Archive for March, 2011

Gelang Emas Dibawa Belayar

Posted by chika under Uncategorized

Eii eii, sikitnya karangan dia kebelakangan ini! Well uhm, semua yang terjadi ada alasan di sebaliknya. OK OK you can put the blame on udang. Ada udang di sebalik batu. Bila manusia buat muslihat, udang juga yang kena. Aik, apsal aku juga yang kena? Soal udang. Saya juga akan mengkenakan udang. Jangan tanya kenapa ni kenapa ni asyik membiarkan blog? Jawapan dia, tanya udang di sebalik batu — Not telling not telling.

Well uhm.

The blog not perform good these days. The traffic is bad. Did you know, in blogsphere, traffic congestion is good. When I said the traffic is bad, means the blog’s traffic is very low like lo lo lo lo lo (Lagulah) Laluan sangat lapang dan mensedihkan. Iyalah. Tak ada cerita baru, tiada pengunjung. Bukan tak ada as in ZERO. Tapi unique visitors kalau setakat sehari 1000 orang dikira kasihanlah bagi prestasi peribadi. Adakah saya kedengaran macam makcik-makcik gila traffic dan rasa menggelabah tengok traffic turun?

Sebenarnya tidak. Tapi ada tanggungjawap yang menuntut keperluan traffic.

Berbalik kepada cerita udang di sebalik batu tadi. The ‘udang’ is very precious. OK langsung tak faham apa kau berkias ni, makcik? Tak apalah. Lupakan udang. Sekarang cerita pasal gelang pula.

Perempuan biasanya suka gelang emas. Saya pula kalau benda-benda emas ni, kurang gemarlah. Atau mungkin engkau boleh kaitkan dia dengan faktor muda. Ececeh ambik kesempatan nak cakap diri muda. Gelang silver Thomas Sabo OK tak apa. Suka. Gelang emas Habib Jewels, OK tak nak. Gelang platinum Tiffany & Co, OK nak. Heh dasar! Sudahlah woi main-main aje bila cerita gelang kau nak siap?

Tapi dalam banyak-banyak gelang, saya paling suka kuih gelang.

Mungkin engkau memanggilnya kuih keria. Atau apa-apalah engkau nak panggil dia. Asal saja engkau tahu, kuih yang manakah yang dimaksudkan. Jangan bila saya cakap kuih gelang engkau terbayang kuih apam sudah. Sangat tak ada signifikasi di situ.

Pada suatu hari (sebenarnya pada setiap hari), saya akan torture diri dengan sengaja-sengaja pergi google makanan. Seperti tiba-tiba ketika sedang menonton TV, pergi ke enjin carian dan menaip ; Kuih bakar. Udang masak lemak. Keropok lekor. Laksa penang. Dan sebagainya. Lalu keluar foto sekaligus juga keluar air liur. Pastu berasa tertekan dan torturous. Lalu sedih. Pabila sedih, mengadu nasib dalam twitter. Pastu ramai-ramai datang samada pujuk, bagi semangat, atau lagi kasi bakar aku punya jiwa. Yang jenis kaki bakar ni yang umpama unggun. Walaupon panas, tapi mencahayakan. HAHA.

Pada sebuah hari yang tidak begitu istimewa, saya sengaja-sengaja pergi cari gambar kuih gelang. Sengajalah. Rindu. Dapat tengok-tengok pon kononnya jadilah. Sekali, ha ambik! Sangat tertekan. Terus google resepi. Terus baca resepi dan aik? Sonang yo.

Lantas. Terus buat kecoh dekat twitter gebang-gebang nak buat kuih gelang. Sekaligus tercetuslah konflik ubi. Saya cakap konflik, bukan cornflake ubi heh Y____Y  Saya pesan dekat suami, minta tolong belikan sweet potato. I know sweet potato itu apa. I know the rupa paras. But I didn’t know its name in Malay. Maka saya heboh di twitter sebegini ;

@cikchelsea @LinGhazale hey dah suruh husband I beli ubi. LALALALALA nantikan! (eceh cakap lebih)

Tetiba @cikchelsea tanya soalan yang membakar sikit ; Ubi tu nak buat apa? Tapai?

