Archive for January, 2011

Tidur Bersama Pisang.

Posted by chika under Nur Medina

Kita mulakan.

Sedikit pisang dipatahkan dan dimasukkan ke dalam Munchkin Fresh Feeder. Supaya dia diam tak membuli kami. Supaya kami dapat melakukan kerja mempecah-belah rumah. Supaya dia kenyang juga. Pisang. Memanglah sedap. Sengaja ajar anak makan pisang selalu-selalu. Supaya dah besar pon suka makan pisang. Macam Nek Ma dia. Suka pisang.

Lama-lama, dia pon mula teriak. Mungkin angkara rasa teraniaya. Macam kena rasuah dengan pisang dan ibubapa buat kerja sendiri. Dia pon menangis. Tapi kami takda peduli sangat. Sebab setakat menangis ringan-ringan, terlalu busy untuk dilayan. Tetiba …

IMG_2874

Aik? Senyap.

IMG_2873

Kasihan bayi ini tertidur akhirnya depan Big Bird dan Cookie Monster.

IMG_2875

Lebih kasihan, tertidur sambil nyonyot pisang.

IMG_2876

dan comot.
Apakah perasaan kamu kalau tengok-tengok anak tertidur peluk pisang?
Bukankah sayu?

Tapi kelakar.

IMG_2877

Medina … Medina …

Pisang tersebut bukan dimakannya seorang. Anak saya sangat pemurah dan suka berkongsi. Walker pon dapat merasa pisang dia. Dalam mulut Cookie Monster pon ada pisang juga. Kat badan Big Bird pon ada pisang juga.

Terima kasihlah, anak. Berkongsi tu amalan mulia.

Yang benar,
Proud Mummy.

.

T________________________________T
(Jenuhlah tenyeh walker, tenyeh Cookie Monster, tenyeh Big Bird dari gejala pisang)

Foto & Petikan Random

Posted by chika under Nur Medina

I

.

Tadi pagi-pagi Baby Suhayb datang melawat Baby Medina. Bagaimanakah ia kedengaran? Kedengaran tampan sekali ; Umpama Suhayb datang sendiri ketuk pintu dan mengajak Medina bermain bersama. Never mind. Anisah came this morning. Sengaja nak catch up stories and sharing our motherhood stories lah, macam biasa. Gosip adalah out of order. Tidak gemarlah. Sekarang ini saya suka topik anak. Topik siapa menang AJL is none of my business.

Nanna Zainah berpesan ; Jauhi orang yang berkata tentang orang lain. Kalau tidak dapat jauhi, mesti simpan rasa benci kepada apa yang mereka lakukan dan bisikkan dalam hati, kita tidak akur akannya #tetiba.

Anisah boleh dikatakan antara rakan baik saya di Brisbane ini. Sebab kami bertemu semasa sama-sama membawa baby bump.  Dan selalu dapat duduk atas kerusi semasa usrah sebab orang lain kasihan dengan ibu hamil. Kemudiannya sama-sama melahirkan bayi dan tak habis-habis nak cerita benda-benda bayi. Sampaikan masa pergi open house pon mesti akhirnya dua-dua sama terkandas dalam bilik tak dapat menjamu selera sebab kedua-dua bayi (rujuk foto di bawah) asyik demand susu.


Medina & Suhayb

Begitu comel. Main sama-sama. Kongsi butterfly. Kongsi buku. Dan kongsi Jumperoo. Tak ada hal. Harap apabila Medina dewasa kelak dan mengerti erti cemburu sekalipon, dia tetap menjadi seorang yang tidak kedekut dan mahu berkongsi. Jangan nanti bila jumpa Suhayb, Suhayb nak pinjam laptop nak check Facebook pon tak nak bagi. HAHAHAHA comel gila ah nanti ada Facebook sendiri.

Bukan saja main bersama, malah telah terlena bersama semasa disusukan oleh Mummy masing-masing. Maka Mommies boleh berbual panjang-panjang.

