Biar Lambat Asalkan Untung
Orang cepat kadang-kadang rugi. Saya akan berikan contoh kepada beberapa situasi. Tapi contoh-contoh ini sangat materialistik sebab yang tak materialistik punya, susah nak ingat.
1 .
Masa itu dah pegang dah peluk dah rasa macam hak sendiri seluar berkenaan. Tinggal nak bayar saja. Lepas siap bayar, sepenuhnya seluar tersebut milikku *keluar awan bekepul-kepul tengah berangan. Tapi takdir kadang-kadang punya ketentuan yang berbeza. Lagi beberapa tapak nak sampai ke counter pembayaran, hati tetiba suruh letak balik seluar berkenaan. Sebelum letak, kubelek lagi. $39.90. OK lah nak letak sekarang. Atas sebab yang tidak pasti kenapa. Tapi memang rasa nak letak. Rasa macam eh aku malaslah nak pergi bayar dan beratur hari ini aku nak letaklah. Padahal keinginan untuk beli memang dah membakar. OK lah letak. Terus blah.
Esok datang situ lagi jalan-jalan. Masuk dan kali ini tekad, nak belilah. Tetiba terpaku. Harga sudah drop. $10. Terus capai 3. Apa engkau tidak menjadi sangat gembira di situ?
.
2.
Adek lelaki berlari pecut kalau Watson Nyambek (so yesterday lah woi) tengok pon menggigil lutut. Sampai depan pintu kedai kasut tersebut, hampa. Dia punya hampa, lebih hampa dari hilang cincin yang awek bagi (apakes kau ni perempuan bagi cincin pula? ) masa berenang tengok ikan bibir merah dekat White Water World. Kakak dia yang tengok pon rasa hampa adek dia kecundang depan kedai kasut pada jam 5 petang. Kesian dia dah nak sangat kasut tu tapi brother kedai tu kerek sangat nak tutup jugak padahal yadayadayada (kena cut sebab membebel sangat malas orang nak dengar) Terlambat satu minit barangkali. Kecundang. Balik rumah. Sekali nampak dekat internet kasut yang sama. Harga jauh lagi rendah. Harapan dikembalikan. Muka glow balik terus beli online.
Boleh nampak?
.
3.
Dah lama nak beli cardigan tu. Tapi setiap kali nak beli mesti macam malas. Rasa macam nanti ah, nanti ah. Sebenarnya pemalas nak beratur bayar. Kalau beli terus bawak balik rumah nanti bayar online tak apa jugak. Pastu terus tak terbeli-beli. Tetiba pada satu hari yang cerah, dia cakap clearance. Ambik baju tu dua $15. Macam selalu dapat berjimat kan? (Ceh tetiba cakap pasal jimat, tak sesuai langsung)
.
4.
Hari Khamis minggu lepas, latenight shopping pergi bookshop. Biasalah, ulat buku ( Aik?) Jenuh carik rak sewing, knitting and quilting. Hati dah berdebar sebab kedai dah nak close. Sekali jumpa buku yang sangatlah nak. Berlari-lari anak keluar mendapatkan suami. Sebelum beli, dapatkan restu dulu. Bukan restu boleh beli ke tak (sebab biasanya boleh dengan tak boleh tak ada beza kalau hati dah nak) Tapi restu supaya sama-sama suka walaupon dia tak pedulik pon nak baca buku menjahit tu. Suami kata, OK lah OK lah.
Cuba nak masuk balik dan grab buku tersebut. Alamak ai, boring gila. Kakak kedai tu dah tarik roller shutter tinggal paras lutut je. memang tak bagi masuk dah. Frust. Padahal esok masih ada tapi frust juga. Padahal bukan nak baca buku tu malam tu jugak pon. Malam esok dan malam esok esoknya lagi pon belum tentu nak baca. Tapi frust juga. Biasalah. Dah kalau nak tu, memang.
Tu Khamis. Hari Sabtu jalan-jalan bookshop lain, tak jumpa buku yang sama. Memang kecewa.
