IKLAN INI BERBAYAR. MELEKAT 48 JAM.
(Entry terbaru, scroll down please)
Hai semua perempuan bertudung!
Petang tadi, berbual topik tudung dengan skuad twitter (memang seKUAT twitter mereka tersebut). Mula-mula cakap tentang keseronokkan membeli-belah tudung di Malaysia. Memang seronok sangat sampai rambang mata. Ikutkan hati nak beli 80 helai sekaligus tapi tak bolehlah kan nanti kopak Ringgit Malaysia kami. Malaysia memang cemerlang. Baru setahun saya tak balik, dah wujud 365 (angka tidak benar) jenis tudung baru yang saya tak tahu pon sebelum ini. Topik tudung ini akhirnya membawa kepada konklusi ; KAMI SUKA TUDUNG MURAH TAPI STYLO.
Ha, suka tak?
Ingat lagi. Semasa saya kecil (sekitar awal 90-an) penggayaan tudung tiga segi bermanik-manik sarat dan berjuntaian sangat diminati ramai (termasuk saya sendiri, bangga menggayakannya) Pastu pakai semasa pergi mengaji siap pakai brooch. Haih, kenangan manis yang sebenarnya buat malu. HAHA. Kemudiannya, muncul tudung segiempat yang dilipat menjadi tiga segi. Dan fenomena ini akhirnya membawa kepada kewujudan tudung bawal. Memang kita semua pon tidak faham kenapa bawal yang kena.
Err bawal? So yesterday OK.
Sekarang orang dah tak main bawal dah (tapi bawal goreng garing garing sangat sedap) Sekarang ini, dunia semakin laju menyebabkan semua kita pon kena menjadi manusia laju. Sampaikan nak pakai tudung pon kena laju-laju. Sebab itulah tudung seperti di bawah ini menjadi kegilaan ramai. Ia mudah, kemas dan tentunya laju ;
TUDUNG BATIK.
CANTIK.
MENARIK.
TERTARIK.
Seperti biasalah. Kalau saya, mesti pilih hitam dulu. Sebab tudung hitam adalah kegemaran saya. Cantik kan? Black and white make a perfect combination. Boleh dipadankan dengan apa-apa warna baju pon. Baju hijau boleh. Baju hijau pucuk pisang boleh. Baju hijau lumut boleh. Baju hijau cair pon boleh. Eh jangan bingung. Bukan sahaja rona hijau (dasar peminat hijau kau ni tau). Rona biru kuning oren dan sebagainya pon pasti sesuai dengan hitam dan putih. Tak percaya, cubalah beli. Pastu boleh suai padan depan cermin anda. Beli beli beli. Hanya RM22 diSHAWLNURFA.
Chika, kami tak suka hitam. Kami suka pink, sebab kami remaja funky.
Pink pon ada.
Pink dan hitam pon ada.
Kalau warna kegemaran kamu tidak terpilih untuk digayakan di sini, jangan kecik hati. Bawalah diri akan ke SHAWLNURFA, pasti rona kegemaran kamu ada di sana.
Bukan itu saja. Fashion tudung yang sedang in trend pon ada juga. Shawl gipsi anting-anting namanya. Gembira untuk dimaklumkan, tudung gipsi merupakan tudung kegemaran saya ketika ini! Kenapa saya suka tudung gipsi ;
Tak payah iron. Kalau iron juga memang kerja orang kelakar. Sebab dia merupakan tudung untuk generasi malas pegang seterika. Oh, malas sangat eh! Nah, terimalah tudung berkedut secara semulajadi! Seronokkan hidup ini? Dahlah boleh pakai tudung laju-laju, tidak perlu iron pulak tu.
Terdapat anting-anting yang enhance your style! Tak tak. Bukan beli shawl ini percuma anting-anting T____T Pada hujung shawl, terdapat anting-anting yang membuatkan tudung jadi berat dan nampak jatuh. Maka, tak perlulah kamu pin sana sini untuk stabilkan tudung.
Jenis cotton yang tidak panas dan mudah dipakai.
