Archive for December, 2010

TOMATO ESSENCE : TOMATO COLLAGEN

Posted by chika under Advertorial

IKLAN INI BERBAYAR.
MELEKAT 48 JAM.
(Entry terbaru, scroll down please)

.

.

.

Siapa suka minum jus carrot?

Jus tembikai?

Jus epal?

Jus tin Timberlake?

.

.

Saya suka minuman ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti carrot. Namun. Ada satu jenis buah yang kalau disuruh minum, sangatlah tak nak. Sering dipaksa oleh emak, lalu sering menolak. Apakah buah yang sangat malang kerana ditolak tersebut?

.

.

TOMATO.

.

.

Sangatlah tak nak mencuba minuman tomato. Walaupon emak cakap, minumlah nanti kulit cantik. Minumlah, nanti sihat. Minumlah, sedap. I think, I can’t tolerate the taste. I love tomato, and you too kan? Tapi apabila tomato sudah berciri minuman, saya rasa ia adalah sangat pelik dan please lah jangan offer kat saya.

Tapi tapi tapi ….. ! (melompat gembira)

Saya sudah boleh memiliki kulit cantik dan sihat dengan bantuan tomato sekarang! Tanpa perlu minum jus tomato T_____T Yahooooo. It sounded like fun tak? I mean, tak perlulalah pergi kutip buah tomato di ladang-ladang. Pastu pergi proses dia dalam jus maker ke apa. And finally, ewwwwww what the taste? Tak payah tak payah dah.

Have you ever heard about TOMATO ESSENCE?
Pernah dengar tentang TOMATO ESSENCE?

Biar saya explain and please lend me your ears. Pinjamkan telinga kamu sekejap, jangan kedekut. Nak pinjam je.

Tomato Essence adalah jenama rangkaian produk kesihatan dan kecantikan untuk mereka yang menitikberatkan gaya hidup sihat. Melalui penyelidikan sains yang digabungkan dengan teknologi terkini, Rich ‘N’ Healthy Resources (RHR) bertekad untuk membawa suatu revolusi kepada dunia tentang kesempurnaan kesihatan melalui rangkaian produknya yang bermutu tinggi.

Saya akan mempermudahkan cerita tentang tomato ini kepada anda. Sebab ini adalah fakta kesihatan dan kecantikan yang perlu sampai secara terus. Cerita tentang tomato ini sangat mudah sebenarnya. Bukanlah seberat kisah penyiasatan Sherlock Holmes.

  • TOMATO ESSENCE mengeluarkan dua produk iaitu SLYM EFFECT dan TOMATO COLLAGEN.
  • Saya hanya akan cakap tentang TOMATO COLLAGEN sebab …
  • Saya mahu kekal remaja. Eceh. Jangan ketawa sebab ini bukan sitcom. Ini benar.
  • Ia berasaskan tomato. Maka, ia akan membekalkan anda dengan keperluan Vitamin A dan Vitamin C serta khasiat kolagen marin. Apabila Vitamin A , Vitamin C dan kolagen bersatu, mereka akan membentuk satu team yang akan mencantikkan anda secara sehat.

See. Semudah itu.

Namun. Kalau nak mencuba apa-apa produk kesihatan yang perlu diminum atas dimakan, mesti benda pertama nak tanya ialah ; Sedap tak sedap tak? Kalau tak sedap memang confirm tak mahu lah kan? Walaupon orang berbuih cakap pasal kebaikan dia, kita sebuk jugak nak tanya pasal sedap atau tidak. Memang hakikat kejadian manusia macam tu. Nak yang sedap saja. Kalau asyik tanya sedap tak sedap tak dekat emak saya dulu, insyaAllah emak cakap ; Kalau nak sedap dah takyah makan ubat. Pergi makan KFC. Tapi jangan risau sebab saya tak akan suruh anda makan KFC kalau anda tanya sedap tak TOMATO COLLAGEN ni.

TOMATO COLLAGEN ini adalah sedap yay! Please please percaya sebab saya juga mengambilnya. Bukan sesedap hati saja cakap sedap. Memang sangat sedap. Surprisingly, rasa dia tidak terlalu tomato. Terima kasih Tuhan. Kalaulah rasa dia sangat tomato, habislah setiap kali nak minum saya akan depress.

