Untuk Medina; Sebuah Kegembiraan Yang Ditangisi
… Medina jangan cepat besar sangat tau.
Saya selalu pesan itu pada dia. Pesanan itu dizahirkan atas dasar emosi semata-mata. Sedang sebilangan ibu mahu anaknya cepat membesar - supaya boleh mandi lama-lama, duduk goyang kaki lebih sikit dan senang tak perlu leceh-leceh soal anak kecil. Saya di sini pula sangat berharap supaya Medina kekal menjadi bayi. Supaya saya boleh peluk dia selalu. Cium bau mulut dia saban hari. Tell her everything that she needs to know and she can’t argue or fight back. Give her breastmilk. Shower her. Dukung dia supaya dia rasa selesa dan selamat. Change her nappy. Biarkan dia buat disaster dan tidak boleh menyalahkan dia at all. Everything everthing and everything about her now. I want her to stay tiny and helpless. So that she will always need me.
But time flies.
Setiap hari menjadikan Medina sehari lebih dewasa dari semalam. She is growing! Ye, gembira. No, it hurts lah. Dia bukan lagi seorang newborn. Dia dah ada respon pada surrounding. Dia dah demand for certain things yang dia mahu. She’s less helpless. Sampaikan duduk dalam carseat pon dia dah tak meronta macam dulu. Dia dah boleh settle diri dia. Dia tak akan menjerit meronta mencari saya supaya hadap dia sepanjang perjalanan lagi. Owwwww she doesn’t need me anymore! Bantulah saya. I am in trouble!
!!!!!!!!!!!!!!
Diamlah. She needs me. Jangan menggelabah lah.
Hari ini, saya emotional lagi sekali apabila dia gembira menikmati trolley Woolworths. Saya lihat anak yang saya lahirkan sekecil 2.6 kg tujuh bulan lalu, yang sangat helpless dan tak mengerti apa-apa, sedang excited duduk di dalam shopping trolley. Mulut yang sangat ramah menegur orang secara random. Mengusik semua benda yang ada secara random juga. Malah bergurau makan-makan tudung saya lantas tertawa nampak gusi macam itulah perkara paling jenaka dalam hidup dia.
Saya mahu menangislah.
Satu hari nanti, Medina akan duduk atas kerusi pula tanpa strap. Satu hari yang lebih ke hadapan, dia akan duduk bersandar di atas sofa menyilang kaki. Satu hari yang lebih dewasa kelak, dia akan duduk di dalam kereta dan memandu sendiri. Tidak perlukan saya lagi untuk angkat, letakkan dia dalam carseat dan memperhatikan dia sepanjang perjalanan.
Medina, satu hari nanti Medina akan baca ini mungkin. Jangan mentertawakan Mummy, sebab perasaan ini real. Please please please be my darling baby forever. Please please please tell yourself to always need me. In whatever you do, tolonglah harapkan Mummy to complete at least one part of them. Selalulah perlukan Mummy dan Daddy sebab itu akan buat Mummy berbesar hati. I love you but those lovey-dovey phrase adalah sebaris ayat biasa. Tapi sayang Mummy dekat Medina adalah luarbiasa tau. Luarbiasa bagaimana? Yang itu kena tunggu sampai giliran Medina jadi seorang ibu nanti. By then, you will know how does it feels like but words can’t describe. Ini yang dinamakan fitrah kejadian manusia.
Medina,
Mummy dengan Daddy simpan beberapa foto pertama Medina duduk dalam shopping trolley. This is just a simple moment. Tapi cukup untuk buat Medina tahu, your excitement was somehow touched my emotion. Anak Mummy makin hari makin besar dan makin pandai.
Selain berdoa supaya Medina dapat meletakkan dunia dalam genggaman satu tangan, Mummy juga berdoa supaya Medina menggenggam akhirat dalam satu tangan yang lainnya. Sebab Allah bagi Medina a pair of perfect beautiful hands. Jangan tamak nak bolot dunia dua-dua belah tangan. Dan jangan jadi manusia rugi yang tidak dapat menggenggam apa-apa pon.
Doa yang lainnya, jangan jauh dari ibubapa. Hati dan ingatan mesti ditinggalkan di rumah supaya Mummy rasa diperlukan. Eh sedihlah cerita Mummy ni, I afraid you will skip this part and make fun about this. Malu Mummy tau. Sudahlah, tengok gambar Medina yang comel dan cheeky ini.


Baru Medina duduk dalam shopping trolley Mummy dah hampir menangis emotional.
Maka. Inilah apa yang emak saya rasa.
Oh. Beginilah rasanya.
Walaupon emak saya tak ada blog dan tak pernah tulis benda macam ini dalam blog, tapi terima kasih Ma sebab simpan perasaan sayang yang mendalam buat anak-anak. We need you, Ma. Sentiasa. Ma, doakan hidup kami semua supaya mudah dalam segala urusan dan tidak menjadi anak yang derhaka. Tiada kesenanganlah bagi kami kalau tidak menyenangkan kedua-kedua hati ibubapa kami.