InsyaAllah, minggu hadapan kami akan berpindah ke Lismore. Tidak dapat hang out lagi. Tidak dapat jumpa semasa usrah lagi. Tidak dapat berjumpa dan buka nursing room semasa orang ajak datang makan dekat rumah mereka lagi T______T Oh sedihnya.

Tapi tak apa.

They HAVE TO come to Lismore to visit us.

.

II

.

The other bestfriend of mine in Brisbane is Hidayatul Aini. Oh sedih juga. Aini pulang ke Terengganu pada February ini. Tidak dapatlah kami berjumpa dan berkongsi motherhood experiences lagi. Lama tidak jumpa Maryam. Kalau boleh teringin beri peluang Medina dan Maryam bermain sama-sama.

InsyaAllah, jumpa di Malaysia nanti.

.

III

.

IKEA adalah sweet talker seperti kebanyakkan lelaki lembut lidah juga #tetiba.

Dear IKEA. Please forgive my family and I

Heh.
Surat comel.
Pandai madah.
Really made my day.

.

IV

.

Rumah meskipun tidak affected dengan bencana banjir terpaling teruk in Queensland, namun ia ada iras dan mirip-mirip kepada rumah-rumah mangsa kejadian.

Sampaikan kami tidak tahu mana ruang untuk berpijak lagi. Barangan dan perkakas bergelimpangan di sana-sini. Dari muka pintu sampai ke muka pengadilan (?) OKAY jangan mulakan merepek. Tapi syukur, progress sudah nampak. Tekad pon sudah ada untuk berpindah pada hari Isnin minggu hadapan (dengan izin Allah) Raise our hands and make du’a, like The Prophet taught us #tetiba. Doakanlah kami tidak karam dalam timbunan barang. Doakan kami dapat menyempurnakan ibadah pindah ini.

Aik, apsal pulak ibadah?

Sebab berpindah untuk mencari rezeki di bumi Allah yang lainnya.

.

V

.

Ada kedai makan cina yang HALAL tanpa ragu-ragu di Sunnybank Hill.
Ku suka.

.

VI

.
Buku cakap, walker doesn’t help your baby to walk. Walker is not safe. Walker can cause spine damage  to your baby et cetera. Begitu banyak sabit kesalahan ke atas walker, kesian dia. Mulanya, kami pon berasa eiii eiii takutnya! Tak mahu bagilah Medina walker. Namun, masa mengubah segalanya …

Nah, terimalah!

Setelah beberapa desas-desus pula mengatakan, tak betullah itu semua! Antara kata-kata yang kedengaran ; Walker membantu bayi saya berjalan cepat. Walker adalah selamat asalkan jangan pergi main game cafe world dekat facebook dan tinggalkan anak bawa diri dalam walker mengelilingi rumah dan ke kawasan kejiranan (exaggeration). Dan walker tidaklah seteruk itu akan memusnahkan spine bayi kamu. Dan sebagainya.

We give Medina a try.

Sebab Medina sudah boleh berdiri kuat. Kaki dia sudah kuat. Walker tidak akan berjaya menjadikan dia lemah sebab dah terlambat. Medina tidak ghairah pon dengan walker tersebut. Atau dalam kata lain, tak berapa nak suka. Jadi kalau dibagi masuk walker, dia terus berdiri tegak dan stay static. Tak mahu gerak. Sebab tak tahu bahawa walker tersebut boleh membawa dia mengembara dunia.

Selebihnya. Alah, setakat bagi sikit-sikit supaya bayi berasa fun dan dapat merasa benda baru apa salahnya. Dia pon tak mahu layan walker dia berjam-jam. Paling lama, 10 minit. Pastu dia teriaklah kuat-kuat. Dia prefer berdiri papah benda. Seperti cot, container, tangan Daddy. Lepastu buat aksi stunt. Berdiri lepas tangan dan ketawa bila dah nak terjatuh. Lekas-lekas capai palang. Memang kau pandai menduga kesihatan jantung emak kau!

Namun. Saya agak sedih sebab anak tidak suka pemberian tersebut T____T

.

