Archive for January, 2011

Jubah Is So Fashion, Fashionista!

Posted by chika under Advertorial

IKLAN INI BERBAYAR.
MELEKAT.
(Entry terbaru, scroll down please)

.

Sini, semua!

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin mencadangkan gaya baru dalam wardrobe kamu. Vintage clothing? Maxi dress? Skinny jeans? So yesterday. Because TODAY, apakan kata kalau kita revamp wardrobe kita dengan fashion yang lebih manis, tulus, mulus dan terurus.

Sudi tak kalau bagai ruang untuk JUBAH masuk dalam wardrobe kamu? Sudi tak sudi tak?

Apa, jubah? Ala, jubah tak cukup fashion lah. Jubah sangat plain lah. Jubah untuk orang berusia lah.

Hep, jangan berani berkata begitu selagi kamu belum mengenali ;

.


.

Saya sendiri suka jubah. Pemakaiannya sangat selesa. Panas? Tidaklah. Sungguh nyaman. Jadi kalau ada yang berperasaan ; Tidak panaskah gadis-gadis Arab ini berjubah ke sana ke mari? I don’t think so. Saya sering keluar ke mall dengan berjubah (kalau kamu tidak tahulah) Dan perasaannya adalah sangat selesa dan kekal bergaya.

HABIBI ONLINE punya jubah menjanjikan gaya kepada anda. Jangan nak komplen komplen cakap tak voguelah, tak remajalah, tak fashionista ke apa kalau berjubah. Biar saya tunjukkan kepada anda, kenapa jubah is so fashion.

Hey, fashionista! Pay attention please. Tak pe tak pe. Takyah salin nota. Baca saja dan semat dalam minda. Kemudiannya kita revamp wardrobe OK.

Jubah mereka terbahagi kepada tiga jenis.

  1. Jubah Casual.
  2. Jubah Cotton.
  3. Jubah Jeans.

Perbezaan-perbezaan ini membolehkan kamu memilih mengikut acara (macam nak pergi kerja boleh pakai yang casual. Nak pergi tidur boleh pakai jubah jeans OK acah je. Bergurau itu mesra) Atau ikut jenis fabrik kegemaran kamu. Senang cakap, macam-macam ada. Merambang sajalah mata kau.

Seperti biasa, saya akan pick beberapa contoh berdasarkan citarasa saya sendiri. Untuk jubah casual, saya minatlah yang seperti ini ;

Silver

Dare enough to be in silver? Berani menggayakan err… perak? (Perak?) Whatever you call it. Saya suka.

Tapi tapi tapi, jubah cotton pon menarik juga. I think because they are cotton, most preferably untuk digayakan. Dan tengoklah please, jubah ini sangat kontemporari. Bukan jubah biasa ^_^

Gulp. Tidakkah ini tempting?
Tidakkan?

Tapi kalau kamu pemalu pastu rasa macam tak mahulah nanti dipandang orang kerana lebih menyerlah dari taman bunga, you can always choose any other colors up to your liking.

Turqoise adalah sangat in pada masa ini.

Pink mestilah kena ada. Kalau tidak nanti, ramai gadis kecewa hentak kaki. Sangat manis.

Dan jenis jeans pula, contohnya adalah seperti di bawah ini.

Fabrik jeans ni sesuai dengan cuaca di Malaysia, jangan bimbang. InsyaAllah tidak kesal menggayakannya.

Sekarang masalah dia ialah saiz. Sebab sesetengah kedai sangat tak aci. Iaitu hanya mempedulikan saiz buat si langsing. Bagi Si Tak Berapa Langsing, susah. Tapi dengan HABIBI ONLINE, mereka menawarkan saiz bermula dari S hingga ke XXXL. Suka tak suka tak? Dah, sekarang jangan nak cakap rasa teraniaya ke apa sebab semua orang boleh memilikinya. Hee hee hee.

JubahHABIBI ONLINE pernah disiarkan dalam Majalah Anis, Muslimah, Mingguan Wanita dan  Berita Harian. Hoh? Begitu popular? Iya. Jadi sekiranya kamu memiliki koleksi HABIBI ONLINE dalam wardrobe kamu, kamu adalah popular secara tidak semena-mena juga. HAHA. Lalu boleh beritahu rakan ; Ini bukan jubah biasa-biasa. Tengok ini, pernah masuk Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Jubah Habibi semasa menaja rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Bukan itu saja. Pernah juga muncul menaja rancangan Fitrah Kasih dan Al Hidayah di TV3.

Dalam kata lain, more reasons to have their collection in your closet!

