Queensland Museum
Siapa suka pergi museum? Siapa siapa, nak tengok sikit. Memang tak kawan ah dengan dia sebab kami tak suka museum. HAHAHAHHA. Kami tak suka zoo. Kami tak suka lawatan sambil belajar kesimpulan dia. Kalau lawatan yang tak belajar biasanya mesti suka. Macam lawatan ke pusat membeli-belah atau lawatan ke kedai makan. Yang itu memang kami suka.
Walaupon sebut KAMI, tapi sebenarnya KAMI tu refer kepada SAYA seorang. Belahan jiwa saya yang satu itu sangat gemarkan lawatan sambil belajar. Iaitu kalau pergi zoo contohnya, mesti nak kena tengok animals presentation dan record apa presentator cakap huh sweat. Tapi setiap pasangan itu mesti ada persamaannya walaupon selalunya asyik tak sama. Persamaan kami, kami tak gemar museum.
Sabtu yang lalu, ibubapa perihatin dan tidak pentingkan diri sendiri ini telah membawa bayi kami ke Queensland Museum yang terletak di Queensland lah. OK sebenarnya terletak di Brisbane City. Orang selalu berkata, tempat-tempat begitu bagus untuk anak-anak dan mereka sukakannya. Jadi, lets go lah.

Walaupun ibunya tak gemar museum, tapi persiapan mengalahkan bayi yang sepatutnya suka.
Saksikanlah video dalam perjalanan ke museum pada pagi Sabtu yang damai itu. Di sini memang begitu. Weekends memang hari yang sangat heaven kalau turun city. Sebab lengang dan senang nak carik parking.
Elmo kini sudah tidak boleh berkata-kata lagi, hanya selepas sekali cucian :(

Medina, Virago dan Dinosaur (punya tulang)
Medina, bila Medina sudah dewasa dan boleh membaca kelak tolonglah jangan bangga sangat bagitahu kawan yang kita pergi bergambar dengan rangka dinosaur yang berciri artifak. Sebenarnya ini rangka tipu saja. Heh apa ni museum pon main tipu. Tapi betullah juga. Takkan tulang sebenar nak expose macam tu saja nanti dicurik anjing kan susah T___T

Walaupon dah tahu ini tulang replika saja, tetap nak bergambar juga dengan tulang dinosaur ini. Sebab tak pernah ada kenangan bergambar dengan tulang dinosaur. Bergambar dengan dinosaur apatah lagi.
Biarlah saya pendekkan cerita ini. Sebagaimana saya tidak berapa nak suka ke museum, seperti itu jugalah saya tak berapa bersemangat nak menulis tentang museum. Terlalu banyak informasi sampai tak mungkinlah boleh masuk telinga kanan, menetap di minda. Memang tak akanlah. Masuk telinga kanan, telinga kiri mesti dah tiup keluar awal-awal.

Dinosaur berbadan jahat tapi muka comel.
So, nak takut ke tak nak takut neh?
Apakah punya dinosaur pakai riben?

Saya percaya. Kalau dibagi ular real pon dia selamba usap-usap, belai-belai, cucuk-cucuk dan cuba makan.

Museum tidaklah sebosan mana kalau anda pandai berlakon dengan patung.

Ye. Berlakon dengan patung.


Dah nak kena telan boleh tertawa lagi.
Itulah bayi yang tak mengerti.
Fuuuu. Teka sekarang museum ni berapa tingkat? 80 Tingkat! Heh janganlah teka over sangat. 4 tingkat sahaja. Tapi 4 tingkat untuk sebuah museum adalah cukup exaggerate la. Macam tak perlulah sampai 4 tingkat. Westfield pon tak sampai 4 tingkat tau. KAHKAHKAH.
Walaupon macam bosan gila dan membawa muka terpinga-pinga, kami tetap menghabiskan lawatan. Pusing ke semua celah yang ada tapi secara laju-laju. Ada satu area saya yang kami tak berapa nak laju. Iaitu di satu tingkat di mana terdapat kumpulan haiwan yang disusun mengikut real live size. Dari yang paling besar ke paling kecil. Walaupon bukan haiwan sebenar, tapi kelihatan sangat benar.

