Jangan Stereotype SAHM
Hai, saya seorang SAHM (Bukan broker saham tolong sikit) Stay-at-home-mummy. Sebagai seorang emak-yang-duduk-dekat-rumah, saya sering disalah ertikan sebagai emak yang banyak waktu terluang dan boleh main buang-buang. Sebenarnya memang boleh kalau mahu. Kalau mahulah.
Namun.
Tanggungjawap adalah tanggungjawap. Dahlah kena tanggung, kena jawap pula. Justeru, urusan pentadbiran domestik mestilah ditanggung beres oleh saya selaku emak-yang-duduk-dekat-rumah. Supaya apabila bapa-yang-duduk-dekat-hospital pulang nanti, kita boleh menjawap soalan domestik meskipun suami saya Alhamdulillah sangat sporting kalau saya nak goyang kaki kiri kanan kiri kanan (hentak kaki!) pon dia tak ada bising punya. But afterall, tanggungjawap. Kena tanggung. Bukankah malu kalau suami balik kerja tengok anak dia belum mandi, pinggan berkotoran dalam sink, dan isteri sedang seronok geli hati tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah? Malu tak malu tak? Malu tau.
Lantaran itu, saya adalah sangat tidak gemar kalau orang ramai berpendapat bahawa surirumahtangga adalah tidak penat atau tidak sibuk. Hakikat dia, penat.
Dulu semasa baru lepas kahwin, sangat releks. Sebaik sahaja bayi perempuan mata besar ini popped out dalam hidup saya, bermulalah fasa pengurusan harian yang paling sibuk dan kelam kabut dalam hidup saya. Tak percaya sudah, nama kau Hantu Kak Limah.
I bet, suami sendiri tidak tahu pengurusan rumah isterinya sehari-harian. Saya rasa kelam-kabut. Tak cukup masa. Berdebaran fikir kerja rumah et cetera. Saya macam kejar masa. By the time suami balik, saya nak dia tengok saya dengan anak dia tengah berlapang waktu menunggu dia pulang. Maka, saya kena buat semuanya sebelum jam 5pm biasanya. Macam pertandingan padahal lawan sendiri.
Bangun pagi, breakfast. Tapi anak yang breakfast dulu. Jadi saya kena jadi tugu peringatan kejap menyusui anak selama … Err sangat lama.
Selepas itu, clear pinggan dalam sink kalau ada. Pantang sangat kalau pinggan menyemak kotor tak bercuci. Boleh mengundang bad mood kalau dapur kotor. Jadi, hari-hari saya spend masa paling banyak dekat dapur. Hari-hari sental. Hari-hari susun. Hari-hari tenyeh.
Dapur bersih hati senang
Dan laundry.
Jemur dengan kesungguhan.
Dengan kesungguhan ye saya cakap tadi. Gara-gara ampaian yang bukan sikit punya tinggi. Berjingkit-jingkit bukan main. Lantas kain jemuran ada yang tidak dapat disidai perfect. Tersenget dan terlipat sikit. Ni kalau dengan mak saya ni, memang kena kata HAHA memang pantang dia sidai baju senget. Dahlah tu kena sidai t-shirt satu row. Seluar satu row tak boleh campur atau kau nahas. Saya pon jadi terbiasa. Mak saya garang tapi sporting.
Saya suka view backyard. Menghijau. Nampak ladang orang. Nampak kereta di kejauhan menyusuri jalan kecil dengan pemandangan cantik. Nampak rumah jiran tetangga yang segar. Nampak vegies patch mereka.
Selain itu, memasak demi sesuap nasi.
Hari ini buat bubur ayam. Teringin. Sangat. Buat untuk Medina juga sebab dia belum pernah merasa bubur. Sebelum dibubuh seasoning dan ayam, saya ceduk untuk anak. Cukuplah bubur dengan celery buat baby. Sesungguhnya sesame oil memang menyedapkan porridge!
Bagi anak makan. Dalam kata lain, bagi dia comot dan bergembira membuat comot. Saya pon makan sekali. Dan comot sekaki. Selepas itu, aktiviti best! Hot happy shower bersama-sama! Dan dua-dua pon harum dan segar. Menyiapkan anak dengan pakaian wangi-wangi. Selepas itu saya membersihkan sink pada bathroom. Sink mesti kena dibersihkan. Mesti kering, tak boleh berair. Saya tak gemar.
