Archive for March, 2011

Earth Warrior 3

Posted by chika under Uncategorized

I love my backyard. Tidaklah. Bukan ada dekorasi ruang yang classy atau apa pada backyard kami. Cuma ruang kecil yang biasa. Tapi pemandangannya, Subhanallah. Luarbiasa indah. Menyebabkan kami rajin juga keluar ke backyard. Medina juga. Setiap petang (pagi dan tengah hari, juga tak kira masa budak itu tau) Medina akan dibawa keluar ke backyard oleh bapa-bapa saudaranya.

Pada petang ini tadi, kami keluar bermain buih.

Adek menghiburkan bayi bossy kami ini dengan meniup buih. You know, all of us have to do everything it takes to entertain this little baby girl. Atau dia akan memberontak, menggarang dan berguling. Fuwaaaa. Tak tahulah kenapa atau gejala apa. Tapi sejak dia berusia besar ini, semakin sukar untuk dipuaskan hatinya. She’s such a demanding baby. Asyik nak melekat. Medina and me dah macam double sided sticky tape. Very cengeng OH TUHANKU.

Pakailah topi keselamatan

Masihkah kau ingat, episod-episod Earth Warrior yang lalu?

EPISOD 1

EPISOD 2

Just in case any of you sudah terlupa, melupai, atau tidak pernah tahu, those are the links. Sekiranya memang tak nak tahu yay, tak tahu! OK Fine, lantak Lan bontak. Lan makan ek ek ek ek. WHATEVER KAU LAH CHIKA.

Semangat pahlawan tanah aku agak terpuji juga rupanya. Sebab? Pertama, ia berlaku setiap tahun berturut-turut. HAHA. Kedua. Setiap kali Ijat datang melawat saya di sini, setiap kali itulah dia mencucuk tanah. HAHA. Ketiga. Tahun ini, tahun ke-3 menetap di bumi icing (sebenarnya nak cakap asing) ini, dan ini juga merupakan kediaman ke-3. Dan pada setiap rumah, kami mengerjakan tanah backyard. HAHA.

Bukankah kedengaran macam istiqamah? Bukankah? Sebenarnya, agak bukan. HAHA. Kalau betul istiqamah, tanamanku pasti subur bukan main. Ini tak, sebaliknya dia macam main-main saja. Lepas tanam, tak jaga elok dan gone. HAHA. Tapi itu kes lain. Dalam episod Earth Warrior tahun ini, saya mengerjakan tanaman yang sangat berguna. Iaitu macam desperately in need. Tak percaya sudah :P

Balik-balik tangan budak ini yang mengerjakan tanah.
Balik-balik, tangan aku juga mengetik gambar.
HAHA.

Bagi kamu-kamu dan Kak-Kak Limah, Abang-Abang Usop ke apa, mungkin tak hairan dengan tanaman yang kutanam ini. Tapi bagi saya, memang hairan benar. Buat pengetahuan semua, Asian leaves (or vegies or fruits) agak sukar untuk didapati di sini. Kalau di Brisbane, iya agak mudah. Sebenarnya memang mudah sebab kat Brisbane ada Yuen’s Market yang best itu I MISS YOU MUAH MUAH. Namun, kalau ada pon harganya agak keterlaluan.

Contoh, sebagaimana fenomena ini.

Jadi saya mengambil keputusan untuk memiliki kebun sendiri. Ceceh. OK lah memang malulah kalau cakap kebun. Sebab tanahnya adalah lagi kecik dari sekangkang kera. Mungkin boleh dikatakan, sebesar anak kera. OK kera juga yang kena.

Antara tanaman yang dapat saya tanam di backyard buat masa ini adalah;

Daun kari.

Itupon setelah terjumpa sepokok daun kari berharga $5 di Sunday Market tempoh hari.

Vietnamese mint / Rao Ram / Daun kesum

Suka sangat apabila pada suatu malam ketika membeli belah barang dapur di Wooly, telah ternampak pokok ini dijual dalam celah-celahan tumbuhan herba yang lainnya (yang tidak diperlukan dalam masakan Melayu). Terus pilih dan beli. Murah sahaja. Tidak sampai $3 sepokok. Yay yay. Boleh buat laksa Penang selepas ini. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Tahukah kenapa aku bergelak begitu?

Sebab macam real sangatlah muka aku buat laksa. Mungkin ia diibaratkan seperti lintasan Halley’s Comet yang terjadi dalam jarak masa 75 atau 76 tahun sekali. GAGAGAGAGALADYGAGA. Tapi dengan takdir Allah, siapa tahu. Halley’s Comet juga boleh melintas depan mata anda ketika anda keluar makan dekat kedai mamak malam ini mungkin. Kun fayakun, bukankah? Begitulah dengan kebarangkalian saya membuat laksa Penang. Mungkin tetiba esok petang saya up entry pasal laksa. Kita tak tahu. Manusia merancang … eh, sudahlah tu.

Serai.

Tempoh hari di Wooly, harga sebatang serai adalah $2. Over betul kau ni serai. Kalau di tanah airku, tempat kau tepi-tepi jalan, belakang-belakang rumah. Kalau nak, cabut aje. Takyah sampai keluar wang $2 (RM6?) untuk sebatang serai. Oleh kerana harganya yang keterlaluan bagi saya, penggunaan serai kerap dicatu. Guna sikit-sikit. Dan kadang-kadang terus tak guna. Sebab payah pon nak jumpa.

Sekarang sudah tanam. InsyaAllah kalau menjadi-jadi serainya, boleh hari-hari masak guna serai. Masak maggie pon aku bubuh serai karang, baru kau tahu. HAHA.

Dan pokok serai ini, sepasu dijual hanya $5. Moga-moga membiak banyak.

Siap dengan tag sekali Si Ijat cucuk.
Dia takut kakak dia tertukar serai dengan daun kesum barangkali.

Pokok cili api.

Cili api pon kadang-kadang boleh tahan harganya. Harap selepas ini, boleh memetik cili dengan selambayaya dan menggunakan cili dalam masakan tanpa berkira sangat. HAHA.

Tolong doakan supaya saya istiqamah menjaga dan memelihara tanaman-tanaman ini.

Dalam perkembangan lain, harga pisang kebelakangan ini sangat mensakitkan hati. Iaitu hampir $12 sekilo. Apakah? Kalau macam ini, hari-hari aku makan buah nectarines, apples, pears dengan strawberry sajalah. Sebab itulah jenis-jenis buah yang murah. Pisang, mangga dengan manggis semua mahal. Durian? Lagi jangan cakap. Dulu suami beli dalam 2,3 ulas $10. Mujur saya ini buka penggemar durian.

Bukan apa. Bila dah terbiasa makan buah-buahan tempatan berbakul-bakul, bila dapat makan setakat dua tiga biji dengan harga yang dirasakan aneh, rasa macam kurang best. Benarlah kawan saya cakap. Dah kau datang Australia, nak makan duku langsat apa semua tu buat apa? KAHKAHKAH.

.

Yang benar,

Soley Soley Baby

Posted by chika under Nur Medina

Selain tolong sediakan breakfast dalam bentuk nasi goreng, kemas rumah dan bermain Wii, adek-adek saya juga mengambil kesempatan melakukan macam-macam perkara kelakar ke atas Medina. Medina pula kaki layan. Apa orang buat, dia pon nak buat juga.

Maka, tontonilah Medina ber-Soley Soley

Hujung Minggu, Hari Bergembira.

Posted by chika under Uncategorized

Orang selalu gundah bila mendapat tahu akan ditugaskan di rural area. Kami juga. Tapi bukan secara gundah menyeluruh. Sebahagian darinya, berasa excited.

Makin lama makin gembira tinggal di tempat ini.

Opocot.

Labah-labah besar tumpang melintas. Aaaa cakap pasal labah-labah besar. The only thing (sebenarnya not the ONLY tapi, kind of lah) yang saya tak gemar pasal kediaman ini ialah serangga. Rumah kami macam zoo serangga. I said, zoo serangga. Jangan ingat ada zebra atau harimau bintang dalam rumah pula.

Pantang hujan, kalau tingkap lupa ditutup, serangga akan diterbangkan masuk secara banyak dan membuat semak pandangan. Labah-labah di sini bukan kecil-kecil saiznya. Kali pertama bertemu labah-labah bersaiz lagi besar dari tapak tangan sendiri, saya adalah terkejut monkey. Tapi suami cakap, sudahlah tu jangan nak terkejut sangat. Biasakan. Itu benda biasa. Sekarang kalau nampak labah-labah besar itu sudah berasa tak hairan. Kalau jumpa spiderman dalam rumah masa tengah masak breakfast barulah nak hairan.

Well.

Hujung minggu mestilah pergi berjalan-jalan mengukur tanah. Dua hari berturut-turut ke Ballina. Sabtu, berkelah. Ahad, memancing. Bukankah aktiviti ini sangat dekat dengan alam?

Banyak melihat laut itu pahala.

Tapi memandangkan Medina telah terjaga dari tidur, saya akan mempercepatkan cerita ini sampai akhirnya ia akan menjadi tunggang terbalik dan tidak best. OK pergi laju-laju.

Ahad. Aik? Apsal tetiba Ahad pula? Sabtu mana? Kan dah cakap tadi. Tunggang terbalik.

IMG_3977

Bangun pagi-pagi dan sejuk. Memandu ke Macadamia Castle untuk bersarapan pagi.

IMG_3972

Bersarapan pagi.

IMG_3978

Nasi lemak paru tak nak pedas.

IMG_3979

Roti canai sardin kuah kari ikan.

IMG_3980

Kuih bom dan apam

IMG_3981

Mee goreng mamak tak nak tauhu, cekodok lebih.

Biasalah. Rindu kedai mamak. Inilah jadi dia.

Selepas bersarapan, kami ke Bangalow Market di Bangalow. Market yang terbesar di kawasan ini dan memang besar pon. Menseronokkan bagi peminat barang handmade.

IMG_3988

Little Princess naik takhta (tahta? spelling? OK betulkan sendiri)

IMG_3990

Budak yang datang market pagi-pagi nak mencari joran murah dan terpakai. Tapi tak jumpa. Lalu akhirnya beli joran baru juga.

Terjumpa air tebu di pasar ini lalu menyambar beli.

IMG_3991

Saya seronok tidak terperi. Telah membeli sepokok cili, sepasu serai dan sepokok daun kari. Selepas ini akan menanam tanaman berguna di backyard untuk mengawal ekonomi dapur dan keperluan. Cili dan serai bukan sikit punya mahal. Jadi kita ambil tindakan bijak, iaitu menanamnya sendiri supaya boleh mempunyai serai dan cili sendiri yang banyak. Tapi itupon kalau rajin jaga. Kalau tidak, macam menyeluk pekasam tapi tak sampai tangan (?)

IMG_3992

Seterusnya bergerak ke Ballina. Eii eiii baiknya bayi tersebut. Heh. Bukan sikit punya sukar untuk mententeramkan dia di dalam kereta. Pantang masuk kereta, dia terus mencari susu ibu. Meronta-ronta mahu melepaskan diri dari child restraint tapi apa nak buat. Kasihan memang kasihan. Dia garang, tahu? Ijat dan Adek selalu dimarahinya.

OK dah sampai.

Terus menyerbu ke Pelican Seafood Restaurant sebab dari hari Sabtu kempunan.

IMG_3994

Seafood pasta yang saya generous dengan seafood.
Tapi dapat makan mussel satu ekor sahaja kerana dicatu oleh suami.
Dia menasihati saya supaya tidak memakan terlalu banyak seafood terutamanya mussel dan oyster.
Satu pon satu lah, itu pon dah berasa puas.

IMG_3995

Mahi mahi

Kadang-kadang tu kami selalu terfikir. Apakah terjadi dengan kami suami isteri kalau ditakdirkan menetap di tanah air? Memang semua gerai di tanah airlah kami susun satu per satu dari pagi sampai ke malam. Di sini pon, kami rajin meninjau kesemua restoran yang ada walaupon dah tahu tak boleh makan. Dapat tengok pon, jadi.

Saya penggemar masakan Melayu yang berlauk-pauk. Basically, nasiklah. Sebab saya ini kalau tidak mendapat nasik, boleh dirundung murung HAHA. Suami pula lebih suka dishes asing yang aneh-aneh. Yang berasa pelik dan tidak kena dengan taste bud saya. Dia suka dishes yang berasa lain macam. Iaitu yang tak pernah dirasa. Something like that.

Sudahlah tu pasal makan.

Kami cuma makan suami isteri. Adek-beradek sudah ke jetty memancing ikan.

… bersambung.

Video Hujung Minggu

Posted by chika under Nur Medina, video

Kesihatan diuji. Suara pergi bawa diri. Tekak cedera. Badan kurang upaya. Kepala melayang-layang. Apalagi apalagi? Lengan kanan pula sakit berdenyut-denyut. Tapi yang itu bukan angkara demam. Itu angkara main bowling secara Nintendo Wii.

Maka.

Nah, video.

Peek-a-boo.

//

Demam dan berasa sangat penat.

Quicky

Posted by chika under Uncategorized

Adek-beradek dalam tangan sekarang. Dalam tangan means, dalam penjagaan saya dan suami. Maka kena dengar kata kakak. Kakak kata jaga anak kakak, kena jaga anak kakak. Kakak kata kena kemas bilik, kena kemas bilik. Kakak kata jangan degil nak mandi laut masa ombak kuat, jangan. Kalau kakak tak kata apa-apa, OK bertuah badan. HAHA

Seronok. Rumah telah ramai. Medina didukung selalu.

Saya letih sangat. Tapi sebenarnya hati girang. Semoga Allah murahkan rezeki kami. Dan untuk rezeki-rezeki yang telah dilimpahkan, terima kasih Tuhanku. Semoga kehidupan pada hari mendatang lebih baik dan lebih menseronokkan.

Medina, engkaulah ratu hatiku.

Beberapa perancangan dalam penantian. Kami merancang Allah menentukan. Harapnya, banyak perancangan yang kesampaian. Seperti perancangan untuk buat kuih bakar. Sebab emak telah menghantarkan dua botol pandan essence menerusi adek-adek. Pandan essence punya pasal, habis satu luggage mereka berbau pandan.

Wassalamu.

Demi sesuap burger.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

MasyaAllah!

Pagi ini saya teringin breakfast burger. Gara-gara tak dapat Ramly Burger, burger Steggle pon jadilah T___T Lantas turun kitchen dan dengan kerajinan yang aneh, panaskan pan. Padahal selama ini semua masuk oven.

Goreng dengan keringat sendiri. Makan sambil mengadap TV. Sejam berlalu. Aik? Apsal mata pedih ni? Tonyoh-tonyoh mata. Aik? Apsal berasa sesak ni? Lihat sekeliling rumah dan menyedari rumah berasap-asap.

Heesh.

Jiran yang mana yang buat pembakaran terbuka ni? Nak report polis nak report polis. HAHA Kecoh. Lalu mengintai-intai ke luar nak tinjau dari rumah siapakah asap ini datangnya. Tidak lama itu, tersedar bahawa pintu dan tingkap rumah semua tertutup. Sah! Sah sah datang dari rumah sendiri. Tak ada kaitan dengan pembakaran terbuka jiran tetangga. Biasa tu dia. Nak salahkan orang aje tahu.

Masuk kitchen. Menggelupur! Saya terlupa tutup gas stove. Minyak bekas saya menggoreng bukan main menggelegak panas. Terpercik-percik. Asap berkepul dan mengeluarkan bau asap. Kalau asap mengeluarkan bau sabun mandi Palmolive tak apa juga. Gemuruh jantung dibuatnya. Laju-laju memadamkan gas. Tolak pan ke tepi dan mengibas-ngibas asap. Sliding door semua dibuka.

Medina buat apa? Dia buat tak peduli. Dia tengok cartoon tanpa mempedulikan kejadian asap. HAHAHAHA Dasar bayi!


Kus semangat.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
Saya takut kalau asap tu trigger smoke alarm. Habis haru biru kawasan kediaman ini kelak dibuatnya. Dahlah suami tiada di rumah. Ha, menjawaplah kau nanti kalau ada orang panggil bomba. Sekali dibuatnya bomba sampai, la budak ni masak burger rupanya. Buang masa bomba. Dan merugikan government. Aik? Apsal tetiba government rugi pula? Burger saya punya pasal, government yang rugi. Engkau merepeklah. Keluar sekarang!

Terima kasih Ya Allah kerana tidak mentakdirkan kejadian berbunyi loceng kebakaran. Pheww. Sweat.

.

.

Tauladan buat semua dari cerita ini ;
Kalau makan burger Ramly, ingat saya.

Ramly Burger, bak lima posen. Duit iklan.