VII

.

Video ini membuktikan bagaimakah terujanya bayi saya apabila dapat berdiri sendiri dan berasa diri tinggi dari orang lain. Macam nak ditawannya dunia ini. Perasaan yang hanya dia yang tahu.

Shake Hands

Posted by chika under Nur Medina

Seperti lebah

Posted by chika under Uncategorized

… packing.


… nasib baik Princess yang bossy telah tidur juga. Itupon selepas puas hati dapat lanyak purse Mummy.


- Posted using BlogPress from Nurulism’s iPhone

Location:Arkose St,Eight Mile Plains,Australia

Medina Went Swimming

Posted by chika under Nur Medina

Perasaan tidak sehat yang menguji segala-galanya. Ahhh, banyak kerja untuk dikerjakan. Ada 2 insan perlu dijaga. Tapi sekarang, saya pula yang dijaga. Cuaca tidak berapa elok. Masih hujan. Semoga mangsa banjir di Queensland mendapat bantuan dari Allah SWT. Kasihan mereka.

Kami tidak apa-apa. Jangan bimbang. Kawasan kami tidak terlibat sama. Syukur. Cuma cuaca memang tidak berapa elok. Ribut, hujan lebat, dan hail storm tempoh hari merosakkan banyak kenderaan. Sampai kedai kereta pon kena buat SALE kereta yang rosak akibat hail storm. Nasib baik dia tak kata nak let go half price kalau tak … *tiup rambut

Namun.

Cuaca bukanlah jahat. Cuma kadang-kala, cuaca perlu berubah. Sama ada memberi rahmat, atau boleh jadi juga untuk menduga manusia. Hari yang mendung tidaklah menjanjikan hari esok yang renyai-renyai. Boleh jadi, hari esoknya sangat terik dan bercahaya ria.

Pada hari yang bercahaya cantik Isnin lalu, kami membawa bayi kami berenang-renang di swimming pool kompleks kediaman kami. Inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke swimming pool tersebut. Mungkin juga, akan menjadi kali yang terakhir. Sebab kami kan dah nak meninggalkan Queensland ini. Nak jadi penduduk New South Wales pula blurp blurp.

Tengok gambar. Saya tak banyak kudrat nak menceceh.

IMG_0912

Pakai bikini.

Main air dalam cuaca panas memang mengasyikkan. Tapi yang kurang asyik, apabila anak perempuan saya yang tan itu, bertambah-tambah tan. Dalam kata lain, sambil swimming dia tanning.

IMG_0914

Lidah semedang begitu sebab by any chances, dia nak jilat air kolam tu. Hish, nanak nanak!

IMG_0917 IMG_0922

Bila air terpercik, atau apabila muka dia dah dekat dengan air, dia akan cuba nak minum air tu.
Daddy pula sedang tidur senyum senyum dalam kolam HAHAHA Acah je.

IMG_0924

Goggle? I don’t need one, Mummy.
This is heavier than headband.
I can’t handle.

IMG_0925

IMG_0926

Oh sukanya saya!

IMG_0931

Tengok lah tengok lah.
Saya seperti berenang sendiri.

Betullah. Nature baby memang boleh berenang secara semulajadi. Bila masuk saja dalam air, automatik kaki dengan tangan dia akan bergerak secara macam real. Macam terlatih untuk berenang. Kalau macam ini punya gaya, Mummy tidak teragak-agak untuk bawa Medina ke swimming school di Lismore nanti.

IMG_0935

Dia betul-betul boleh move forward bila dia tolak air dengan kaki dia. Memang betul kuat dia tolak air, tahu!

IMG_0940

Foto random : Kompleks kediaman kami pada suatu pagi.

IMG_0941

Keluarga.

IMG_0942 IMG_0943 Medina sangat suka air. Terjerit-jerit excited. Tak mahu diam pula. Asyik demand supaya kami berenangkan dia.

