Insidious
Jujur. Aku penggemar filem seram.
Dan jujur. Aku tidak gemar filem seram Melayu.
Tak seram. Tapi geram.
Biasanya, filem seram yang berjaya menseramkan aku adalah filem Thailand (atau Indonesia kadang-kadang) Buat setakat ini, Unseable (Thailand) dan The Maid (Singapore) adalah yang terseram dan makan dalam. Iaitu masih menseramkan aku hingga kini bila fikiran aku terkenangkannya. Hingga kadang-kala aku berasa macam Ish-Tak-Guna-Betul sebab buat aku seram.
Engkau suka filem seram?
Aku memang suka. Sungguhpun suami dan bapa tak berapa suka. Sebab bagi mereka, filem seram adalah tahyul dan buat engkau berasa takut pada kuasa selain Tuhan. Memang iya juga. Tapi kalau nak disifatkan aku ini sebagai penakut hantu sangat, mungkin tidak. Maksud aku, bukan tidak takut. Tapi pada kebanyakkan masa, aku tak selalu mengingati hantu. Dan aku malas hentam fikiran sendiri dengan mengingati hantu. Sebab itu aku tak gentar menonton filem seram.
Malam semalam, kami menonton Insidious. Malam-malam. Tutup lampu (standard lah, bila nak tengok filem seram mesti nak tutup lampu) Filem dari pengarah yang sama yang membuat Paranormal Activity dan Saw. Ini pon antara filem yang boleh tahan membuat aku seram. Dahlah masa aku menonton, kami tinggal di Wishart. Rumah itu pula jenis suka berbunyi-bunyi. Meskipon aku tahu bukan bunyi hantu cuba ajak bergurau, tapi boleh tahanlah buat aku kecut bila tinggal sendiri. Suami pula asyik kerja malam. Namun, ketakutan aku tidaklah sampai memakan diri. Habis-habis pon, dalam takut itu aku berani juga turun ke dapur pergi makan nasi. HAHAHA (ketawa pula)

Ini poster dia.
Macam tak berapa mentakutkan.
Ini trailer dia.
Pon macam tak berapa mentakutkan.
Pendek kata. Bukanlah mentakutkan sampai engkau boleh pengsan atau sakit jantung di tempat kejadian. Cuma. Elemen seram dia bagi aku, cukup makan dalam. Iaitu cukup untuk buat kau tergamam dan rasa tertekan semasa menonton. Aku bagi 4 bintang sebab aku suka filem ini.
Jalan cerita dia, tak payahlah aku cerita. Sebab aku harap, siapa berminat pergilah tonton. Kami satu rumah agak berasa seram juga. Sudahlah seram, menonton dalam cuaca sejuk dingin pula.
Filem yang aku tidak recommend adalah No Sting Attached. Takyah tengok. Tidak bermoral, tidak menarik dan mempromosikan gejala tidak sehat. Sumpah menyampah. Engkau ada anak yang sedang membesar dan sedang dalam fasa suka bertanya? Aku harap janganlah menonton bersama anak (itupon kalau engkau memang nak sangat menontonlah)
Ini pendapat peribadi. Kalau lepas tonton dan engkau tak berasa suka, jangan salahkan aku. Rambut sama hitam, syampu lain-lain.




April 28th, 2011 at 9:46 pm
citer paranormal activity mmg makan dalam. arghhh sampai skrg rasa menyesal tengok T____T
April 28th, 2011 at 10:00 pm
betol2. no string attached memang cerita x bermoral, aku tgk separuh dh mcm blur, terus delete, malas ada cerita merepek dalam laptop (nampak sgt la dwnld kt internt kan hihi)
April 28th, 2011 at 11:45 pm
Seryes. No String Attached telah menghabiskan duit kecik aku. Siot. Da la tgk time poket kering. Tergiur tgk gambo Ashton Kutcher ngan Natalie Portman kat poster dia yg menggayakan filem itu adalah filem romantik,adalah penggiuran yg tidak sihat. Ugh. Last2 malu sendiri. Tgh setengah jam, terus keluar dr wayang. Popcorn pun tak sempat habis. *hoho emo gila aku*
April 29th, 2011 at 2:25 am
eh sy baru download citer ni tapi tak tengok g sbb bnyk sgt download movie..nk tengok citer ni dulu lah mcm ni hehehehe