hijau ada? Sila ke SHOPPINKkalau mahu tahu. I am not telling you HAHAHA (tetiba)
Yang ini pula, namanya Shawl Manik Kristal. Tak ada kena-mengena dengan Kumpulan Kristal. Tapi sememangnya memiliki juntaian kristal pada hujung shawl. Menjadikan shawl ini bertambah manis. Suka? Kalau suka, segera hubungi SHOPPINK
Bunga timbul dan mestiah glittery. Menurut pandangan saya, saya suka shawl yang bercorak pada bahagian belakang begini. Kurang kelihatan sarat, tapi tetap bercorak. OK lepas aku siapkan saja promosi ini, aku sendiri nak pergi shopping di SHOPPINK tapi tak mahu beli tudung pink. Ada terlalu banyak pilihan warna, jadi saya boleh letak pink ke tepi dan memilih mengikut citarasa :P
Kenapakah?
ShopPINK bukan hanya berwarna pink. SHOPPINKadalah berwarna warni. Seperti contoh lain;
Yang di bawah ini adalah Shawl Ogy by Fauziah Ahmad Daud.
Yang ini memang betul-betul ada kaitan dengan Kak Ogy.
Tapi tak perlulah sampai mencari atau mengekori Kak Ogy demi sehelai shawl.
Saya galakkan kamu yang berminat, terus menghubungi SHOPPINK
Tudung zaman ini terlalu difesyenkan. Tidak sesuai dengan mereka yang bertudung labuh? Habis, kami yang bertudung labuh tak dapat merasa tudung cantik-cantik ini ke?
Bagi yang mencari tudung labuh melepasi dada hingga ke paras pusat, boleh shopping di SHOPPINK. Selain itu, koleksi tudung labuh juga boleh didapati menerusi koleksi Syria Conzo Nurjannah
Di atas ini semuanya cerita tentang shawl. Sekarang saya nak tunjukkan apa yang ada di dalam shawl. Tak. Bukan rambut. Di dalam shawl adalah inner. Sekarang semua orang sudah kembali memakai inner. Maka, inner sangat laku. Dan antara yang paling dicari adalah inner berawning.
OK sekarang dah boleh pergi shopping di SHOPPINK. Saya galakkan anda semua pergi selonggar kedainya kerana saya tidak dapat memaparkan kesemua koleksi yang ada. Tudung kecil untuk anak kecil anda juga boleh didapati di SHOPPINK. Mana? Mana? Eh, kata kaki shopping. Pergilah SHOPPINK sendiri!
A few weeks ago, we went to The Macadamia Castle. Situated about 15 minutes away from home? (Sorry saya kurang pandai menganggar jarak) Apa ada di sana? Macadamia. But to tell you the truth, we (or was it ME?) did not really see much about macadamia. Lebih kepada haiwan. Umpama pergi ke zoo. Negara ini memang sangat ZOO. Anda boleh menemui zoo di sana sini (dan laku). Maksud saya, bukan seperti kebanyakkan zoo di Malaysia yang tak berapa nak laku. Saya sendiri dulunya sangat sedih kalau dibawa ke zoo. Sedih sangat sobsobsob. Zoo di sini sentiasa dipenuhi orang. Budaya membawa anak-anak ke zoo adalah sangat budaya (duh?)
Saya pon kena terap budaya ke zoo, melihat haiwan dan bermain haiwan dalam diri anak-anak. Meskipon diri sendiri bukanlah penggemar haiwan. Bukan tidak gemar, tapi dasar penakut!
I WARN YOU EY, KARANGAN INI SANGAT PANJANG DAN KAYA DENGAN GAMBAR. SEKIRANYA BANYAK GAMBAR TIDAK BERJAYA DITENGOK OLEH MATA KASAR ANDA, GUNAKAN MATA HATI.
1,2,3, Mula!
Dimulakan dengan gambar bayi satu tahun
Buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belajar masak sebijik di atas peti surat
OK dah nampak dah.
Macam ada ciri-ciri untuk menjadi karangan tidak ada hala tuju.
Dan Uncle Adek
Uncle Adek sangat rajin melayan kehendak Medina. Malah rajin juga membuli dan mensakitkan hati bayi saya. Patutlah bila ternampak muka Uncle Adek, mulut Medina akan tetiba menjadi becok. Seolah-olah sedang meluahkan pelbagai tafsiran. HAHAHA.
IKLAN.