Hoh. Terkesima aku. HAHAHA. Maka malam tersebut saya baru sedar rupa-rupanya saya tak tahu bezakan ubi, keledek dan keladi. Habis beramai-ramai serbu dan membincangkan kekeliruan ini. Nak buat kuih keria pon dah kecoh sekampung. Heh. Nasib baik saya suruh suami beli sweet potato. Nasib baik betul. Kalau saya sebut suruh beli ubi?Pandai-pandailah lepastu aku buat tapai. HAHA.

Never mind.

Fuwaaa. Sungguh terharu sebab first time saya buat kuih. Mana pernah saya buat kuih sebelum ini. Walaupon kuih ini setakat kuih gelang, terharu tetap terharu. Terlalu teringin punya pasal.

Pagi-pagi dah bangun menguli tepung. Sap sap soi. Siap sekejap itu juga. Ready to eat for breakfast.

First batch untuk breakfast. Tapi masa tu belum tahu sangat macam mana nak sira gula.

Menjelang petang, buat batch kedua pula untuk suami. Dan kali ini, lebih cantik hasil dia. Seronok bukan kepalang. Terlalu lama mahu memakannya. Nak harap beli dekat hujung simpang, hujung simpang mana pulak nak saya cari? Harap Mak Yang buat, mana pula nak dapat Mak Yang dekat sini? Beginilah jadi dia bila hidup jauh-jauh. Tetiba engkau pon pandai-pandai nak hidup. Tetiba engkau pon pandai-pandai buat kuih bila teringin. Menyayat hati.

Memang sedap.
Kena percaya sebab memang.

Resepi?

- Keledek.
- Tepung gandum.
- Garam
- Gula

Macam kacang. Kacang pon tak senang macam ini.

Cara-cara membuatnya, leceh sikit saja dari goreng kacang.

  • Rebus keledek sampai empuk.
  • Bila sudah empuk, sejukkan. Lenyek.
  • Gaul dengan garam secukup perasaan.
  • Gaul dengan tepung. Sukatan saya tak dapat bagi sebab sukatannya sangat berciri peribadi. Iaitu terpulang kepada perhitungan masing-masing. Jangan kurang sangat tepung, nanti lembek benyek. Jangan terlebih juga, nanti keras kejung. Biarlah berpada-pada.
  • Bentukkan dia menyerupai sebentuk gelang emas.
  • Goreng.

Kedengaran mudah? Memang mudah.

Demikianlah kisah kuih gelang saya yang tak ada kaitan pon dengan gelang emas dibawa belayar ke apa. Selepas ini saya akan mencuba kuih-kuih yang lainnya pula. Tapi yang mudah-mudah dululah. Janganlah letak harapan nak tengok saya buah pulut panggang ke apa. Yang itu tunggu saya berusia lebih sikitlah. Sebab jiwa muda-muda macam ini, tahu nak makan sedap saja. Tapi nak buat, liat. HAHA.

Heh. I never know that cooking is really fun. Sukalah.

Gelang emas dibawa belayar,
Masak sebijik di dalam kuali,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang iklan, tak siap lagi.

OK sekarang kita telah masuk ke topik lain. Harap anda sedar. Jangan ingat pasal udang atau gelang lagi. Sekarang, IKLAN.

Saya memohon maaf kepada kesemua orang yang sedang menunggu iklan mereka disiarkan. Saya akan menyiapkan kesemua iklan tertunggak dengan segera insyaAllah dan memohon maaf secara sangat. Huraian lanjut akan saya jelaskan secara individu kepada semua.

Kepada yang baru membuat pertanyaan tentang iklan, maaf juga sebab tidak berjawap. Email saya telah bertimbun tak dibaca. Ada yang dibaca setengahnya tapi tak berjawap lagi. Sebenarnya saya dalam kecelaruan yang amat. Yang sangat menekan. Sistem pengiklanan saya telah tunggang terbalik dan tidak tentu arah. Maka, pengiklanan akan ditutup sehingga tempoh yang akan saya jelaskan kelak menerusi email kepada masing-masing. Maafkan saya.

