Sudah hampir 2011. Bagaimanakah masa berterbangan? How time flies?
Untuk itu, terimalah deretan foto yang langsung tak ada kena mengena dengan 2011 atau apa-apa yang berkaitan akhir tahun atau awal tahun. Terimalah. Kalau tak boleh terima, tak apa T__________T
Bila saya bagi dia makan, dia akan cakap dah-dah-dah-dah-dah as in ‘sudah’ tapi hakikatnya belum sudah. Sebenarnya nak minta lagi dan please cepat, Mummy.
Bila sedang Facetime dengan Nek Ma atau Tok Abah, baru saja grandparents dia cakap Hai Medina, dia terus dah-dah-dah. Macam nak suruh sudahlah.
Untuk semua benda, dia mengucapkan dah-dah-dah-dah. Sangat comel sebab lidah dia macam tergeliat. Macam susah sangat nak sebut dah. And, thats what 6 or 7 months old babies blabber lah kan. Suka mendengarnya.
Hari ini, saya dapat record.
KAH KAH KAH.
Dia kalau duduk, memang stabil. Tapi kalau dia rasa nak landing tu, dia main landing tidak kira orientasi. Mujur ada cushion. Dan tempat dia kini, mesti dalam kawasan selamat. Iaitu yang tidak ada objek berbahaya, dan di atas padded mat. Macam quilt, tilam atau carpet. Dikhuatiri dia buat pendaratan melulu atau head banging. Sekarang juga dia terlalu eager untuk berdiri. Anything yang boleh support dia untuk berdiri, dipautnya. Macam kotak. Malah, bed rail juga. So, can you really control your baby? Yes, you can. Supervise dia setiap masa. Memang letih. Tapi kena. Tak boleh cuai. Langsung. Kecuaian sesaat boleh merundung malang. Allah forbid.
Tidaklah. Dah-dah-dah-dah tidak beerti sudah. Ia hanya sejenis bunyi-bunyian (yang comel).
Orang cepat kadang-kadang rugi. Saya akan berikan contoh kepada beberapa situasi. Tapi contoh-contoh ini sangat materialistik sebab yang tak materialistik punya, susah nak ingat.
1 .
Masa itu dah pegang dah peluk dah rasa macam hak sendiri seluar berkenaan. Tinggal nak bayar saja. Lepas siap bayar, sepenuhnya seluar tersebut milikku *keluar awan bekepul-kepul tengah berangan. Tapi takdir kadang-kadang punya ketentuan yang berbeza. Lagi beberapa tapak nak sampai ke counter pembayaran, hati tetiba suruh letak balik seluar berkenaan. Sebelum letak, kubelek lagi. $39.90. OK lah nak letak sekarang. Atas sebab yang tidak pasti kenapa. Tapi memang rasa nak letak. Rasa macam eh aku malaslah nak pergi bayar dan beratur hari ini aku nak letaklah. Padahal keinginan untuk beli memang dah membakar. OK lah letak. Terus blah.
Esok datang situ lagi jalan-jalan. Masuk dan kali ini tekad, nak belilah. Tetiba terpaku. Harga sudah drop. $10. Terus capai 3. Apa engkau tidak menjadi sangat gembira di situ?
.
2.
Adek lelaki berlari pecut kalau Watson Nyambek (so yesterday lah woi) tengok pon menggigil lutut. Sampai depan pintu kedai kasut tersebut, hampa. Dia punya hampa, lebih hampa dari hilang cincin yang awek bagi (apakes kau ni perempuan bagi cincin pula? ) masa berenang tengok ikan bibir merah dekat White Water World. Kakak dia yang tengok pon rasa hampa adek dia kecundang depan kedai kasut pada jam 5 petang. Kesian dia dah nak sangat kasut tu tapi brother kedai tu kerek sangat nak tutup jugak padahal yadayadayada (kena cut sebab membebel sangat malas orang nak dengar) Terlambat satu minit barangkali. Kecundang. Balik rumah. Sekali nampak dekat internet kasut yang sama. Harga jauh lagi rendah. Harapan dikembalikan. Muka glow balik terus beli online.
Boleh nampak?
.
3.