Minat?
Nak beli? Simpan minat dalam hati.
Tak dapek den nak nolong ekau eh.
O-M-G, vote for NABILLLL! (aphal tetiba nei?)
MAHARAJALAWAK EPISOD 9 saya belum stream dari youtube (xoxo) Engkau jangan datang sini bagitahu jalan cerita dia, please. Nanti anti klimaks. GAGAGAGA. Punyalah saya scroll laju-laju timeline twitter tak mahu terbaca perbualan mereka tentang Maharajalawak 9.
Kembali.
Kakak Baby Medina in blue.
Terima kasih SmarTrike kerana tercipta untukku.
Kalau harapkan stroller, nahaslah kami.
IKLAN lagi satu boleh?
Semua yang bertanya tentang harga SmarTrike in comparison between harga Malaysia dengan Australia, saya mensarankan supaya kamu beli. Harga di Malaysia adalah tidak banyak beza. Dalam kata lain, memang begitulah harganya. Tidak melambung harganya di Malaysia. Syukur, ada pemerintahan negara yang makmur (yada-yadaaaa)
Kembali.
Bila engkau sudah mempunyai anak, erti kegembiraan adalah banyak bersumberkan anak. Anak gembira, kita gembira. Anak sedih, kita bersedih. Anak melalak tengah malam tak ada hujung pangkal, kita pitam HAHA. Bila pergi ke mana-mana sekarang ini, biasanya berniat untuk menggembirakan anak. Meskipon pada sesetengah perkara, anak tidak mengerti pon.
Contoh-contoh usaha menggembirakan anak (tanpa kita pasti sama ada anak gembira atau sebenarnya takda peduli) ;
Menaikkan anak ke atas kuda dengan lagak seperti mahu terbang.
Kita rasa anak gembira.
Tapi mungkin dalam hati dia berkata ; Setakat kuda batu buat apalah. Bagi unicorn, tengok.
Jongkang-jongket.
Bayi tiada perasaan.
Mungkin tidak mengerti kenapa kena main benda seperti ini.
Sedangkan berguling atas pasir dan kutip pasir jauh lebih fun.
Yang ini dia suka!
Kerana terdapat adrenalin rush yang merangsang tawa.
Tapi bila dia minta banyak kali, lenguh tangan orang dewasa.
Mulut tidak pernah diam, bayi ini.
Ramah dia tidak bertempat juga.
Seperti ramah pada cashier dan buat lambat orang belakang yang tengah beratur je.
HAHA
Adek saya ini adalah kanak-kanak paling girang di zoo.
Iaitu melebihi kegirangan Medina yang sepatutnya.
Saya dan suami dari dulu telah berikrar, akan mengajar anak bermain dengan haiwan. Ya ya. Meskipon saya tidak boleh menjadi contoh. Tapi suami saya boleh dijadikan contoh. Suami sangat sukakan haiwan. Kucing terutamanya. Selalu dia menanam cita-cita untuk mempelihara seekor kucing. Tapi benda yang ditanam, bukanlah selalu sangat membuahkan hasil. Macam lengkuas yang Ijat tanam bulan lalu. Tak kelihatan seperti menjadi. Demikianlah ibaratnya cita-cita suami yang ditanam untuk mempelihara seekor kucing. Apakah dia mahu membuat isterinya takut-kaut berani di dalam rumah sendiri?
Tapi andainya suatu hari (yang masih panjang lagi, bukan sekarang), Medina mahu membela kucing, insyaAllah saya galakkan. Kerana kanak-kanak yang mempunyai kucing selalunya kelihatan pandai berkasih sayang. Tapi bukan sekarang. Harap suami jangan terasa berdebar-debar bagai menerima bulan jatuh ke riba ke apa. NANTI. Bila Medina sudah dewasa dan tahu membersih dan mencuci kucingnya supaya tidak membuat busuk di dalam rumah.
Untuk itu,
Suami beriya-iya mengajar anaknya bermain dengan semua haiwan yang ada. Semua peluang untuk pat haiwan, kelam kabut dia pergi mencelah. Hingga sanggup beratur tunggu turn. Punyalah dia mahu anaknya explore dunia haiwan. Mummy? Mummy takda hairan. Mummy tak akan sentuh mana-mana haiwan pon. Kerana, aku kan dasar penakut!
Oh, yang di atas itu adalah blue tongue lizard.
