Kita boleh nikmati perkara-perkara separuh jiwa juga.
Penat saya seolah-olah tak ada kesudahan (Padahal sebenarnya ada, tapi pabila sedang tidak penat sering alpa dan terlalu menikmati) Energy seolah-olah tiada. Hanya menghabiskan waktu menonton tennis. Lalu emosi. Curling up, reading novel. Lalu emosi. Bermain, berpeluk, bercium dan bergaduh dengan anak. Lalu emosi.
Lalu emosi.
Lalu emosi.
Lalu emosi.
Emosi, tumpang lalu.
Dalam pada menerima sesuatu dan seronok menikmati, kadang-kala perasaan hilang dan rindu jadi pemotong. Potong nikmat. Tidak nampak apa sengsaranya hidup di country side. Tenang, malah. Tapi rasa rindu pada bandar besar Brisbane, latenight shopping every Thursday in Westfield, good restaurant, dan tempat-tempat riadah dan pemandangan moden adalah jiwa saya. Country house, country side, country society dan Target Country ( OH MY GRRRR TARGET JUGA DI-COUNTRY KAN) adalah tiada dalam jiwa saya (rupanya).
Tapi jangan bimbanglah. I can adapt. Sungguhpon akan sering keluh kesah. Tapi tak akan depresi di sini. After all, it really is OK. Kadang-kadang tak perlu ada sepenuh jiwa untuk menjiwai sesuatu.
Aku hafal lagu-lagu Britney Spears. Walhal jiwa aku tak ada pada Britney Spears. pon Nampak tidak? Kita boleh nikmati perkara-perkara separuh jiwa juga. Bimbang apa? (aku cuba bagi contoh tapi contoh tersebut seperti tak berapa nak kena)
Lismore mengamalkan sistem summer time. Lalu aku sedang rugi satu jam. Urght.
Jadi aku harus masuk tidur. Sebab esok aku akan memulakan hidup satu jam lebih awal dari biasa (rujuk waktu Brisbane) Oh aku hanyalah mahu tidur yang panjang. Sebab aku tak cukup energy. Nak dukung anak pon, struggle.
Selamat malam.




January 29th, 2011 at 10:48 pm
semoga dapat adapt, insyaAllah.
anyway, boleh la try dgr taylor swift, dia kan country, hehehe….
chika Reply:
January 29th, 2011 at 10:57 pm
Dia country? Terima kasih sebab bagitahu. At least ada sikit besar hati untuk jadi Miss Country Side. HAHA
January 30th, 2011 at 12:18 am
kita sama nampaknya. takde jiwa terhadap countryside. tapi kena juga sesuaikan diri kan. gudluck sis & family :D
January 30th, 2011 at 3:01 pm
chika, lismore ni kira cam dok kampung ke? aman-damai jek… ok lah tu… you just need time to adjust…good luck dear…
January 31st, 2011 at 12:24 pm
bertungkus-lumus betul kak chika sekarang dengan environment baru.. pape pon moga semua nya getting better ok…
February 2nd, 2011 at 2:38 pm
Lama2 ngam la tu chika..dulu I pun camtu gak..
bosan abis dah kat sini..
nak cari kemodenan sikit kena drive for at least 2 hours..
It must be a new experience for you ;)
February 7th, 2011 at 11:45 am
tgn ibu yg hayun buai leh goncang dunia.tgn yg dukung anak..mesti lagi boleh buat mcm2.kamu mesti kuat jgk ;)