25 Tahun

Tidak mengharapkan sambutan hari lahir memandangkan suami tidak kelihatan punya waktu untuk memikirkan ini. Suami kelihatan sebuk benar memikirkan kerja dan perkara lain yang kena diuruskan. Hanya mengharapkan ucapan sebagai ingatan. Kalau itu tiada, akan bitter!

Jam 12 tengah malam, alarm Blackberry berbunyi. Eleh eleh! Tahu dah tahu dah. Pasti alarm mengejut bangun untuk membuat ucapan Happy Birthday. Kan betul. Siap dipasangnya alarm. Lalu aku anggap itu, boleh tahan romantis.

Lebih romantis kalau berjaga hingga midnight? Tidak. Suami terlalu penat dan sempit waktu kebelakangan ini. Jadi, aku tidak menganggap tindakan berjaga hingga larut malam demi menggembirakan isteri dengan ucapan hari lahir adalah cerdik. Adakah aku sedang menunjukkan sikap understanding? Iya. Aku selalu cuba menjadi seorang yang understanding. Sebanyak yang aku boleh. Kalau tak boleh, aku bitter. Heh. Asyik bitter saja engkau kebelakangan ini.

Dan pada malam hari lahir, aku tidur seperti biasa. Maksud aku, tidur dalam perasaan biasa. Dan bukannya macam terkinja menanti esok hari sebagai birthday girl. Ah, perasaan semacam itu telah terlalu lama aku tinggalkan. That was in my past. Sejak beberapa tahun yang dewasa ini, hari lahir bukanlah hari yang begitu fun atau terlalu luarbiasa — kecuali sewaktu menunggu hadiah sampai.

Menjelang pagi, iaitu selepas solat Subuh, aku kembali menghumban diri di atas tempat tidur supaya aku boleh catch up semula kepenatan malam sebagai ibu berbayi kecil. Pagi itulah suami memberi ucapan kali kedua sedang aku terpisat-pisat.

Nak hadiah sekarang?

Soalan pagi yang kedengaran sangat mengancam. Lalu aku mahu mahu mahu. Muah muah I love you. Maka pagi hari lahir, aku telah mendapat hadiah. Dan aku gembira. Perlu aku hurai? Tak perlu. Sebab engkau tahu juga rasa gembira mendapat hadiah itu adalah bagaimana.

Jam-jam seterusnya berjalan seperti biasa. Aku tidak berasa istimewa sangat. Tapi menghibur diri dengan banyak-banyak makan menerima banyak-banyak ucapan. Kawan aku cakap, dia menganggap aku menerima 5000 ucapan hari lahir. Hakikatnya, tidaklah sebegitu superstar.

Untuk semua insan yang meluangkan waktu untuk mengingati dan bersikap baik memberi ucapan, terima kasih. Aku cuba balas semua, tapi aku tak larat. Hey, engkau semua menceriakan aku! Allah bless all of you, inshaAllah.

Jam-jam yang berjalan seperti biasa, akhirnya berjalan luarbiasa menjelang waktu sesudah Maghrib. Sedang aku baru sudah menyembah Allah, suami muncul di muka pintu bilik dan ajak turun secara laju-laju. Aku cakap, kejap. Dia cakap, sekarang. Aku cakap, kejaplah kejaplah. Dia cakap, tak boleh tak boleh. Kena sekarang.

OK.

Aku turun dan terus terlopong memandang ini ;

Tidakkah ini gorgeous?
F-Y-I, I went O-M-G for this.

Cepat Yang, cepat! Kalau nak ambik gambar, cepat! Lilin dah nak cair! Maka aku jadi gelabah tidak pasal-pasal.

Aku berasa seperti mahu membuat ketawa dalam tangisan kerana rupa paras kek hari lahir ini. Terlalu comel untuk perempuan 25 tahun beranak satu ini. Dengan lilin-lilin mengeja HAPPY BIRTHDAY. Dua keping gambar Barbie pada penjuru hujung. Nombor 25 yang macam megah sangat di tengah kek. Nombor tersebut dipegang pula oleh sebuah figurine watak yang aku tidak pasti (a Disney Princess?) Dan edible print berciri sebuah kolam (atau tasik?)

Aku fikir, aku mahukan ini semasa sambutan hari lahir ke 5 tahun. Rupanya aku mendapat kek hari lahir yang fun dan fairytales ini pada sambutan ke 25. Bukankah aku patut mengalirkan air mataku sendiri? KAH KAH KAH.

Sayang, you rocks!

Sambutan berkeluarga.

Sambutan bersama suami, anak, dan adek-beradek kesayangan adalah memadai. Aku pon sudah tidak tahu apakah rasanya menyambut hari lahir secara berparty dan beramai-ramai. Dan aku pon tidak ingat bilakah kali terakhir seseorang mengadakan big birthday party untuk aku. Namun aku tidak hairan yang itu. Aku sudah puas menyambut hari lahir yang gemilang pada waktu kecil. Terima kasih ibubapa. Sekarang, aku berasa cukup cukup disayangi kerana ada suami yang akan mengingati hari lahir aku. Dan insyaAllah, lelaki inilah akan membelikan kek hari lahir pada setiap usia mendatang.

