Menghadapi Anak Demam Merupakan Ujian.

Dah pulang ke rumah 6 hari. Tapi hati tersangkut dekat Kuala Lumpur lagi. Hari-hari rasa macam tak ada hati. Sampai nak buat apa pon tak ada hati. Memang sah, hati saya tersangkut dekat Kuala Lumpur. Kalau ada siapa-siapa rajin, tolong ship hantar sini.

Bagasi yang di depan pintu, masih di depan pintu. Nampak sangat macam memang tak ada hati nak terima kenyataan yang sekarang kami sudah pulang ke rumah. Kena hadap house chores yang makin dibuat makin banyak. Tak percaya, kau tengok ni. Kalau hari ini kita buat laundry, maka hari ini akan bertambah kain untuk dilipat. HAHA memanglah tak kelakar. Bukan merungut. Cuma biasalah. Orang tengah tak ada hati memang macam ni.

Dapur belum sekali pon diasapkan. Hari-hari bantai makan roti yang tak sesedap Gardenia (Gardenia memang the best tak ada siapa boleh pecut dia. Oh bangga. Heh tak payah banggalah bukan keluarga kau punya kilang roti pon) Hari-hari minum milo panas campur susu segar sejuk. Apakes pulak nei minum milo panas campur susu sejuk? Habis, rasa dia panas ke sejuk? Ishk apa nei janganlah tanya, pergi buat sendiri tengok. Ternyata sedap. Sikit lagi nak sama sedap dengan milo percuma yang lori milo bagi di sekolah-sekolah itu. Ya Allah. Milo tu memang sedap ah macam tipudaya.

Tu cerita dapur. Belum lagi saya bukak cerita almari Medina yang macam tengah clearance sales dekat Giordano. Bergelimpangan macam kena kirai semasa jualan murah longgok-longgok. Engkau fahamlah kan, kalau jualan murah macam mana tabiat manusia kirai baju sampai macam apatah jadi dia. Macam itulah wardrobe Medina. Ni pon bukan salah siapa. Salah Medina sendiri. Sejak dah tahu dia ada mobility ni, dia suka masuk dalam wardrobe dan dengan sekali kibas je, bergelimpangan semuanya. Tambah lagi satu kerja saya. Terima kasih, anak. Anak yang pandai memang macam ini. Buatlah lagi. Tak apa. Mummy punya kerja memang menghadap Medina. Nanti bila ada chance Mummy sambung buat Masters in Medina Management. OK?

Dekat KL memang busy pergi sana pergi sini rasa tak cukup kaki. Jumpa orang ni jumpa orang tu sampai ramai orang akhirnya tak terjumpa-jumpa jugak. Memang tak ada rezeki, janganlah kesal. Balik Brisbane pula, anak tidak sehat. Menjadikan kesebukkan saya berlipat kali ganda.

Sebaik tiba di Coolongatta Airport pada pagi Ahad lalu.

Mata dia berair saja. Bukan berairkan tangisan. Berairkan air demam. Hingus meleleh tak henti-henti. Paling membimbangkan, dia buat projectile vomiting beberapa kali sebelum balik Brisbane tu. Masa dekat rumah Nek Ma dia, dia project muntah dia lepas susu yang panjang. Habis lencun baju saya bermandi muntah. Tapi kalau dah namanya anak, mandi muntah anak pon rasa macam mandi bunga. Heh betul ke nei? Betul. Kalau ada chance, cubalah.

Badan dia panas. Hidung dia flu teruk. Batuk berkahak. Nafas berbunyi. Dan paling buat saya dengan husband risau tak tentu hala tu sebab dia muntah habis setiap kali lepas susu. That could be a sign of infection ke apa. Takut infection kat usus ke apa lah kan. Flight at 9 pm. Dia jadi macam tu around 4 pm macam tu. Buatnya dia terus tak boleh  menyusu dan asyik muntahkan susu (MUNTAH ye, bukan MUAK), dia boleh kena tahan ward. Kalau kena tahan ward, habis stuck kami kat KL (memanglah best sangkut lagi dekat KL tapi kenalah wise sikit. Husband banyak kerja etc) And then, dia dapat green faeces. Yang green faeces tu dah berlaku lebih kurang tiga minggu dia dekat Malaysia.