December 16th, 2010 at 11:53 pm
she is growing and beautiful.sedih baca entri ni –> sbb i pn tgh emo kot. but no worries chika, kalo didikan parents ok, i believe insyaallah anak2 akan ok. :P
December 16th, 2010 at 11:54 pm
As Salam Kak Chika..
Nak tny la.. mcm mane nak buat gmbr bergerak-gerak seperti di atas tuh? Nampak menarik =D
December 17th, 2010 at 12:00 am
farah diana loves this very much! *eh. aku plak jadi sama2 emo baca entry nii. rasa nak p peluk mummy skang jugak!*
medina jaga mummy elok elok ye sayang. aunty farah rinduuuuu medina! time medina balik malaysia hari tu sangat tak puas main ngan medina!
and to my dear fren, miss u toooo!! rindu betul zaman muda mudi dulu! haha! *rindu je! tersimpan kemas dalam ingatan. tak mahu ulang sebab nanti dah tak jadi KENANGAN terindah! cewah!*
December 17th, 2010 at 12:18 am
kak chika! sangat sayu bace ini n3.. hopefully medina akan membesar dengan sangat baek, menjadi mujahidah solehah, yang berjaya dunia akhirat. and tq for ur entry, watkan tetibe saya rindukan umi and her pengorbanan..yang sedarkan saya kepayahan ibu besarkan anak-anak… and ur n3 pon satu peringatan untuk reader..tq! and for u, husband and anak (and juga bakal anak-anak), bahagia hingga akhirnye k!
December 17th, 2010 at 12:23 am
aah, cepat nya Medina membesar.
Medina, slow-slow k? Suka tengok Medina masa baby. Adorable sangat!
December 17th, 2010 at 12:29 am
salam
chika,dulu masa saya kecik dan remaja, mak saya pun kadang kala ada emosi sama ada gembira atau sebak secara tiba-tiba. Contoh, hari pertama sekolah, hari saya dan adik-adik duduk secara bergelimpangan depan tv ke tiba-tiba mak saya gembira giler sebab anak dia suma ada depan mata, hari saya berebut benda dengan adik, hari penting seperti bday atau keputusan peksa bagus, hari pertama masuk U,hari konvo.(banyak lagi sebenarnya tapi kena sedar diri, ini bukan belog sendiri). hehehhe.
saya dan angah,selalu rasa itu kelakar, oh my mom so unreasonable and unpredictable. tapi bila dah besar panjang sekarang ini, baru lah nampak betapa kasih sayang mak bapak ini besar sangat.Lebih besar dari kasih sayang anak pada mak bapak kadang kala.Setiap saat anak2x membesar itu berharga bagi mereka.. tapi itulah kitaorang sebagai anak anak kdng kala nak tak hendak, terlepas pandang juga perkara ini..huhu
December 17th, 2010 at 12:48 am
Semoga Medina menjadi seorang anak yang baik, sentiasa ingat asal usul dan kedua ibu bapanya, dilimpahi petunjuk dan keimanan yang tinggi.. Amin… Doa je kak.. Moga2 bila besar pon, sentiasa menyenangkan n menggembirakan akak n husband.. :)
December 17th, 2010 at 1:04 am
[...] » Blog Archive » Untuk Medina; Sebuah Kegembiraan Yang Ditangisi [...]
December 17th, 2010 at 1:23 am
touchingnye baca n3 nie..sob2..ni lah perasaan mak kita kan.smoga medina menjadi ank yg solehah untuk mummy and daddy.ameen;))
December 17th, 2010 at 2:20 am
hohoii kak nurul membuat mata ku bergenang di malam hari, sangat tak seswai. *buat-buat tido*
dun worry kak, anak yang baik akan sentiasa ‘menyusahkan’ ibu bapanya, hehe, macam saya. (positively lah).
December 17th, 2010 at 4:04 am
nmpaknyer, medina kena cari adek beradek nie..hu3
December 17th, 2010 at 5:28 am
ehh..sedihnya baca..huu..medina kene sayang mummy ngan daddy sampai bila2 tau..kejap je dia dah makin besar kan..kasih sayang mak ayah ni org ckp unconditional love,i guess mmg betul pun..mak ayah sayang kita sejak sebelum kita lahir, kita pulak sayang mak ayah lepas kita kenal dunia..kuasa Allah,subhanallah..serius sdih entry ni,dah la mmg tgh rasa helpless+tensen sgt2 and rindu mak..=(
December 17th, 2010 at 7:32 am
natural.penuh dgn kasih syg.
tertunggu-tunggu bila medina nak drop komen kat blog ni..