Kali ni tak. Setiap kali sesi nak minum TOMATO COLLAGEN, mesti gembira. Sebab sedap. Pastu sebelum minum boleh fikir dulu, harini nak minum tomato berasa peach, atau tomato berasa honeydew. Aik? Bukankah tomato sepatutnya berasa seperti tomato?

Itulah yang bagusnya TOMATO COLLAGEN ini. Mempunyai dua perisa ; Peach dan Honeydew. Lantas membantu mereka (saya) yang sangat tidak boleh minum air tomato.

.

Tujuan TOMATO COLLAGEN adalah ;

  • Menggalakkan Keremajaan Kulit
  • Mengatasi Sakit Sendi
  • Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah
  • Mengekalkan Kesihatan Jantung
  • Mengekalkan Sistem Pertahanan Tubuh
  • Sumber Antioksida

And you should know WHY TOMATO ARE IMPORTANT TO YOU. Please READ.

.

Cara penyediaannya adalah sangat mudah. Hanya perlu tuangkan satu sachet ke dalam cawan, dan campurkan dengan 120ml air. Siap. Boleh menikmatinya. Dan mereka ( tomato dan kawan-kawannya) akan segera bekerja di dalam tubuh badan anda memberi kesihatan dan kecantikan kepada anda. Dalam kata lain, kita cuma perlu bancuh dan minum. Selebihnya mereka pandai buat kerja sendiri.

OK lah sekarang dah tahu memang SEDAP dan MUDAH. Tapi SELAMAT ke? Kandungan TOMATO COLLAGEN  ini adalah selamat. Mendapat kelulusan KKM dan TPMBiotech. Ditanggung HALAL dan made in Malaysia (bangga!)

TOMATO COLLAGEN menggabungkan ekstrak semulajadi buah tomato, Kolagen Marin, Acerola, Kolustrum dan buah tembikai susu (Honeydew) yang membekalkan pelbagai khasiat, sumber antioksida dan vitamin kepada tubuh anda.

Tomato Essence amat menitikberatkan keselamatan pengguna. Justeru, kandungan TOMATO COLLAGEN adalah 100% semulajadi serta bebas daripada bahan pengawet makanan, pewangi, perisa tiruan, bahan pewarna dan alkohol. Saya juga difahamkan bahawa pengambilannya adalah selamat bagi ibu yang menyusukan bayi. Tetapi tidak digalakkan pengambilan bagi ibu hamil.Kalau hamil, masak sup tomato di dapur OK.

Untuk lebih info dan kepastian tentang kandungan produk ini, sila baca di SINI.

.

.

.

Nak melancong percuma ke PARIS tak?

(Eh eh, tetiba pula. Adakah cerita tomato kita sudah tamat?)

Belum. Sebenarnya cerita tomato kita belum habis lagi, jangan pergi mana-mana. Kalau tak, rugi. Sebab, selain mencantikkan kulit dan menyihatkan tubuh badan kita, buah tomato juga boleh membawa kita ke Paris. Hoh? Bagaimanakah?

Pergi ke http://www.tomatoessence2u.com/bm/opportunity.html

Senang saja. Tak perlu mempunyai ladang tomato atau pandai buat sup tomato untuk menyertainya. Anda hanya perlu membeli produk-produk Tomato Essence sebanyak yang mungkin. Kemudian, sertakan keratan penutup atas kotak yang tertera nama produk bersama borang penyertaan yang boleh didapati dari SINI. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 June 2011.

Tengok tengok hadiahnya sangat lumayan!

Gulp.

Dah cerita panjang lebar. Sampai dah teruja dah nak ikut tomato pergi Paris secara percuma. Tapi macam mana nak dapatkan? Macam mana? Macam mana? Cara paling senang, anda boleh hubungi saya di nurulism (at) gmail (dot) com untuk membuat order. Anda juga boleh membeli secara online dari website TOMATO ESSENCE atau dari mana-mana pengedar. TAPI, kalau anda beli dari saya, anda akan mendapat harga diskaun yang lebih murah berbanding harga yang tertera pada kotak. Huh? Best tak best tak?

Silalah menghubungi nurulism (at) gmail (dot) com untuk menikmati minuman kolagen tomato anda hari ini.

Harga Pasaran

WM  RM 69.90
EM  RM 72.90
Singapore  $39.90

.