Sekarang, sudi tak kasi peluang kepada jubah-jubah kontemporari ini masuk ke dalam wardrobe kamu? I say, YES! Because they are so fashionable. Digayakan pula dengan tudung yang bersesuaian. Fashionista, I recommend this style.

Seperti biasa juga. Selain menyaksikan koleksi dan merambang mata, apa yang saya buat juga ialah melihat prestasi website. Pergilah bawa jari-jemari kamu klik ke HABIBI ONLINE dan tengoklah sendiri apa yang mereka tawarkan untuk anda. Website yang mudah navigate. Mudah membuat tempahan.

Saya minat nak jadi pengedar. Bolehkah? Boleh. Di SINI terdapat keterangan tentang apa yang diperlukan sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar. (Bukan macam edar risalah percuma rumah ke rumah, tahu!) OK gurau lagi. Eh saya tak [erlu cakap lebih banyak sebab apa cakap banyak pon tak akan menyebabkan jubah-jubah ini berjalan masuk ke dalam wardrobe anda. Klik HABIBI ONLINE , and grab them!

Sila ke blogspot mereka juga untuk tatapan lanjut di : http://habibi-kenali.blogspot.com/

.

HABIBI ONLINE

Kita boleh nikmati perkara-perkara separuh jiwa juga.

Posted by chika under Uncategorized

Penat saya seolah-olah tak ada kesudahan (Padahal sebenarnya ada, tapi pabila sedang tidak penat sering alpa dan terlalu menikmati) Energy seolah-olah tiada. Hanya menghabiskan waktu menonton tennis. Lalu emosi. Curling up, reading novel. Lalu emosi. Bermain, berpeluk, bercium dan bergaduh dengan anak. Lalu emosi.

Lalu emosi.

Lalu emosi.

Lalu emosi.

Emosi, tumpang lalu.

Dalam pada menerima sesuatu dan seronok menikmati, kadang-kala perasaan hilang dan rindu jadi pemotong. Potong nikmat. Tidak nampak apa sengsaranya hidup di country side. Tenang, malah. Tapi rasa rindu pada bandar besar Brisbane, latenight shopping every Thursday in Westfield, good restaurant, dan tempat-tempat riadah dan pemandangan moden adalah jiwa saya. Country house, country side, country society dan Target Country ( OH MY GRRRR TARGET JUGA DI-COUNTRY KAN) adalah tiada dalam jiwa saya (rupanya).

Tapi jangan bimbanglah. I can adapt. Sungguhpon akan sering keluh kesah. Tapi tak akan depresi di sini. After all, it really is OK. Kadang-kadang tak perlu ada sepenuh jiwa untuk menjiwai sesuatu.

Aku hafal lagu-lagu Britney Spears. Walhal jiwa aku tak ada pada Britney Spears. pon Nampak tidak? Kita boleh nikmati perkara-perkara separuh jiwa juga. Bimbang apa? (aku cuba bagi contoh tapi contoh tersebut seperti tak berapa nak kena)

Lismore mengamalkan sistem summer time. Lalu aku sedang rugi satu jam. Urght.

Jadi aku harus masuk tidur. Sebab esok aku akan memulakan hidup satu jam lebih awal dari biasa (rujuk waktu Brisbane) Oh aku hanyalah mahu tidur yang panjang. Sebab aku tak cukup energy. Nak dukung anak pon, struggle.

Selamat malam.

Hai, Lismore!

Posted by chika under Uncategorized

Selamat pagi.

Kami sudah selamat meninggalkan Brisbane best dan kini sedang memulakan hidup baru di Lismore (Less is More)

Wifi tiada. 3G ada. Tapi tak boleh lanyak sangat. Maka, internet terbabas eh bukan. Terbatas.

Buat keluarga, ketahuilah kami dalam keadaan selamat, sehat dan cermat. Cermat sebab datang tempat baru jadi langkah sangat cermatlah. Facetime tak boleh tau. Sebab wifi tak ada. Nanti kalau ada wifi ( manalah tahu kot kot nenek sebelah rumah berusia 98 tahun ini ada wifi dan tak kesah bagi share password) kita boleh facetime OK.

Medina suka country house :p


Foto : suasana pagi dari living hall.

- Posted using BlogPress from Nurulism’s iPhone

Location:Brewster St,Lismore,Australia

Ramai Kecundang Tidak Dapat Lihat Orang Berbaju Mandi

Posted by chika under life, Nur Medina

Apa macam tajuk saya kali ini?
Apa kau ingat, kau saja tahu bagi tajuk murahan demi traffic murahan?
Saya juga boleh.

