Dah-dah-dah-dah

Bila saya bagi dia makan, dia akan cakap dah-dah-dah-dah-dah as in ‘sudah’ tapi hakikatnya belum sudah. Sebenarnya nak minta lagi dan please cepat, Mummy.

Bila sedang Facetime dengan Nek Ma atau Tok Abah, baru saja grandparents dia cakap Hai Medina, dia terus dah-dah-dah. Macam nak suruh sudahlah.

Untuk semua benda, dia mengucapkan dah-dah-dah-dah. Sangat comel sebab lidah dia macam tergeliat. Macam susah sangat nak sebut dah. And, thats what 6 or 7 months old babies blabber lah kan. Suka mendengarnya.

Hari ini, saya dapat record.

KAH KAH KAH.

Dia kalau duduk, memang stabil. Tapi kalau dia rasa nak landing tu, dia main landing tidak kira orientasi. Mujur ada cushion. Dan tempat dia kini, mesti dalam kawasan selamat. Iaitu yang tidak ada objek berbahaya, dan di atas padded mat. Macam quilt, tilam atau carpet. Dikhuatiri dia buat pendaratan melulu atau head banging. Sekarang juga dia terlalu eager untuk berdiri. Anything yang boleh support dia untuk berdiri, dipautnya. Macam kotak. Malah, bed rail juga. So, can you really control your baby? Yes, you can. Supervise dia setiap masa. Memang letih. Tapi kena. Tak boleh cuai. Langsung. Kecuaian sesaat boleh merundung malang. Allah forbid.

Tidaklah. Dah-dah-dah-dah tidak beerti sudah. Ia hanya sejenis bunyi-bunyian (yang comel).

Recent Entries

19 Responses to “Dah-dah-dah-dah”

  1. liz Says:

    comel!!
    lepas ni word lain plak..hehe

  2. alia cikedil Says:

    cute medina ;)

    salam kak nurul :)

  3. missjue Says:

    comel!!!

    masa dia nak landing tu macam ada sound effect je. HEHEHE.

  4. kak moon Says:

    olololo…..

    comel lote medina nih…

  5. Rare Runic Says:

    hoshhh…homaigod.. comeynyeeee. geram tgk medina!

  6. Nik Evi Says:

    eeeiii geramnye dgn dah dah dah dia tu.. auw medina ! hehe

  7. gia Says:

    comel lah kak dah guli ni…geram!!bila balik cni babe?

  8. aunty yonnaism Says:

    hoih! awat comel sangat niiiiiiiiiiiiiiiiiii!

  9. Semaluberduri Says:

    Medina, khair Medina.. khair..

  10. Shaqirah Says:

    hehehehehe…kelakar ajer..

    dah-dah-dah-dah, terus tumbang..muka ilek plak tuh…hehehehhe…nih kalau biar lepas jer nih, tau2 dah kat tangga…hihihih

  11. damein Says:

    sis, medina ckp word nie ade imitate mane2 or tetibe dpt word tuh?

  12. angel_baik Says:

    comelnya suara chika :)

  13. fashya Says:

    COMELL!!

  14. azrin Says:

    dah-dah-dah, terus landing. hahaha. chomel.

  15. The NuruL Says:

    emak dengan anak sama je dahdahdah. hahahahhaa

  16. YnaaOhYnaa Says:

    comelll…!!!!! dah dah dah dahhh!

  17. SyaFF HebaT Says:

    da-da-da-da
    tu progress dia nk blaja bercakap. ajar dia sebutan ikut suku-kata everyday nnt confirm dia cepat ckp. time2 mcm ni dia senang nk ingat semua benda. :) (info didapati drpd buku perkembangan kanak2 milik che’gu pqa – adik aku)

    bila aku dgr suara ko bercakap n gelak dlm video tu aku terasa mcm dgr suara sendiri plak. sama sebijik! aku selalu pelik knp suara aku in real life mcm lain pulak bila dlm record. hahahah!

  18. fatin Says:

    replay vdeo ni banyak2 kali pun tetap rasa macam nak replay lagi. comel!!

  19. Nur Says:

    Lepas ni sure tak larat nak layan dia bila dah pandai bercakap & berlari.. :) Medina so cute & active..

Leave a Reply