I give you rebate RM10.
Anda boleh mendapatkannya dari saya dengan harga RM59.90 (WM) dan RM62.90 (EM) satu.
2 kotak = RM110

DELIVERY = SATU KOTAK RM3

Buy 2, free delivery

Satu kotak = 15 sachets x 10 g
Campuran perisa Honeydew dan Peach.

I RECOMMEND TOMATO ESSENCE.

nurulism.com  recommend.

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.tomatoessence2u.com

Lambat macam?

Posted by chika under Uncategorized

… bukan kura-kura. Tapi lambat macam sambungan wifi rumah ini yang dibawa oleh TPG (bukan Taiping)

Internet yang sangat perlagan dan sesekali terus diam membatu boleh menjana radang hati. Oleh hal yang demikian, banyak kerja sekolah tertangguh. Kesabaran teruji. Kesabaran kalau terlalu kuat diuji boleh menjadi baran akhirnya.

Siapa sudah menobton Megamind? Eh tetiba pula. Sebenarnya kepala selalu fikir tiga empat lima puluh benda sekaligus. Sebab itu sering tersasul atau terpesong topik.

Tak tahulah sebab apa yang membawa kepada penulisan ini. Mungkin asalnya tadi nak meradang pasal internet lemah macam tak cukup makan. Sekarang kita pergi tengok gambar rambang untuk hari ini untuk mengelak gangguan tekstual.


Lagi satu perkara. Hidung saya terluka.

Lagi satu perkara, maaf. Pengiklanan untuk bulan ini telah penuh harap maklum. Bersambung pada kekosongan bulan hadapan. Internet bulan ini sangat gemalai sampai mengganggu kerja. OK nampaknya cerita ini akan berulang seperti perenggan pertama. Sebelum saya tulis cerita berulang-ulang, baik kamu semua pulang.

Habis.

Eh lagi satu perkara( begitu banyak ye perkara tetiba) ; Tak faham kenapa lokasi saya dikenalpasti sebagai Gordon Parade padahal itu area belakang-belakang. Tumbuk kang.

- Posted using BlogPress from Nurulism’s iPhone

Location:Frost St,Mt Gravatt East,Australia

Untuk Medina; Sebuah Kegembiraan Yang Ditangisi

Posted by chika under Nur Medina, Parenthood

… Medina jangan cepat besar sangat tau.

Saya selalu pesan itu pada dia. Pesanan itu dizahirkan atas dasar emosi semata-mata. Sedang sebilangan ibu mahu anaknya cepat membesar - supaya boleh mandi lama-lama, duduk goyang kaki lebih sikit dan senang tak perlu leceh-leceh soal anak kecil. Saya di sini pula sangat berharap supaya Medina kekal menjadi bayi. Supaya saya boleh peluk dia selalu. Cium bau mulut dia saban hari. Tell her everything that she needs to know and she can’t argue or fight back. Give her breastmilk. Shower her. Dukung dia supaya dia rasa selesa dan selamat. Change her nappy. Biarkan dia buat disaster dan tidak boleh menyalahkan dia at all. Everything everthing and everything about her now. I want her to stay tiny and helpless. So that she will always need me.

But time flies.

Setiap hari menjadikan Medina sehari lebih dewasa dari semalam. She is growing! Ye, gembira. No, it hurts lah. Dia bukan lagi seorang newborn. Dia dah ada respon pada surrounding. Dia dah demand for certain things yang dia mahu. She’s less helpless. Sampaikan duduk dalam carseat pon dia dah tak meronta macam dulu. Dia dah boleh settle diri dia. Dia tak akan menjerit meronta mencari saya supaya hadap dia sepanjang perjalanan lagi. Owwwww she doesn’t need me anymore! Bantulah saya. I am in trouble!

!!!!!!!!!!!!!!

Diamlah. She needs me. Jangan menggelabah lah.

Hari ini, saya emotional lagi sekali apabila dia gembira menikmati trolley Woolworths. Saya lihat anak yang saya lahirkan sekecil 2.6 kg tujuh bulan lalu, yang sangat helpless dan tak mengerti apa-apa, sedang excited duduk di dalam shopping trolley. Mulut yang sangat ramah menegur orang secara random. Mengusik semua benda yang ada secara random juga. Malah bergurau makan-makan tudung saya lantas tertawa nampak gusi macam itulah perkara paling jenaka dalam hidup dia.

Saya mahu menangislah.

