Resepi Chocolate Macarons Yang Senang

Ini cerita kenangan silam.

Bulan October punya cerita. Waktu itu saya punya semangat mengasapkan dapur sangat bersemarak. Semangat terbakar-bakar. Hari-hari masak. Hari-hari hidang makan. Hari-hari makan. Hari-hari kenyang.

OK kita kena pergi laju-laju sekarang ini. Sebab Domestic Goddess ini punya kerja lain nak dikerjakan. Kali ini saya akan menjadi the real Domestic Goddess yang akan mengajar kamu semua mengasapkan oven. OK sekarang siapa tak ada oven pergi carik oven dulu. Oven lah, bukan Michael Owen T________T

Kali ini, saya tidak akan menunjukkan skill memasak masakan kampung yang bertumis cili bawang belacan pedas berasap keluar bau itu. Kali ini, kita pergi mencuba sesuatu dari Perancis. Yay! Janganlah suka sangat, bukan nak bawa kamu pergi Perancis. Tapi nak ajar buat MACARON. Yay!


Picture googled.

Comel. Dan cantik.
Bukanlah sedap sangat macam nasik lemak punya sedap.
Tapi nampak macam sedap dan geram.
Sebab itu orang selalu menggilainya.

OK resepi.

CHOCOLATE MACARONS.

Ingredients.

  • 250g dark chocolate
  • 250g butter
  • 135ml cream
  • 150g almond meal
  • 240g icing sugar ; sifted
  • 4 egg whites (WHITE tahu, WHITE)

Eh senangnya ingredients dia! Memang senang. Method pembuatan pon senang. Tapi hati-hati. Its actually quite tricky.

Method.

  • Pre-heat oven to 140C
  • Line a baking tray with baking paper.
  • Masukkan chocolate dan butter in a bowl bersama-sama.
  • Masakkan cream (panaskan) dalam saucepan, dan cream yang panas tu curahkan ke dalam bowl yang mengandungi chocolate dan butter itu tadi.
  • Biarkan all the mixture (chocolate + butter + cream) selama 5 minute. Let them rest. Mereka penat.
  • Selepas about 5 minutes dibiarkan mixture itu berehat, gaul mereka bagi bersatu. Gaul betul-betul. Supaya bersatu teguh. Supaya terhasil campuran coklat cair yang sungguh exotic nyum nyum. Jangan makan dulu. Biar dia sejuk pada room temperature.
  • Sediakan piping bag (size 11) dan ketepikan dulu.
  • Ambil satu lagi bowl. Campurkan almond meal dan icing sugar.
  • Whisk telur putih (pukul telur putih) kasi kembang betul-betul. Nak tahu macam mana kalau dia dah kembang? Dia menjadi sangat putih dan berbuih pekat. Ahhh you know what I mean.
  • Gaulkan kesemua almond meal + icing sugar + egg whites yang dah dipukul tadi kasi bersatu teguh. Sampailah menghasilkan satu mixture yang tebal.
  • Masukkan campuran almond meal + icing sugar + egg whites ini ke dalam piping tube. Pipe the macarons dalam baking tray molek-molek. Biar kemas dan dalam satu line yang tersusun. Paling penting, buatkan dalam size 20sen.  Ada cara sebenarnya nak pipe dia. Boleh belajar dari Masterchef (I pon dulu dapat tahu benda alah macarons ni dari Masterchef. Merekalah yang ajar cara nak pipe. Itupon masih terhegeh-hegeh nak buat. Memang messy dan agak mencabar)
  • Bila macarons punya skin tu dan terbentuk bulat dan cantik, masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan tadi. Bake dia selama 10 minit hingga 15 minit (atau mengikut kepandaian kamu untuk adjust) Pandai-pandailah nak pusing tray ke apa untuk dapatkan macarons yang masak secara menyeluruh.
  • Untuk check, samada macarons kamu dah ready atau tidak, masukkan satu biji skin ke dalam fridge selama one minit. Kalau dia sudah betul ready, it should be crunchy on the outside, and soft in the centre (thats the beauty of macaron I guess) Biarkan dia sejuk on tray,
  • Barulah pipe pula chocolate yang sudah kita siapkan awal-awal tadi ke atas one side of the skin. Dan stick together with another side of the skin. Sandwich dia.
  • Dust with icing sugar atau cocoa powder atau milo atau apa-apa powder (tapi bedak powder janganlah) ke atas macarons kamu supaya nampak lebih cantik.

Senang memang senang. Tapi mengambil masa yang sangat panjang. Dari petang sampai ke tengah malam kami suami  isteri bertungkus lumus membuatnya. Agak menguji kesabaran. Tapi bila akhirnya mendapat hasil yang boleh diharap, gembira bukan kepalang.

Mempersembahkan, hasil kami :

Tada!

.

.

.

.

.

OK bukan yang ini.
Memang tak mungkinlah kami buat jadi perfect macam ini.

Our macarons are …

.

.

.

.

.

This ones!

Tidak begitu perfect.

But the texture was there (eceh). Cruchy on the outside, and soft inside. Dan rasa dia, boleh mengalirkan air mata. Tak sia-sia bersengkang mata sampai ke jauh malam sampai lembik lemah longlai masing-masing.