Tak sangka ramai jiran tetangga turun ke pool pagi itu. Dapatlah bersosial. Jiran sebelah rumah pon datang juga membawa bayi mereka. Oh, beginilah caranya mereka di kompleks ini bersosial ; di kolam renang membawa anak-anak.

Saya ada merakam kenangan indah ini. Sumpah gembira hati ini melihat anak excited masuk swimming pool. Ini kali pertama Medina ke pool. Sebelum ini ke beach. Dah dia masih kecil. Muka dia masa itu tiada perasaan. Tapi kali ini, sangat menggembirakan.

Pulang dari berenang-renang, dia terus dimandikan. Dan tertidur keletihan sampai berjam-jam lamanya.

IMG_0958

Kami suami isteri pon seiya sekata juga. Dua-dua jadi lembik akibat bermain air.

Runsing, Pusing dan Apa-Apa-Lah

Posted by chika under Uncategorized

Runsinglah.

Satu hari memang tak boleh dikira dengan jari dah berapa kerap saya turun naik restart modem. Berdoa moga-moga modem tersebut tidak akhirnya mati berkecai di tangan … yours truly (sempat lagi nak cakap yours truly padahal tengah high blood pressure)

Kepala pusing. Tak, bukan macam gasing. Tapi macam kena lesing.

Rumah tidak seperti rumah lagi. Lebih menyerupai sebuah istana. Istana Takeshi maksud saya. Ye lah. Yang itulah. Gelanggang orang Jepun main benda messy. Macam itulah dia punya rupa. Sangat huru hara rasa tak mahu duduk rumah. Nak duduk mall saja. Memang pandai ambik kesempatan. Tapi mana ada kesempatan. Suami sebuk bekerja.

Medina punya lasak, memang boleh tahan menggoncang rumah. Laptop saya punya huruf ‘V’ dah selamat kena kopek. Semasa kami seronok menonton You Again, entah berapa banyak kali kena attack dengan tangan kecil tersebut. Habis gambar jadi tunggung langgang dan out of scale. Memang struggle.

Sedang cuba upload video. Asyik gagal. Mungkin kerana high def. Padahal selama ini upload terus dari iPhone sangat steady. Kali ini upload dari laptop, sangat sedih. Cubaan gagal secara berturut-turut. Bukan saja buat saya berasa putus harapan, malah berasa putus kesabaran. Bila keadaan ini terjadi, hati pon sedang boiled. Tak pasal-pasal lelaki yang bermain application menjengkelkan dekat Facebook, kena remove. Itulah. Asyik tag aku saja kerja dia. Dahlah aku tak suka dalam album aku ada benda bukan-bukan.

Alang-alang tengah naik darah ini, orang yang pergi copy entry aku pon aku rasa ada mood nak pergi attack dia. Padahal selama ini aku dah tekad, malas nak peduli. Dah kau admire sangat ayat aku, ambiklah! Sekurang-kurangnya dia tak mengata aku. Apa ada hal. OK lah memang dah tekad tak nak pergi ganggu orang yang suka mencuri entry aku tu. Kali ini aku bagi chance. Tapi lain kali aku tak jamin. Sebab kalau aku tetiba ada mood nak gaduh, nanti susah. Eh kejaplah. Baik aku bagi nasihat manis-manis. Siapa terasa macam ada tercuri madah-madah dari blog ni, baik jangan buat begitu lagi. Sebab kadang-kadang kita sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Harap faham.

Eh aku pulak. Tak sukalah cakap aku aku.

Saya penatlah.

Sekarang saya suka tidur dengan menonton sahaja. Makan pon suka juga sebab ada orang masakkan. Hari-hari lauk sedap. Delivery service sampai ke depan pintu. Harap dengan ini, boleh gemuk.

Eh sebenarnya saya tak adalah marah sangat. Cuma tadi berasa kecewa dengan prestasi internet.

//

Movie tak rugi tengok #tetiba

  • Megamind.
  • Buried.
  • Easy A.
  • You Again.
  • Devil.

Movie rugi tengok (padahal belum tengok, tapi dah teka memang rugi)

  • Aku Bukan Dara