Tok Abah dan Nek Ma dah kelam kabut macam dunia ini sedang berputar (padahal memang dunia berputar KAHKAHKAH hey, sudahlah tu)

Tak lama tu, dia nampak OK. Beberapa kali cubaan menyusu yang berjaya. Tok Abah dia lapkan badan dia dengan kain basah. Eh, gembira pula Si Medina ni dapat main air. Siap masuk berdiri dalam besen. Macam bukan dia yang shower Mummy dia dengan  muntah tadi. So, husband jumped into conclusion yang Medina mungkin viral infection. Tapi yang buat dia muntah balik tu bukanlah sebab masalah usus ke apa (Ha kau, sampai ke usus kitorang teka) tapi sebab dia terlalu banyak kahak. Hidung dia tersumbat dengan flu. Dia tak dapat bernafas ikut hidung, maka adalah susah untuk dia menyusu. Pak Ngah Haikal pergi belikan nasal aspirator. Tahu pulak tu dia. Dan kahak yang banyak tu buat dia muntah. Sebab akhirnya, dia muntahkan kahak kuning-kuning belaka. Dan membawa kepada kelegaan. At least dia nampak lega sampailah kami naik pesawat (pesawat pon pesawat lah labu)

Dalam pesawat, dia kelemahan. Tapi Medina tetap Medina. Busybody tetap busybody. Dia intai passenger kiri kanan dan tegur-tegur orang. Anak I kan friendly. But we can tell through her face lah yang dia tak sehat. Mata dia nampak sangat penat. Pon semangat lagi nak main. Hinggalah dia tertidur berkali-kali. Dan sekali daripadanya, dia telah membuat muntahan padu ke atas seluruh tudung dan baju saya sampai habis lencun. Saya nangis OK. Taklah. Bukan nangis sebab tudung lencun nanti malu orang cium bau pelik ke apa. Nangis sebab kesian sangat tengok anak macam itu jadinya. Pedulik apa saya baju saya lencun dengan muntah ke apa. Muak anak is the new perfume for mummies ye.

Orang selalu cakap, kalau anak tak sehat ni kita jadi penat dan bercelaru sebab dia asyik nangis je. In my case, lain pula. Medina masa dia tak sehat, dia sangat quiet. Tak ada nangis-nangis. Cuma muka dia boring saja. Letak dalam stroller, dia diam. Letak dalam cot, dia diam. Padahal, inilah benda-benda yang boleh buat dia mengamuk sakan. Sampai kami jadi susah hati. Kami mahukan Medina yang active dan garang! HAHAHA. Sangat pasrah, senang diurus dan quiet. Membuatkan kami rasa tidak biasa. The real Medina bukanlah begitu. Dalam kata lain, bila dia demam dia mudah dijaga sebenarnya. Tapi kami sakit jiwa tengok anak tak sehat. Ia lebih kenapa kepenatan mental rather than penat badan ke apa.

Muka boring.

Sampai Brisbane, terus jumpa GP. I didn’t like the GP. My husband did. Saya tak suka doctor tu sebab dia kata tak ada apa-apa dan muka dia sangat selambayaya lantas berkata ; Tak ada apa. Cuma perkara biasa. Mungkin infection. Tak prescribe ubat pulak tu. I was hoping for ubat-ubatan macam yang saya dapat masa saya kecik bila demam. Saya komplen lah cakap tak suka doctor tersebut. Husband saya kata, dia suka doctor tu. Doctor tu professional, baguslah, betullah etc. Dia kata hanya doctor yang tak bagus dan tak berwibawa saja yang suka bagi orang ubat itu ini. Baiklah T____T Saya tak ada background in medicine. Saya cuma rakyat kebanyakkan ( Huh? Cakap macam ini macamlah suami aku berdaulat beraja ke apa LOL) OK OK never mind. Saya dibesarkan dalam suasana biasa di Malaysia, bila tak sehat pergi klinik, doctor bagi ubat. Ubat demam dapat. Ubat selsema dapat. Ubat batuk dapat. Ubat sakit tekak dapat. Sampai ORS pon dia jual juga padahal cuma air larutan garam. Apa-apalah. Blame me not lah kan. Dekat sini, rupanya semua ubat tu merupakan ubatan terlarang dikalangan doctor. Tak boleh prescribe.

