Medina Ballerina Met Dorothy The Dinosaur

29/12/2011
Dreamworld, Gold Coast.

IMG_2647

Kalau kamu nak kata ; Baiknya Medina dudukĀ  dalam carseat! Tak nangis pon. Kalau anak saya, dah meronta-ronta. Kalaulah anak saya macam Medina, alangkah bertuahnya — Tak payahlah susah-susah puji sedemikian rupa. Sebab hakikatnya bukan seindah yang kamu nampak dalam foto di atas. HAHA.

Di Australia, carseat adalah wajip. Kalau tak dengar kata, padah. Antara yang saya tahu tentang undang-undang Child Restraints di Australia untuk dikongsi adalah :

  • Kanak-kanak bawah 6 bulan, mesti guna car seat untuk bayi kecil. Yang dipasang dengan betul (kena bawa ke pusat tertentu untuk check sama ada kamu pasang betul atau tak. Kalau pasang tak betul dan tak pergi perbetulkan diri, boleh membawa kepada saman) Mesti fastened dan menghadap ke belakang bagi bayi kecil.
  • Kanak-kanak bawah 7 tahun, mesti duduk atas booster seat. Tak boleh suka-suki berdiri melompat mahupon keluar tangan kaki dan kepala kat cermin.
  • Antara usia 6 bulan hingga 4 tahun barulah boleh guna baby car seat yang menghadap ke depan.
  • Kedegilan boleh dikenakan denda $300 (kalau tak letak kat car seat) dan another $300 (kalau salah pasang car seat) dan another $300 (kalau letak car seat kat seat depan. Ha kau. Memang patah hati kalau disaman macam ni punya banyak.
  • Baby capsule boleh sewa dari Queensland Ambulance (like we did. Dah pulangkan pon)

Maka. Ini akan menghasilkan pula …

  • Kereta yang semakin sempit kalau anak ada 2. HAHA. 2 orang anak dah cukup untuk mensempitkan kereta. Sebab dua-dua akan memerlukan car seat (atau booster seat) Kalau ada 2 kereta, bukankah 2 kali ganda pula bilangan car seat kau kena beli? Itu baru cerita KALAU 2 anak. Kalau ada 4 orang anak ? ; 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun, dan 6 bulan? Fuuu fuuuu *padam padam padam awan imaginasi*
  • Baby memang secara keseluruhannya mana suka car seat. Dahlah tak kena pangku. Kena duduk sendiri. Kena fastened. Anak menjerit menggigil sepanjang jalan dah jadi perkara biasa kat telinga saya ketika travel. Hati memang pedih. Tapi kena pekakkan telinga. Alhamdulillah, sekarang ni Medina taklah teruk macam dulu sangat. Masih teruk. Tapi lama-lama dia boleh settle diri.

Beberapa bulan lepas, terbaca news. Bapa kena penjara dan didenda kerana anak lumpuh. Anak dia lumpuh semasa kemalangan. Dan dia tak restrain anak dia T___________________T Begitu ketat undang-undang ini. Bagus memang bagus. Tapi kadang-kadang haku pon stress bila anak melalak sepanjang jalan dan tak boleh angkat. Pada waktu tersebut, memang dapatkan sepatah dua kata kesat kat government. HAHA.

OK.

Memandangkan dah terbanyak tulis tentang baby car seat, saya akan mencatu tulisan pada cerita yang sepatutnya ini. HAHA.

Hai semua. Hujung bulan lalu, kami bawa Medina ke Dreamworld. Sebab lain, ada show baru nak kena tengok. Sebab lain lagi, sengaja nak kena pergi sebelum pindah. Sebab yang lagi lain, saya dan suami nak makan buffet kat Billabong. Memang ah. Setiap kali datang Dreamworld, sebenarnya sebab nak makan saja.

IMG_2648

Hari tersebut adalah public holiday dan cuti sekolah. Ha, merasalah engkau berpusu-pusu dan melihat barisan panjang nak beli tiket.

IMG_2649

Fenomena yang biasa terjadi pada setiap musim cuti dan pada setiap musim panas. Pitam kepala rasa. Tapi syukur kami tak perlu melaluinya. Kami ada VIP card boleh akses laju-laju ikut VIP akses. Kalau ditakdirkan kena beratur macam ini, sumpah aku ajak suami pergi Harbour Town terus. KAH KAH KAH. Harbour Town aje kau tahu ye.