Kepada yang membuat pertanyaan iklan menerusi Facebook, saya harap boleh mengajukan pertanyaan ke email. Kerana inbox saya di Facebook amat mendukacitakan. Terdapat pelbagai jenis mesej jelek di situ yang membuatkan saya tak lalu langsung nak semak inbox. Mesej budak hingusan ‘pelat-pelat’ ajak berkenalanlah. Mesej spammer lah. Semua minta pelempang. Jadi dengan mesej-mesej yang harmoni pon saya dah tak dapat nak track. Sebab memang tak lalu dah nak check.

Kalau ada apa-apayang penting, tolonglah terus ke email ye.

Oh. Saya juga tidak membalas email dari telefon bimbit. Maka sebab itulah banyak email tak berbalas. Gara-gara saya yang tidak menyentuh laptop terlalu lama. Dah tak tahu dah berapa lama. Tapi malam ini barulah menyentuh laptop semula. Sebab? Ada udanglah sebalik batu. Susah untuk dicakap.

Justeru itu, untuk mengurangkan kekusutan fikiran saya, saya akan menyiapkan dahulu iklan tertunggak. Itupon selepas saya pulihkan semula prestasi blog. Iaitu akan kerap menulis entry baru supaya ada jumlah pengunjung yang bagus. Kemudian itu, barulah saya akan get back to all of you yang buat pertanyaan. Harap sangat sangat supaya saya dimaafkan.

Kesulitan dikesali. Saya juga akan menjamin wang anda dipulangkan jika anda tidak berpuas hati dengan service saya yang mengecewakan.

//

Kena tidur sekarang. Atau akan pengsan.

I do love cricket – it’s so very Australian.

Posted by chika under Uncategorized

And we love Lismore Sunday Market juga. Kerana ;

1) What else kami nak buat pada pagi Ahad kalau bukan ke market? Tafsir class tiada. IKEA tiada. 2) Deretan gerai menjual vegetarian food. Peluang untuk breakfast outside. At least 3) Sunday market yang happening dan besar 4) Boleh jumpa bayam merah.

Pagi Ahad lalu, ke Sunday Market. Apa kami buat, apa kami nampak dan makan dan cakap dan lalui di dalamnya tak usahlah tahu. Bukan sebab rahsia sangat tapi ada perkara, best not to tell. Ceh padahal malas cerita. Lantaran itu, saya akan mempendekkan cerita.

OK. Pulang dari market.

Sewaktu kami hendak pulang, kami kena meredah hujan yang renyai. Semuanya angkara kegagalan mendapatkan tempat parkir kenderaan yang elok. Parkir jauh-jauh dan kena berjalan jauh-jauh. Dalam renyai hujan. Kendong anak pula.

Terbukti Medina memang cerdik yippety yay! Kerana terasa kepala dan muka dia ditimpa titik hujan, dia pergi tarik hujung tudung saya untuk menutup kepala kononnya. Kedengaran cerdik, bukan? Tapi yang comelnya, dia sebenarnya hanya menutup sedikit dahi. HAHAHAHA. Tapi tak apa. Yang penting adalah usaha.

Yay. That’s my baby!

Habis cerita pagi di Sunday market. Tepuk tangan.

Pulang ke rumah untuk solat dan makan. Dan terus ke Sam Trimble Oval untuk menyaksikan perlawanan cricket dikalangan doktor-doktor. Perlawanan antara doktor muda dengan doktor sedikit berusia. Ceh. Kau mentang-mentang doktor-doktor tu semua tak akan mengerti apa kau tulis, kau cakap dia berusia ye? Tak tak. Sebenarnya antara consultant dan registrar. But uhm … ada betulnya. Consultant semua yang agak veteran lah juga. Jarang untuk berjumpa consultant doctor yang masih belia. Paling belia pon, mungkin dalam lingkuang 40-an. Registrar pula mestilah muda-muda sikit.Sikitlah. Tak adalah muda belia benar. Yang muda belia semua doctor junior.

