2 Tahun & 9 Bulan
7 February 2011 ;
Happy second anniversary, darling husband!
Happy 9th month, baby Medina!
Kami meninggalkan Lismore for celebration. Memandu ke Gold Coast bagai dirancang. Beberapa perancangan. Rancangan yang itu juga yang akhirnya menjadi (Allah knows best).
Bangkit pagi-pagi dan berbesar hati. Dua tahun hidup bersama suami, dan pagi itu bangun tidur pon masih melihat wajahnya. Bukan itu saja. Dua tahun bersama, telah dianugerahkan Nur Medina dari Allah SWT. Sudah 9 bulan bayi itu melihat dunia. Keluar dari tubuhku. Di mana saya masih tak mempercayai keajaiban kelahirannya yang saya lakukan atas tenaga sendiri.
Terima kasih, Tuhan.
2 minggu tanpa berdepan dengan traffic lights dan traffic congestion membuatkan kami keluh kesah sepanjang 1 jam 45 minit pemanduan ke Gold Coast. Lantas tersedar betapa gilanya kehidupan di Gold Coast. Padahal selama ini tak sedar pula. We went straight to Harbour Town Shopping atas dasar tak tahan lagi. Lama tahu, tidak mengunjungi pusat membeli-belah yang proper.
Gembira apabila terkesan kelibat Aini, suami dan anaknya di Harbour Town. Melambai-lambai lalu excited. Mereka bakal pulang ke Malaysia for good pada minggu ini (kan?) Tidak tahu bilakah takdir akan menyusun pertemuan kita lagi. Mereka pulang ke Terengganu. Oh, merumitkan lagi kebarangkalian untuk bertemu since I normally (usually and absolutely) don’t really have the reason to be in Terengganu. Bila pulang Malaysia, saya stuck di Kuala Lumpur sahaja. Tapi itulah. Takdir selalu menyusun sesuatu yang tak disangka. Hopefully.

Maryam is such a darling.
Nanti jumpa lagi (InsyaAllah) mungkin sudah boleh berbual kedua-dua bayi ini.
All the best, Aini and family.
We gonna miss you all.
Di Harbour Town, hanya berhasil mendapatkan pakaian untuk bayi 9 bulan kami. Macam biasalah. Pergi mana pon, dia yang dapat dulu.
Suami telah berlaku romantis apabila telah membuat reservation lunch buffet di Palazzo Versace Hotel. Yum yum. We love good food. Luxurious lunch sempena hari ulangtahun perkahwinan kedengaran begitu fair, bukan?
Ketika berjalan ke table yang di bawa oleh waiter, kami melalui deretan makanan dan saya telah menjadi begitu kencang. Aku nak makan ni, ni, ni, ni (dalam hati) lalu mata melilau macam serigala lapar benar. Desserts!
We had seafood buffet that evening.

Aaaah. Roast salmon dia sangat … urght. Sedap.
Scallop pon enak juga.

And Medina had … teething biscuit?
Tak fair, Mummy! Tak fair.
You’re only a baby, what do you know about being fair or unfair?
Hee hee hee.

Another roast salmon. Tapi smoke salmon dia saya kurang gemar.
Hanyir. Dan saya tidak akan tolerate benda hanyir.
Mulanya saya tak pasti saya boleh tolerate prawn itu atau tidak. Turn up, saya suka lalu mengulang lagi dan lagi. Tapi adalah malas mengopek kulit.

I am happy, Mummy. Don’t worry.
Teething biscuit is actually good.
See Mummy, I share my biscuit with nose, chin, table, bib and floor.
Anak kami telah buat hotel mewah tersebut macam Mc Donald. Di mana dia sepahkan biskut, excited nyaring, menegur makcik pakcik vogue yang lalu lalang celebrate 60th birthday dan menghulur biskut dia pada entah siapa-siapa. Tiada siapa pon yang tidak berhenti sebentar menegur dia lalu kuchi kuchi pada dia. Apa-apalah, anak. Asalkan pasangan ibubapa yang menyambut anniversary ke-2 ini dapat menikmati lunch dan membincangkan makanan kami.