Kami datang nak tengok show baru. Bukan nak main apa-apa. Sebab dah puas main. Dan dah puas beratur tunggu turn nak main. Tak sanggup lagi dah. Antara show baru dia ; Dorothy The Dinosaur Show.

WE LOVE DOROTHY!

IMG_2651

Sebelum show, ternampak Henry The Octopus.

Oh dulu sangat tak suka bila masuk The Wiggles World. Pitam kepala dengan lagu dia. Sekarang, situlah tempat kami melepak hiburkan anak. Baru padan muka kitorang. HAHA.

Semasa Dorothy The Dinosaur show :

IMG_2656

Medina joget.
Tapi mata sebuk perhati budak-budak lain.
Bukannya dia focus kat stage.

IMG_2663 IMG_2666

Dan juga sebuk perhati makcik depan dia.

IMG_2669

Budak-budak besar ni kalau dibagi merayap bebas, memang suka.

IMG_2675

Emak dia pon suka juga. Tapi suka nak beli playhouse macam itu.
Harap apabila Medina besar sikit kelak dan boleh mengerti, dapat memiliki sebuah playhouse.
Dan kita akan sama-sama riadah dalam playhouse itu sementara tunggu Daddy pulang.
Bestnya!

Demanding note : Nak playhouse yang boleh muatkan kita satu keluarga.
OK kalau camtu baik main dalam rumah sendiri je terus takyah playhouse. HAHA

IMG_2677

Dua insan yang selalu kutuk The Wiggles.
Sekarang, The Wiggles jugaklah dua muka ini kena hadap.
Boo ya!

Mummy dengan Daddy dah gembirakan Medina dengan melayan The Wiggles. Sekarang turn kami pula nak bergembira. Medina tolong bagi kerjasama (dalam kata lain, tidur adalah yang sebaik-baiknya) LOL

IMG_2678

Terima kasih, darling.

IMG_2679 IMG_2681

Dapat makan. Suka tak terperi.

Namun.

IMG_2680

Tak lama itu, Medina pon bangun dan terus buli kami. Dia suruh dukung dia. Pastu dia meragam nak capai mangkuk. Dia lesing mangkuk tu ke bawah. Buat macam rumah sendiri. Nasib baik restoren tu berkarpet. Kalau tak, gantilah aku mangkuk pecah tu. Akhirnya kami bagi dia carrot. Gembira bukan kepalang.

Iyalah. Dia tengok bayi depan dia makan macam-macam. Bayi tersebut berciri ALL YOU CAN EAT suami saya kata. Segala macam makanan ibubapa dia bagi makan. Naik risau kami tengok. Tapi dah anak dia, dia lagi tahulah. Yang saya tahu, anak saya tak makan macam-macam. Dia makan pisang saja dan tidur pon dengan pisang KAHKAHKAH. Tak lah. Tapi Medina makan setakat rasa-rasa saja. Kalau kata complete meal tu, memang tak ada lagi.

IMG_2683

Selain makan carrot, dia juga bermain dengan carrot, menjerit dekat telinga carrot, dan bercakap dengan carrot.

IMG_2684

Hanya mampu memperhati kelakuan anak.
Dan suami pula memperhati kelakuan isteri selera makan yang baik.

IMG_2687

Benda manis memang pujaan hatiku.
Kurang gula? Light light? Bukan taste saya.

IMG_2690

Kita lupakan carrot kejap ye. Kita vain dulu.
OK OK pasni sambung bercakap dengan carrot OK.

Kami juga pergi menyaksikan Aboriginal Show. Show baru. Kurang best. Mungkin sebab jiwa aborigional tak ada dalam diri kami. Maka tak faham sangat kenapa kena tengok show tersebut. Dan terus angkat kaki.Ada pulak The Wiggles show. Tengok sekejap dan minta diri sebab tak berapa gemar.

Suami nak mencuba Tower Of Terror II. Takyah terror sangat kalau nak mencuba. Sebab saya pon mampu cuba dulu. Jadi rasanya, memang takyah terror sangat. Sebab aku pon bukan terror tapi boleh pergi. HAHAHAHA. Tapi yang ini version baru.