Maaf bergurau kasar. Sebenarnya ramai mendesak ; Chika kau pergila upload balik video kau kat mana-mana yang dah kena kacau dengan SONY tu. Aku nak tengok tak boleh. Dan semalam, ibubapa komplen. Mereka kata apsal video cucu mereka berenang sudah tak dapat ditengok berkali-kali? Jangan kata berkali-kali, satu kali pon takda boleh lagi. Mereka kedengaran kecewa.

Lantaran itu, saya pon berusaha sikit pagi ini. Pergi bina account baru bersama VEOH. Aku cakap VEOH lah, bukan David Teoh.  Itulah YouTube kerek sangat. Dengan usaha yang tak berapa banyak, saya upload video tersebut menerusi VEOH. Harap dapatlah anda yang teringin menonton, menontonnya.


Watch Medina Went Swimming in People & Blogs |  View More Free Videos Online at Veoh.com

Tapi setelah upload di VEOH, kualiti video sangat teruk. Sepatutnya dia HD T____T Tapi tak apalah. Biar teruk daripada tak ada. Umpama ada kereta buruk. Daripada tak ada kereta langsung? #tetiba

Walaupon dikatakan sebagai usaha yang sikit, 30 minit jugaklah saya mentunggu video tersebut dimuatnaik angkara prestasi internet tempatan yang sangat miskin ketika ini. Demi kamu semua, kusanggup. Bukankah aku ini sangat caring? HAHAHATAKBOLEHBLAH.

Siapa tak faham hujung pangkal cerita, pergilah mendapatkan kefahaman dari cerita ini.

Oh, Lelaki Idaman!

Posted by chika under Uncategorized

Everytime naik kereta, akan dimulakan dengan teriakan Medina yang marah diletakkan ke dalam baby car seat. Penawarnya ada dua sahaja.

Satu ; Nasib.

Dua ; Lagu.

Yang lagu itu adalah yang sering dilakukan. Sebab nasib tak selalu menyebelahi manusia. Kadang-kadang nasib kita baik, kadang-kadang tak baik. Jadi tak boleh bergantung kepada nasib semata-mata.

Tidaklah. Bukan kena dihiburkan dengan lagu-lagu menerusi ipod atau radio. Yang itu tak akan jalan. Tapi lagu-lagu yang dinyanyikan oleh … *clearing throat* … saya.

Memang big bully T________________________T

Lagi mendorong gejala ini, Daddy dia pon sekali naik. Naik saja kereta, tatkala anak dia mula merengek, dia pon akan bagi arahan ; Yang nyanyi Yang.

Nyanyilah saya pon kan. Just like this *petik jari* semuanya insyaAllah settle! Medina terus behave. Terus humming sama-sama. Dan terus mamai nak terlentuk tidur.

Begitu sekali?

Ya, begitu sekali.

Lagu apa, lagu apa kau nyanyi ha?

Biasanya ialah lagu Halimahtus Saadiah.  Sampai saya naik fed up dah dengan lagu tersebut.

Tiba-tiba …

“Yang, you nyanyi sedaplah. I suka dengar. I rasa I lagi suka dengar you nyanyi dari Siti Nurhaliza nyanyi,”

Saya adalah terkesima. Lantas tidak tahu apakah harus ku respon.

“Err you pernah dengar ke Siti Nurhaliza nyanyi?,”

“HAHAHAHAHA Tak pernah pon!,”

.

.

.

Terus muka aku menjadi panjang. Tapi tak apa, yang penting ada inisiatif untuk puji *menangis hati ini*

Alahai, suami!

Medina Ballerina Met Dorothy The Dinosaur

Posted by chika under Nur Medina, Travel : Australia

29/12/2011
Dreamworld, Gold Coast.

IMG_2647

Kalau kamu nak kata ; Baiknya Medina duduk  dalam carseat! Tak nangis pon. Kalau anak saya, dah meronta-ronta. Kalaulah anak saya macam Medina, alangkah bertuahnya — Tak payahlah susah-susah puji sedemikian rupa. Sebab hakikatnya bukan seindah yang kamu nampak dalam foto di atas. HAHA.