Ini pinggan suami yang mengandungi beberapa statements ;
1) Sushi adalah yewwwww no way! Saya tak lalu. Dan memanglah tidak suka sama sekali.
2) Mussel sangat menguji pendirian saya. Suami tak kasi saya makan. Lalu patuh. Sampai kini teringat.

Steamed Barramundi OMG sedapnya (malas nak ingat)

Vegetable soup and urght … oyster.
OYSTERRRRR *menangis*
Juga tidak merasa sebab patuh.
Dan akhirnya desserts yang begitu banyak sampai tak dapat rasa semua. Walaupon awalnya tekad nak bolot semua tapi kecundang. Perut telah penuh.

Kecundang. Tidak sempat merasa Creme Brulee gara-gara lambat. Orang lambat selalu rugi (walaupon kadang-kadang orang lambat yang untung, tapi kali ini memang rugi) Beraneka lagi desserts yang terpaksa ditinggalkan. Kalaulah boleh hold kejap dan minta dia tapau ke apa … Duh.

Where is this hotel situated? Just near Sea World.

Hari yang begitu terik. Semua orang berpeluh dan comot.
Seterusnya ialah ke Surfers Paradise untuk mencari hadiah anniversary. Hadiah adalah mesti. Ke DFS Gallery dan gembira hip hip hooray. Tapi hadiah akan dirahsiakan sebab ini sentimental kami berdua. HAHA. Tak payahlah tahu (–__– “ )

Medina sudah 9 bulan. Semakin lasak. Semakin macam-macam. Syllabus bahasa dia pon sudah pelbagai. Dari Mommamommamomma kepadalah tatatatata, din din din, dadi dadi, mahupon zasssss. Sangat mudah terpengaruh akan perbuatan ibunya. Kalau saya tepuk kepala, dia tepuk kepala. Kalau saya wawawawa (tepuk mulut dengan tangan), dia pon tiru juga. Kalau saya jerit, dia jerit juga. Kalau saya nyanyi, dia humming. Kalau saya tak nampak apa dia sedang buat, dia akan diam-diam pergi kepala katil dan berdiri lalu lepaskan diri. Menghempas badan ke atas tilam dan ini bukan kelakar OK. Ini buat emak dia serangan jantung. Juga sudah mula fokus. Iaitu hanya main satu toy sahaja dalam satu tempoh dan belek, dan kopek, dan cabut dan lempar. Tak ketinggalan, dah develop skill memanjat juga. Tak suka plain water (just like Mummy), dan berani saya istiharkan, inilah dia betul-betul punya hampir 100% fully breastfed (tanpa perfect meal kecuali teething rusk nak distract dia sekali sekala) Selebihnya, memang membesar dengan susu. Terima kasih sebab masih dahagakan susu Mummy. Atau Mummy akan sengsara akibat engorgement.
Terkenang kenangan baru melahirkan. Engorgement adalah seksaan yang boleh membuatkan ibu-ibu menangis meraung. Sekarang tidaklah seteruk itu, but still. Breast kau engorge. Tak ke menggelabah kau nak express atau minta anak selamatkan engkau? HAHA.
On another note, kepada yang bertanya apa supplement yang saya ambil, jawapannya masih sama macam dulu. Masih tak pernah berhenti mengambil Blackmores for Pregnancy & Breastfeeding sejak berkahwin hingga kini. Juga minum Ensure. Sebab nak kembali berisi. Kembali berisi. Kembali berisi. Kembali berisi (40 kali) Itu sajalah yang dapat saya bagitahu sebab saya tak mengamalkan pemakanan tertentu.

Second anniversary, bertiga.
Adakah third anniversary kita akan berlima?
Aik, apsal tetiba jadi lima?
LALALALALA sedangkan menara boleh berkembar, inikan pula fetus.
KAHKAHKAH tak kelakar.
Eh, rezeki itu hak Allah.
Dear suami,
You’re just perfect.
Dear anak perempuanku,
You’re beautiful.
I love you two.
Ya Allah,
Please bless us.
And thank you Allah.