IMG_2713

Saya pergi menunggu dengan Medina. Sampai Medina tertidur lama. Saya pon naik tersengguk menunggu tepi jalan. Suami pergi beratur. Punya lama beratur. Lama gila. Gila punya lama. Kalau lagi lama boleh jadi betul-betul gila. Tetiba suami pon muncul. Ingatkan dia dah selamat menunjuk terror. TAPI KASIHAN. Suami akhirnya tumpas. Tak tak bukan sebab tak terror. Tapi sebab tak sanggup dan nak beratur tunggu turn. Kasihan suami saya.

Lain kalilah kita cuba lagi.

Dan akhirnya kami menyaksikan MAGIC SHOW!

Magic Show dia sangat best. Siapa pergi Dreamworld, tengoklah magic show dia. Clever.

IMG_2702

Bila diangkat tinggi, dia pon bangga.

IMG_2703

Rasa nak tepuk bontot dia.

IMG_2704

Tengok show.

IMG_2709 IMG_2712Ijat punya komen ; HAHA akhirnya masuk jugak.

Itulah. Dulu kalau setiap kali lalu tempat ni, mesti saya nak jalan laju-laju. Sebab meriah sangat dengan lagu. Buat kepala pusing. Dan selalu geli hati tengok emak-emak naik cup ini dengan anak. Sekarang … HAHAHA. Fun indeed. Lagi fun sebab Medina excited menjerit sakan dan melompat girang. Dia tak tahu Mummy dia sedang pitam. HAHA.

Nak baw Medina ke Movieworld. Tapi macam suntuk masa. Mungkin nanti-nantilah selepas settle urusan pindah.

Recent Entries

15 Responses to “Medina Ballerina Met Dorothy The Dinosaur”

  1. puan capa Says:

    hehe.anak ku bukan sahaja makan carrot.dia baling carrot.dia amik balik.dia makan balik.dia baling, makan, baling, makan.sampai carrot tu lunyai.kesian carrot…hehehe

  2. silent reader nurulismdotcom tidakwajibbaca :P Says:

    impian saya: nak jadi medina kbai

  3. NANA Says:

    mummy nmpak makin cantek….

  4. Amyz Says:

    huhu. Kalau naik cawan pusing2 tu, akak memang boleh pening membawa kepada memuntahkan isi perut..

  5. pencintamedina Says:

    bilaaaaaaaaaaaaaa lah nak jadi penduduk tetap lismore kalau tak dah boleh kita lepak dalam cawan pusing tu sebab kakak pencinta medina tak akan pitam sebab kakak pencinta penggemar mainan pusing pusing cawan itu ktxbai

  6. aima Says:

    suka tgk kak chika layan medina… sooo sweet..

  7. cuya Says:

    medina ni, dah besar mesti bijak….mcm2 mak ayah dia exposekan…lucky her..

  8. hanandamia Says:

    comel medina!
    bc cerita nurul,mmg sama mcm anak akak.time kecik2 punya lah sengsara nk dok dlm carseat.srkg dh makin ok.cuma kalo travel jauh beberape hari,dia akan mengamuk tak nak duduk.
    akak pun br beli playhouse kat Bunnings minggu lepas.skrg ni dia mesti tarik akak masuk sama dlm tu.main2 dgn dia.nti medina pun mcm tu lah agaknya :)
    anyway,selamat berpindah.moga selamat semuanya ya!

    chika Reply:

    Murah tak playhouse dekat Bunnings?

    hanandamia Reply:

    2 minggu lepas ada sale.ada 99 dolar dan 109 dolar.cuba try tgk kalo ada lg.tp mmg laris.

  9. ain Says:

    medina semakin comellll ;) alhamdulillah ;)

  10. linda Says:

    sgt ske ble ‘yours truly’ update blog panjang2.lg ske ble cete psl lil girl with big eyes :)

  11. Nur Says:

    Beruntung Medina.. macam2 dah dia lalui walaupun masih kecil.. Good job Chika!

  12. iela Says:

    tarikh tu sangat membuatkan saya rasa ketinggalan zaman…ahahahahaha

    chika Reply:

    Ha ah laaaa! Takde sapa ke yang perasan sebelum ni? Haha

Leave a Reply