Satu lagi kerja harian yang agak sukar nak dilaksanakan ialah menidurkan Medina. Dia punya menyusu tu makan berjam-jam. Dan akhirnya disudahi dengan dia menonggeng angkat punggung. Terus pergi main. Memanglah menguji kesabaran. Nak tidurkan dia merupakan salah satu bentuk usaha, tahu? Kecuali dia memang betul-betul penat, dalam keadaan apa pon dia boleh tidur. Macam semalam. Balik dari swimming, terus tidur berjam-jam.

Petang pula, jemur pakaian batch ke-dua. Sementara saya menjemur, dia pergi berjemur. HAHA. Bawa dia bermain di backyard pada waktu petang. Kesianlah asyik duduk dalam rumah. Main-main bersama.
Bukan itu saja. Kena teman Medina tengok TV. Kena main dengan dia dalam playpen. Kena golek-golek dan akhirnya memang terus tergolek menysukan dia.
Saya tak berapa banyak masa nak menghadap internet sekarang ni. Biasanya hanya sempat bertwit sementara menyusukan anak. Blog? Memang mencabar sangat nak update blog sekarang ni. Bukan saja cabaran waktu, tetapi cabaran-cabaran yang lain juga. Yang tak dapat diceritakan sekarang. HAHAHA. Simpan kata-kata ini ye.
Rumah belum siap kemas. Mata naik menyampah tengok barang terpunggah sana sini. Tapi tak apalah. Buat perlahan-lahan.Itupon bersyukur suami selalu tolong menguruskan rumah juga. Tak pernah dia tak mahu kalau diminta tolong. Hidup masih terhad. Banyak barang belum unpack. Garage dijadikan store buat masa ini. Kereta pon menjadi sangat kasihan kena park sebelah rumah jiran sana. Tapi kami sukakan rumah ini. Dan kami gembira hidup di tempat ini. Banyak juga benda nak dilakukan, dan tempat nak dilawat.
Mari kita berbalik kepada perenggan pertama ;
Sebagai seorang emak-yang-duduk-dekat-rumah, saya sering disalah ertikan sebagai emak yang banyak waktu terluang dan boleh main buang-buang. Sebenarnya memang boleh kalau mahu. Kalau mahulah.
Jadi.
Ada hari tertentu saya memilih untuk tidak melakukan apa-apa. Saya juga mengambil peluang untuk membuang waktu dan bergoyang kaki kalau mahu. Sedangkan Perdana Menteri ada hari pergi bercuti, inikan pula SAHM. HAHAHAHA.
Jangan Streotype SAHM
Eceh
.
.
Entry ini dihasilkan oleh iPhone 4g // Disiarkan menerusi BlogBooster // Pictures edited with Photoshop for iPhone // Pictures by iPhone 4g 10 Mega pixel camera //
![]()










February 28th, 2011 at 2:28 pm
mmg update guna hp lah senang ckp *tetibe*. hehehe
chika Reply:
February 28th, 2011 at 2:31 pm
HUAHUAHU sebenarnya edit perenggan dengan laptop juga. Dan spelling betulkan balik sbb kalau dengan handphone, memang bahasa alien berleluasa la. Pastu nak jawap soalan orang edit gambar pakai apa. Tangkap gambar pasai SLR ke? MUAHAHHAA saya pakai SLR? Memang tak akan lah.
February 28th, 2011 at 2:35 pm
Fuhh baru selesai baca tiap2 baris. Sapa yg steorotype kann SAHM ??
February 28th, 2011 at 2:39 pm
SAHM la xde masa rehat… :)
February 28th, 2011 at 2:45 pm
sape kata surirumah lenggang maklimah goyang kaki kn?mmg hebat la mommy moden chika ni…
February 28th, 2011 at 3:13 pm
start sahaja sudah ada anak…confirm semuanya jadi SIBUK..
February 28th, 2011 at 3:18 pm
Saya setuju. Jadik SAHM sangat penat. Planning sangat perlu.