Satu hari nanti, Medina akan duduk atas kerusi pula tanpa strap. Satu hari yang lebih ke hadapan, dia akan duduk bersandar di atas sofa menyilang kaki. Satu hari yang lebih dewasa kelak, dia akan duduk di dalam kereta dan memandu sendiri. Tidak perlukan saya lagi untuk angkat, letakkan dia dalam carseat dan memperhatikan dia sepanjang perjalanan.

Medina, satu hari nanti Medina akan baca ini mungkin. Jangan mentertawakan Mummy, sebab perasaan ini real. Please please please be my darling baby forever. Please please please tell yourself to always need me. In whatever you do, tolonglah harapkan Mummy to complete at least one part of them. Selalulah perlukan Mummy dan Daddy sebab itu akan buat Mummy berbesar hati. I love you but those lovey-dovey phrase adalah sebaris ayat biasa. Tapi sayang Mummy dekat Medina adalah luarbiasa tau. Luarbiasa bagaimana? Yang itu kena tunggu sampai giliran Medina jadi seorang ibu nanti. By then, you will know how does it feels like but words can’t describe. Ini yang dinamakan fitrah kejadian manusia.

Medina,

Mummy dengan Daddy simpan beberapa foto pertama Medina duduk dalam shopping trolley. This is just a simple moment. Tapi cukup untuk buat Medina tahu, your excitement was somehow touched my emotion. Anak Mummy makin hari makin besar dan makin pandai.

Selain berdoa supaya Medina dapat meletakkan dunia dalam genggaman satu tangan, Mummy juga berdoa supaya Medina menggenggam akhirat dalam satu tangan yang lainnya. Sebab Allah bagi Medina a pair of perfect beautiful hands. Jangan tamak nak bolot dunia dua-dua belah tangan. Dan jangan jadi manusia rugi yang tidak dapat menggenggam apa-apa pon.

Doa yang lainnya, jangan jauh dari ibubapa. Hati dan ingatan mesti ditinggalkan di rumah supaya Mummy rasa diperlukan. Eh sedihlah cerita Mummy ni, I afraid you will skip this part and make fun about this. Malu Mummy tau. Sudahlah, tengok gambar Medina yang comel dan cheeky ini.

Baru Medina duduk dalam shopping trolley Mummy dah hampir menangis emotional.

Maka. Inilah apa yang emak saya rasa.
Oh. Beginilah rasanya.

Walaupon emak saya tak ada blog dan tak pernah tulis benda macam ini dalam blog, tapi terima kasih Ma sebab simpan perasaan sayang yang mendalam buat anak-anak. We need you, Ma. Sentiasa. Ma, doakan hidup kami semua supaya mudah dalam segala urusan dan tidak menjadi anak yang derhaka. Tiada kesenanganlah bagi kami kalau tidak menyenangkan kedua-kedua hati ibubapa kami.

comfort day

Posted by chika under Uncategorized

What a comfort day!

… I was just about to post something very textual.  Tapi. My baby needs me now. Sorry to post this crap KAH KAH KAH so yesterday kan? Macam budak baru nak up buat post crap macam ini. Till then, y’all.

Jangan marah. Siapa marah nanti kita jual dia kat ebay.

Bezahra House Of Bags.

Posted by chika under Advertorial

IKLAN INI BERBAYAR.
MELEKAT 48 JAM.
(Entry terbaru, scroll down please)

.

.

.

Tell me how many bags did you have, ladies?

Wanita biasa akan mempunyai seratus satu sepuluh berpasang-pasang bag kerana satu tidak akan cukup. Wanita luarbiasa sahaja yang akan mengaku dia hanya memerlukan satu bag dan hanya mempunyai satu bag. Sememangnya luarbiasa.

Lelaki biasa akan mempersoalkan kenapa perempuan mesti mempunyai banyak bag. Bukankah satu memadai? Hanya lelaki luarbiasa sahaja yang akan memahami logik dan naluri wanita biasa. Tepukan gemuruh untuk lelaki luarbiasa! Yay.

Saya akan mensenaraikan sebab-sebab akan kenapa wanita memerlukan lebih dari satu bag. Saya harap rencana saya ini mendapat perhatian lelaki-lelaki biasa untuk menjadi luarbiasa dan akhirnya membantu dalam membina hubungan yang best.

