MIA STUFFZ
IKLAN INI BERBAYAR.
MELEKAT.
(Entry terbaru, scroll down please)
.
Nak melawa nak melawa!
I know, nowadays semua orang nak melawa. Eh, bukan! Bukan nowadays sahaja, malah sejak zaman filem Anak Buluh Betung dan sebelum-sebelumnya juga, orang memang suka mahu melawa. Yang bezanya (just in case you girls noticed), zaman ini majoriti wanita Melayu sudah bertudung.
Kalau pada era filem Anak Buluh Betung atau Jula-Juli Bintang Tiga (HAHAHAHA Aku ternyata boleh recall filem-filem oldies ini. Teror tak teror tak?), wanita-wanita banyak memperagakan scarves sebagai aksesori rambut, mahupun di leher. Tapi pada zaman ini, scarves sudah digayakan sebagai penutup kepala (iaitu sebagai tudung) dengan pelbagai penggayaan. And I think, lagi cool!
OK ask me no more about Jula-Juli Bintang Tiga atau Anak Buluh Betung, sumpah aku tak tahu jawap. Sudahlah, sudah. Saya hendak bercakap tentang MIA STUFFZ.
Kalau anda rajin bawa jari runcing anda ke MIA STUFFZ, (dalam kata lain, kalau anda klik ke MIA STUFFZ, confirm memang jari anda cantik runcing. Sebab hanya manikam mengenal permata :P Sangat tetiba OK weh serius now!) anda akan sampai ke panorama ini ;

Suka!
Saya cukup cukup suka website perniagaan yang tersusun dan senang untuk navigate seperti ini. Orang yang berkunjung biasanya ada kebarangkalian menjadi potential buyer, betul? Jadi kalau orang yang tak terniat nak membeli pon boleh tetiba memasang niat hanya kerana terpesona dengan koleksi barangan yang jelas.
Apa yang ada dalam koleksi MIA STUFFZ? Tudunglah. Tapi bukan tudung sahaja. I mean, bukan setakat menjual tudung malahan … OK biar saya bawakkan anda jalan-jalan di MIA STUFFZ.
Masuk HOME, anda akan terkesima dengan kecomelan model (yang juga pemilik perniagaan) HAHA Dan sejurus selepas itu, anda akan terkesima dengan koleksi tudung yang ditawarkan. Cantik dan tersendiri.
Disebabkan tadi saya cakap nak bawak anda jalan-jalan, jadi sekarang kita telah pon sampai pada pameran koleksi tudung yang dijual. Sila tengok.

Salah satu contoh yang saya petik berdasarkan minat sendiri. Nama tudung ini EKSPRESS DENIM. Memang ekspres. Dan memang ternyata denim. Saya ada dua helai shawl dari fabrik jenis ini dan ternyata ku mahu lagi dua ratus helai (kalau boleh) HAHA Mengikut pengalaman saya, fabrik denim ni kalau pakai, dia terletak kemas. Tak akan berlari-lari anak dan kita pon takyah berpeluh mengejarnya. Boleh mengerti kah kalian?
Peringatan mesra ; Kalau berkenan sila lari cepat-cepat atau nanti tak dapat. Semedang out of stock. Bukan saja bernama ekspres kerana cepat dipakai, malah cepat laku juga. So if you wish to own this piece, you better be one express runner. Warning. Eceh.
Selain itu. ada INNER NECK COVER!

Suka pakai shawl? Suka lilit shawl mengikut trend terkini yang pelbagai? Ha, wajib ada INNER NECK COVER ini!
Untuk menutup leher dan bahagian telinga (juga rambut) secara lebih sempurna. So that bila kamu bergaya dengan lilitan shawl terkini yang longgar-longgar itu (you got what I mean) kamu tidaklah mendedahkan leher kamu. Lebih sempurna sifatnya. Fabrik jenis cotton viscose. Dan terdapat dapat pelbagai warna.
MESTI ADA, TAHU?
Dan banyak lagi koleksi yang ditawarkan seperti TUDUNG SYRIA, SHAWL PELBAGAI WARNA DAN GAYA dan macam-macam lagi. Sila-sila bawa diri ke sana sendiri.
Sekarang kita telah sampai ke bahagian AKSESORI pula. Dan di bawah ini, contoh aksesori yang dijual lalu berasa geram!

Apa ni apa ni?

Oh, headband!
Comelnyaaaaaaa. Bukan ini saja. Ada clip untuk digayakan pada shawl juga. Dan pin. Sekali lagi, sila bawa diri anda sendiri ke sana.
Nak beli, tapi tak tahu nak menggayakanlah T____T
Atau,
Dah beli dah, tapi dah simpan buat jeruk dah sebab tak tahu nak gayakan bagaimana T___T
OK jangan menangis di hujung penjuru. Nanti Puan Mazra Ayu (pemilik) ajarkan. Best kan best kan? Anda cuma perlu bawa lagi sekali hari runcing anda ke bahagian DEMO PAKAI SHAWL. Taraaaa ….

Ini antara salah satu contoh; Memakai shawl gipsi. Ada banyak lagi tutorial bergambar di sana.
Sekarang rombongan seimbas lalu kita telah tamat. Untuk melihat keseluruhan godaan yang ada, sila pergi membuat rombongan sendiri. I bet, semua cantik-cantik dan menggeramkan.
Tapi kena warning lagi sekali ; Kalau berkenan sila lari cepat-cepat atau nanti tak dapat. Semedang out of stock. Bukan saja bernama ekspres kerana cepat dipakai, malah cepat laku juga. So if you wish to own this piece, you better be one express runner.

Lagi satu nak dikongsi dengan bangga. Koleksi MIA STUFFZ pernah disiarkan dalam UTUSAN MALAYSIA ONLINE. Anda bolehlah baca artikelnya dari SINI. Sekarang dah memang confirm dah, memang best MIA STUFFZ ni.
Selamat melayari MIA STUFFZ!




April 30th, 2011 at 3:29 am
Salam..i like the inner the one yang ala2 syria tu, tp menutup leher…but i dunno where to get it..please let me know where to get it, will be so much appreciated! thank youuuuu!
June 24th, 2011 at 4:29 pm
assalamualaikum..
inner neck ada dijual lagi x?
August 21st, 2011 at 11:03 am
inner neck ade lagi tak?