February 28th, 2011 at 3:20 pm
aaaaa kakju nampak pink elephant apa tu ? shower gel dispenser ke chika ? huwaaa comel comel comel !
sesame oil memang buat bubur lebih sedappp ! anak kakju makan sampai licin. =D
February 28th, 2011 at 3:41 pm
Saya pun SAHM juga. Memang penat bila dah ada anak. Waktu dia tidur je baru boleh makan, solat, buat kerja. Tak boleh tinggal dia. Fuhh
February 28th, 2011 at 3:46 pm
SETUJU :)
February 28th, 2011 at 4:16 pm
ya lah..org kata cikgu pun relax..balik setengah hari…skang suami saya yg geleng kepala kerana saya lebih sibuk dari dia…haahaahaha
February 28th, 2011 at 4:47 pm
Bila cuti sabtu ahad tu pun kadang-kadang tak menang tangan. Kadang sambil berdukung anak buat kerja rumah sebab bayi tersebut nak melekat dengan mama dia plus tak mahu pulakkk papa dia dukung.. haih.. haih.. *tercungap-cungap*
February 28th, 2011 at 4:51 pm
Salam. Hi Chika. haaa entry pjg macam ni la baru best kan :D eh gamba 1st yg tempat pengering feeding stuff utk baby tu sgt comel….warna ijau gitu ;)
February 28th, 2011 at 6:16 pm
sllu turut merasai kebahagiaan yang kamu miliki setiap kali membaca entri kamu chika! peace! :))
February 28th, 2011 at 7:18 pm
chika sangat kelakar okay ayat kamu!
suka baca :)
HEHEHEHE
March 1st, 2011 at 11:22 am
sememang nya mengakui kehebatan seorang ibu!
March 1st, 2011 at 1:00 pm
hehe.sungguh IKEA sinki kak chika :D
March 1st, 2011 at 3:19 pm
nk komen bab sidai baju tu
mak chika sama dgn mak sy
T______T
March 1st, 2011 at 11:03 pm
memang penat! belom kawin tapi da penah ada experience macam emak emak ada anak kecik kena mengemas rumah, basuh, jemur, lipat, gosok baju, memasak, menjaga anak kecil, blergghh memang memenatkan.
March 2nd, 2011 at 3:01 pm
hi..saya br je tersempak dgn blog ni, actually masalah yg sama..tensen jugak la kadang2 tu dgn semua sindirin2 tajam dan peluru2 sesat manusia nih..
saya dah masuk 2thn jdi fulltime housewife,saya ade degree n sblm ni saya keja..bile 1st month pregnant, saya resign..then macam2 ragam manusia saya kena hadap..especially famili and of course keluarga mertua!
kisah saya ni mungkin pelik sikit kot (kat mata sesetgh manusia), saya kahwin lepas 2bln kenal my husband (dah jodoh, but ade yg xpuas hati jugak!)n jarak umur berbeza 9thn.
masa kami kahwin, biz suami jatuh menjunam..dan boleh dikatakan suami saya xbergaji..tp apealah sgt hidup kami berdua masih mampu ditanggung dgn gaji saya, namun suami saya xpernah minta duit gaji saya…semua urusan bil rumah tetap suami saya usahakan..
selepas hampir stahun, Tuhan nak bagi rezeki xde yg buleh menghalang…alhamdullah, Tuhan ganti belipat kali ganda…dan saya pada masa yg sama hamil, saya xde masalah mabuk atau ape…mungkin sb saya tukar tempat kerja, saya xsesuai dgn situasi tempat kerja baru , saya rasa nak berenti keja..suami merestui tanpa halangan
namun keluarga memberi respon negatif, ape guna blajar tinggi2 kalo nk duk di rumah? kalo jadi ape2 kat masa depan mcmmane? n komen yang paling best, KALO SUAMI KAHWIN LAIN, SAPA NAK TANGGUNG KAMU LAGI??
subhanallah..bagus doa2 semua…!
kawan2 lagi bagus..ah, nanti da xde life..asyik duk rumah jer, nanti mesti bosan! ko xpe lah duk umah jer..aku ni terkejar sana sini! eishhh..myakitkan hati!
saya pekakkan telinga jer..skg anak saya dah masuk 8bln pn, saya masih xbekerja..
March 5th, 2011 at 5:08 am
Omote pun nak bubur! Omote nak bubur! Omote nak bubur! Yeay! Chedap!
March 6th, 2011 at 12:32 pm
dok umah aka jadi surirumah yang x bertangga mmg memenatkan. rasanya org yang bekerja pun x sepenat suri rumah..keje mmg akan senantiasa ada. tidak akan pernah abih. ada shj kerja yang harus dibereskan. pas mandikan anak,nak bash baju,sidai baju,masak,angkat baju..errr…dll..
walaupun belum jd surirumah lg..tp da ada pengalaman selama bbrp bulan ..mmg serius penat..beza nya mlm leh rest..x perlu nk layan org plak :p
so..suami2..sila hargai isteri2 anda di rumah ok..