Ramai Kecundang Tidak Dapat Lihat Orang Berbaju Mandi
Apa macam tajuk saya kali ini?
Apa kau ingat, kau saja tahu bagi tajuk murahan demi traffic murahan?
Saya juga boleh.
Maaf bergurau kasar. Sebenarnya ramai mendesak ; Chika kau pergila upload balik video kau kat mana-mana yang dah kena kacau dengan SONY tu. Aku nak tengok tak boleh. Dan semalam, ibubapa komplen. Mereka kata apsal video cucu mereka berenang sudah tak dapat ditengok berkali-kali? Jangan kata berkali-kali, satu kali pon takda boleh lagi. Mereka kedengaran kecewa.
Lantaran itu, saya pon berusaha sikit pagi ini. Pergi bina account baru bersama VEOH. Aku cakap VEOH lah, bukan David Teoh. Itulah YouTube kerek sangat. Dengan usaha yang tak berapa banyak, saya upload video tersebut menerusi VEOH. Harap dapatlah anda yang teringin menonton, menontonnya.
Watch Medina Went Swimming in People & Blogs | View More Free Videos Online at Veoh.com
Tapi setelah upload di VEOH, kualiti video sangat teruk. Sepatutnya dia HD T____T Tapi tak apalah. Biar teruk daripada tak ada. Umpama ada kereta buruk. Daripada tak ada kereta langsung? #tetiba
Walaupon dikatakan sebagai usaha yang sikit, 30 minit jugaklah saya mentunggu video tersebut dimuatnaik angkara prestasi internet tempatan yang sangat miskin ketika ini. Demi kamu semua, kusanggup. Bukankah aku ini sangat caring? HAHAHATAKBOLEHBLAH.
Siapa tak faham hujung pangkal cerita, pergilah mendapatkan kefahaman dari cerita ini.




January 19th, 2011 at 1:32 pm
chika, nape xtry vimeo? it just like veoh juga, tapi more quality la. sgt high quality n yet free signup! ^_^ thats what people want,rite ? ;-)btw, medina is so b0lat, but really cute. Love her big big eyes!!
chika Reply:
January 19th, 2011 at 1:43 pm
Oh iye ke? Tak pernah tahu dan tak pernah dengar. Ok nanti akan cuba ke sana pula sebab tal gemar kualiti video ni :)
nadia Reply:
January 19th, 2011 at 3:03 pm
yes! vimeo is much much more quality then veoh. u should try!
chika Reply:
January 19th, 2011 at 6:06 pm
Apa ni apsal I tak tahu vimeo??
Outdated betul aku.
HAHA
January 19th, 2011 at 2:12 pm
hehehe.nasib baik sempat tgk video ni.kih3
January 19th, 2011 at 2:52 pm
comeynye medina….dia mcm nk kunyah2 air tu….heeheheh
January 19th, 2011 at 3:59 pm
okay baru nak suruh u try guna vimeo hehee.
“Apa macam tajuk saya kali ini?
Apa kau ingat, kau saja tahu bagi tajuk murahan demi traffic murahan?”
LOLOLOL!
January 19th, 2011 at 4:55 pm
melihatkan medina yang comel bermata bolat membuatkan saya semakin tidak sabar untuk mendapatkan baby girl secomel medina.
saya mula mengikuti blog ini setelah diperkenalkan oleh Ini Perempuan Jujur..
January 21st, 2011 at 12:29 am
Salam.. At last dapat juga tengok aksi Medina belajar swimming.. Happynya dia.. Boleh ganti Nurul Huda lepas ni.. hehe
January 21st, 2011 at 4:07 am
wah comelnya.. semua org impikan anak yang comel…
Mari tengok Kedudukan Kelajuan Internet Dunia dan Malaysia
January 22nd, 2011 at 10:54 am
orang putih slalu main baling2 anak die kat air..akak berani buat? hehe
January 24th, 2011 at 12:34 am
Medina so sweet. =)