Dari sebesar-besar blue whale, polar bear, singa dan lain-lainnya yang kalau terserempak sumpah terus buat-buat mati sebelum diserang.

Kepada yang bersaiz sederhana dan kecil seperti burung-burung, wombat dan buaya.

Kepadalah yang sangat kecil. Tapi yang kecil-kecil ini pon cukup mentakutkan kita bukan? Terserempak lipas kadang-kala dia punya histeria macam terserempak beruang.
Ketika berpusing-pusing mendidik anak tentang haiwan, suami pon berkata ; Oh, barulah I ingat sekarang kenapa I tak suka museum. HAHAHAHAH sebab museum memang bosan. Tapi kanak-kanak bukan main gembira di dalam museum.




December 21st, 2010 at 8:06 am
museum nih best!!! ader replika ikan paus yang life size kan ?
part tu jer best hahaha
chika Reply:
December 21st, 2010 at 8:17 am
Boleh pulak part tu je best? HAHA
December 21st, 2010 at 9:09 am
better skit kor dari muzium dekat malaysia nie :)
chika Reply:
December 21st, 2010 at 9:32 am
takpela. nanti-nanti i balik malaysia agaknya kena pergi kot bawak anak.
:D
December 21st, 2010 at 9:22 am
At least museum ni lebih banyak benda nak tgk berbanding dengan museum kat kl tu. Haha.
Lagi serius boring. Haha.
chika Reply:
December 21st, 2010 at 9:32 am
museum kat malaysia saya tak pernah pergi kakkkkk.
haha
Amyz Reply:
December 21st, 2010 at 11:40 am
Masa kecik2 je pegi dulu. Rombongan sekolah. Hahahaha.
December 21st, 2010 at 12:11 pm
gamba ko berlakon dgn patung tu sgt tak bole blah ok
muka ko cam lg excited plak dari medina
haha btw koleksi kenderaan lama dia mmg awesome!
chika Reply:
December 21st, 2010 at 1:03 pm
Tu la aku cakap tadi, kata tak suka museum tapi sebenarnya yang over sapa? HAHA.
Aku suka kenderaan lama. Rasa nak own sebijik jalan2 kat countryside. Berangannn
December 21st, 2010 at 12:29 pm
nasibbaik tak pernah pergi lawatan ke museum. saya pun macam chika juga. tak suka lawatan sambil belajar. lawatan sambil shoping or makan memang suka.
oh, medina sgt comel bila “berkata2″… medina, cepat la petah bercakap.
chika Reply:
December 21st, 2010 at 1:05 pm
Eh sebenarnya baru ingat. Dulu masa kecik selalu pegi museum diraja la apa. Yg ada senjata, baju-baju etc. Yang tu laaaaagi seploh kali bosan. HAHA.
Kalau Medina dah petah bercakap, habisla riuh
December 21st, 2010 at 12:36 pm
ceit museum kat Msia lagi la bosan nak mampus kalau pegi boleh mati terduduk sbb bosan sgt hahaha. tp medina sgt talkative and suka sgt main dgn jari dia tu :D
chika Reply:
December 21st, 2010 at 1:06 pm
mati terduduk???
itu perumpamaan yg sangat dahsyat.
December 21st, 2010 at 12:41 pm
eh bestnya muzium boleh amik gambar. biasanya muzium mesti takleh. *ini kesimpulan lepas pegi 2 muzium saja* wink2
chika Reply:
December 21st, 2010 at 1:06 pm
eh jap. sebenarnya tak taula boleh ke tak. main ambik je. tgk org lain pon ambik.
December 21st, 2010 at 12:56 pm
eh kenapa i macam suka pegi museum? hahahaha. hari tu pegi museum diraja dekat kedah. macam sesuatu je. menyeramkan.
eh eh chika u makin cantik dan berseri. sukaaaaa tengok!
chika Reply:
December 21st, 2010 at 1:07 pm
museum diraja oh tolonglaaaa memang seram. cuba gi museum negara. seram gila kot dengan bangunan yg tradisional tu. at least museum i gi ni sgt meriah.
January 16th, 2011 at 6:18 pm
Gembiranya Medina nak pergi muzium.. Cutenya dia bila ketawa & senyum.. :)