Suka hati kaulah kalau kail kau panjang sejengkal. HAHAHAHA. Dahlah liat mentulis blog, datang-datang nak kerek. Hai, semua! Mood pagi ini sangat indah. Cuaca dingin-dingin dengan keserian mentari pagi. Rumah yang kemas dah teratur sejak petang semalam. Dapur yang tersusun dan tersental elok. Laundry pula dalam mesin sedang dikerjakan. Ah, what a good day!
Hari ini hari Rabu Yang Senyap? Wordless Wednesday? Nescaya kamu semua akan menjumpai pameran gambar sahaja di merata blog tanpa bantuan teks yang padu. Telah beberapa kali saya nak buat juga tapi, memang tak boleh. Sebab bila letak gambar, nanti saya akan nak letak tulisan. Pastu terus tak jadi Wordless Wednesday.
Sebenarnya saya mahu mentulis sikit sahaja. Iaitu hampir nak sama dengan Wordless Wednesday. Tapi saya punya Wednesday adalah dengan sedikit tulisan maka ia akan menjadi Almost Wordless Wednesday.
Nah, terimalah Almost Wordless Wednesday!
Every weeks akan ke Ballina sebab nelayan bekerja hujung minggu. Ada tiga nelayan dalam rumah ini. Bukan main-main punya nelayan. Nelayan berlesen. Betul, bukan sengaja sengaja cakap. Di New South Wales, hanya mereka yang memohon lesen memancing sahaja yang dibenarkan memancing. Atau kalau tertangkap, akan disaman. Dan nelayan-nelayan saya ini, mempunyai lesen selama setahun. Lepas setahun ni, title nelayan dah tak valid dah.
Pelayan dan pemakan (sebab sementara orang memancing, dia asyik nak makan)
Alamak, apa kes ni?
Ikan-ikan.
Minggu pertama ; 15 ekor ikan.
Minggu kedua ; 16 ekor ikan.
Minggu ketiga ; Melebihi 50 ekor tapi sebab dah terlalu banyak, nelayan berasa bosan dan buang semula ke laut. Lalu membawa pulang 15 ekor sahaja.
Sekarang hari-hari makan ikan. Hari-hari saya pusing keliling mempikirkan menu ikan. Hari-hari dah bosan tengok ikan.
7 April 2011, bulanke 11bayi ini melihat dunia.
bulanke 11, saya ini menjadi ibu.
bulanke 11, lelaki kesayangan menjadi bapa.
Selama 11 bulan ini, kehidupan saya adalah berubah sama sekali.
Kita mulakan dengan bilangan gigi? Memiliki empat batang gigi (dua di atas dan dua di bawah) adalah kelihatan seimbang. Wajahnya kelihatan lain sikit disebabkan oleh kehadiran gigi. Malahan, kehadiran gigi yang empat itu juga menjejaskan keyakinan saya sewaktu menyusui bayi ini. Pengalaman digigit beberapa kali, adalah hampir sama trauma dengan pengalaman dikejar warewolf. Meskipon sebenarnya tak pernah pon dikejar warewolf. Hyperbola? Lalu, jika saya menyusukannya pada waktu malam, saya tidak dapat tidur tenang selagi dia belum sudah disusui. Aku nervous! Bukankah keterlaluan, sekiranya sedang hendak terlelap dan digigit pedih lalu rasa nak menjerit? Kadang-kala aku menjadi terlalu sentap dan bertindak dengki. Aku tak mahu beri dia susu untuk beberapa ketika sehinggalah hati aku terpujuk. Harap dia mengerti bahawa tindakan menggigit adalah keterlaluan dan tidak comel.
Kebolehan?
1) Masih belum boleh berjalan (malas? belum sampai seru? sengaja tidak mahu?) Tetapi berkebolehan memanjat yangjitu. Sesungguhnya, aku ada sedikit rimas apabila ditanya belum boleh berjalan? Jadi aku hanya boleh memberikan jawapan default ; Semua bayi tidak sama pencapaiannya. Ada yang boleh berjalan awal. Ada yang boleh bercakap awal. Ada yangboleh makan KFC awal. Ada yang boleh makan sambal tumis belacan cili padi 18 biji awal. Pilihlah. Anak anda kategori mana?
2) Berkebolehan mengamuk dan mentakutkan persekitaran. Minggu lalu, dia telah menunjuk perasaan di sebuah cafetaria semasa bersarapan pagi. Bayi ini telah melesing sebiji biskut pada botol kaca lalu berdegang! Semua orang memperhatikan meja kami. Lalu aku malu. Macam itu rupanya perasaan malu apabila anak tunjuk perangai di hadapan umum. Maka aku hairan jika ada emak yang boleh tidak malu anaknya berbahasa kesat pada usia 2 tahun. Allah forbid. Tapi aku pasti, kalau berusia 11 tahun dan dia membuat perangai di hadapan umum, kau tunggulah habuannya. Masa bayi memang comel kalau mengamuk sekalipon. Masa tidak lagi bayi, jangan buat begitu please. I am begging. Atau, siap!