Bagusnya Medina! Err. Sebenarnya, I tell you. Medina pon ada ciri-ciri macam nak ke arah emaknya. Dia tak berapa mahu. Kalau disuruh juga, diusiknya sikit. Itu pon secara geli-geli.
Adek-adek saya memang takyah cakap. Mereka semuanya jenis suka binatang. Binatang pon suka mereka. Selain pernah seludup sumpah-sumpah dari kampung untuk di bawa ke KL (masa kecil-kecil), mereka juga memelihara udang bernama Otai. Udang tersebut mati juga tidak lama dulu. Dan mati depan pintu bilik mereka (begitu aneh) Padahal udang tersebut hidup dalam akuarium. Mungkin ini dinamakan, udang tidak lupakan kulit. Sebelum mati cari tuan dulu.
Selain udang, Haikal juga gemarkan kumbang dan semut semasa kecil. Memang aneh bagiku.
Medina minat menyaksikan gelagat haiwan.
Tetapi tidak berminat untuk bermain bersama haiwan.
Disuruh dekat-dekat, dia dah buat muka jelik.
Suami beratur panjang untuk mendapatkan giliran memeluk rabbit. Untuk anaknya.
Apabila giliran tiba, Medina kelihatan bertenang dan baik awalnya. Dia seronok-seronok tengok saya di depan yang sedang merakamkan foto. Apabila dibagi rabbit duduk atas dia …
KAHKAHKAH. Melalak!
Punyalah dia tak suka dan tak mahu sentuh. Aku syak, kalau dibiarkan rabbit ini atas peha dia tanpa supervision, memang melayang rabbit ni kena lesing. Umpama dia melesing pinggan mangkuk ketika marah.
Takut? Saya tak rasa dia takut. Sebab dia tak takut mendekati haiwan. Cuma dia tak mahu kalau disuruh sentuh-sentuh. Geli, barangkali? Like Mummy? Tapi Mummy geli dan takut.
Seterusnya, kami ke kandang kambing.
Feeding susu kepada kambing.
Bermakna, kambing ini tidak lagi fully breastfed.
Atau sebenarnya, emak dia bagi EBM?
Dia guna Swing atau Freestyle, aku tak tahulah.
Jangan cakap bukan-bukan, boleh?
Pakai manual pump lah, kata kambing mencelah.
Ijat kalau dibagi bermain haiwan, lagi lagak ngeri dibuatnya.
Dia ni kalau dibiarkan, kambing pon dia boleh dukung.
Ha, tengok!
Dah dipeluknya kambing.
Dan hampir diangkatnya.
Mujur saya perasan dan teriak ; JANGAN! Kalau penjaga kandang ini nampak, mesti ditegurnya. Kerana haiwan-haiwan ini tidak boleh diangkat atau dilayan lasak. Boleh pat kepala dia. Usap-usap badan. Dan feed dia dengan makanan yang dah disediakan sahaja. Kira kalau tengah makan kebab, jangan share lah dengan kambing tersebut. Atau nanti ditengking di dalam kandang kambing. Pengalaman malu.
Kambing menghidu makanan.
Baru nampak muka penulis karangan ini.
Nampak sangat tak ambil bahagian.
Saya hanya merakamkan foto.
Berjumpa alpaca.
Alpacas adalah berketurunan Jepun.
Eh apsal pulak?
Tak. Tak saja je.
Alpacas adalah berketurunan camel. (Harap aku bagi fakta betul)
Sombong ooooo.
Cuba dibagi makan banyak kali, dia menoleh.
Jemu makan benda alah itu agaknya.
Lain kali kalau ada rezeki, kami datang seludup Maggie OK.
Kita tengok, kalau-kalau alpaca penggemar Maggie.
Memandangkan mulut Medina riuh menegur haiwan dan menunjuk ke sana ke sini, kami pon mengambil peluang merapatkan dia dengan haiwan tersebut. Malangnya, binatang tersebut telah bersebelah …
Medina telah menjadi garang.
Lalu haiwan tersebut dimarahi.
Kami semua pon kena marah sekali.
Mulut dia kalau marah, menceceh-ceceh takda henti.
Membelai-belai dengan begitu gembira.
Si Baju Biru memang binatang apa pon dia buat macam binatang peliharaan.
Burung ini mengucapkan Hello dan Bye Bye secara tidak henti-henti. Dengar banyak kali, geram pulak aku rasa nak suruh Kau Diam. Tapi tak berani nak sakitkan hati burung ini. Khuatir kalau-kalau dia pandai melafazkan ; Get Out Kau!