I know you can do better!
Apalagi?

Macarons memang makanan comel. Sampai rasa sayang nak makan. Kalaulah kelak anda mencuba resepi ini dan hasil kerja kamu bukan sikit punya perfect, mungkin kamu tak sampai hati nak makan. Tapi tak apa. Kalau rasa macam tak sanggup nak makan, kamu jadikan …

… pendant pada necklace kamu.

Comelnya.

.

pictures googled.

Recent Entries

23 Responses to “Resepi Chocolate Macarons Yang Senang”

  1. Masy Says:

    hahahahah sabar jelah. dah penat2 masak pastu takmo makan, pi buat loket lak eh? HAHAHAHHAHAHAHA

    chika.. suapkan akak. yg betul2 kaa bkn yg loket tuuuuuuu

    chika Reply:

    Kalau buat loket, semua orang boleh tengok betapa comelnya macarons yang kita buat. Kalau makan, dah habis dah. Tak ada siapa yang boleh nampak lagi T___________T

  2. sil Says:

    Nampak sangat sedap. Dahla tengah lapar sekarang jadi chocolate macarons telah jadi faveret nombor 1 secara tiba2.

    chika Reply:

    Kalau tengah lapar tak berapa best makan macaron. Kena makan nasik lemak :P
    HAHAHAHA.

  3. jum Says:

    aduh..dgn rasa hati yg sungguh malu..sy nak bertanya satu hal dapur yakni mengenai oven..[saya budak baru masuk dapur lately..]

    mutakhir ni,sy byk tgk2 resepi buat cake etc yg ada hubung kait dgn oven..byk resepi tlis ‘pre-heat oven bla bla’. adakah ia bermaksud, kita switch on oven, pusing2 degree die, lpstu biar. dan dlm keadaan oven tu ada api2 kiri kanan tu, kita buka penutup die? dan masukkan kek dll.kemudian biar or pusing2 apa yg patut?susah nak cakap dgn bahasa dapur..sori..[stress lagi skali,saya budak baru masuk dapur dan rumah baru memiliki oven dan emak sy pun belum pernah rasmikan oven.klu sy tersalah dan oven tu rosak,bergempitalah rumah..]

    betulkah sebegini rupa cara guna makhluk bernama oven?

    chika Reply:

    OK ni ikut kefahaman I la kan.
    Pre-heat oven tu bertujuan nak bagi oven tu mencapai temperature yang kita nak. Sebab biasanya oven kalau kita set dia ON, dia taklah terus mencapai temperature 140/200/220 atau apa2 temperature yg tinggila. Thats why kena preheat.

    How to pre-heat (pon ikut kefahaman I sendiri), ready kan oven tu. Takde apa dah dalam oven. Set dia ikut temperature yg kita nak guna. Tutup door dia. And then, tunggulah around 15 minit ke apa. And then baru guna. Something like that. Saya pon tak sure sgt

    jum Reply:

    baik. saya rasa saya faham sikit.
    terima kasih!

  4. Amyz Says:

    comel la. sayang nak makan. hahaha.

    chika Reply:

    memang sayang. Sebab itu saya cadangkan buat loket :P

  5. kak moon Says:

    okeh.. kena cuba neh… hahaha…

    chika Reply:

    Silalah cuba. Jangan lupa kongsi hasil :)

  6. Liyana Lunia Says:

    kakak chika, tolong buat warna biru dan pink peliss?

    chika Reply:

    Yang tu cikgu belum ajar.
    HAHAHAHA

  7. jum Says:

    saya dah buat!terasa bangga betul.terime kasih kerana ramai puji saya hari ni.haha

    p/s: tp sedih tp lawak,disbbkan sy tertidur,bila macarons tu dah siap,mak yang bawak keluar lalu dihidangkan di meja sekeping2 mcm gitu je. dan dicecah dgn jem strawberry dan kaya.adeh…ape2pun,perasaan ttp hepi.sbb adik2 sume tgk dgn takjub. nk buat yg colour mcm mn?

  8. princesspisang Says:

    dh lame tringin nak buat bende ni..macaron asal dr europe kn?heee

    chika Reply:

    Ye. Dari Europe. Dari France.
    Cubalah buat. Mesti jadi :)

  9. saraa Says:

    sodapnyaa !
    esok nak kena buat nh hehehe

  10. Tina Says:

    nice first attempt! :)

  11. sys Says:

    akak,cream tu cream pe ye??whipping cream ke??akak guna brand pe??

  12. ermilia Says:

    Hahaha, saya ingat awal2 td hasil maracon awak..sbb sgt cantik dan saya teruja nak buat.. bila scroll ke bawah..hahaha..tp sy tahu..agak susah juga, bila sy baca blog org lain..ada yang berkali2 cuba utk jadi prefect..tahniah utk awak, kerana mencuba..saya blom tahu bila lagi nk buat maracon..maracon ramai yg minatkan…

    chika Reply:

    HAHA bertuah sangatlah kalau saya punya cantik camtu. Saya punya yang leper tu :P

  13. syura Says:

    waahhh..cubaan

  14. rohaya Says:

    buat suspen je…best pulak bila buat surprise mcm tu

Leave a Reply