1) Satu bag beerti, tidak mencabar. Wanita memang sukakan cabaran yang bukan-bukan. Seperti cabaran setiap pagi memerah otak bag manakah untuk disuai padan ke pejabat. Cabaran untuk fokus kepada bag yang belum pakai, jarang pakai dan kerap pakai. Cabaran menjadi bahan gosip di pejabat sebab kerap bertukar bag tangan dan buat rakan table belakag rasa jengkel. Memang mencabar.

2) Kepelbagaian mewujudkan suasana meriah. Menjadikan wanita seorang yang tidak bosan.

3) Wanita biasanya seorang yang organized. Untuk itu, banyak bag diperlukan untuk menjayakan satu acara. Misalnya nak pergi berkelah. Satu bag untuk barang-barang peribadi termasuk alat solek. Sebuah bag untuk mengisi makanan. Sebuah bag untuk keperluan bayi. Sebuah lagi digunakan untuk mengisi keperluan suami kalau kalau suami tercomot semasa makan pasta. Sebuah lagi untuk kegunaan pada masa kecederaan. Buatnya kena tukar baju sebab baju terkotor, dah kena tukar bag untuk bagi sedondon. Tengok. Bukankah wanita ini sejenis ciptaan yang sangat terperinci?

4) Kadang-kala, wanita juga boleh menjadi cuai. Sebab kami ini manusia biasa. Kadang-kadang bag boleh termissed place. Atau boleh tertinggal. Atau boleh terhilang. Atau boleh juga terbinasa angkara perbuatan kucing. Sebab itulah kena ada bag back-up yang lain.

5) Wanita ini sejenis ciptaan yang cantik. Maka, kami suka tengok benda cantik (dan handsome macam suami masing-masing) Menyaksikan susunan bag koleksi peribadi di atas almari memekarkan hati kami. Nampak cantik.

6) Wanita sesama wanita sangat suka mengambil berat. Maka, kalau seorang wanita itu asyik memakai bag tangan yang sama sehingga 13 tahun lamanya, rakan wanita yang lainnya akan mula berkata-kata ; Dia ni tak stylo langsung. Masih pakai tas tangan zaman kebangkitan Jepun T_____T Memang melukan hati. Berbeza pula dengan lelaki. Lelaki sesama lelaki tidak berapa kenal erti mengambil berat sesama kaum. Kalau lelaki pakai dompet yang sama sejak sekolah rendah sampai ke hari konvokesyen pon, best friend dia tak akan perasan punya. Sungguhpon dah naik rabak, memang tak ada siapa peduli.

7) Sebenarnya sebab 1 sampai 6 adalah tak berapa tepat. Ia berciri sangat defensif. Sebab ke 8 mungkin sangat tepat.

8) We want more! We want more! We just can’t help it. We are women, this is us. So what?

SO WHAT?

Maka. Wanita biasa memang begini. Lelaki, jadilah luarbiasa sedikit. Tak perlu faham banyak sangat, cuma adapt yourself with number 8. You can ignore number 1 to 6, kami tak marah. HAHAHAHA.

Berjalan di tengah-tengah keramaian dan ternampak bag kegemaran kamu, bisa mendebarkan jantung. OK I don’t know what happen to your jantung but this is what happen to mine. Akhirnya, saya akan bisik-bisik dekat suami ; Tengok on your right, woman in mustard. Look at her bag. It costs you a fortune. Cantek kan? Pastu suami cakap cantik cantik dan terus bukak topik lain HAHAHAHAHAHA. Tapi dalam keadaan yang sangat comel, akan dihadiahkan ayat penyedap hati ; OK nanti kita beli ye. Nak berapa banyak?

Tengok bag memang memberikan excitement.

Bag-a-holic tidak semestinya kaki-kaki bag berjenama mewah. Kamu boleh dicop bag-a-holic juga kalau kamu memang gila bag. Wanita tetap wanita. Be it cheap or expensive, bag tetap satu kegilaan.

Suka bag tak?

Suka bag murah tak?

Selamat datang ke rumah bag. Tempat di mana bag-bag tinggal bersama.

Sekarang, cakap. Kamu nak bag untuk apa?
Nak beli satu?
Nak beli banyak-banyak secara pukal?

Bag sekolah?
Backpack?

Sekiranya saya masih di bangku sekolah, mesti suka nak bag macam ini. Murah pulak tu. Kalau emak tak mahu belikan, memang mampu beli sendiri pakai duit yang kumpul sehari lima posen tu (sebenarnya tak pernah berkesempatan kumpul duit HAHA) Tapi kalau adek-adek yang teringin, kumpullah duit. Memang mampu milik. Sebab murah sangat. RM25. Kalau seminggu kumpul RM5, lima minggu dah boleh lompat-lompat dah. Saya sedang mengajar amalan murni di sini.