Di Australia, carseat adalah wajip. Kalau tak dengar kata, padah. Antara yang saya tahu tentang undang-undang Child Restraints di Australia untuk dikongsi adalah :

  • Kanak-kanak bawah 6 bulan, mesti guna car seat untuk bayi kecil. Yang dipasang dengan betul (kena bawa ke pusat tertentu untuk check sama ada kamu pasang betul atau tak. Kalau pasang tak betul dan tak pergi perbetulkan diri, boleh membawa kepada saman) Mesti fastened dan menghadap ke belakang bagi bayi kecil.
  • Kanak-kanak bawah 7 tahun, mesti duduk atas booster seat. Tak boleh suka-suki berdiri melompat mahupon keluar tangan kaki dan kepala kat cermin.
  • Antara usia 6 bulan hingga 4 tahun barulah boleh guna baby car seat yang menghadap ke depan.
  • Kedegilan boleh dikenakan denda $300 (kalau tak letak kat car seat) dan another $300 (kalau salah pasang car seat) dan another $300 (kalau letak car seat kat seat depan. Ha kau. Memang patah hati kalau disaman macam ni punya banyak.
  • Baby capsule boleh sewa dari Queensland Ambulance (like we did. Dah pulangkan pon)

Maka. Ini akan menghasilkan pula …

  • Kereta yang semakin sempit kalau anak ada 2. HAHA. 2 orang anak dah cukup untuk mensempitkan kereta. Sebab dua-dua akan memerlukan car seat (atau booster seat) Kalau ada 2 kereta, bukankah 2 kali ganda pula bilangan car seat kau kena beli? Itu baru cerita KALAU 2 anak. Kalau ada 4 orang anak ? ; 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun, dan 6 bulan? Fuuu fuuuu *padam padam padam awan imaginasi*
  • Baby memang secara keseluruhannya mana suka car seat. Dahlah tak kena pangku. Kena duduk sendiri. Kena fastened. Anak menjerit menggigil sepanjang jalan dah jadi perkara biasa kat telinga saya ketika travel. Hati memang pedih. Tapi kena pekakkan telinga. Alhamdulillah, sekarang ni Medina taklah teruk macam dulu sangat. Masih teruk. Tapi lama-lama dia boleh settle diri.

Beberapa bulan lepas, terbaca news. Bapa kena penjara dan didenda kerana anak lumpuh. Anak dia lumpuh semasa kemalangan. Dan dia tak restrain anak dia T___________________T Begitu ketat undang-undang ini. Bagus memang bagus. Tapi kadang-kadang haku pon stress bila anak melalak sepanjang jalan dan tak boleh angkat. Pada waktu tersebut, memang dapatkan sepatah dua kata kesat kat government. HAHA.

OK.

Memandangkan dah terbanyak tulis tentang baby car seat, saya akan mencatu tulisan pada cerita yang sepatutnya ini. HAHA.

Hai semua. Hujung bulan lalu, kami bawa Medina ke Dreamworld. Sebab lain, ada show baru nak kena tengok. Sebab lain lagi, sengaja nak kena pergi sebelum pindah. Sebab yang lagi lain, saya dan suami nak makan buffet kat Billabong. Memang ah. Setiap kali datang Dreamworld, sebenarnya sebab nak makan saja.

IMG_2648

Hari tersebut adalah public holiday dan cuti sekolah. Ha, merasalah engkau berpusu-pusu dan melihat barisan panjang nak beli tiket.

IMG_2649

Fenomena yang biasa terjadi pada setiap musim cuti dan pada setiap musim panas. Pitam kepala rasa. Tapi syukur kami tak perlu melaluinya. Kami ada VIP card boleh akses laju-laju ikut VIP akses. Kalau ditakdirkan kena beratur macam ini, sumpah aku ajak suami pergi Harbour Town terus. KAH KAH KAH. Harbour Town aje kau tahu ye.

Kami datang nak tengok show baru. Bukan nak main apa-apa. Sebab dah puas main. Dan dah puas beratur tunggu turn nak main. Tak sanggup lagi dah. Antara show baru dia ; Dorothy The Dinosaur Show.

WE LOVE DOROTHY!

IMG_2651

Sebelum show, ternampak Henry The Octopus.

Oh dulu sangat tak suka bila masuk The Wiggles World. Pitam kepala dengan lagu dia. Sekarang, situlah tempat kami melepak hiburkan anak. Baru padan muka kitorang. HAHA.

Semasa Dorothy The Dinosaur show :

IMG_2656

Medina joget.
Tapi mata sebuk perhati budak-budak lain.
Bukannya dia focus kat stage.

IMG_2663 IMG_2666

Dan juga sebuk perhati makcik depan dia.

IMG_2669

Budak-budak besar ni kalau dibagi merayap bebas, memang suka.

IMG_2675

Emak dia pon suka juga. Tapi suka nak beli playhouse macam itu.
Harap apabila Medina besar sikit kelak dan boleh mengerti, dapat memiliki sebuah playhouse.
Dan kita akan sama-sama riadah dalam playhouse itu sementara tunggu Daddy pulang.
Bestnya!