Hari Selasa. Pergi bookshop yang sama tapi dekat branch lain. Ada yay! Tapi tinggal satu. Dahlah tinggal satu, kulit terkopek. Hati dah memang nak, terkopek kulit pon, terkopek la. Cantik itu kan subjektif (tetiba) Pergi counter, tanya kakak cashier tu dia ada stock lain yang molek-molek tak? Sengaja tanya, padahal yang terkopek pon tak kisah asalkan dia bagi murah sikit (HAHAHA pandai kau ye)
Dia kata, dekat store tempat lain, ada. Sekarang dia suruh pilih. Nak purchase dari store lain buku yang perfect, atau angkat yang terkopek ini dan murah? Saya tanya, semurah mana? Dia scan harga.

Tu, harga.
Saya bajet, dia bagi $40. Sebab terkopek gam pada cover je.
Tak cacat pon. Buku tak konyok. Tak lunyai.
Dah riang dah, sebab rasa macam dia akan bagi harga $40.
Sekali dia cakap ;
Is $20 OK?
HA-HA. Apa lagi, angkat!
Maka, kelambatan saya telah menyebabkan saya dapat buku best ni dengan harga $20 sahaja. Pasal cover terkopek tu, balik rumah gam. Terus ah perfect. Bukan macam durian dah terkopek tak bisa dicantum lagi.

Ni buku dia.
Kenapa gila kat buku ni?


Sebab boleh bantu budak baru belajar menjolok buah cempedak di luar pagar.
Antara buku ter-detail dan tersenang faham yang saya jumpa setelah belek semua yang ada.
Medina pon ikut sekali belek buku. Tapi dia belek dalam mulut.
Harap semua dapat tauladan dari keempat-empat cerita pendek yang saya bagi ini. Kadang-kadang orang lambat yang untung. Sebab tu kalau ada member lambat kawen, jangan ejek. Jangan perasan best sangat sebab kawen cepat pastu asyik nak tanya orang lain bila nak kawen? Bila nak kawen?
HAHA. Kesimpulan cerita ni sangat berciri tiba-tiba. Sumpah tak sangka malam ini dapat tulis cerita tauladan yang akhirnya membawa kepada pengajaran jangan tanya orang bila nak kawen.
Lebih tak sangka, aku nak cerita pasal beli buku murah tapi dapat ending pasal kawen pulak.
.
.
Siapa nak beli tomato collagen, email saya. Sebab, ada benda tak baik juga kalau dilambat-lambatkan. KAHKAHKAHKAHKAH.




December 22nd, 2010 at 7:18 pm
aku suke ending pasal kawen ko wpun secara tetibe!
hahahaha aku sentap ni org asek tanya bila aku nak kawen
ps: aku cam tak paham camne org menjahit dgn mesin jahit. aku rasa mesin tu cepat la, takleh nak catch up. aku selalu endup benang bersimpul2 setempat. cacat kah?
chika Reply:
December 22nd, 2010 at 7:20 pm
aku tak sangka ending cerita aku macam ini.
Tapi yang terjadi, biar terjadi, jangan delete. HAHA apakah?
Kalau guna mesin slow slow, insyaAllah jahit kau tak jadi. Maka kau harus pecut tatkala menggunakan mesin, barulah menjadi agak cantik dan agak lurus (aku cakap AGAK sebab aku pon masih teragak-agak)
December 22nd, 2010 at 7:25 pm
kesimpulan yg terbaik. endingnya pun terbaik. HAHA.
December 22nd, 2010 at 7:29 pm
aku suke ending entry ko. tepok-tepok. tahniah kerana memberikan cerite teladan yang sgt menarik dan suke nak dibace. org lambat bukan selalu rugi kan?
bagos gak ade kawan suke menjahir. mungkin nanti da kawen(mesti la lambat lagi)ade hati nak belajar menjahit pulak.
kirim salam kat medina dan encik suami.