3) Talkative. Aktif secara lisan. Meskipun belum boleh berbahasa yang betul, tapi bahasa bayinya sangat lancar. Saya tidak tahulah ini kebenaran atau kebetulan. Tapi untuk berasa normal, aku anggap ini kebetulan. Kalau melihat bapanya, dia akan menyebut dad! Kalau melihat Uncle Uda nya, dia akan menyebut Ejat! Kalau menangis, akan kedengaran seperti Adek. Dan siang tadi tak semena-mena telah menyebut lalat sewaktu lalat menceroboh rumah. Ya ya. Kebetulan. Tapi menggeramkan.
4) Kuat menyusu. Alah, semua bayi pon begitu. Tapi untuk pengalaman peribadi saya, kekuatan menyusunya keterlaluan. Tidak kiralah walau kenyang diberi makan sekalipon, dia tetap boleh menyusu berjam-jam. Kalau hendak tahu, itulah kehidupan seharian saya. Berjam-jam terbaring menyusui anak dalam satu hari. Sebab itulah twitter aku begitu aktif. HAHAHA.
Tidur malamnya tidak seindah dulu. Atau dalam kata lain, tidur malamku tidak seindah dulu. Orang selalu berkata, memiliki bayi akan menjejaskan tidur malam ibu-ibu. Tapi selama ini, tidur malam saya adalah elok seperti biasa. Meskipun semasa bayi ini masih seorang newborn. Tapi tidak lagi kini. Sejak sebulan dua ini, dia akan berjaga beberapa kali pada waktu malam. Untuk memberontak tidak tentu pasal dan tertidur sendiri akhirnya. Atau mencari bahan untuk nyonyot. Aku syak, bayi ini ketagih nyonyot.
Saban hari, kami akan berperang anak beranak. Sama ada waktu untuk mengajak mandi (Tapi apabila sedang mandi, dia gembira bukan kepalang. Sebab bayi ini memang suka air) Waktu untuk menukar nappy juga berperang. Waktu untuk memakaikan pakaian juga berperang. Waktu di dalam kenderaan, memang perang besarlah sebab dia cukup anti akan carseat.
Antara kegemarannya (selain susu ibu dan pisang), bayi ini gemar aktiviti swimming. Bukan sahaja di swimming pool, malah di pantai juga. Takut ombak? Oh memang tak. Lagi ombak besar datang, lagi excited rupanya. Tahukah kau? Kami juga tidak berapa gentar untuk melepaskannya di swimming pool (pada paras air bersesuaianlah, bukan tahap olympic mind you) Dalam kata lain, ciri-ciri Australian di situ; hantu air.
She’s such a darling. Pagi-pagi apabila memiliki mood yang tenteram, dia akan datang tak semena-mena mencium pipi Mummy. Atau sengaja datang menyanyi pada muka Mummy? Lalu muka Mummy basah dengan air liurnya. Momen ini adalah momen kegemaran Mummy. Lalu berasa geram dan akan memeluk dia kuat-kuat. Akhirnya dia pon akan marah dan terus rosak mood. HAHA padan muka aku.
Kegemaran lain, adalah rumput dan angin.
Meskipun tubuh kelihatan susut, pipi kekal kembung dan peha kekal kenyal seperti dulu.
Tidak berapa ayu dan lemah lembut meskipon sering berpakaian merah jambu yang kembang. Belum memiliki favorite plushy toys. Malah tidak gemarkan teddy bear. Lebih suka bermain dengan benda yang bukan-bukan seperti pen, mobile phone, laptop, mahupon barang-barang hospital Daddy. Pada suatu pagi, telah didapati gembira mengetuk iPhone Mummy pada botol ubat. Lalu bergegar jantung Mummy.
Oh dia suka ikut orang menyanyi. Siap ekspresi wajah. Dan suka menari pelik-pelik juga.
Ratu hatiku.
I love you, muah muah.
Sebulan akan datang, genap berusia satu tahun. Perancangan sambutan hari lahir pertama adalah belum ada. Nothing big, mungkin. Hanya mahu mengadakan sesuatu yang kecil tapi memorable. Seperti suruh dia puasa sempena hari lahir sebagaimana perbuatan Nabi SAW? Oh, memang taklah. HAHA. Atau menghadiahkan Mummy sepasang tas tangan baru in burgundy itu? Aik, apsal pulak Mummy yang dapat hadiah? Memang tak fahamlah, bukan?
Maka dengan itu, semoga jumpa lagi.
Op op! Disebabkan SEMOGA JUMPA LAGI tersebut adalah satu statement yangbelum tentu bila (KAHKAHKAH) maka saya bagi video ini supaya nampak macam kerja keras sikit untuk entry ini. Grin.