HAHAHA.
Medina siap sorok tangan tak mahu tangannya terkena haiwan.
Banyak kali dia buat begitu.
Bila haiwan mendekat, dia sorok tangan.
Bergaya di reban ayam.
Tapi dia kata itu reban itik.
Padahal ayam.
Tapi dia tetap nak cakap itik.
Menaiki train kecil mengelilingi zoo.
Di Macadamia Castle juga, ada mini golf yang agak menseronokkan. Nampak macam tak begitu best. Tapi menyaksikan mereka main, boleh tahan juga. Panjang juga golf tersebut. Lama dan naik lenguh jugaklah saya mendukung Medina sementara menunggu ketiga-tiga lelaki berlawan golf.
Ijat tetiba terror.
Semua bola dia pukul, meluru je masuk hole.
Kami syak, luck dia sangat baik hari tersebut
SAYA HAMIL LAGI adalah sebuat statement. Jadi ini bukan teka-teki. Dan janganlah berteka-teki lagi bagi yang sedang berteka-teki. Saya kembali menjadi ibu hamil. Tahun lalu saya menjadi ibu hamil. Tahun ini pon menjadi ibu hamil. Apakah tiap-tiap tahun saya akan menjadi ibu hamil? Yang itu, wallahualam.
Saya telah hamil 27 minggu. Lagi baki 13 minggu untuk dikongsikan dengan semua. InsyaAllah.
Photo : 24 weeks gestation.
Seperti kehamilan pertama. Perutku molek saja. Badanku tetap kecil begitu jua. Yang lainnya kali ini, cuma satu. Tiada morning sickness atau mabuk pregnancy yang dahsyat. Sangat bertenaga. Malah berasa sehat Alhamdulillah. Sampai kadang-kala saya terlupa saya ini sedang hamil. Dan ramai tidak dapat meneka dengan mata kasar.
Puas hati.
Mulai hari ini, dapatlah berkongsi cerita kehamilan tanpa berselindung lagi. Lebih banyak cerita akan diceritakan pada hari-hari mendatang. Seronoknya berbadan dua!
Nobody cares about me.
What you care about is Medina.
HAHA sengaja nak bitter.
Nah, video Medina!
Jadi sekarang kamu tahu ;
Bayi saya itu lasak dan boleh dilasak-lasakkan. Rumah saya ini riuh. Kami ini memang pembuat bising. Boys memang gemar mengajar bayi-bayi berperang.
//
Walaupon nobody cares about me (bluwek), saya mahu memberitahu satu cerita (berita) Tapi saya kesejukan. Saya juga mengalami permasalahan yang tidak nyata. Fokus saya tak berapa nak elok. Alasan much? Memang. Maka, sila datang pada hari Isnin untuk membaca cerita. Iya. Walaupon nobody cares about me.
.
HAHA.
Kedengaran bitter ye? Sebenarnya aku acah saja. Cuma blog ini bagaikan milik bayi itu. Semua berpusu mahukan cerita dia sahaja. Tak. Tak bitter pon. Jam 9.42 malam. Dan aku mahu makan ais krim sekarang.
Saya akan benar-benar menyambut Mother’s Day rupanya.
Ini tahun ke-2 saya berpeluang menerima ucapan Hari Ibu. Tahun lalu, adalah peluang sulung. Sempena melahirkan anak sulung, sempena itu jugalah Mother’s Day tiba. Pada hari sehari selepas hari saya melahirkan. Tahun ini juga sama. Selepas sambutan hari lahir Nur Medina, tiba sambutan Hari Ibu. Menjadikan saya ini tidak boleh lupa akan Hari Ibu.
Apakah sebelum ini saya sering terlupakan? Jujur cakap, bukan terlupakan. Tapi menyambut Hari Ibu tiada dalam budaya kami. Bagi saya, hari saya menghadiahkan ibu saya sesuatu adalah pada hari lahirnya (atau menjelang anniversary perkahwinan mereka) Tidak tahulah kenapa. Tapi tiada siapa mendidik saya untuk akan hari memperingati Ibu. Malah bapa tidak mempunyai ideologi ini.
Jadi, apakah saya tidak mengingati ibu saya pada sambutan Hari Ibu?