February 10th, 2011 at 9:12 am
I always envy you and your life :D Berdoa semoga kehidupan selepas kawen jugak akan jadi sebahagia ini. Aminnnnn
February 10th, 2011 at 9:13 am
happy anniversary chika :)
sangat seronok tengok your happy family and saya doakan kebahagiaan chika & keluarga & kekal sehingga akhir hayat
amin :)
p/s: gambar tak keluar huhuhuh
February 10th, 2011 at 9:17 am
Soooooooo sweet..Happy anniversary untuk chika & suami..
Medina comel sangat²..
Semoga kabahagiaan kalian sekeluarga berkekalan selamanya..;)
February 10th, 2011 at 9:22 am
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 2.
Semoga sehingga ke akhirnya. :-)
February 10th, 2011 at 9:47 am
hai chika…
suka baca cerita chika..
happy anniversary….semoga bahagia bersama keluarga tersayang; hingga akhir hayat…amin :)
February 10th, 2011 at 9:59 am
happy anniversary!!! mg kekal hingga akhir hayat!amin!
February 10th, 2011 at 10:09 am
Happy Anniversary, Chika n Husband..
Tumpang bahagia jugak tengok korang nihh..
Medina sangat cumillll..geram.
February 10th, 2011 at 10:39 am
happy 2nd anniversary Kak Chika!!!
semoga berbahagia bersama keluarga hingga ke syurga :)
February 10th, 2011 at 11:24 am
medina semakin pandai buat muka chicky dan semakin comel
happy tgk family u chika. doa saya buat kamu sekeluarga :)
February 10th, 2011 at 1:26 pm
Happy Anniversary untuk Chika and famili. Hopefully bahagia selamanya, dan jodoh berkekalan hingga ke akhirat.
P/S : Gambar tak keluar. So sambil baca sambil imagine sendiri gambar2 tu huhuhu..
February 10th, 2011 at 2:01 pm
salam. chika, tima kasih bg tips utk berisi .sbb sy sgt keping.makan byk mane pon asyik pipi je naik.badan x jugak naik. btw, Blackmores for Pregnancy & Breastfeeding tu start dr kawin terus mkn or tunggu pregnant baru makan .he.sy konfius
p/s : kim salam kt medina :)
chika Reply:
February 10th, 2011 at 2:18 pm
Dia ada folic acid. Kawen je terus makan pon takpe. Kalau dah cukup vitamin etc, carik folic acid je.
February 10th, 2011 at 2:07 pm
salam chika,
happy anniversary…semoga kekal bahagia sampai ke syurga ya…
utk si medina…happy 9th month..jgn nakal2 sgt k..
selalu jd silent reader jer…
chika, yg supplement Blackmores for Pregnancy & Breastfeeding tuh, adakah bole diambil jika sedang try to conceive?
chika Reply:
February 10th, 2011 at 2:17 pm
Memang patut ambil sebab dia ada folic acid :)
Shy Reply:
February 10th, 2011 at 2:28 pm
thanks ya.. :)
February 10th, 2011 at 2:11 pm
To nurul & Husband:
Hepi anniversary, semoga bertambah bahagia, & bertambah baby yg cute…hehe=D
To medina:
Oh medina, gigi kamu sgt comel. Nti suh mummy n daddy bg adik kt medina ya…haha=)
February 10th, 2011 at 7:05 pm
hepi anniversary…nk tanya blackmores tu halal ke tiub nya??ragu2 lah nak amik…tq
February 11th, 2011 at 12:16 pm
berlima??opss..hehe..i doakan u berlima..amin..=)
March 6th, 2011 at 5:23 pm
Happy Anniversary buat Chika & suami. Semoga beroleh kebahagiaan berpanjangan dan dikurniakan ramai anak yg comel2..