Dah lama nak beli cardigan tu. Tapi setiap kali nak beli mesti macam malas. Rasa macam nanti ah, nanti ah. Sebenarnya pemalas nak beratur bayar. Kalau beli terus bawak balik rumah nanti bayar online tak apa jugak. Pastu terus tak terbeli-beli. Tetiba pada satu hari yang cerah, dia cakap clearance. Ambik baju tu dua $15. Macam selalu dapat berjimat kan? (Ceh tetiba cakap pasal jimat, tak sesuai langsung)
.
4.
Hari Khamis minggu lepas, latenight shopping pergi bookshop. Biasalah, ulat buku ( Aik?) Jenuh carik rak sewing, knitting and quilting. Hati dah berdebar sebab kedai dah nak close. Sekali jumpa buku yang sangatlah nak. Berlari-lari anak keluar mendapatkan suami. Sebelum beli, dapatkan restu dulu. Bukan restu boleh beli ke tak (sebab biasanya boleh dengan tak boleh tak ada beza kalau hati dah nak) Tapi restu supaya sama-sama suka walaupon dia tak pedulik pon nak baca buku menjahit tu. Suami kata, OK lah OK lah.
Cuba nak masuk balik dan grab buku tersebut. Alamak ai, boring gila. Kakak kedai tu dah tarik roller shutter tinggal paras lutut je. memang tak bagi masuk dah. Frust. Padahal esok masih ada tapi frust juga. Padahal bukan nak baca buku tu malam tu jugak pon. Malam esok dan malam esok esoknya lagi pon belum tentu nak baca. Tapi frust juga. Biasalah. Dah kalau nak tu, memang.
Tu Khamis. Hari Sabtu jalan-jalan bookshop lain, tak jumpa buku yang sama. Memang kecewa.
Hari Selasa. Pergi bookshop yang sama tapi dekat branch lain. Ada yay! Tapi tinggal satu. Dahlah tinggal satu, kulit terkopek. Hati dah memang nak, terkopek kulit pon, terkopek la. Cantik itu kan subjektif (tetiba) Pergi counter, tanya kakak cashier tu dia ada stock lain yang molek-molek tak? Sengaja tanya, padahal yang terkopek pon tak kisah asalkan dia bagi murah sikit (HAHAHA pandai kau ye)
Dia kata, dekat store tempat lain, ada. Sekarang dia suruh pilih. Nak purchase dari store lain buku yang perfect, atau angkat yang terkopek ini dan murah? Saya tanya, semurah mana? Dia scan harga.
Tu, harga.
Saya bajet, dia bagi $40. Sebab terkopek gam pada cover je.
Tak cacat pon. Buku tak konyok. Tak lunyai.
Dah riang dah, sebab rasa macam dia akan bagi harga $40.
Sekali dia cakap ;
Is $20 OK?
HA-HA. Apa lagi, angkat!
Maka, kelambatan saya telah menyebabkan saya dapat buku best ni dengan harga $20 sahaja. Pasal cover terkopek tu, balik rumah gam. Terus ah perfect. Bukan macam durian dah terkopek tak bisa dicantum lagi.
Ni buku dia.
Kenapa gila kat buku ni?
Sebab boleh bantu budak baru belajar menjolok buah cempedak di luar pagar.
Antara buku ter-detail dan tersenang faham yang saya jumpa setelah belek semua yang ada.
Medina pon ikut sekali belek buku. Tapi dia belek dalam mulut.
Harap semua dapat tauladan dari keempat-empat cerita pendek yang saya bagi ini. Kadang-kadang orang lambat yang untung.Sebab tu kalau ada member lambat kawen, jangan ejek. Jangan perasan best sangat sebab kawen cepat pastu asyik nak tanya orang lain bila nak kawen? Bila nak kawen?
HAHA. Kesimpulan cerita ni sangat berciri tiba-tiba. Sumpah tak sangka malam ini dapat tulis cerita tauladan yang akhirnya membawa kepada pengajaran jangan tanya orang bila nak kawen.
Lebih tak sangka, aku nak cerita pasal beli buku murah tapi dapat ending pasal kawen pulak.
.
.
Siapa nak beli tomato collagen, email saya. Sebab, ada benda tak baik juga kalau dilambat-lambatkan. KAHKAHKAHKAHKAH.
Hari terakhir sebelum pulang ke Brisbane. Flight malam. Jadi siangnya masih merayap-rayap melihat apa yang patut.
Pagi-pagi sudah bersiap keluar.
Di hadapan hotel yang kami tinggal.
