Terima kasih, hidup.

Esok. Aku 25 tahun.
Lagi beberapa hari, bayi itu satu tahun.
Jadi, aku expect dua hadiah kelahiran.
Satu, sempena hari lahir aku.
Dua, sempena hari aku melahirkan.
OK aku acah je. jangan bitter.

Aku malas nak buat senarai kemahuan materialistik. Sebab kemahuan aku terlalu banyak dan tingkat tinggi. Jadi secara kesimpulannya (yang tidak materialistik langsung), aku mahu lebih banyak usia yang berguna dari Tuhan. Sepanjang 25 tahun ini, aku sendiri pon ngeri nak hitung jumlah usia aku yang berguna. Jika Allah berkenankan permintaan ini, aku memasang harapan supaya usia-usia mendatang tidak menjadi sia-sia.

Untuk usia 25 tahun ini,

Aku berterima kasih kepada Allah SWT kerana bagi pinjam nyawa selama ini. Kalau dilihat ke belakang, lama juga 25 tahun itu. Jika Allah mahu mengambil semula nyawa ini, aku harap ia dipulangkan dalam keadaan mulia. Juga terima kasih untuk Ma dan Abah kerana dari mereka terbentuknya aku. Terima kasih untuk semua kesakitan, kesusahan dan pengorbanan. Nanti aku balas? Maafkan aku kiranya tak dapat membalas semua. Sebab aku dah memang tahu, tak ada jalan untuk membalas jasa ibubapa di dunia ini. Moga saja aku berpeluang membalasnya sebagai anak solehan yang mampu mendoakan kesejahteraan ibu bapa di sana nanti.

Dan terima kasih untuk hidup.

Recent Entries

27 Responses to “Terima kasih, hidup.”

  1. yonna Says:

    tacing! :(

    selamat hari jadi chika! semoga sentiasa dilimpahi bahagia berpanjangan :)

  2. lyanaQ Says:

    Selamat Ulangtahun Nurul Haizum.
    yeay kita sebaya lagi setakat ni sebab dua bulan lagi, I tua setahun pulak dari you.

    Anyway, Semoga Allah memberkati usia you, melimpahkan rahmat pada keluarga you, menambah berkat dalam setiap amalan you dan semoga penulisan you sentiasa bermanfaat.

    Take care sweetheart.

  3. izzul haizat Says:

    happy birthday dari abah@ma

  4. macik ciare Says:

    Happy Birthday Chika@Nurul Haizum :)

    Entry yg pendek tapi padat dan menyentuh jiwa. quote “tak ada jalan untuk membalas jasa ibubapa di dunia ini”

    Bila dah jadi ibubapa, baru tahu kan, macam mana pengorbanan parents kita membesarkan kita dari kecik sampai skrg. Bagi kita pula ini cuma permulaanya. Long way to go.

    Semoga apa yg dicitakan termakbul. Amin

  5. ilyannur Says:

    happy bday chika! semoga semua permintaan diperkenaankan tuhan =)

  6. Yanie Says:

    Happy Birthday Chika!! hope all ur wishes come true and happily ever after!I

  7. wardah Says:

    happy birthday Chika :)

  8. ain_j Says:

    selamat hari lahir,chika!
    ‘Bila 25, umur dah suku abad..
    tapi manusia tak hidup satu abad,
    semoga amal suku abad,
    boleh kekal berabad-abad..’
    (versi sendiri fenin baca)

  9. naxa Says:

    happy birthday chika!
    semoga panjang umur.
    murah rezeki.
    happy selalu.
    n dikurniakan idea mencurah- curah di ladang gandum utk belog!
    i love reading ur blog!
    :)

  10. Mrs.K Says:

    hepy besday chika!
    have a blast!

    hepy wif family ^___^

  11. Masy Says:

    epy bday nurul chika haizum. moga dimakbulkan semua doa tu, insyaallah.. akak nk komen byk lg td tp masa nk tulis komen, ade iklan tunjuk pic kebab plk kat bawah tu, terus lupe ape nk tulis wuwuwuwuwuwwuw *lap air lior*

  12. ikoko Says:

    happy birthday chika~ :)

  13. fahreen fredo Says:

    Happy Birthday chika!! I pon harap i akan berubah menjadi baik macam u. semoga Tuhan tunjukkan jalan yang terbaik buat i :)

    selamat hari lahir. kirim salam budak bertuah 2 orang tu. heeeee

    makin kurus muke awak. memang tak macam mak beranak sorang tau. lucky you!

  14. cikdaun Says:

    Happy birthday hot mommy.. :)

  15. wanie Says:

    Happy Birthday Chika…

    Allah bless your life, may happiness be with you always…

    Me pray the best for you…

    btw, memang touching bace post nie….and memang jasa ibubapa takkan terbalas sampai bile-bile….

  16. achik Says:

    happy birthday chika.. :)

  17. haslina Says:

    semoga di permudahkan apa sahaja keinginan di hati.
    happy birthday dear chika.
    ;))

  18. Teja Mama Tuah Says:

    Salam dan Selamat Hari Lahir Chika..

    Entry hari lahir yang sederhana pendek dan sangat bermakna. Semoga Chika dikurniakan usia yang panjang dan berjaya mencapai apa yang diinginkan dalam hidup yg mendatang. Semoga juga ditambahkan rezeki yang melimpah ruah.

    Selamat hari Lahir~~

  19. farah Says:

    Selamat Hari Jadi Medina..tak lama gi nak masuk 1 tahun..semoga menjadi anak yang solehah dan diberkati Allah s.w.t..Amin..

  20. mak haqq Says:

    happy birthday mommy..!! :)

  21. aisyah Says:

    Sanah helwa ya jamilah,nurul :)
    moga pjg umur,dmurahkn rezeki n sentiasa dlm keberkatan n keredhaan-Nya..amin :)

    to medina, moga menjadi ank yg solehah n dirahmati Allah hendaknya..amin..

  22. ceera Says:

    hepi birthday budak kecik!

  23. Rina AVAIL a.k.a cik betty Says:

    happy buffday chika dan happy buffday utk medina juga..first time sy coret komen di sini..selama bbrp bulan ini sy adalah silent reader kamu..sgt minat tulisan kamu hinggakan bukak belog ini setiap hari. Entry lama kamu pon sy godek hingga ke titian darah yg terakhir. Kalau kamu tidak hupdate rasa geram semacam tp takkan nak paksa kamu tulis hari² pulak kan. Moga kamu dikurniakan usia yg panjang dan medina menjadi anak solehah.

  24. hayati Says:

    tuhan sygkan chika !

  25. samanosuke_04 Says:

    lately ramai orang yang sambut besday.. kat pesbuk kekadang sampai 2-3 orang sambut.. hehe papepun selamat harijadi yer.. hohoho, moga terjaga iman dan kesihatan..

  26. Ernibaizura Says:

    Selamat Ulang Tahun kelahiran Haizum. Semoga gembira dengan kehidupan sekarang. Gembira tengok kebahagiaan kawan sekolah ni…HEHEHE…
    polok cium untuk Medina yer.

  27. Nur Says:

    Chika cukup bertuah kerana dapat melahirkan zuriat sendiri di usia muda.. Jasa kedua2 ibu bapa memang takkan dapat kita balas.. Semoga Hari Lahir ni membawa seribu makna buat diri Chika.. take care..

Leave a Reply