Six Setengah Month Check Up
Appointment dengan paediatrician selalu buat saya yang terlebih-lebih gembira. Be it paediatrician, midwives, GP doctor or even registered nurse sekalipon, saya mesti excited. Suka nak bawa anak pergi check up. Saya rasa, semua mummy pon macam tu. Betul? Excited nak tahu kemajuan anak. Nak tahu kesihatan anak. Is she doing fine et cetera.
Semalam, appointment Medina dengan paediatrician dia at 4pm seperti biasalah. Kalau dulu saya buat antenatal checkup masa pregnant pon, mesti dalam waktu-waktu tu. Supaya husband available. And then saya boleh bawa lari suami ke rumah selepas itu. Kalau tidak, sampai meleret-leretlah kerja dia.
Semasa menunggu, bermain-main dengan Medina.

Dan seperti kebiasaannya juga, mesti nak main teka-teka dengan husband. Siapa teka berat dengan panjang Medina paling hampir. HAHA.


Uuuuuu Daddy, tingginya saya!
OK.
Untuk rekod. Medina sekarang ini mencapai berat sekitar 7.15 kg. Tidak banyak bertambah dari bulan lalu. Tapi itu perkara biasa, menurut pengetahuan saya. Bayi pada usia-usia ini memang dah tak gain berat laju-laju dah. Dan Medina adalah sepanjang 67cm. Average and doing good. Head circumference dia mencapai percentage 75% which is doctor claim, sangat above average. Medina nampak lebih fit nowadays. Tidak semontok dulu dan alhamdulillah, tidak terlalu slim.
Medina sangat lasak. Macam bayi-bayi lain seusia dia lah. Tak reti diam. Sentiasa ada benda yang dia aim. Makin besar, makin bossy. Makin cengeng dan asyik nak berdukung. Dia boleh melalak teruk-teruk kalau dia rasa saya sedang nak bangun menjauhi dia. Padahal saya nak pergi on kipas. Hek eleh Medina!
She’s a happy baby. Mudah senyum. Senyummmmmm saja kerja dia. Bangun tidur, senyum. Terpandang saja muka saya, senyum. Nampak benda best boleh sumbat masuk mulut, senyum.
Yo Gabba Gabba masih menjadi kegilaannya. Kira kalau tengah tunjuk perasaan pon, boleh terpaku kejap tengok DJ Lance. Her favorite thing now is my gipsi scarf. Dia suka anting-anting hujung scarf tu. Kalau saya pakai scarf tu, dialah yang paling bahagia. Her favorite toy is my laptop. Kalau tak bagi dia boleh menangis merah padam muka. Akhirnya saya tumpas dan terpaksa bagi dia guna laptop. Memang selambayaya dia meniarap atas keyboard. Memang ngeri tapi apa nak buat. Asalkan dia bahagia.
Kebolehan lain ; Dah boleh duduk without support. Cuma belum pandai duduk sendiri. Doctor kata, dah nampak ready dan ada tanda-tanda nak merangkak anytime soon. Sangat berminat usap-usap muka orang. Sebenarnya baby buat macam tu as part of her learning process. Dia belajar nak imitate kita. Wording yang keluar dari mulut dia dah bberbunyi macam-macam. Huyeay! Oh. She loves everything in the dressing table. She likes to see me siap-siap in front of the mirror. And then dia akan perhati sambil senyum-senyum tengok saya mekap ke apa. Husband cakap ; Habis. Medina dah nak jadi macam you. HAHA my junior is on the way, everyone! Seronoknya. There you are, babygirl.

Our bossy little princess.
.
Gembira dikurniakan bayi cantik ini (maaf puji anak sendiri) Tapi kan dah cakap, memuji anak sendiri memang kerja emak. HAHA




November 30th, 2010 at 9:39 pm
comelnya reben medina. Alhamdulillah, dia membesar dengan baik. insya Allah, dah besar nanti, jadi anak yang bijak. amin. :-)
November 30th, 2010 at 10:01 pm
Comelnye Medina! Medina xpayah pakai blusher, lipgloss and eyeliner. Cause she got the natural beauty from you .
Geram nak cubit pipi Medina!
November 30th, 2010 at 10:02 pm
MasyaAllah anak you comel n cantik sgt.
Alhamdulillah.. Happy for you Nurul.
Hope to get to see the both of you next month. :)
November 30th, 2010 at 10:26 pm
comel. hrp anak sy nt pon secomel itu. amin!!
December 1st, 2010 at 10:09 am
biarlah kan chika…puji anak sendiri cumil pom…mmg cumil pommmmmmmmm tak salah…..ekekekeke
December 1st, 2010 at 9:29 pm
saya dan adik saya selalu cakap, Medina ni seorang bayi yang saaangaaatttt cantik! Kak Chika, Medina memang dalam kategori cantik memandangkan saya dan adik suka sangat meletakkan seseorang bayi tu dalam sesebuah kategori sebagai comel, debab, dan sebagainya.
Dan…ye. Medina seorang bayi yang CANTIK!. Alhamdulillah. hehe :)
December 3rd, 2010 at 12:17 pm
besaunya reben!..hahah