OK sorry sebab asyik tunjuk yang hitam. Kalau kamu tak mahu tengok hitam, tahu kan mana nak pergi? Pergi SHAWLNURFA lah. Berapa kali harusku bilang?
Dan pink juga.
Chika ni boringlah. Asyik tunjuk hitam dengan pink je.
Maka, apalagi? Silalah ke SHAWLNURFAuntuk melihat aneka pilihan warna dan gaya yang lainnya. Tiru macam saya INI :p Lebih menarik, harga yang ditawarkan oleh SHAWLNURFAadalah berpatutan. I get mine way much pricey dari tempat lain T___T rugi rugi. Untuk koleksi lainnya, boleh mengikuti FACEBOOK SHAWLNURFA di SINI.
Hai, yang belum bertudung! Mungkin sekarang dah tiba masanya untuk bertudung. Kenapa tidak? Bertudung pon stylo, babe! Bertudung pon boleh beranting-anting juga :P
Hai. Kembali. Dengan perasaan kehilangan yang mendalam.
Hari ini sangat sunyi. Kembali ke Brisbane pada pagi Ahad semalam. Jauh dari keluarga. Suami kembali bekerja. Anak demam selsema yang agak membimbangkan. Semuanya memurungkan.
Tak dapat tulis banyak sebab sebak.
Cuti saya sudah habis. Sekarang kembali bekerja. Kerja-kerja menunggu untuk dikerjakan. Selain kerja rumah yang sudah sekian lama tidak dibuat (sebb selama ini memang betul-betul punya bercuti, goyang kaki kiri kanan sampai anak pon dah lama tak mandikan. Semua orang lain buatkan. Naik lemak. Patutlah macam dah berisi sikit badan. Kalau lagi lama duduk Malaysia, insyaAllah boleh jadi King Size badan ini) kerja iklan juga begitu banyak tertangguh.
Eh sedihnya rasa. Nasib baik ada facetime. Boleh facetime tak kira waktu dengan keluarga di tanah air. Medina pon boleh dengar suara Tok Abah nyanyi lagu nasyid agak aneh tapi Medina suka itu. Boleh juga mendengar timangan Nek Ma yang hanya boleh didapati dari seorang nenek yang rock sahaja. Dan tak ketinggalan, suara riuh rendah pakcik-pakciknya yang suka teriak tak kira masa. Sampai Medina nak tidur, nak susu pon susah sebab asyik kena sergah. HAHAHA.
Malam semalam, berbalas mesej di Facebook dengan Abang Jazlan. Beliau photographer wedding saya dulu. Mulanya niat nak menjemput beliau dan keluarga ke kenduri korban kami malam esok, akhirnya berubah menjadi jemputan photoshoot. Sangat menggembirakan bukan kepalang HAHAHA. Katanya fully sponsored. Keriang berganda di situ.
Jam 1.30 petang, di Taman Tasik Ampang Hilir. Nostalgik. Di situlah tempat saya beriadah waktu kecil dulu. Tasik itu yang saya panggil e-lombong dulu. Where ‘E’ stands for ‘air’. Whatever. Tasik itulah yang saya tuju dengan anak jiran saya dulu sampai tak pulang-pulang hingga senja mengakibatkan emak hilang arah. Emak buat report kepada semua tetangga anaknya hilang. Kecoh sekampung. Bila saya pulang ke rumah, memang nahas. Sampai usia 24 tahun ini pon saya ingat lagi the punishment yang saya dapat. Meninggalkan kesan abadi.
Dulu shoot saya dan suami sempena upacara perkahwinan kami. Kali ini, shoot baby kami pula.
Ada lebih 300 gambar. Anda fikir saya perlu menyertakan kesemua 300 gambar? Itu gila nama dia. Maka, ini sahaja buat masa ini. Gambar-gambar selebihnya akan ditayangkan sebagai modal pada waktu terdesak kelak. Atau mungkin akan disimpan menjadi pekasam.
