Demi sesuap burger.

MasyaAllah!

Pagi ini saya teringin breakfast burger. Gara-gara tak dapat Ramly Burger, burger Steggle pon jadilah T___T Lantas turun kitchen dan dengan kerajinan yang aneh, panaskan pan. Padahal selama ini semua masuk oven.

Goreng dengan keringat sendiri. Makan sambil mengadap TV. Sejam berlalu. Aik? Apsal mata pedih ni? Tonyoh-tonyoh mata. Aik? Apsal berasa sesak ni? Lihat sekeliling rumah dan menyedari rumah berasap-asap.

Heesh.

Jiran yang mana yang buat pembakaran terbuka ni? Nak report polis nak report polis. HAHA Kecoh. Lalu mengintai-intai ke luar nak tinjau dari rumah siapakah asap ini datangnya. Tidak lama itu, tersedar bahawa pintu dan tingkap rumah semua tertutup. Sah! Sah sah datang dari rumah sendiri. Tak ada kaitan dengan pembakaran terbuka jiran tetangga. Biasa tu dia. Nak salahkan orang aje tahu.

Masuk kitchen. Menggelupur! Saya terlupa tutup gas stove. Minyak bekas saya menggoreng bukan main menggelegak panas. Terpercik-percik. Asap berkepul dan mengeluarkan bau asap. Kalau asap mengeluarkan bau sabun mandi Palmolive tak apa juga. Gemuruh jantung dibuatnya. Laju-laju memadamkan gas. Tolak pan ke tepi dan mengibas-ngibas asap. Sliding door semua dibuka.

Medina buat apa? Dia buat tak peduli. Dia tengok cartoon tanpa mempedulikan kejadian asap. HAHAHAHA Dasar bayi!


Kus semangat.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
Saya takut kalau asap tu trigger smoke alarm. Habis haru biru kawasan kediaman ini kelak dibuatnya. Dahlah suami tiada di rumah. Ha, menjawaplah kau nanti kalau ada orang panggil bomba. Sekali dibuatnya bomba sampai, la budak ni masak burger rupanya. Buang masa bomba. Dan merugikan government. Aik? Apsal tetiba government rugi pula? Burger saya punya pasal, government yang rugi. Engkau merepeklah. Keluar sekarang!

Terima kasih Ya Allah kerana tidak mentakdirkan kejadian berbunyi loceng kebakaran. Pheww. Sweat.

.

.

Tauladan buat semua dari cerita ini ;
Kalau makan burger Ramly, ingat saya.

Ramly Burger, bak lima posen. Duit iklan.

Recent Entries

21 Responses to “Demi sesuap burger.”

  1. adledash Says:

    Salam..

    hahaha! kejadian begini byk terjadi di rumah saya. pelakunya adalah saya sendiri. memang seronoklah sebab main asap free. tunggu tak kuar jin je. hhahaha! *umah saya takde alarm sebegitu* teringin nak ada..msti bomba naik bosan datang umah saye. hahahah!

    chika Reply:

    Salam.

    Tak boleh diamalkan kejadian macam ni. Boleh mengundang bahaya dan huru hara. Nanti jiran semua pandang serong. HAHA. Sebenarnya cuak sangat sbb dulu kat rumah lama pernah alarm trigger tengah tengah malam. Kitorang tuduh jiran sebelah. Sekali rumah sendiri. Alarm tu rosak. Memekak je keje. Ni yang leceh ni kalau rumah ada smoke detector. Dahlah kadang-kadang dia sensitif sangat.

    Uuuu kelam kabut pagiku,

  2. Izza Says:

    Adoiyai chikaaa!!! you niiii kelakar lah. tapi bahaya tu. nasib baik tak terjadi kebakarann. next time be extra careful ok

    chika Reply:

    Itulah. Benda api minyak ni tak boleh bawak main kan? I punyalah menggelupur tadi. Nasib baik tersedar. Buatnya sampai ke tengah hari baru sedar?

