KITCHEN : Fried Prawn in Oyster & Tomato Sauce

Hatiku girang. Hujung minggu yang teruk telah pergi. OK lah, bukan teruk sangat, cuma buruk. Sebab macam jadi penunggu midnight. Kelawar pon takda mentunggu midnight macam saya dua hari lepas. Memetik kata-kata adek lelakiku, orang yang berjaga sepanjang malam hingga ke pagi itu umpama CCTV. Apakah punya comel mensamakan orang dengan CCTV?

Sekarang saya sedang tunggu suami pulang petang. Tidak lama lagi, mungkin. Atau mungkin tidak oh no! Lauk-pauk semua (cececeh bunyi macam masak 15 jenis lauk padahal hanya Tuhan yang tahu) sudah siap masak dan dihias lawa-lawa. Lauk-lauk serta nasik sedang mentunggu di atas meja sambil bercakap ; Kejap lagi hidup kita atas dunia ini akan habis. Kita hidup dalam perut dan selepas itu kita pon takda tahu lagi apakah nasib kita. Betullah dunia ini fana.

Gilakah kau bercakap bagi pihak lauk?

Memandangkan hari ini saya telah tak melakukan apa-apa benda sangat yang boleh dibanggakan, lalu tidak dapatlah mengebang perihal seharian. Takkan nak cerita kat orang hari ini baring dalam playpen tengok cartoon lalu terlelap. Hanya terjaga apabila muka dilempang oleh anak. Pedih dipipi, lalu terjaga dan cuba tidur balik OK stop. Semua cerita bosan sahaja sebab hari ini sangat gemalai. Kalau boleh nak pergi minum pon nak suruh Medina ambikkan air dan suapkan dalam mulut Mummy. Apakan daya, Medina belum tahu menapak lagi. Tapi tak apa. Kalau dia tahu menapak kelak, saya pon akan kena menapak luarbiasa sehari suntuk mengejar dia mungkin.

Heh. Hari ini nak ajar kau orang masak. KAH KAH KAH KAH riak tak riak tak? Bukanlah macam nak ajar sangat, cuma nak kongsi resepi bagi ibu-ibu muda atau mereka yang tahap pengetahuan dapur dia sama level dengan saya. Saya level LG. Siapa dah sampai level 11 please ah diam diam diam! HAHA

Resepi hari nama dia : Fried Prawn in Oyster and Tomato Sauce.

Punya panjang nama dia, padahal kau boleh panggil dia Udang Masak Tiram. Atau kalau malas sangat, panggil dia Udang. Memang dasar. Nak sebut nama pon malas, hep biasa tu dia!

Bahan-bahan.

  • Udang (saya masak dalam 10 ekor)
  • Bawang besar satu biji.
  • Bawang putih (sayakan dasar nak senang punya kaki, pakai yang minced in jar satu sudu)
  • Kunyit + garam (untuk goreng udang)
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Cili (blended. sikit)

Mula-mula goreng udang seperti biasalah dengan kunit dan garam. Selepas siap goreng, mesti dah terliur dah. Itu sayalah. Sebab memang dasar suka udang goreng. Ikutkan hati, nak stop je sampai takat ini. Buat udang goreng saja.

Sedap hoi sedap.

Dalam minyak bekas goreng udang tu, tumis bawang besar dan bawang putih. Jangan gelojoh. Sabar banyak-banyak. Kalau mentumis, biar sabar. Biar sampai masak bawang tersebut. Atau nanti, tak sedap jangan menangis.

Selepas mentumis dengan sabar (tingting dapat pahala sabar), masukkan sos dalam dua sudu. Dan masukkan juga sos tiram dalam dua sudu juga. Atau pandai-pandai agaklah. Jangan masukkan sampai satu botol atau dengan botol-botol sos sekali. Pandai-pandai kamu lah. Dan gaul-gaul. Masukkan juga peas and corn.

Akhir sekali, giliran udang yang telah digoreng pula untuk bergaul di dalam kuali. Kacau kacau kacau.

Siap.