Demanding note : Nak playhouse yang boleh muatkan kita satu keluarga.
OK kalau camtu baik main dalam rumah sendiri je terus takyah playhouse. HAHA

IMG_2677

Dua insan yang selalu kutuk The Wiggles.
Sekarang, The Wiggles jugaklah dua muka ini kena hadap.
Boo ya!

Mummy dengan Daddy dah gembirakan Medina dengan melayan The Wiggles. Sekarang turn kami pula nak bergembira. Medina tolong bagi kerjasama (dalam kata lain, tidur adalah yang sebaik-baiknya) LOL

IMG_2678

Terima kasih, darling.

IMG_2679 IMG_2681

Dapat makan. Suka tak terperi.

Namun.

IMG_2680

Tak lama itu, Medina pon bangun dan terus buli kami. Dia suruh dukung dia. Pastu dia meragam nak capai mangkuk. Dia lesing mangkuk tu ke bawah. Buat macam rumah sendiri. Nasib baik restoren tu berkarpet. Kalau tak, gantilah aku mangkuk pecah tu. Akhirnya kami bagi dia carrot. Gembira bukan kepalang.

Iyalah. Dia tengok bayi depan dia makan macam-macam. Bayi tersebut berciri ALL YOU CAN EAT suami saya kata. Segala macam makanan ibubapa dia bagi makan. Naik risau kami tengok. Tapi dah anak dia, dia lagi tahulah. Yang saya tahu, anak saya tak makan macam-macam. Dia makan pisang saja dan tidur pon dengan pisang KAHKAHKAH. Tak lah. Tapi Medina makan setakat rasa-rasa saja. Kalau kata complete meal tu, memang tak ada lagi.

IMG_2683

Selain makan carrot, dia juga bermain dengan carrot, menjerit dekat telinga carrot, dan bercakap dengan carrot.

IMG_2684

Hanya mampu memperhati kelakuan anak.
Dan suami pula memperhati kelakuan isteri selera makan yang baik.

IMG_2687

Benda manis memang pujaan hatiku.
Kurang gula? Light light? Bukan taste saya.

IMG_2690

Kita lupakan carrot kejap ye. Kita vain dulu.
OK OK pasni sambung bercakap dengan carrot OK.

Kami juga pergi menyaksikan Aboriginal Show. Show baru. Kurang best. Mungkin sebab jiwa aborigional tak ada dalam diri kami. Maka tak faham sangat kenapa kena tengok show tersebut. Dan terus angkat kaki.Ada pulak The Wiggles show. Tengok sekejap dan minta diri sebab tak berapa gemar.

Suami nak mencuba Tower Of Terror II. Takyah terror sangat kalau nak mencuba. Sebab saya pon mampu cuba dulu. Jadi rasanya, memang takyah terror sangat. Sebab aku pon bukan terror tapi boleh pergi. HAHAHAHA. Tapi yang ini version baru.

IMG_2713

Saya pergi menunggu dengan Medina. Sampai Medina tertidur lama. Saya pon naik tersengguk menunggu tepi jalan. Suami pergi beratur. Punya lama beratur. Lama gila. Gila punya lama. Kalau lagi lama boleh jadi betul-betul gila. Tetiba suami pon muncul. Ingatkan dia dah selamat menunjuk terror. TAPI KASIHAN. Suami akhirnya tumpas. Tak tak bukan sebab tak terror. Tapi sebab tak sanggup dan nak beratur tunggu turn. Kasihan suami saya.

Lain kalilah kita cuba lagi.

Dan akhirnya kami menyaksikan MAGIC SHOW!

Magic Show dia sangat best. Siapa pergi Dreamworld, tengoklah magic show dia. Clever.

IMG_2702

Bila diangkat tinggi, dia pon bangga.

IMG_2703

Rasa nak tepuk bontot dia.

IMG_2704

Tengok show.

IMG_2709 IMG_2712Ijat punya komen ; HAHA akhirnya masuk jugak.

Itulah. Dulu kalau setiap kali lalu tempat ni, mesti saya nak jalan laju-laju. Sebab meriah sangat dengan lagu. Buat kepala pusing. Dan selalu geli hati tengok emak-emak naik cup ini dengan anak. Sekarang … HAHAHA. Fun indeed. Lagi fun sebab Medina excited menjerit sakan dan melompat girang. Dia tak tahu Mummy dia sedang pitam. HAHA.

Nak baw Medina ke Movieworld. Tapi macam suntuk masa. Mungkin nanti-nantilah selepas settle urusan pindah.