Sekiranya kamu tidak di bangku sekolah, bag ini boleh tahan comelnya kalau dijadikan bag mengisi keperluan anak sewaktu jalan-jalan hujung minggu. Pertama, murah. Takyah kumpul duit sekolah. Kedua, comel. Ketiga, siapa pakai terus jadi comel.

Tapi I tak suka pink lah. I tak suka comel sangat nanti suami cemburu. Kamu pergilah ke Bezahra House Of Bags untuk memilih warna citarasa kamu.

Bag yang manis-manis?

Bag yang berwarna-warni dan boleh sumbat macam-macam khazanah?

Bag organizer, anyone?

Most of us mesti suka campak barang ke dalam handbag, bukan? Selepas itu, akan naik angin bila cari kunci kereta tak jumpa. Kadang-kadang tertinggal dompet duit sebab sering bertukar bag. Atau rasa nak pitam cari lipstick tak jumpa. Padahal boss yang kacak tu on the way nak berjalan ke arah kamu. Habislah tak sempat nak merahkan bibir. Habislah. Habislah. Tak guna punya bag *&$#@!@$^

Sebab itulah kamu memerlukan handbag organizer!

Kamu cuma memerlukan at least satu organizer. Kesemua barang kamu akan tersusun dan senang nak capai. Dan paling best, boleh keluarkan setiap pagi dalam keadaan kelam kabut dari satu beg ke satu beg. InsyaAllah tak akan tercicir apa-apa dah. InsyaAllah tak akan menggelabah carik lipstick bila boss kacak tu lalu.

Macam ini.
Bagus tak?

Cepat pergi order sekarang dekat Bezahra House Of Bags.

In my case, baby bags are the new fashion statement nowadays.

Baby bag pon ada.

Eh semua pon ada. Dari bag yang boleh dibawa ke sekolah sampai dibawa semasa sudah beranak-pinak pon ada. Kan saya dah cakap tadi, ini memang rumah di mana bag-bag tinggal sebumbung.

Dalam banyak-banyak bag yang ada di sana, antara yang paling saya berkenan adalah yang ini :

Baby bag.

The colors are just perfect. Baby blue and brown make a perfect combination. Siapa-siapa sedang mencari diaper bag yang bergaya, comel,cantik dan HARGA BERPATUTAN SANGAT (sebab mostly diaper bag sekarang ini mahal-mahal belaka) pergilah dapatkan yang ini. Siap tertulis baby. Memang baby punya.

Ada pelbagai koleksi bag lagi yang sengaja saya tak mTahu kongsikan sebab kalau nak tengok pergi tengok sendiri HAHAHA. Bukan susah sangat. Takyah drive jauh-jauh pon. Cuma pandu jari kamu ke www.bezahra.com dan kamu telah pon masuk ke sebuah house of bags. Lagi manis kalau nak masuk itu bagi salam. Err. Maksud dia, bawa-bawalah berteguran dengan tuan rumah dan mulakan urusan jual beli kamu!

Bukan itu sahaja.

.

Bezahra juga membuka peluang kepada anda yang berminat memulakan perniagaan. Nak tahu macam mana, sila ke SINI. Atau hubungi Bezahra di talian :

019 285 0042 ( 8 am – 9 pm / Monday – Sunday)
03 6185 5759 (10 am – 4 pm / Monday – Friday)

.

.

BeZahra juga mengadakan Year End Giveaway 2010! Koleksi BeZahra memang comel-comel belaka. Kamu mungkin berminat. Bagaimana kalau dapat memenangi giveaway? Cubalah.

Hadiah Utama x 1 – Wang Tunai RM 100 dan Foldable Stool Storage Box
Hadiah Pertama x 1 – Tassel PU Lady Handbag
Hadiah Kedua x 2 – Polka Series Fashion Backpack
Hadiah Ketiga x 3 – Canvas 10555 Tote Bag
Hadiah Saguhati x 10 – Barangan BeZahra bernilai RM 20.

Tarikh tutup 31 December 2010 ini. Cepatlah. Cepatlah.

Sila ke Year End Giveaway 2010 untuk menyertainya.

.