HAPPY BIRTHDAY

25

Dia inilah watak figurine yang tak dapat aku kenalpasti. Atau sebenarnya aku tidak dapat ingat. Yang ini, Medina claim dia punya. Jadi, sekarang ini figurine tersebut telah menjadi permainannya. Maaf Medina, tak dapat merasa kek hari lahir Mummy. Medina masih bayi.

Selepas mulut manis umpama meratah sugar, suami memberi hadiah lagi. Hadiah kedua. Weeehuuu. Nampaknya, gurauan aku yang menjangkakan dua hadiah pada tahun ini adalah menjadi kenyataan.

Suamiku,

Terima kasih.

One year older, It’s OK.

Recent Entries

26 Responses to “25 Tahun”

  1. kak liza Says:

    seronoknyee……selamat hari lahir..

  2. izza Says:

    happy birthday chikaa !

  3. oshinz Says:

    baru ingat nak copy pic family u ni letak dalam blog. sangat memberi inspirasi. =)

  4. qistina Says:

    happy birthday!!!!! bestnya ada kek hari jadi…

  5. ceeda Says:

    siapakah kawan yang menganggap ko menerima ucapan sebanyak 5000 tu??hahahahaha…wei, xleh tahan tgk gambar medina bersila dgn kolar baju mengelebeh…comel!!!!

  6. mrs. k Says:

    hepy besday sis!!

  7. Cik Nad A.J Says:

    Selamat Hari Lahir !

    ^_^

  8. irma Says:

    salam ingatan di hari ulangtahun chika. moga umur yg lepas dan mendatang sentiasa dlm barakah ilahi.

    pssttt.. patung barbie (hantam sajalah) yg duduk tu sama sebijik dgn maryam punya kek masa dia 6 tahun. =)

  9. kak Ima Says:

    Salam..
    Selamat hari ulangtahun yang ke 25….
    Semoga hari-hari yang mendatang membawa bahagia.. amin

  10. fanafanny Says:

    hepi besday kak chika!have a great life ahead! follow blog akak dah lama sangat. medina is so sweet! and u’ll be a great mom =)

  11. Liza @ Adzriel AB Says:

    happy belated birthday… so sweet. tentu baby pun excited tengok kek tu

  12. dilakochan Says:

    Happy birthday sis!
    semoga happy selalu dgn family..

  13. Rina AVAIL a.k.a cik betty Says:

    weee..sukanya tgk kek chika tu..mmg sgt girlish..hehe

  14. softie Says:

    happy birthday chika…semoga hidup sentiasa di rahmati oleh Nya

  15. ejalz Says:

    Happy Birthday Chika…
    moga sentiasa berbahagia bersama suami dan anak(-anak), serta keluarga tercinta… InsyaAllah, doa yang baik-baik dimakbulkan Allah s.w.t.

  16. aisyahmokhtar Says:

    tu figura sleeping beauty ye yg medina claim tu.. ^_^

  17. fahreen fredo Says:

    chika sweetie!! happy besday!!

    semoga you sekeluarga dirahmati tuhan Ya Allah. amin ya rabbal alamin.

  18. Norfarizan Rosley Says:

    ~~Hepi besday Nurul, semoga panjang umur, murah rezeki n berbahagia bersama keluarga tercinta…Amin =D~~

  19. linda Says:

    happy belated b’day mummy chika.wish u and ur family, happy-happy always. u dapat thomas sabo for your b’day gift?OMG, ur hubby sgt understanding ;P

  20. Masy Says:

    *tarik napas panjang2*

    chika,
    bolehkah tahun dpn chika tolong bergurau pd suami chika bg pihak akak? iaitu akak nk jgk adiah sebyk satu pun jadilah. klu dua, itu dikira bonus. ok lah, 3 sudah. satu upah utk chika kerana tolong guraukan bg pihak akak..

    deal? thanks. hahahahhhhahaa

  21. Ernibaizura Says:

    Happy Happy Happy Birthday Haizum. Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati. Suke baca entri2 Haizum tau. Best semuanya.

  22. zihan Says:

    medina nampak cam jeles..huhu! btw hepi beday..bila dh masuk umur 25tahun mula rasa berdebar2..hehe!

  23. fyna Says:

    asal fyna lak yg sedih bila baca enty ni =.=

  24. Reentartnenas Says:

    kek yang sangat best hoke! terus terasa masih muda kan? owh, kalau belum 30s, kira muda lagi tau!

  25. Asterisk Boutique Says:

    Hi Chika,

    Happy 25th Birthday. Masih muda lagi *(^_^)*
    Semoga dirahmati Allah, murah rezeki, bahagia dan tenang jiwa sepanjang masa… dan moga Medina cepat2 dapat adik… *(^_^)*
    Take care di perantauan.
    Wassalam..

    ~ Kak Ainul A.B ~
    http://ainulazlinda.blogspot.com/

  26. Nur Says:

    Seronoknya dia dapat suprise dari suami tersayang.. :) Mesti senyum lebar sampai ke telinga… “Happy Belated Birthday Chika”.. (maaf sekali lagi lambat wish). Semoga Chika dirahmati olehNya dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta. Suami Chika memang romantik orangnya dan kek birthday tu sangat fancy, sesuai sangat utk ibu muda macam Chika.

Leave a Reply