Hujung Minggu, Hari Bergembira.

Orang selalu gundah bila mendapat tahu akan ditugaskan di rural area. Kami juga. Tapi bukan secara gundah menyeluruh. Sebahagian darinya, berasa excited.

Makin lama makin gembira tinggal di tempat ini.

Opocot.

Labah-labah besar tumpang melintas. Aaaa cakap pasal labah-labah besar. The only thing (sebenarnya not the ONLY tapi, kind of lah) yang saya tak gemar pasal kediaman ini ialah serangga. Rumah kami macam zoo serangga. I said, zoo serangga. Jangan ingat ada zebra atau harimau bintang dalam rumah pula.

Pantang hujan, kalau tingkap lupa ditutup, serangga akan diterbangkan masuk secara banyak dan membuat semak pandangan. Labah-labah di sini bukan kecil-kecil saiznya. Kali pertama bertemu labah-labah bersaiz lagi besar dari tapak tangan sendiri, saya adalah terkejut monkey. Tapi suami cakap, sudahlah tu jangan nak terkejut sangat. Biasakan. Itu benda biasa. Sekarang kalau nampak labah-labah besar itu sudah berasa tak hairan. Kalau jumpa spiderman dalam rumah masa tengah masak breakfast barulah nak hairan.

Well.

Hujung minggu mestilah pergi berjalan-jalan mengukur tanah. Dua hari berturut-turut ke Ballina. Sabtu, berkelah. Ahad, memancing. Bukankah aktiviti ini sangat dekat dengan alam?

Banyak melihat laut itu pahala.

Tapi memandangkan Medina telah terjaga dari tidur, saya akan mempercepatkan cerita ini sampai akhirnya ia akan menjadi tunggang terbalik dan tidak best. OK pergi laju-laju.

Ahad. Aik? Apsal tetiba Ahad pula? Sabtu mana? Kan dah cakap tadi. Tunggang terbalik.

IMG_3977

Bangun pagi-pagi dan sejuk. Memandu ke Macadamia Castle untuk bersarapan pagi.

IMG_3972

Bersarapan pagi.

IMG_3978

Nasi lemak paru tak nak pedas.

IMG_3979

Roti canai sardin kuah kari ikan.

IMG_3980

Kuih bom dan apam

IMG_3981

Mee goreng mamak tak nak tauhu, cekodok lebih.

Biasalah. Rindu kedai mamak. Inilah jadi dia.

Selepas bersarapan, kami ke Bangalow Market di Bangalow. Market yang terbesar di kawasan ini dan memang besar pon. Menseronokkan bagi peminat barang handmade.

IMG_3988

Little Princess naik takhta (tahta? spelling? OK betulkan sendiri)

IMG_3990

Budak yang datang market pagi-pagi nak mencari joran murah dan terpakai. Tapi tak jumpa. Lalu akhirnya beli joran baru juga.

Terjumpa air tebu di pasar ini lalu menyambar beli.

IMG_3991

Saya seronok tidak terperi. Telah membeli sepokok cili, sepasu serai dan sepokok daun kari. Selepas ini akan menanam tanaman berguna di backyard untuk mengawal ekonomi dapur dan keperluan. Cili dan serai bukan sikit punya mahal. Jadi kita ambil tindakan bijak, iaitu menanamnya sendiri supaya boleh mempunyai serai dan cili sendiri yang banyak. Tapi itupon kalau rajin jaga. Kalau tidak, macam menyeluk pekasam tapi tak sampai tangan (?)

IMG_3992

Seterusnya bergerak ke Ballina. Eii eiii baiknya bayi tersebut. Heh. Bukan sikit punya sukar untuk mententeramkan dia di dalam kereta. Pantang masuk kereta, dia terus mencari susu ibu. Meronta-ronta mahu melepaskan diri dari child restraint tapi apa nak buat. Kasihan memang kasihan. Dia garang, tahu? Ijat dan Adek selalu dimarahinya.

OK dah sampai.

Terus menyerbu ke Pelican Seafood Restaurant sebab dari hari Sabtu kempunan.

IMG_3994

Seafood pasta yang saya generous dengan seafood.
Tapi dapat makan mussel satu ekor sahaja kerana dicatu oleh suami.
Dia menasihati saya supaya tidak memakan terlalu banyak seafood terutamanya mussel dan oyster.
Satu pon satu lah, itu pon dah berasa puas.

IMG_3995

Mahi mahi

Kadang-kadang tu kami selalu terfikir. Apakah terjadi dengan kami suami isteri kalau ditakdirkan menetap di tanah air? Memang semua gerai di tanah airlah kami susun satu per satu dari pagi sampai ke malam. Di sini pon, kami rajin meninjau kesemua restoran yang ada walaupon dah tahu tak boleh makan. Dapat tengok pon, jadi.

Saya penggemar masakan Melayu yang berlauk-pauk. Basically, nasiklah. Sebab saya ini kalau tidak mendapat nasik, boleh dirundung murung HAHA. Suami pula lebih suka dishes asing yang aneh-aneh. Yang berasa pelik dan tidak kena dengan taste bud saya. Dia suka dishes yang berasa lain macam. Iaitu yang tak pernah dirasa. Something like that.

Sudahlah tu pasal makan.

Kami cuma makan suami isteri. Adek-beradek sudah ke jetty memancing ikan.

… bersambung.

Recent Entries

4 Responses to “Hujung Minggu, Hari Bergembira.”

  1. mak haqq Says:

    hahaha..
    mula-mula terkejut kenapa nama makanan lain dari gambar..
    rupanya chika rindukan masakan mamak..
    huhuhuhu..

  2. Masy Says:

    T____T sungguh teruk accident di hati akak menonton gambar makanan terlarang ni sume. haiihhhhh…. *lap air liur yg menitik2 atas kibod*

  3. puan capa Says:

    sangat gojes makanan itu.haha

  4. k.chii Says:

    yg paling menyelerakan//nasi lemak paru x nak pedas…
    memula tgk mcm pelik..eh eh..ni ke yg org aussie panggil nasi lemak..abih scroll…ok..dpt memahami org yg rindukan masakan mamak :D

Leave a Reply