December 22nd, 2010 at 7:40 pm
kesimpulan cerita adalah yang terbaik..
arabella Reply:
December 22nd, 2010 at 7:50 pm
saya sokong hahah ending yang baik.. :)
December 22nd, 2010 at 8:03 pm
oh….buku best……………….. >_<
December 22nd, 2010 at 8:23 pm
ending berunsur nasihat tuu.. like2! ^_^v
December 22nd, 2010 at 9:05 pm
kes per-1, ke-2 & ke-3 pernah terjadi kat diri sendri.. tp smpai skang tak beli2 pon ke-3 tiga benda tuu.. haaha..ending biar pon merapu tp tak spt kisah penyapu lidi yg seikat tu.. saya single and available yg pandai jahit cross stitch lalalalala….
December 22nd, 2010 at 9:18 pm
awk, sebenarnya kita pun dah lama cari buku jahit yang detail gila macam buku yg awak beli tu. kat malaysia tak banyk sangat la.. kalau ada pun yg simle2 , tiba-tiba ste dia macam lompat-lompat..ada yang dia tak tunjuk.. kalau boleh kirim, nk kirim buku jahit jugak..hehehe…
ainkarim Reply:
December 22nd, 2010 at 9:19 pm
* simle = simple
* ste = step..
hehe..typo error
December 22nd, 2010 at 10:06 pm
selalu dapat idea yg besh ye? wlpun kene ade kegigihan membace ayat pjg lagi berbelit2, tetap nak bc :)
December 22nd, 2010 at 10:15 pm
ending
“Harap semua dapat tauladan dari keempat-empat cerita pendek yang saya bagi ini. Kadang-kadang orang lambat yang untung. Sebab tu kalau ada member lambat kawen, jangan ejek. Jangan perasan best sangat sebab kawen cepat pastu asyik nak tanya orang lain bila nak kawen? Bila nak kawen?
HAHA. Kesimpulan cerita ni sangat berciri tiba-tiba. Sumpah tak sangka malam ini dapat tulis cerita tauladan yang akhirnya membawa kepada pengajaran jangan tanya orang bila nak kawen.”
TERBAIK!
;P
December 22nd, 2010 at 10:55 pm
terbaik lah ending mcm tu
me like it….
December 23rd, 2010 at 2:23 am
suka entry nie. menarik! baca TIGA kali pon tak bosan. even dah tahu ending dia ape. :D
December 23rd, 2010 at 9:09 am
i am ur silent reader sebelum ni tapi hari ni nk mencelah gak….
entry yg agak menarik & byk kali lalui perkara biar lambat asalkan untung..bila nk sgt2 tapi hati taknak beli lagi, so tak turutkan lah perasaan tu…then bila pegi untuk beli lagi, tetiba dh ada discount….
thanks chika 4 this entry…..LOL :)
December 23rd, 2010 at 9:09 am
ending memang terbaik. nanti kalau ada org tanya sy bila nk kwen, saya suruh dia khatamkan entry ni dl hihi.
December 23rd, 2010 at 11:17 am
HAHAHAHA.. dah lama tak gelak panjang bila baca entry chika nie…
best2…
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA (sambung gelak dulu)
December 23rd, 2010 at 1:52 pm
entry yang penuh insight.. saya suka tang bawah sekali, jangan ejek orang kahwin lambat….
setuju2 sebab saya selalu kena macam tue..
December 23rd, 2010 at 3:33 pm
“Siapa nak beli tomato collagen, email saya. Sebab, ada benda tak baik juga kalau dilambat-lambatkan. KAHKAHKAHKAHKAH.”
yg mcm nota di kaki ni pun terbaik jugak! sempat promote! clap! clap! clap!!
December 23rd, 2010 at 3:44 pm
chika…ending menarik giler..giler pun tak menarik mcm ni..haha
mesti entry ni disukai oleh anak2 dara pngitan..ekeke
December 24th, 2010 at 8:59 am
ending yg perfect..hehe..sgt lega….pasni kalo org tanya…leh soh dorang refer pd blog chika..:p
January 2nd, 2011 at 2:18 pm
tip yang baik untuk beli buku ini.
cari yang terkopek hehehe.
harap2 kat malaysia bleh jumpa hahaha
Amin Ledang
http://www.amin007.org
January 16th, 2011 at 6:13 pm
Banyak pengajaran yang terselit daripada kisah buku menjahit ni. Lepas ni Chika boleh buat buku la pulak sebab pandai mengarang.. hehe (gurau je)