December 17th, 2010 at 8:15 am
bila anak dh makin besar
gini lah perasaan kita kan. as eisya is turning 8 months this coming 20th, emosi pun macam tak menentu
mmg smua mak-mak akan punya rasa yg sama
December 17th, 2010 at 9:00 am
salam,
kenapa haku pun tumpang emotional neh… adei… sebenarnya indirect msg, entri ne sangat bagus untuk para2 dewasa ne, sila lah p call mak anda SEKARANG dan bagi yang dah lama tak balik rumah, bawak2 lah balik hujung mgu, duduk bergosip dengan mak… kita perlukan mak, dan mak juga perlukan kita…
thanx sis for the reminder…
December 17th, 2010 at 9:04 am
so touching..tetibe teringat mak ayah.huhu
December 17th, 2010 at 9:48 am
Salam. betul sungguh tu. Sekejap saja anak dah besar. Dulu dengar pengalaman orang lain. Sekarang merasa sendiri. Bila tengok gambar/rakaman anak masa kecil, terasa sekejapnya masa berlalu. Padahal anak baru nak menjangkau 6 bulan. Mungkin ini perasaan ibu-ibu kita. Anugerah Allah, kasih sayang yang tak ternilai.Sama-samalah kita berusaha menjaga amanah yang 1 ni di antara yang banyak-banyak lagi. Menjadi ibu paling bertanggungjawab dan terbaik di dunia, untuk anak-anak kita. ^_^
December 17th, 2010 at 9:51 am
takpe chika, nanti medina dah besar skit, u can have another baby, dan perasaan masa mula medina new born dulu akan berulang lg. jgn sedih2 ok, pengalaman dgn medina ini akan ada lg nanti. insya-allah.. :)
December 17th, 2010 at 9:54 am
saya juga nak rasa perasaan diperlukan spt chika!
medina is such a darling ;))
December 17th, 2010 at 10:57 am
i can feel u.
it touches deep inside my heart.
so DEEP.
December 17th, 2010 at 11:45 am
sebaknya entry ni..
teringat parent yang jauh…..
uhhhuu….
sedih ni rindu malaysia plak dah ni..
uisshh
December 17th, 2010 at 12:05 pm
tenkiu chika. tenkiu.
tenkiu for posting this~
sob sob
May ALLAH bless all of us always. amin
December 17th, 2010 at 12:25 pm
chika..bila2 chika free..chika buat la entry pasal barang2 baby yg best..contohnye..breast pump ke diapers ke atau ape2 la yg berkaitan brg2 baby..sebagai panduan utk bakal2 ibu yg tak tau nak beli brand ape yg best dan sedap diguna..chika kan dah ade experience…hehe..tq chika..
December 17th, 2010 at 12:26 pm
I cried reading this. T_T
Nak pgi peluk my mom jap ah.
December 17th, 2010 at 1:11 pm
terharu baca entry,, especially bab doakan medina tu..
December 17th, 2010 at 1:57 pm
sedihnyeeee -______- tak sabar plak nk rase perasaan sendiri.. tak phm cm ne ade org sanggup buang anak ;(
medina besar jangan lupe mummy,daddy k!
December 17th, 2010 at 2:23 pm
sedih baca entry ni… dont worry mummy chika, medina will always LOVE you and her daddy.
December 17th, 2010 at 8:47 pm
a very emotional entry. sedih. but sooo sweet.
almost make me cry. huhu.
December 17th, 2010 at 10:56 pm
hahaha..so funny bila ingat cite mak2 ni..
hari tu kitorg sume thegeh2 pjuk ayh bwk pg night safari (motif sbnr kitorg pn xtau)..bleh plak mak ckp, NO! nnt tdo mgigau (yes, superstitious she is)..kitorg ape lg, gelak sakan la..hello~plg kcik pn dah umo 19taun (yes, jgn kutuk kitorang nk g night safari)..then mak ckp something yang buat gelak kitorang tbe2 sebak..’MAMA ASEK LUPA ANAK2 MAMA DAH BESAR, SELALU INGAT AWAK SEMUA NI KECIK LAGI’..T___T
December 18th, 2010 at 12:40 am
sedihnye bace n3 ni..same la macam i rasa skarang.baby i dah 3 tahun..still breastfeeding sebab tak sanggup i nak stopkan.sebab i rasa tak diperlukam lagi if baby i stop bf.
nanti chika pun akan rasa macam ni bila da sampai masa baby tak nak bf dah.tapi time tu chika dah ada baby baru kot.hehe
December 18th, 2010 at 11:35 pm
sayunya I baca entry ni. nasib baik dekat rumah, nak pergi peluk emak sekarang jugak. kalau kat KL, mau terus menangis nak emakkkk..
terima kasih emak !!
chika, medina is so lucky to hv you as her mummy. and I bet when the time comes, and she read this entry.. she can cry a river.. :)
December 19th, 2010 at 1:11 am
hm…..sedihla entri ni.terbayang wajah mama….
December 20th, 2010 at 1:44 am
so touching! tumpang menangis membaca luahan hati seorang ibu..secara tiba2 saya turut merasainya…huhuuuuuuuuu!!!
January 16th, 2011 at 6:29 pm
So touching… Suka sangat entri ni. “Semoga Medina membesar menjadi anak yang baik, solehah dan tak lupa pada Mummy & Daddy”.. Amin