  3. LInGhazale Says:

    Masa i belajar dulu, ade 2 kali kuali berasap. pada pukul 3 pagi. bomba datang plak tu. dah tu duduk rumah sambung2. so satu block tu la kene kluar sbb smock alarm satu block berbunyi. oh myyyyy.

    sampai bmba cakap suh pi cooking classes.

    maluuuuuuuuu nyaaaaaaaa. dgn jiran2 lagi malu

    malu x sejuta

    chika Reply:

    HAHAHAHA ni lagi kelakar.
    Melakibatkan satu block terus. Eiiii tak sukalah smoke alarm ni. Kecoh betul. Buat huru hara je. Tapi kalau sampai terbakar kuali memang dah tahap bahaya sangat kan? Pastu dia sambar curtain ke, carpet ke apa. Ya Allah, minta jauh. Lain kali janganlah I buat camni lagi.

    Habis tu, tak kena marah ke dengan sapa-sapa masa tu? HAHAHA kan dah kena suruh pergi cooking class. Maluuuuu

  4. puan capa Says:

    fuh!!saat yg sgt cemas..saya tak kisah sgt pasal bomba dtg ke apa.safety 1st. medina n u berdua je.takut apa2 jadi.next time kalo masak burger, jgn lupa tutup stove ek!hehehe

    chika Reply:

    Lain kali kena double check. Tak pernah pula lupa tutup gas. Pagi ni boleh pulak ambik burger, gas biar tak tutup. Bahaya kan?

  5. atinne Says:

    hehe..cam familiar je..tadi jadi gak camni..haha hehe huhu..
    nasib baik perasan bau asap tu..and nasib baik gak tak bunyi alarm building.. kalau takkk.. *malu* haha..
    temanya, jangan lupa padamkan stove huhu

    chika Reply:

    Selalunya memang mesti tutup gas dulu. Kali ni boleh pulak ambik burger terus blah. Nampak sangat tak sabar nak makan burger.

  6. cuya Says:

    skang dah ada OTAI burger pulak….sedap gak…mmg otai…but, RAMLY BURGER tetap the best…..RAMLY BURGER, bak sposen gak, duit iklan lagi….hahah

    chika Reply:

    Burger tepi-tepi jalan tu memang best lah.

  7. cuya Says:

    eh silap…..lima posen….skang dah tahun 2011, harga naek..hehe

    chika Reply:

    kena mintak lima posen. Cepat sket banyak. Kalau seposen, lambat.

  8. Dayah Says:

    Fuh naseb baek..sy pernah t’lupa yg sy tgh steril botol susu anak.tetibe t’bau hangit kt dapur.tgk2 botol susu dh melekat kat periuk, air dlm periuk dh kering.abis musnah 3botol susu anak sy.hehee..kena lebih alert lg pasni.

    chika Reply:

    Owh scary nyaaaaa. Nasib tak terbakar periuk ke apa.

  9. sil Says:

    pheww~~syukur sempat perasan kan. saya pon kalau lapar sgt x ingat nk recheck dapur gas dah tutup belum. cekau mknn je trus..

  10. macik ciare Says:

    phewwww ni mmg betul2 sweat ni. mujur xde apa2 jadi..kalo berbunyi la alarm, ntah cemana la kekalutannye ek..;p

  11. farah Says:

    salam.. kak chika..
    false fire alarm dekat aussie sangat tak obleh dibuat main
    masa saya duduk Parramatta last semester, saya bunyikan alarm sebab saya tertido, kat dapur pulak tengah rendam spaghetti T___T
    alarm tu pulak jenis tak de button off, so bomba memang terus datang tapi sebab takde api, kena bayar denda
    jangan main2, 600aud kak chika… memang sesak nafas lepas tu.huu

  12. amirah azmi Says:

    Hi!

    Sistem kat Aussie ni kalau kita smoke alarm went off, then bomba datang tgk takde pape, kita still kena bayar kan kalau tak salah? Lucky you sebab alarm tak sempat bunyi.hehe. Yang paling penting, takde pape yang berlaku..

    Btw, you stay dekat Lismore am I right? I’ve been there, sangat-sangat lah peaceful dekat situ. Nanti kalau-kalau nak datang Wollongong bagitau la..boleh bawak jalan-jalan..=))

  13. scaniaz Says:

    ok ar tu goreng burger..jangan tergoreng rumah dahla cik kak hihihi… :)
    scaniaz latest post… Haid Datang Semula Setelah Usia 64 Tahun! Huh!

Leave a Reply