,

Website yang memudahkan pengunjung untuk memilih kategori dan navigation yang jelas. Mudah nak berurusan menerusi Bezahrah.com ini.

Sekali lagi, sila ke WWW.BEZAHRA.COM untuk koleksi bag yang pelbagai dengan harga yang berpatutan.

Tujuh Bulan

Posted by chika under Nur Medina

Medina sudah berusia 7 bulan. Kelahirannya 7 bulan yang lalu, menjadikan saya ini seorang ibu. Kelahirannya 7 bulan yang lalu, menjadikan suami saya seorang bapa. How tiny mini baby can change your whole life.

Kalau dulu, waktu mandi saya boleh diterjemahkan seperti puteri raja bersiram. Sekarang ini, mandiku umpama cowboy. Kalau dulu, dari pagi ke petang boleh mengeja huruf dalam novel-novel, sekarang ini nak baca news headline pon kena struggle. And look at my blog, man! Jarang dah nak dapat chance merepek sehari suntuk. I blog only at night selalunya. Once bila sudah tidurkan dia. Barulah berasa senang hati. Selain nanti kena berebut mouse, kena fight dengan dia untuk selamatkan usb cable daripada kena serangan bayi. And then kena pakai superpower untuk mengelak daripada jari tiny itu tumpang memicit keyboard lalu memadamkan kerja-kerja saya. Kedengaran disaster? Tidaklah. It’s fun to see how active your baby is.

At sweet 7 months;

She’s now a crawler! Mula belajar memanjat dan hasilnya, tiada guna lagi menyusun bantal-bantal keliling katil sebagai border. Tak perlulah. Dalam kata lain, there’s no way I can leave my baby alone. Bahaya. End up, saya tak jadi kerja lain dah. Menghadap anak saban hari.

Medina cengeng sangat. Mesti kena ada orang di samping dia at least dalam jarak 50 meter? Dia boleh menjerit terlolong-lolong kalau saya menjauhinya untuk pergi minum air di dapur. Padahal, saya ini masih dalam pandangannya.

Daddy is her favorite person. Kalau Daddy dia pulang, dia akan menjadi tidak tentu arah. Segera mengangkat tangan minta diangkat. Kalau tidak diangkat, boleh mendatangkan marah.

Semalam, kami letak dia dalam portacot. Dia mengamuklah, seperti biasa tak perlu hairan. Tapi yang menghairan dan menterkejutkan, dia sudah mampu papah tangan pada portacot tersebut lalu berdiri cuba melepaskan diri. Cubaan yang hampir berjaya dan buat kami heart attack. Ini bahaya. Nampak gaya, portacot juga sudah tidak selamat. Dia mampu membuat aksi junam kelak. Semoga Allah melindungi kami.

Dia masih mengambil breastmilk sepenuhnya dan boleh dikatakan, 100% breastmilk tanpa makanan lainnya. Kami cuma ajar dia rasa-rasa benda sahaja. But to have proper meal, belum. Sempena itu, terima kasih Ya Allah kerana murahkan rezeki anakanda kami. Terima kasih atas limpahan susu yang masih mencukupi.

Tabiat penyusuannya agak mengganas kebelakangan ini. Semakin kerap dan tinggi permintaannya. Sedang bermain-main, tiba-tiba sahaja dia akan membawa dirinya datang kepada saya dan mencari susu secara sendiri. Sudah pandai cari makan sendiri. Cara dia menyusu pula, adalah sangat lasak. Iaitu sambil meniarap, sambil memanjat badan saya, sambil menonggeng, mahupun sambil duduk menonton televisyen. Kadang-kadang, pusing kepalaku dibuatnya. Mencabar. Bila sudah puas menyusu, dia pon pergi mendapatkan mainannya semula. Tup tup lima minit kemudianya, aik datang lagi?

She can talk. Bahasanya berbunyi DAHDAHDAHDAHDAH NANANAKNAK TATATATAHTAH dan pernah sekali tersasul DAD!

Sekarang, saya tinggalkan kamu semua dengan foto-foto Medina berusia 7 bulan ini. Adakah nampak begitu berbeza dari bulan-bulan sebelumnya?

Minta diri dulu. Nak pergi tawan dunia dengan anak.

Oh. Sebelum tawan dunia, saya juga akan tinggalkan semua dengan video di bawah ini. Pakaikan cermin mata 3D anda OK tipu aje.