Oh, Lelaki Idaman!
Everytime naik kereta, akan dimulakan dengan teriakan Medina yang marah diletakkan ke dalam baby car seat. Penawarnya ada dua sahaja.
Satu ; Nasib.
Dua ; Lagu.
Yang lagu itu adalah yang sering dilakukan. Sebab nasib tak selalu menyebelahi manusia. Kadang-kadang nasib kita baik, kadang-kadang tak baik. Jadi tak boleh bergantung kepada nasib semata-mata.
Tidaklah. Bukan kena dihiburkan dengan lagu-lagu menerusi ipod atau radio. Yang itu tak akan jalan. Tapi lagu-lagu yang dinyanyikan oleh … *clearing throat* … saya.
Memang big bully T________________________T
Lagi mendorong gejala ini, Daddy dia pon sekali naik. Naik saja kereta, tatkala anak dia mula merengek, dia pon akan bagi arahan ; Yang nyanyi Yang.
Nyanyilah saya pon kan. Just like this *petik jari* semuanya insyaAllah settle! Medina terus behave. Terus humming sama-sama. Dan terus mamai nak terlentuk tidur.
Begitu sekali?
Ya, begitu sekali.
Lagu apa, lagu apa kau nyanyi ha?
Biasanya ialah lagu Halimahtus Saadiah. Sampai saya naik fed up dah dengan lagu tersebut.
Tiba-tiba …
“Yang, you nyanyi sedaplah. I suka dengar. I rasa I lagi suka dengar you nyanyi dari Siti Nurhaliza nyanyi,”
Saya adalah terkesima. Lantas tidak tahu apakah harus ku respon.
“Err you pernah dengar ke Siti Nurhaliza nyanyi?,”
“HAHAHAHAHA Tak pernah pon!,”
.
.
.
Terus muka aku menjadi panjang. Tapi tak apa, yang penting ada inisiatif untuk puji *menangis hati ini*
Alahai, suami!




January 19th, 2011 at 7:09 am
suara chika suara emas tu.
mesti sedap coz Medina suka n Mr Husband pun puji kan.
hihi :)
January 19th, 2011 at 7:32 am
chika, xde video u mendendangkan lagu ke? hahaha. upload laa
January 19th, 2011 at 8:14 am
nnt leh upload mummy medina nyanyi..wiiiiii~
January 19th, 2011 at 8:43 am
Ohh… lelaki~
Igtkan chika nyanyi lagu lelaki idaman kat medina tadi. hihi.
January 19th, 2011 at 9:35 am
hahaha… so sweet..
January 19th, 2011 at 9:46 am
suke cdgn meng’upload’ vid mummy nyanyi.. leh compare ngan siti ;p
go mummy go!
January 19th, 2011 at 9:54 am
wahhhh syahdu sgt tu……i wish nnt future husband i pun rajin puji i…slalu kalau bf puji pun ahkak dah kembang semangkuk…ahaha
January 19th, 2011 at 10:13 am
ada bakat menyanyi rupenye awak ni. takpe-takpe, asalkan suami puji, lainkali bleh improve lagi.
January 19th, 2011 at 11:35 am
salam, sila layari http://www.freemalaysiakini.com ianya percuma…..sebarkan kepada pembaca blog anda …sama-sama kita jayakan kempen berita percuma bagi pengguna internet Malaysia
January 20th, 2011 at 9:08 am
salam.comel nyek nyanyi n den baby medina trus diam :)
k.chika,tmpg tanye,how do u make a certain post private,as in stengah org yg kite choose bleh bukak and read it?