Hoh? Sudah siap? Apakah punya senang neh? Habis, ingat saya nak masak benda-benda leceh? Tak ada maknanya. Kalau susah sangat sampai kena jadik CCTV dibuatnya memang setahun sekalilah baru saya buat. Masakan saya seua yang kategori mudah (tapi sedap ecececeh) Yang sedap tapi leceh, itu tak effective lah dari segi masa :P

Garam takyah ke? Saya tak masukkan garam sebab oyster sauce dan bekas minyak goreng tu dah cukup masin. Tapi kalau kamu rasa kurang masin, bubuhlah garam. Jangan takut. Bubuh saja. Kalau termasin lebih, masak lagi sekali! HAHAHAHA guraulah gurau.

Siap.

Hiaslah sikit supaya nanti suami tengok lalu mendapat impression ; Macam sedap.

Selamat mencuba.

Saya nak pergi tumbang dalam playpen sebab Medina dah teriak suruh emak dia masuk playpen. Pandai dia. Kita beli playpen nak kurung dia bagi selamat, sekarang kita pon kena kurung sekali.

Recent Entries

16 Responses to “KITCHEN : Fried Prawn in Oyster & Tomato Sauce”

  1. softie Says:

    hahaha comel medina…kecik2 lempang mummy bole di maafkan lg
    chika, level memasak sy tahap B2, bole join bising2 belajar masak dgn org LG tak…hahha

    chika Reply:

    Level B2 bukan up sket ke?
    Kalau tak banyak beza level, kira OK lah. Boleh geng lagi. Kalau dah sampai tingkat atas sekali KLCC memang please ah jangan ajak geng. Rasa terhina diriku. HAHAH :P

  2. cinoi Says:

    hah simple tp sedap kan. atau simple tapi masak. harap2 i dpt aura masak memasak ni. mula dgn yg simple yoooo.

  3. cherrie Says:

    cjikaa.. macam tau2 jer tengah cari resipi udang.. thanksss…
    tengah try ni heheheh

  4. Masy Says:

    dia pun nk kurung Mummy kasik selamat. saling selamat menyelamat temanya ye :) hehehe

  5. mak haqq Says:

    kena cepat-cepat siap masak baru boleh join anak main dalam playpen.. :P

  6. puan capa Says:

    erk….sedap..terliur ni

  7. Izza Says:

    Hehe

  8. Izza Says:

    Adoi tak sempat nak taip apa dah terenter :P jadilah masuk Hehe kat atas tu :P

    perangai medina sungguh comel!! Baby semua sangattttt adorable!

  9. anne Says:

    HAHAHA.
    serious entry ney kelakar lah chikaaaaaaaa !
    gelak guleng guleng bace. =D

  10. Intan Says:

    A’ah, nampak macam sedap… Nak try gak ah.. Thanks chika share2 resepi utk beginner cam saye.. :)

  11. cuya Says:

    chika giler menyelerakan….yumyumyum…..nak try jugak la sebab i penggemar udang bertauliah..heheheh

  12. sil Says:

    memang macam sedap!!! tq utk resipi tu. nanti boley cuba =)

  13. CikNon Says:

    ehehee..comey nya.kena kurung sekali.hhahaa.
    memang macam tu la klu ada anak..ehehee..
    nnati dia boleh jalan memang kena jalan luar biasa dari sekarang..
    terhibur baca blog nurul..:)

  14. eHa Says:

    Pn. chika, sy rase nk hantuk pale kt dinding sbb anda lame sgt x update blog.. hehehe… by the way, terhibur baca hidup u yg hepi n bz mengurus rumah tangga wpun nmpaknye u dh xkerap update blog cm dulu :)

  15. ana Says:

    hai chika. lama tak drop entry kat sini.

    kadang-kadang kan bila stress keje kat opis, baca blog u, teringin mahu jadi SAHM macam u. tapiiiii..hahahaha.. seriusss, SAHM mmg penat. Sabtu ahad lah rasa macam tu. bila nak dah tdo, berlumba sendiri buat kerja rumah..:) penat tapi best!

    YES seperti yg u kate, udang tu.. macam sedap… harus coba! thanks 4 the recipe..:)

    bye chika.

Leave a Reply