Sebenarnya kami booked dua hotel. Bertukar-tukar. And the second one tu sangat tidak menggembirakan. Compare to the first one yang sangat best. Tapi tak apa pon. Bukan datang nak menikmati hotel. Cuma nak tidur dan mandi saja. Tapi tak boleh lupa this one incident happened masa kami duduk the second hotel. The room was very small. Husband tried to turn on the TV. Either it was quite tricky to turn on that old TV or we actually kena register for permission ke apa, tak tahulah. Oh, boy! Poor room. Tu satu hal. Tiba-tiba, fire alarm berbunyi tengah-tengah malam (or was it pagi-pagi buta?). Tak tahulah apa kami dah buat, but we were very sure, WE triggered the alarm. Ya Allah, buat kecoh satu hotel OK. Tapi tak ada siapa tahu pon LALALALALA. Pihak hotel mungkin tahu room mana yang trigger alarm tu, tapi as long as semua guests lain tak tahu, OK lah tu. HAHAHAHA. Sweet memory la kan?
Tunggu tram.
Medina kena bungkus dalam pouch. HAHA Daddy ada pouch and Medina macam Joey.
Sebenarnya, memang teruk jugaklah hari tu. Tak tahu nak ke mana sebab tak berani nak berjalan jauh-jauh. Takut ada aral melintang di tengah jalan, habislah kami terlentang tak dapat kejar flight pulak. Jadi kami ke Harbour Town. Memang macam loser la jugak pergi Harbour Town. Setakat nak pergi Harbour Town, Gold Coast pon ada dan lagi best. Namun, tetap rasa berbaloi sebab dapat makan.
Sesuatu yang sangat best tentang Harbour Town Melbourne dibandingkan dengan Gold Coast. Dekat Melbourne ni ada a few halal restaurant. Kalau dekat Gold Coast, balik Harbour Town mesti kena makan seafood la jawapnya sebab memang tak ada kedai halal kecuali …. kebab *boring*
There is one restaurant dalam Harbour Town tu bernama Chili Padi. Tapi kedai ni macam ada konflik identiti kot. HAHA . Nama dia Chili Padi. So akan rasa macam kedai Malaysia? Nyonya? Or something like that. Tapi masakan dia adalah berkonsep Japanese. Tapi dalam versi rendang dan ala-ala masakan Melayu. Ah, never mind asalkan dapat makan. Japanese rendang pon, japanese rendangla labu.
Bento set.
Bento yang mengandungi : Rendang, satay, nasik, japanese salad, dan buah peach.
Baiklah memang agak konflik.
Tidak ingat exactly nama dia.
Roasted chicken dengan salad, nasi dan seaweed.
Tapi sedap.
Walaupon macam konflik dan tak tahu nak klasifikasikan sebagai kedai apa ni, tapi sebenarnya makanan dia not bad.
Siapa suka pergi museum? Siapa siapa, nak tengok sikit. Memang tak kawan ah dengan dia sebab kami tak suka museum. HAHAHAHHA. Kami tak suka zoo. Kami tak suka lawatan sambil belajar kesimpulan dia. Kalau lawatan yang tak belajar biasanya mesti suka. Macam lawatan ke pusat membeli-belah atau lawatan ke kedai makan. Yang itu memang kami suka.
Walaupon sebut KAMI, tapi sebenarnya KAMI tu refer kepada SAYA seorang. Belahan jiwa saya yang satu itu sangat gemarkan lawatan sambil belajar. Iaitu kalau pergi zoo contohnya, mesti nak kena tengok animals presentation dan record apa presentator cakap huh sweat. Tapi setiap pasangan itu mesti ada persamaannya walaupon selalunya asyik tak sama. Persamaan kami, kami tak gemar museum.
Sabtu yang lalu, ibubapa perihatin dan tidak pentingkan diri sendiri ini telah membawa bayi kami ke Queensland Museum yang terletak di Queensland lah. OK sebenarnya terletak di Brisbane City. Orang selalu berkata, tempat-tempat begitu bagus untuk anak-anak dan mereka sukakannya. Jadi, lets go lah.
Walaupun ibunya tak gemar museum, tapi persiapan mengalahkan bayi yang sepatutnya suka.
Saksikanlah video dalam perjalanan ke museum pada pagi Sabtu yang damai itu. Di sini memang begitu. Weekends memang hari yang sangat heaven kalau turun city. Sebab lengang dan senang nak carik parking.
