Menghitung jam
4.19pm.
Ahad yang tidak mengujakan. Tidak energetik. Saya harap jam pusing laju-laju hari ini supaya midnight cepat sampai. Saya mahu suami di rumah. Melihat dia keluar bekerja pada hari-hari biasa adalah satu perasaan biasa. Tapi kalau hujung minggu pon dia harus keluar bekerja, perasaan saya adalah luarbiasa. Sebab definisi hujung minggu saya adalah hari bertiga bersama-sama.
Untuk membunuh waktu sehingga jam 4 petang ini, saya telah melakukan kelakuan-kelakuan yang biasa sahaja seperti ;
Breakfast makan nasi. Had happy shower with Medina. Bersiar-siar blog.

Apply mask pada wajah lalu lenguh muka dan tengkuk. Medina buat kelakar pula sengih mengejut-mengejut depan muka saya tunjuk dua batang giginya. Dan cuba usap muka saya pula.

Cuaca baik. Tidak terlalu srjuk. Tidak keterlaluan panas. Sesuailah kalau nak main lompat getah ke apa di halaman rumah.

Tapi kami berdua hanya bermain di dalam playpen sambil melayan kesemu cartoon.
Kalaulah dengan memusing jarum jam benar-benar mencepatkan waktu…
Location:Gardner Ave,Lismore,Australia




February 13th, 2011 at 2:39 pm
hi chika..!!
duduk dalam playpen bersama medina seharian mesti tak boring cuma kurang perencah je sebab ayah takda kan? :P
February 13th, 2011 at 7:22 pm
Hehehehe.
Medina muka pasrah jer tuh :D
February 14th, 2011 at 8:38 am
hehehe..pandai medina main dalam playpen
February 14th, 2011 at 9:13 am
leh imagine mcm mana medina dok sakat chika…hehe.so make sure after this if nk pakai mask.kena tunggu medina tdo..if not..mcm xde pape perubahan nnt :p