Tidur Bersama Pisang.
Kita mulakan.
Sedikit pisang dipatahkan dan dimasukkan ke dalam Munchkin Fresh Feeder. Supaya dia diam tak membuli kami. Supaya kami dapat melakukan kerja mempecah-belah rumah. Supaya dia kenyang juga. Pisang. Memanglah sedap. Sengaja ajar anak makan pisang selalu-selalu. Supaya dah besar pon suka makan pisang. Macam Nek Ma dia. Suka pisang.
Lama-lama, dia pon mula teriak. Mungkin angkara rasa teraniaya. Macam kena rasuah dengan pisang dan ibubapa buat kerja sendiri. Dia pon menangis. Tapi kami takda peduli sangat. Sebab setakat menangis ringan-ringan, terlalu busy untuk dilayan. Tetiba …

Aik? Senyap.

Kasihan bayi ini tertidur akhirnya depan Big Bird dan Cookie Monster.

Lebih kasihan, tertidur sambil nyonyot pisang.

… dan comot.
Apakah perasaan kamu kalau tengok-tengok anak tertidur peluk pisang?
Bukankah sayu?
Tapi kelakar.

Medina … Medina …
Pisang tersebut bukan dimakannya seorang. Anak saya sangat pemurah dan suka berkongsi. Walker pon dapat merasa pisang dia. Dalam mulut Cookie Monster pon ada pisang juga. Kat badan Big Bird pon ada pisang juga.
Terima kasihlah, anak. Berkongsi tu amalan mulia.
Yang benar,
Proud Mummy.
.
T________________________________T
(Jenuhlah tenyeh walker, tenyeh Cookie Monster, tenyeh Big Bird dari gejala pisang)




January 18th, 2011 at 12:20 pm
senangnye dia tertidur. bertuah lah kalau anak ai boleh tertidur mcm tu.
January 18th, 2011 at 12:21 pm
ahhh…comelnyeee entry nie…..
kecian medina..
tp comell….:)
January 18th, 2011 at 12:26 pm
hahahaha!!!mesti bosan sangat..tidur dulu la..nnt dah bangun…makan balik pisang tu.hehehe
January 18th, 2011 at 12:27 pm
medina..medina..
sedapnye kalau dapat pegang..haihh..
January 18th, 2011 at 12:28 pm
hehe…comelnye gaya tido medina.
pandai berkongsi yer, lepas nie jgn lupa medina share dgn mr.lantai plak yer, biar mummy kena buat keje lebih…hehe
January 18th, 2011 at 12:28 pm
hahaha..comel..comel….mirza pulak penah tido dalam buaian duduk dier….
January 18th, 2011 at 12:29 pm
alahai comelnya!!!!!! hahaha.. mesti ngantuk sgt.. or too bored
January 18th, 2011 at 12:32 pm
comel amat… tapi memang tak tahan nak gelak.. punyalah sedih tak dipedulikan sampai tertidur sendiri hik hik.. medina medina :)
January 18th, 2011 at 12:34 pm
kah3…comelnya medina..aah kesian pluss klakar tgok dy tertido smbil mkn pisang..
January 18th, 2011 at 12:39 pm
HAHAHAHAHAAHHAHHAAHAHAH
January 18th, 2011 at 12:54 pm
haha. kasihan sungguh tertido dlm walker dgn pisang. nasib baik comel~
January 18th, 2011 at 1:15 pm
alolooooo comelnyaaaa….dlm merengek2 nak meragam bleh tertido? sambil nyonyot pisang pula tu. sooo cute la medina ni :’) mummy nye pon, smpat snap pic. jgn buli medina tau..ngeehehee :D
January 18th, 2011 at 1:36 pm
hahaha..comel gila medina..boleh pulak tiba2 senyap n then rupanye tertido dgn pisang2 sekali..
January 18th, 2011 at 2:01 pm
hihihi…macam redha. dalam walker pun dalam walker lah..
sian medina ye…
January 18th, 2011 at 2:29 pm
hahahahhaha..entry paling kelakar pernah baca kat sini. selama ni silent reader je. tu salah 1 cara tunjuk perasaan medina kat mummy dia. sapa suruh x layan dia hahaha :P
January 18th, 2011 at 5:57 pm
ololol ciannya medina….
muka comot tapi comel.. geramnya tgk
January 19th, 2011 at 8:03 pm
hi mummy chika…
saya tiap2 hari buka blog akak sebab nk baca akak update pasal medina. memang geram sgt dekat dia.
medina,
kenapa comel sgt2222?????
January 21st, 2011 at 12:35 am
Aiks.. tetiba dah pengsan ketiduran.. hehe
January 25th, 2011 at 1:14 pm
kelakarnya…gelak sorg2 dah ni
sooo suwitt
January 31st, 2011 at 12:26 pm
salam nurul. first time komen sini.
lucu amat.. hehe. so cute. my son pun amat bercahaya muka bila nampak pisang. ada satu hari tu, dia makan sebiji pisang, i offer lagi satu, dia hayun tangan tanda “NO-NO!” haha. kenyang sangat la tu kot. tp mmg kalo bb makan pisang, diorang akan kenyang lama kan? so cute medina… :)