Saya ingat ibu saya setiap hari. Dan sekali lagi, jujur cakap Hari Ibu tidak pernah memberi apa-apa bahang istimewa bagi saya. Bagi Ibu saya sendiri juga. Saya yakin, Ibu saya sendiri tidak rasa apa-apa sekiranya kami tidak meraikan Hari ibu buatnya.
Tak fairlah kalau begitu. Kerana engkau telah menjadi Ibu, jadi sekarang engkau baru merasai bahangnya?
Bukan bukan. Saya berasa bahangnya kerana kebetulan. Kerana setiap kali Hari Ibu tiba, hari itulah tibanya ulangtahun kelahiran Medina.
Seronok menjadi ibu. Dan seronok bila diingati. Malah lagi seronok kerana diwujudkan hari istimewa buat kita ini. Tapi sekiranya anak-anak tidak ghairah akan sambutan Hari Ibu kelak, insyaAllah saya tidak kecil hati.Saya akan lebih berkecil hati kalau saya diabaikan selama 364 hari, dah hanya mendapat kasih sayang extra pada hanya satu hari tersebut.
Tahun lalu, saya di hospital pada sambutan Hari Ibu. Meriah bukan kepalang. Kesemua ibu yang baru melahirkan di suite bersalin dihadiahkan teddy bear dari pihak hospital. Semasa mendapat hadiah itu, berasa hairan. Sebab terlupa yang diri ini dah layak diingati sempena Hari Ibu.
Tahun ini, saya mendapat hadiah juga. Dari Suami dan Medina (kononnya).
Sebuah buku.
Dan sebotol wangian yang wangi.
Terima kasih suami dan anakku.
Meskipun suami adalah seperti bapa, tidak langsung mempunyai ideologi Hari Ibu dalam gedung hidup. Saya menerimanya sebagai hadiah ganjaran kerana melahirkan Medina pada 7 May. Sebagai tanda terima kasih dari suami kerana melahirkan puteri buatnya. Dan sebagai tanda terima kasih Medina kerana saya melahirkannya.
Untuk semua ibu atas muka bumi ini,
Bertuahnya kita ini! Lagi bertuah kalau tangan kita yang mendodoi bayi ini, mampu mendodoi dunia. Melahirkan khalifah-khalifah yang mensemarakkan dunia.
IKLAN INI BERBAYAR. MELEKAT.
(Entry terbaru, scroll down please)
.
Pakai tudung tak mahulah menampakkan leher. Betul? Jadi sekarang mahu tanya, sudahkah memiliki INNER SYRIA? Bagi yang tidak pasti apakah itu inner syria, dan kenapa pula kena ada, ini saya nyatakan serba ringkas.
Dulu kita semua kena pakai anak tudung semasa pergi sekolah. Atau ustazah yang garang akan tarik rambut depan kamu yang berjuraian. Ye ke ye ke? Iya. Saya ada ustazah garang yang bukan sahaja cenderung menarik rambut berlebihan yang berjuntaian di hadapan, malah suka tarik telinga juga. Sungguh pon dah cover telinga dengan tudung dan anak tudung, pon terasa sakit. Fine lah, bukan itu cerita dia.
Itu dulu. Dulu penggunaan anak tudung sudah memadai. Tapi sekarang, memadaikah? Tidak lagi. Kerana penggayaan tudung sudah bermacam-macam. Sehinggakan leher jadi taruhan. Untuk tidak mempertaruhkan leher, inner syria bagaikan penyelamat.
Nama lagi INNER, jadi dipakai di dalam dan bukannya di luar untuk diperagakan. Ramai yang bertanya, di mana nak dapatkan inner syria ini? Ha, sekarang saya bawa kamu ke tempat untuk mendapatkannya.
Klik saja pada Inner Syria untuk membelinya secara online.
Cover your neck properly.
Hanya berharga RM25.
Sangat laku, I bet.
Apabila I bet sangat laku,bermakna kalau berminat kamu kena sambar laju-laju.
Nama pon SERI SELENDANG. Pastilah menawarkan aneka selendang buat anda. Antara yang terbaru dalam stok mereka adalah Plain Pashmina seperti di bawah ini.
Cantik? Banyak pilihan warna? Rambang? Kalau ingin tahu juga, pashmina ini cepat betul sold out. Macam mana tak cepat diambil orang, harganya sangat murah. Iaitu semurah RM15. Ya Allah, murahnya! Kalau dekat tempat saya ini, dijualnya paling murah $25. Dahlah saya suka pashmina. Dan saya sarankan bagi yang baru berjinak-jinak melilit selendang, mulakan dengan pashmina.