Cuaca adalah sejuk. Angin menderu-deru. Ramalan kaji cuaca meramalkan mendung. Tapi game tetap game. OK kita mulakan game dengan mengunyah teething rusk!

Mula-mula, mengumpan bayi untuk menjana mood yang baik. Bagi dia biskut dulu.

Dipendekkan lagi cerita, saya akan mensusun gambarajah beserta caption. Sebab kalau disuruh cerita, memang tak berapa rajin nak bercerita pada jam 8.30 pagi ini. Lagipon sweet potato sedang direbus di atas stove. Eh, tetiba pulak datang cerita sweet potato. Bukankah aneh? Never mind.

Kejap saya pergi tengok apakah keadaan sweet potato.

/

/

Hai, kembali.

Cuaca yang awalnya begitu cantik. Dengan rumput menghijau dan langit membiru.

Medina juga dalam mood yang sangat baik. Sangat cergas dan bersemangat untuk makan rumput.

Ini peminat cricket. Sanggup menonton perlawanan cricket setiap musim di televisyen.

Consultant bowl dulu.

Suami saya setelah siap merembat bola.

Bukan main dia mendapat perhatian yang jitu di kalangan orang ramai.

Sukakan rumput.

Bukan saja mencabut rumput, dengan akar-akar rumput sekali dicabutnya. Habislah kuku dia hitam masuk tanah. Gross.

Cuba memakan rumput dan gagal apabila dihalang Mummy.
Lalu cuba melawan ; ‘Mo!,’ kata dia.

Agaknya kalau dibiarkan, clear padang rumput ini ditariknya.

Berusia 10 bulan.
Bergigi masih 2.

Dr. Mel.
She’s expecting a baby girl.

Bermain dengan Ruby the Dog dari jauh.

Video ;

Ruby adalah seekor anjing milik salah seorang consultant. Anjing yang jinak dan bersikap baik. Tidak meronta dan tidak pula membuat bising. Tidak membuat onar juga. Sangat manja dan kalau dibagi chance, dekat saya pon dia teringin manja juga barangkali. Tapi maaflah. Tak ada peluang nak dibagi.

The game was fun. Memang fun. Semua main betul-betul. All the doctors are very nice. Dapat berkenalan dengan the only woman obstetrician in Lismore. Dan berkenalan dengan surgeon wanita. Berkenalan dengan macam-macam doctor lah. Menonton suami dari tepi padang. Lalu dikelilingi oleh perbincangan perubatan, pesakit dan hospital. Memang tidak boleh dimengertikan. Tapi bila mereka bukak cerita bayi, OK ngam!

Medina pula kemainlah over dia. Seronok dilayan ramai orang.

Keputusan perlawanan. Drum roll!

Team suami saya menang besar! 173 / 74. Bukankah sangat besar kemenangan? HAHAHA lagi membanggakan, suami saya dapat 2 wickets yay! Pastu semua orang tak sangka apsal suami saya pandai bowl. Padahal mereka berpendapat, bukankah Malaysia has nothing to do with cricket? Itulah nama dia tuah manusia nampak di padang. Or whatever.

Tahniah, Sayang!

OK sweet potato atas stove panggil.

Kenyang Perut Suka Hati

Posted by chika under Uncategorized

Alhamdulillah. Perut berisi terisi. Jam 3.55 petang, dan telah menyiapkan banyak kerjaan juga menyenangkan hati.

Menu hari ini;




Singgang mackerel.
Saya memang gemar mackerel.




Telur dadar



Kobis tumis

Tiga lauk saja? Eh taklah. Tiga belas jenis tapi malas nak cerita KAH KAH KAH



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hai, Musim Luruh!

Posted by chika under Uncategorized

Musim luruh sudah tiba. Selamat tinggal, summer! Jumpa lagi dengan kehangatan tahun hadapan. InsyaAllah.









Medina and Dino


Oh, my autumn baby!






BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop