Archive for February, 2011

Masak Mudah, Makan Mudah.

Posted by chika under cook book

Hai, selamat hari Sabtu! Sabtu saya kali ini tidak mengujakan sama sekali. Suami on call sepanjang hari sampai midnight pada Sabtu dan juga Ahad. Maka, apalah ertinya hujung minggu saya T__________________T Tapi tak apalah. Lagipon consultant dia sangat baik. Siap offer nak bantu kami pindah dan meminjamkan truck kepunyaannya. Baik hatilah. Harap suami gembira dan senang hati bekerja dengan consultant yang baik-baik belaka.

What for breakfast?

Hari-hari bangun tidur akan fikirkan masalah ini. Normally, roti bersama scrambled eggs sudah memadai. Atau chicken nugget. Atau apa-apa sahaja yang mudah. Pagi ini, saya hanya dihiburkan oleh milo ais dan cookies. Maklumlah, sekarang ini sedang hidup dalam fasa hidup terhad. Rempah ratus dan segalanya di dalam kotak sangat sukar untuk dikenalpasti. Jadi kami hanya menggunakan apa yang dapai dicapai sahaja untuk menyara perut. HAHA kasihan? Taklah kasihan benar.

Pada pagi Sabtu yang tidak mengujakan ini, saya terasa mahu mentulis blog. Dan saya berasakan, seperti hari ini ada harapan cerah macam akan mentulis lebih banyak entry di blog. Supaya masa saya terisi sehinggalah jam 12 tengah malam menjelang kepulangan suami kelak. Memandangkan hari ini hari Sabtu, saya akan mentulis cerita-cerita ringan yang tidak mengujakan sahaja. Aik, apsal? Entahlah labu. Tapi hari Sabtu kebanyakkan ulat blog pergi bersiar-siar dan tidak akan membaca blog.

Since saya dalam mood makan dan masak sekarang ini, saya akan mentayangkan gambarajah secara tak semena-mena.

This could be my favorite breakfast.
Raisin toast with whipped creme.

Saya suka nasi goreng tak kira masa dan tempat.

Resepi buat beginner : Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam secukup perasaan dan vegies kalau mahu. Kalau tak mahu, sudahlah.

Sangat senang. Kalau hari-hari disuruh masak begini pon tak apa. Dahlah senang masak, senang makan, dan sedap pula. At least bagi saya, nasi goreng light macam ini saya suka.

Pisang goreng Chika nama dia.

Biar saya ajar kepada sesiapa yang tak berapa pandai nak adun tepung untuk buat goreng pisang. HEEE HEEE HEEE kaedah ini agak aneh tapi cerdik.

Resepi : Spring roll wrap, banana, chocolate spread, sugar.

Ambil banana yang dah dipotong nipis (potong dua) dan ikutlah size yang bersesuain, letak atas wrap. Sapu chocolate spread atas banana. Tabur sedikit gula. Gulung wrap cantik-cantik. Goreng. Kalau tak mahu goreng dulu, masukkan dalam fridge. Atau nak lagi best, masukkan dalam freezer lama-lama. Kemudiannya goreng setakat wrap dia garing saja. Biarkan banana tersebut sejuk. Ya Allah, apakah punya sedap! Sila cuba. Pasti kau suka dan selepas itu dah tahu dah teknik nak buat goreng pisang tanpa perlu adun tepung HAHA.

Tapi in case di rumah emak mertua ke apa, janganlah mengaku kau tak pandai adun tepung. Bagitahu emak mertua, apa yang sedang engkau buat ini adalah BANANA FRITTER. Which is, memang pon nama dia banana fritter.

So you can choose samaada nak masak dia betul-betul panas, atau mahu pisang di dalam sejuk. Both sedap.

Sandwich.

Untuk breakfast, rotilah paling best. Boleh sumbat macam-macam bersama roti.

Sambal terung.

Resepi : Bawang merah, bawang putih, belacan, ikan bilis, blended chili, sugar, terung.

Saya masak senang saja. Guna garlic, ginger, cili yang semuanya dah siap berkisar dalam jar. Benda-benda ini mencepatkan kerja. Tak payahlah nak kopek, potong bawang dan blend. Belacan pon yang serbuk instant tu. Memang kurang power. Tapi dalam keadaan terhad macam ni, bolehlah. Cukup membahagiakan.

Dahlah rumah ni tak ada blender. Blender sendiri malas nak unpack.

OK beginner yang langsung tak ada idea untuk mengasapkan dapur, bolehlah ambil pedoman HAHA. Yang memang handal di dapur, gi main jauh-jauh gi. Malu I tau.

SIAPA NAK MACARON DENGAN HARGA MURAH?

NIKMATINYA DARI SINI.

Minggu Pertama.

Posted by chika under The Adventure of Lismore

Husband telah mendapatkan rumah buat kami semua. Di Goonellabah (tapi tak menggelabah tempat dia, sangat tenang). Bagai yang kami mahukanlah. Mahu cari rumah di Goonellabah instead of Lismore. Goonellabah naik atas lagi. InsyaAllah, free flood area. Lebih tenang, cantik, rumah yang cantik-cantik dan tidak membuat saya berasa antik. Kawasannya kurang berasa kampung, tidak seperti Lismore. Dan yang penting juga, masih tak jauh dari hospital. Saya tak berapa suka tinggal jauh sangat dari hospital. Nanti setiap kali suami pergi kerja, saya jadi tak ada kerja lain asyik nak risau risau risau.

As far as we can see, insyaAllah juga kawasan tersebut bukan kawasan yang kurang elok. Sebab di kawasan luarbandar seperti ini, kalau tersalah masuk tempat nanti dikelilingi manusia tak bermoral.

Belum tahu bila nak pindah ke Goonellabah. Sebab suami sangat busy sampaikan weekends juga harus on call. On call yang gila punya on call. Yang tak pernah berlaku sepanjang dia di Mater atau Queen Elizabeth sebelum ini.

Maka.

Tidak lama lagi, akan keluar dari rumah yang hospital provide ini. Sebagai kenangan abadi, saya akan mengabdikan mengabadikan rumah ini di dalam blog supaya pada suatu masa kelak, kami satu keluarga dapat lihat kisah kehidupan kami dan tempat-tempat yang pernah kami diami. Juga supaya Medina ada kenangan mendiami sebuah country house. Err. Sweet lah.

Semua ini kejadian pada minggu pertama kami berada di Lismore ini.

Inilah rumah yang kami diami sekarang ini.

Mengingatkan kita pada rumah-rumah kampung di negara kita, bukan? Kalau di Queensland, rumah tradisional mereka memang hampir begini, menyerupai rumah kampung di Malaysia. Dinamakan Queenslander House. Tapi dalam dia sangat takda persamaan. Kerana rumah-rumah di negara ini kebanyakkannya, luar nampak usang dalam tetap cosy.

Gardner Avenue.

Pemandangan dari cermin living hall kami. Boleh intai anak jiran? Hah, jangan nak buat perangai budak kampung. Dekat sini nak nampak manusia berlegar-legar depan rumah, makcik-makcik berkumpul pada waktu pagi dan menjaja cerita, mahupon anak-anak muda bertenggek tepi longkang petik gitar dan peewit peewit awek memang tak ada. Semua orang duduk dalma rumah masing-masing jaga anak bini sendiri. Kalau mereka mahu keluar, mereka ke backyard. Kalau mahu bersosial, mereka ke pusat riadah yang betul macam ke Aquatic Center atau ke Momies Club ke apa. Tak ada siapa nak bukak halaman sendiri jadi markas berita sekampung.

Dan aku menulis ini, dengan harapan siapa suka melangut rumah orang dan membawa mulut merata tempat itu, terasa macam batang hidung dia kena tenyeh. Heeesh. Bukan amalan yang mulialah. Malu tau. Lagi-lagi apabila fenomena seperti ini sering berlaku di kawasan kampung-kampung. Di bandar-bandar, tak (berapa) ada. Sebab semua orang busy keluar subuh balik malam.

Tapi.

Australian tetap friendly. Walaupun tak pernah melangut dan berkenalan luar dalam, mereka sentiasa senyum dan menegur semua orang.

Barang kami kebanyakkannya semua dalam kotak lagi. Malas nak punggah. Sebab nanti malas nak pack balik. Maka, sepanjang berada di rumah ini, kami hiduplah secara terhad. iaitu baju yang terhad. Peralatan yang terhad. Make up yang terhad HAHA hari-hari pakai bedak Johnson’s Medina sahaja. Mujurlah rumah ini fully furnished. Kalau tidak, hidup kami umpama layang-layang terputus tali? Apa-apalah kau nak cakap, Chika.

Disebabkan terhad, makan pon terhad.

Daging halal tak ada. Tapi nugget halal ada. Itik halal pon ada HAHA. Maka jangan memilih makan. Err. Sudah berapa lamakah kami takda memakan ayam?  Jaga kau ayam, aku dapat kau yang disembelih sempurna kelak aku lahap kau puas-puas. OK sekarang dah teringat Nando’s. Padahal dulu berlagak sangat dengan Nando’s. Benarlah kata pujangga, kita takkan menghargai ayam selagi ayam di depan mata kita.

Master bedroom. Quite spacious.

Yang paling tak boleh blah, selimut pon ada cop NSW Health. Nampak sangat rumah pinjam. Dan kadang-kadang buat saya rasa macam rumah tumpangan (challet) Bukan sahaja selimut. Towel mandi, kitchen towel, bedsheet dan pillow case juga semua berciri hospital. Katil dekat study room pon sepertinya katil hospital.

Lagi satu. Dia provide vacuum  sekali. Tapi engkau tahu vacuum apakah yang dibaginya? Industrial vacuum kau! Bukan sikit punya power dan kalau tengok pon saya takut je nak guna. Pendek kata, semua cukup. Kalau datang bawa baju saja pon dah boleh hidup sempurna.

Life saver ;

Vodafone’s mobile broadband.

Macam tak berapa boleh harap, tapi bolehlah diharap sikit-sikit. Cuma jangan terlalu mengharap. Lagi baik lanyak 3G iPhone. Laju pon laju. Heh. Mana tak laju, Telstra. Dekat Australia ni, kau pakai je Telstra. InsyaAllah internet kau memang pergi macam halilintar. Kau bayar je lah service dia yang sedikit keterlaluan itu.

Medina nampak bosan? jangan terpedaya. Dia adalah insan paling bahagia sekarang ini. Sebab emak dia hadap dia tak lekang-lekang. Tengok TV dengan dia. Masak dengan dia. Mandi dengan dia. Dan jarang ditinggalkan gara-gara internet tak ada. Kalau tak, sesekali mesti kena main sendiri bila emak dia nak goreng blog kejap (macam sekarang :P)

Fire place not to be used.

Pemandangan yang disukai.

Pada malam kedua (atau ketiga mungkin) kami di sini, telah tiada elektrik menjelang senja. Kepanasan bukan main. Lama juga. Maka kami anak-beranak duduk di tepi tingkap besar di living hall dan menikmati sunset.

Cantik subhanallah.

Yang hitam-hitam bagaikan tompokan itu bukan helang. Bukan merpati. Bukan singa terbang atau UFO.

Bukan juga tompokan debu sebab tingkap kotor (Ada orang teka tingkap rumah saya berdebu Heessshh mana ada!) HAHAHA.

Itu KELAWAR.

Menjelang senja setiap hari, dapatlah kami melihat kelawar-kelawar berterbangan entah dari mana hendak ke mana. Mungkin pergi mencari rezeki. Atau mencari jodoh. Tak tahulah apa yang dicarinya, takda berapa peduli. Yang hairan dia adalah menyaksikan begitu banyak kelawar di udara. Seram pon ada. Maklumlah, di Cheras takda pernah pula nampak kelawar sesenang ini.

Bayi menyaksikan keindahan ciptaan Allah menjelang matahari terbenam.

Tempat menyediakan makan ececeh. Tapi dining area dia kami tak guna. Kami simpan barang di situ.

Huyeay! Sejak berpindah ini juga, Medina telah tidur dalam cot pada waktu malam.

OK sekarang dah tak sabar nak pindah Goonellabah. Dan mula unpack. Mula hidup secara sempurna. Mula menyertai swimming class. Mula beriadah. Dan mulakan semuanya secara teratur. Dah rimas asyik tengok Medina balik-balik pakai baju yang sama. Mana taknya, baju dia semua dah pack dan susah nak punggah. pakailah apa yang ada sampai kita settle down di rumah lain kelak.

Tara Road

Posted by chika under Books

Saya suka membaca. Be it magazines, school books, articles or blog entries, and novel. Saya suka luangkan masa dengan membaca. It keeps me occupied. Terutama apabila sedang membaca sesebuah novel. Fikiran rasa boleh terganggu. Macam hidup saya kena fikirkan cerita tersebut selagilah belum habis baca. Sampai sesekali berasa urght pergi keluar dari kepala, sekarang!

Beberapa hari ini, saya menghabiskan Tara Road by Maeve Binchy. Tebal sangat maka, mengambil masa beberapa hari yang panjang juga.

I just wanted to point out a few facts of life yang saya dapat dari pembacaan ini. Sangat simple, common sense dan boleh berlaku pada siapa sahaja pada keadaan di mana kita lalai walau sekejap. OK, quick!

.

.

• Kamu benar-benar yakin rakan baik yang sangat kamu yakini itu tidak mengkhianati kamu? Think again.

Cinta bukan benda statik. It may change into two different properties. Either ; Satu, makin marak. Dua, makin malap. Jaga-jaga.

• Dalam rumahtangga, kita perlukan ruang privasi untuk bersama. Jangan biasakan suami keluar berkawan-kawan secara  kerap. Dan jangan biasakan rumah menjadi tempat perhimpunan awam. Jangan khilaf. Kesan dia banyak.

•  Tidaklah. Engkau bukan busybody kalau engkau taksub hendak tahu langkah suami. Engkau berhak. Kalau engkau berasa seperti berada dalam zon ‘selesa‘, janganlah lalai sangat. Zon ‘selesa’ selalunya imaginary.

•  Menjauhkan diri dari ruang masalah dengan lari dari masalah bukan benda yang sama. Take your time.

•  Isteri yang menyimpan diri dalam rumah, mengisahkan dapur saban hari dan occupied dengan kerja-kerja domestik walaupon awalnya diadili sebagai seorang yang kasihan, akhirnya tidak akan diadili sebagai tewas.

•  Jangan main kotor. Nanti susah nak cuci.

.

.


Well. I wanna go quick. Really quick.

Sekarang, lihat pula apa sudah jadi dengan buku tersebut ;


Tahu kan, perbuatan siapa?
[ Posted using BlogPress from Nurulism's iPhone ]

Location:Cromer St,South Lismore,Australia

2 Tahun & 9 Bulan

Posted by chika under The Adventure of Lismore, Travel : Australia

7 February 2011 ;

Happy second anniversary, darling husband!
Happy 9th month, baby Medina!

Kami meninggalkan Lismore for celebration. Memandu ke Gold Coast bagai dirancang. Beberapa perancangan. Rancangan yang itu juga yang akhirnya menjadi (Allah knows best).

Bangkit pagi-pagi dan berbesar hati. Dua tahun hidup bersama suami, dan pagi itu bangun tidur pon masih melihat wajahnya. Bukan itu saja. Dua tahun bersama, telah dianugerahkan Nur Medina dari Allah SWT. Sudah 9 bulan bayi itu melihat dunia. Keluar dari tubuhku. Di mana saya masih tak mempercayai keajaiban kelahirannya yang saya lakukan atas tenaga sendiri.

Terima kasih, Tuhan.

2 minggu tanpa berdepan dengan traffic lights dan traffic congestion membuatkan kami keluh kesah sepanjang 1 jam 45 minit pemanduan ke Gold Coast. Lantas tersedar betapa gilanya kehidupan di Gold Coast. Padahal selama ini tak sedar pula.  We went straight to Harbour Town Shopping atas dasar tak tahan lagi. Lama tahu, tidak mengunjungi pusat membeli-belah yang proper.

Gembira apabila terkesan kelibat Aini, suami dan anaknya di Harbour Town. Melambai-lambai lalu excited. Mereka bakal pulang ke Malaysia for good pada minggu ini (kan?) Tidak tahu bilakah takdir akan menyusun pertemuan kita lagi. Mereka pulang ke Terengganu. Oh, merumitkan lagi kebarangkalian untuk bertemu since I normally (usually and absolutely) don’t really have the reason to be in Terengganu. Bila pulang Malaysia, saya stuck di Kuala Lumpur sahaja. Tapi itulah. Takdir selalu menyusun sesuatu yang tak disangka. Hopefully.

Maryam is such a darling.
Nanti jumpa lagi (InsyaAllah) mungkin sudah boleh berbual kedua-dua bayi ini.

All the best, Aini and family.
We gonna miss you all.

Di Harbour Town, hanya berhasil mendapatkan pakaian untuk bayi 9 bulan kami. Macam biasalah. Pergi mana pon, dia yang dapat dulu.

Suami telah berlaku romantis apabila telah membuat reservation lunch buffet di Palazzo Versace Hotel. Yum yum. We love good food. Luxurious lunch sempena hari ulangtahun perkahwinan kedengaran begitu fair, bukan?

Ketika berjalan ke table yang di bawa oleh waiter, kami melalui deretan makanan dan saya telah menjadi begitu kencang. Aku nak makan ni, ni, ni, ni (dalam hati) lalu mata melilau macam serigala lapar benar. Desserts!

We had seafood buffet that evening.

Aaaah. Roast salmon dia sangat … urght. Sedap.
Scallop pon enak juga.

And Medina had … teething biscuit?
Tak fair, Mummy! Tak fair.
You’re only a baby, what do you know about being fair or unfair?
Hee hee hee.

Another roast salmon. Tapi smoke salmon dia saya kurang gemar.
Hanyir. Dan saya tidak akan tolerate benda hanyir.

Mulanya saya tak pasti saya boleh tolerate prawn itu atau tidak. Turn up, saya suka lalu mengulang lagi dan lagi. Tapi adalah malas mengopek kulit.

I am happy, Mummy. Don’t worry.
Teething biscuit is actually  good.
See Mummy, I share my biscuit with nose, chin, table, bib and floor.

Anak kami telah buat hotel mewah tersebut macam Mc Donald. Di mana dia sepahkan biskut, excited nyaring, menegur makcik pakcik vogue yang lalu lalang celebrate 60th birthday dan menghulur biskut dia pada entah siapa-siapa. Tiada siapa pon yang tidak berhenti sebentar menegur dia lalu kuchi kuchi pada dia. Apa-apalah, anak. Asalkan pasangan ibubapa yang menyambut anniversary ke-2 ini dapat menikmati lunch dan membincangkan makanan kami.

Ini pinggan suami yang mengandungi beberapa statements ;

1) Sushi adalah yewwwww no way! Saya tak lalu. Dan memanglah tidak suka sama sekali.
2) Mussel sangat menguji pendirian saya. Suami tak kasi saya makan. Lalu patuh. Sampai kini teringat.

Steamed Barramundi OMG sedapnya (malas nak ingat)

Vegetable soup and urght … oyster.
OYSTERRRRR *menangis*
Juga tidak merasa sebab  patuh.

Dan akhirnya desserts yang begitu banyak sampai tak dapat rasa semua. Walaupon awalnya tekad nak bolot semua tapi kecundang. Perut telah penuh.

Kecundang. Tidak sempat merasa Creme Brulee gara-gara lambat. Orang lambat selalu rugi (walaupon kadang-kadang orang lambat yang untung, tapi kali ini memang rugi) Beraneka lagi desserts yang terpaksa ditinggalkan. Kalaulah boleh hold kejap dan minta dia tapau ke apa … Duh.

Where is this hotel situated? Just near Sea World.

Hari yang begitu terik. Semua orang berpeluh dan comot.

Seterusnya ialah ke Surfers Paradise untuk mencari hadiah anniversary. Hadiah adalah mesti. Ke DFS Gallery dan gembira hip hip hooray. Tapi hadiah akan dirahsiakan sebab ini sentimental kami berdua. HAHA. Tak payahlah tahu (–__– “  )

Medina sudah 9 bulan. Semakin lasak. Semakin macam-macam. Syllabus bahasa dia pon sudah pelbagai.  Dari Mommamommamomma kepadalah tatatatata, din din din, dadi dadi, mahupon zasssss. Sangat mudah terpengaruh akan perbuatan ibunya. Kalau saya tepuk kepala, dia tepuk kepala. Kalau saya wawawawa (tepuk mulut dengan tangan), dia pon tiru juga. Kalau saya jerit, dia jerit juga. Kalau saya nyanyi, dia humming. Kalau saya tak nampak apa dia sedang buat, dia akan diam-diam pergi kepala katil dan berdiri lalu lepaskan diri. Menghempas badan ke atas tilam dan ini bukan kelakar OK. Ini buat emak dia serangan jantung. Juga sudah mula fokus. Iaitu hanya main satu toy sahaja dalam satu tempoh dan belek, dan kopek, dan cabut dan lempar. Tak ketinggalan, dah develop skill memanjat juga. Tak suka plain water (just like Mummy), dan berani saya istiharkan, inilah dia betul-betul punya hampir 100% fully breastfed (tanpa perfect meal kecuali teething rusk nak distract dia sekali sekala) Selebihnya, memang membesar dengan susu. Terima kasih sebab masih dahagakan susu Mummy. Atau Mummy akan sengsara akibat engorgement.

Terkenang kenangan baru melahirkan. Engorgement adalah seksaan yang boleh membuatkan ibu-ibu menangis meraung. Sekarang tidaklah seteruk itu, but still. Breast kau engorge. Tak ke menggelabah kau nak express atau minta anak selamatkan engkau? HAHA.

On another note, kepada yang bertanya apa supplement yang saya ambil, jawapannya masih sama macam dulu. Masih tak pernah berhenti mengambil Blackmores for Pregnancy & Breastfeeding sejak berkahwin hingga kini. Juga minum Ensure. Sebab nak kembali berisi. Kembali berisi. Kembali berisi. Kembali berisi (40 kali) Itu sajalah yang dapat saya bagitahu sebab saya tak mengamalkan pemakanan tertentu.

Second anniversary, bertiga.
Adakah third anniversary kita akan berlima?
Aik, apsal tetiba jadi lima?
LALALALALA sedangkan menara boleh berkembar, inikan pula fetus.
KAHKAHKAH tak kelakar.

Eh, rezeki itu hak Allah.

Dear suami,
You’re just perfect.

Dear anak perempuanku,
You’re beautiful.

I love you two.

Ya Allah,
Please bless us.
And thank you Allah.

Ballina

Posted by chika under The Adventure of Lismore, Travel : Australia

Memanglah tiada Westfield, tiada skyscrapers, tiada pemandangan city bercahaya neon dan kenderaan lalu-lalang macam semua berebut jalan umpama jalan itu pusaka keluarga dia. Tempat ini hanya menjanjikan pemandangan luarbandar. Kalau kamu suka scenic drive, aktiviti bersama alam semulajadi dan simple life, kamu mesti suka tempat ini; tempat di mana saya dan keluarga akan berada selama satu tahun ini. InsyaAllah.

Kami dah mula suka dah.

Setelah lebih minggu ; 1) Kami tidak terganggu fikiran oleh apa-apa. Hidup sangat simple without high demand. Sebab nak demand pon tak ada guna. Semuanya terhad. Demand for good cosy restaurant for dinner? Demand for good food outside? Janganlah mengharap. There’s only ONE halal kebab (a very small shop) in Molesworth Street that we can put our hope in. Hasilnya, dapur rumah kerap berasap sungguhpun hanya dengan hidangan mudah. But still, homemade food is the best. Bukan?

2) Kami tidak bertemu lampu isyarat walau di mana-mana jua sekitar ini. Bukankah ini menakjubkan? Malah di kampung saya back in Tanjung Malim juga boleh ditemui traffic lights bersusun-susun. Traffic di tempat ini sangat mengubati sakit jiwa (sekiranya ada)

3) Speed limits are very strict in New South Wales. Camera perangkap berada di mana-mana nak tangkap wang kamu. Normally, you can go only up to 60km/h. Kedengaran teruk bukan? Memang teruk. Tapi bukankah ini membawa kepada kehidupan yang sungguh tenang dan tidak gelojoh?

4) Kami juga sudah lama tidak sakit jiwa pada setiap malam Khamis tatkala melakukan latenight shopping. Tidak ada lagi suasana sakit jiwa mendapatkan parking di Westfield. Pandu sahaja 5 minutes away from home, kamu sudah berada di Lismore Shopping Square, dan boleh pilih best parking.

Hiburan kami juga mungkin sudah tidak sama. We are now close to nature (and please don’t laugh lah) Ballina beach is only 20 minutes away (drive, bukan jalan kaki) Ballina adalah sangat cantik dan kami bercakap kosong (atau sebenarnya berangan atau berimpian) adalah indah kalau dapat memiliki salah satu rumah di Ballina. Tapi tak apalah. The property may cost you a fortune (kot)

So. Ballina.

Hari Sabtu lepas, kami ke Ballina untuk mencari hiburan bersesuaian dengan masa dan tempat.

Pemandangan dari lookout area.
Banyak batu di sini. Bukan tempat mandi unless kau suka mandi langgar batu like heck?

Kawasan mandi adalah di beach lain. Saya tak ingat apa nama beach ini.

Angin bayu membawa diriku.
Adalah nikmat terkena serbuan angin bayu yang sangat lasak pada hari panas yang membakar diri. Minggu lalu adalah minggu yang sangat panas. Saya hampir rentung dalam rumah sendiri. Hampir. Belum rentung lagi.

Angin bayu membawa rambutku ….

I’ve posted this photo in Facebook (Instagram exactly) dan menerima komen dengki (WAHAHAHAHA aku tuduh korang dengki WAHAHAHA) berbunyi : Apsal kurus sangat? Apsal apsal? Kurusnya! Eii eiii kurus! Kurus kurus kurus dan seumpamanya.

OK lah, kurus.
T_________T
Kejaplah, aku tengah struggle nak gemuklah ni.
Apa engkau ingat aku puas hati sangat jadi sekeping macam ini?

Memandangkan hari adalah panas terik, maka tak lalu lah nak berjalan di sepanjang laluan di bawa sana. Saya cuma mahu masuk kereta, bersejuk-sejuk dan menikmati pantai dari dalam kereta.

Lalu lapar.

Telah tersilap pilih fish market pada awalnya. Lalu berasa tidak puas hati. Maka kena makan lagi di fish market yang lebih baik.

Nothern Rivers Seafood yay!
Tapi tak se-yay Harbour Town Seafood.

Heh sudahlah tu. Harbour Town adalah kehidupan lepas.

Dan picnic tepi river sebelah banglo orang. HAHA main lepak je tak kira tempat.

Medina terbangun dari tidur lalu terkesima apabila menyedari diri berada di atas rumput dan ditiup angin laut. Kemainlah dia selepas itu cuba memakan rumput. Oh, cuba rampas prawn cutlet saya juga tapi dalam beberapa cubaan yang gagal.

Bunnykins

Posted by chika under Uncategorized

It’s a lovely piece I shouldn’t (err… couldn’t) stop myself from putting it straight away on the counter and swipe my card and walked away from the shop. I almost bought unwanted set of muslin wraps just because they are from Bunnykins. Quick, get out from the shop!

And I ended with this lovely romper.


Don’t you love the piece? Aaahhh. The thing is, I am a crazy mother. At least, once a week I’ll purchase new clothes for Medina. They are too cute, siapa suruh?

Any mommies feel the same? Best kan?

Oh. The piece was on sale. Of course.

- Posted using BlogPress from Nurulism’s iPhone

Location:Cromer St,South Lismore,Australia