Senang dililit dan terletak kemas.
Tak memerlukan banyak pin. Jadi tak perlu pin di sana sini sehingga mencucuk tubuh eceh (exaggerate) Seriously, tidak perlu banyak pin kerana dia mudah dibentuk-bentuk.
Biasanya tidak jarang. Jadi tidaklah anda menutup rambut tetapi mengeluarkan bayangan rambut. Mengerti?
Jenis yang plain adalah paling selamat digayakan dengan apa-apa corak pakaian anda. Maka dapat menghindari diri dari kelihatan seperti seseorang yang ‘meriah keterlaluan’. HAHA
Tapi,saya suka memakai pakaian plain. Dan dalam almari saya, semuanya koleksi pakaian plain.
Kalau begitu kesnya, saya cadangkan pula Selendang Bunga untuk anda. Cakap saja, nak selendang bagaimana dan dalam gaya apa, I can recommend :P
Sweet, no?
Harganya juga amat murah. Semurah apa? Taknak bagitahu taknak bagitahu. Pergi semak sendiri di SERI SELENDANG
Dalam zaman ini, tudung instant adalah kegemaran ramai. Diibaratkan seperti life saver. Iaitu penyelamat ketika kecemasan. Atau dalam waktu bukan kecemasan pon, ramai juga yang senang menggayakan tudung instant. Kerana cepat. Sangkut belakang pintu, hanya capai apabila ingin keluar segera. Seperti apabila telah terlewat menjemput anak dari sekolah.
Dari jenis yang plain dan simple, kini muncul pula jenis spider. Spider? Menurut pengetahuan saya, ia dinamakan spider kerana design pada bahagian belakanganya yang frilly dan mengembang. Menambahkan lagi gaya.
Jenis denim. Disertakan sekali dengan inner. Fabriknya berkualiti tinggi. Bukan tudung spider cap ayam, tahu? Ini memang tudung spider cap spider. Iaitu dijamin kualitinya.
Eh, aku belum pernah ada jenis yang ini.
Selendang crumple juga mestilah ada. Leopard print ada.
Telah cuba menggayakan selendang jenis satin? Nampaknya sangat popular buat masa ini. Jangan ketinggalan. Anda, cubalah. Ramai yang mengatakan, jenis satin ini juga mudah digayakan. Malah nampak smooth.
SERI SELENDANG menawarkan aneka pilihan warna ikut kegemaran kamu. Kalau saya, mestilah hitam. Bila pasal tudung, saya paling gemar yang hitam. Sebab nak selamat.
Yang menariknya, Selendang Dubai Satin Silkyang dijual di SERI SELENDANG ini merupakan tailor made ekslusif untuk SERI SELENDANG. Bukanlah ready-made. Berharga RM290 SAHAJA.
Huh?!
Tak lah tak lah. Kan dah cakap tadi SERI SELENDANG menawarkan harga yang menepati penerimaan akal waras. Cuma RM29 SAHAJA sehelai. Cepat cop! Nanti warna kegemaran disambar orang, ayyok tak tahu.
Terakhir yang dapat saya kongsikan, adalah INNER SYRIA WITH AWNING! Saya tahu, ramai mencari yang ini bukan? Kerana ramai yang tidak berapa gemar memakai inner yang terlalu melekat pada leher. Ada yang complain, nanti tidak sesuai dengan wajah bulat. Atau tidak sesuai dengan wajah kurus. Jadi inner jenis berawning ini adalah yang terbaik. Saya sendiri suka jenis ini. Untuk menyelamatkan wajah bulat kelihatan menyerlah bulatannya. HAHA
Beli beli beli! Seploh ringgit seploh ringgit seploh ringgit! Bukan penipuan. Memang RM10 sehelai. Macam-macam warna ada. Lihatlah sendiri dan pilih. Oh lupa cakap. Yang ini juga antara yang perlu ada dalam simpanan masa depan anda. Untuk menyelamatkan penampilan kamu terutama pada hari-hari di mana tudung kamu buat hal. Tahukan? Tudung ni pon ada kalanya boleh buat hal pada hari tertentu. Seperti tiba-tiba menjadi degil. Dengan adanya inner berawning ini, mungkin dapat menyelamatkan keadaan.
Macam-macam lagi ada di SERI SELENDANG. Selamat berbelanja!