Elmo kini sudah tidak boleh berkata-kata lagi, hanya selepas sekali cucian :(
Medina, Virago dan Dinosaur (punya tulang)
Medina, bila Medina sudah dewasa dan boleh membaca kelak tolonglah jangan bangga sangat bagitahu kawan yang kita pergi bergambar dengan rangka dinosaur yang berciri artifak. Sebenarnya ini rangka tipu saja. Heh apa ni museum pon main tipu. Tapi betullah juga. Takkan tulang sebenar nak expose macam tu saja nanti dicurik anjing kan susah T___T
Walaupon dah tahu ini tulang replika saja, tetap nak bergambar juga dengan tulang dinosaur ini. Sebab tak pernah ada kenangan bergambar dengan tulang dinosaur. Bergambar dengan dinosaur apatah lagi.
Biarlah saya pendekkan cerita ini. Sebagaimana saya tidak berapa nak suka ke museum, seperti itu jugalah saya tak berapa bersemangat nak menulis tentang museum. Terlalu banyak informasi sampai tak mungkinlah boleh masuk telinga kanan, menetap di minda. Memang tak akanlah. Masuk telinga kanan, telinga kiri mesti dah tiup keluar awal-awal.
Dinosaur berbadan jahat tapi muka comel.
So, nak takut ke tak nak takut neh?
Apakah punya dinosaur pakai riben?
Saya percaya. Kalau dibagi ular real pon dia selamba usap-usap, belai-belai, cucuk-cucuk dan cuba makan.
Museum tidaklah sebosan mana kalau anda pandai berlakon dengan patung.
Ye. Berlakon dengan patung.
Dah nak kena telan boleh tertawa lagi.
Itulah bayi yang tak mengerti.
Fuuuu. Teka sekarang museum ni berapa tingkat? 80 Tingkat! Heh janganlah teka over sangat. 4 tingkat sahaja. Tapi 4 tingkat untuk sebuah museum adalah cukup exaggerate la. Macam tak perlulah sampai 4 tingkat. Westfield pon tak sampai 4 tingkat tau. KAHKAHKAH.
Walaupon macam bosan gila dan membawa muka terpinga-pinga, kami tetap menghabiskan lawatan. Pusing ke semua celah yang ada tapi secara laju-laju. Ada satu area saya yang kami tak berapa nak laju. Iaitu di satu tingkat di mana terdapat kumpulan haiwan yang disusun mengikut real live size. Dari yang paling besar ke paling kecil. Walaupon bukan haiwan sebenar, tapi kelihatan sangat benar.
Dari sebesar-besar blue whale, polar bear, singa dan lain-lainnya yang kalau terserempak sumpah terus buat-buat mati sebelum diserang.
Kepada yang bersaiz sederhana dan kecil seperti burung-burung, wombat dan buaya.
Kepadalah yang sangat kecil. Tapi yang kecil-kecil ini pon cukup mentakutkan kita bukan? Terserempak lipas kadang-kala dia punya histeria macam terserempak beruang.
Ketika berpusing-pusing mendidik anak tentang haiwan, suami pon berkata ; Oh, barulah I ingat sekarang kenapa I tak suka museum. HAHAHAHAH sebab museum memang bosan. Tapi kanak-kanak bukan main gembira di dalam museum.
1) Iklan untuk January dibuka sekarang. Murah. Tak percaya sudah 2) Anak saya asyik mahu berdiri dan rajin berlatih berdiri sendiri. Atau dalam kata lain, berdikari. Tapi ini berdikari jenis yang membimbangkan hati ibu. Bukan berdikari yang buat ibu senang hati punya 3) Percaya tidak, snow turun pada musim summer? 4) Cuaca sangat tidak baik. Tetapi berbaik sangkalah kepada cuaca 5) Facebook saya dah full, jangan cuba tambah. Tak akan membawa anda ke mana-mana 6) Sedang fikir nak buka blog lain untuk faedah yang lain harap maklum 7) Oh sudah letih tapi … 8) Kalau berkudrat lebih, akan datang lagi hadap blog sebab anak yang sepatutnya dihadap sudah tidur.
Sekarang musim hujan. Berdoalah ;
Allahuma Shayiban Naafi’a
Ya Allah, semoga lebat dan bermanfaat.