Seronok dapat jumpa Abang Jazlan dan Kak Yati lagi. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi shoot Medina. Terima kasih sebab masih ingat pada pengantin ini. OK memang malu mengaku diri pengantin heh malulah sikit. Kalau kamu mencari photographer yang sporting, fun, sopan, beradab dan menjaga tatasusila pengantin Islam, boleh mengubungi Ismail Jazlan. InsyaAllah, sesi photography kamu akan diselitkan sekali sesi solat. Bukan apa. Pengantin ni kadang-kadangnya skip ‘sewaktu dua kewajipan’ sempena majlis Raja Sehari.
Maka.
Pada hari bahagia kamu kelak, ingatlah. Jangan skip solat (terutamanya Asar) sebab sibuk dengan majlis dan sayang make up, mesti lalai bab solat. Bila hari outdoor photoshoot pon begitu juga. Kalau dapat photographer yang pandai stop untuk sesi solat, alangkah baiknya. Bukan kah?
//
Hari ini rumah saya dipenuhi sanak saudara. Esok menyambut Aidil Adha. Berkumpul di rumah ibubapa saya semuanya. Ada kenduri doa selamat pada waktu malam. Jemput datang.
//
Jam 8 malam tadi, dinner di Restoran Tupai Tupai, Bangi dengan Kak Reena (my SIL) Sukaaaa! Tupai Tupai adalah sedap. Tupai goreng tepung. HAHA geli. Tak tak. Buffet steamboat dia memuaskan tummy. Sukalah restoran tersebut.
//
Semalam :
Salon.
//
Semoga ibu mertua yang mengerjakan haji dikurniakan kesihatan yang baik di Tanah Suci. Semoga dapat mengerjakan haji yang mabrur. Amin.
SELAMAT MENYAMBUT AILDIL ADHA, KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA DALAM BARAKAH ALLAH KITA INI HENDAKNYA.LA TAHZAN. MARI BERGEMBIRA.
Program cuti-cuti Malaysia kami sangat padat. Sampai penat. Hari-hari penat. Hari-hari perut padat HAHA. Perut yang gembira. Bila pulang ke Malaysia, perut bergembira. Makanan di sana sini. Rambang mata rasa nak terkam semua. Semalam husband buat statement ; Dah tak banyak masa ni. Kita dah terlambat. Banyak lagi benda kita belum makan ni! LOL. Kesian tak?
Semalam jumpa kawan husband saya, Azwan. Dengan isterinya Sha and Baby Tuah! Jumpa di The Gardens, Midvalley.
Azwan dengan Sha datang Gold Coast tahun lepas. Masa tu sama-sama pregnant.
Sekarang sama-sama membawa anak.
Anak gadis dan anak teruna.
Nur Medina & Tuah Zulkarnain.
Medina dapat pisang. Habis tak boleh berhenti suap. Kalau tak dia mengamuk teruk-teruk.
Tuah. 5 bulan. Tuah ni mula-mula diam je. Lama-lama, dia tunjuk vokal. HAHA. Comel. Bulu mata melentik tau.
Terima kasih Azwan dan Sha sebab ajak jumpa. Thanks belanja makan.Sha looked great :)
Berjalan-jalan Midvalley sehari suntuk. Ramainya orang. Sebab weekends. Kalau dekat Brisbane, hujung minggu city lengang. Boleh tango dekat tengah-tengah jalan (OK acah je) Tapi dekat Malaysia, sangat meriah. Orang Malaysia memang kaya raya sebab setiap hari pon mall penuh berasak-asak. LV pon sesak macam Vincci dah aku tengok sampai kena tunggu lama gila to be served. Betapa tingginya taraf hidup rakyat Malaysia ini ye. Australian pula lebih gemar riadah. Park sentiasa meriah sepanjang minggu walaupon pada weekdays. Sampai malam-malam pon orang beriadah.
Makan makan makan.
Telah mencuba Popeyes. Not bad.
Sekian entry malas yang ditulis laju-laju sebab tak sabar nak makan mangga rangup depan mata ini.