Balik rumah, ambik nasal spray dan spray dalam hidung Medina. Guna nasal aspirator saja untuk keluarkan hingus dia. Pasal kahak tu, tak tahu nak kena buat apa. Cuma boleh bergembira sakan bila Medina muntah keluar kahak. Rasa macam geram sangat dengan kahak tu. Dan bagi paracetamol. Itupon husband kata takyah bagi, tapi saya kata nak bagi jugak boleh? OK lah, bolehlah bolehlah dia kata. Husband saya kata, dia tak risau apa sangat cuma risau kalau Medina tak boleh menyusu dengan baik.

Teruslah husband busy asyik main nasal aspirator dan saya pula bekerja di bahagian milk supply. HAHA. Terus dan terus bagi susu sehabis boleh. Sebab hanya dengan susu ibu yang boleh bantu dia. I try my best. Ada sekali dua tu, dia muntah jugak. Dan sebenarnya elok jugak dia muntah keluarkan kahak.

Hari Isnin, satu hari suntuk saya berdua dengan Medina. Saya tak boleh buat apa langsung sebab kena dukung je dia. Tapi nasib baik dia tak melalak tak tentu arah ke apa. Dia masih main. Cuma dia tak berapa nak senyum. Husband pulak balik lambat sebab last minute kena admit patient la apalah. Tak dapat nak pergi jumpa doctor lain.

Hari Selasa, suami balik kerja saja, kami terus keluar. Carik GP sana sini sampai gila dibuatnya. Semua klinik tutup at 6pm. Husband akhirnya tak ada pilihan lain, call healthline. Dia consult patient menerusi talian telefon saja. Sebabnya kami dah menggelabah malam tu badan Medina panas sangat. And in the end, kami dinasihatkan samada pergi Mater Hospital terus, atau call doctor datang rumah.

Husband saya dah memang awal-awal rasa lemah gila bila disuruh pergi hospital. Kalau pergi hospital waktu-waktu malam macam tu, ada chance sampai ke pagilah kami punya turn baru dapat jumpa doctor. Kena tunggu sangat lama. Silap-silap boleh histeria kita ni sebagai mak yang kena tunggu sikit punya lama padahal anak dah demam panas sangat. Tapi saya cakap, saya sanggup tunggu. Still, husband kata tak berapa idea yang bagus. Nanti dalam pada tunggu-tunggu tu, buat Medina bertambah meragam dan jadi tak selesa. Lebih elok bagi dia rest dekat rumah elok-elok.

Akhirnya, we called a doctor suruh datang rumah. Tak sampai sejam macam tu, doctor sampai. Kami dah kepenatan dan yang paling teruk, kepala dan penat sangat carik klinik secara kelam kabut.

Doctor yang ini saya suka. Dia pon samalah kan macam doctor lain jenis yang tak rasa benda macam ni serius. Dia kata, baby mesti demam. Itu perkara biasa. Dan perkara biasalah jugak bagi emak-emak ni jadi terlebih sakit jiwa tengok anak demam. Kan? Dia kata lagi, mungkin viral infection. Cuma perlu antibiotic. Dia prescribe antibiotic sahaja.

Saya cuba tanya macam mana dengan selsema dan batuk anak saya yang macam teruk tu. Dia kata, dia tak boleh prescribe any medicines. Sebab ubat batuk atau ubat selsema adalah tidak perlu dan tidak terbukti perlu. Terus dia kata lagi ; This is Australia, not Malaysia. We don’t simply prescribe medicine to patients. He is a muslim. Maka, diakhirilah dengan ucapan ; InsyaAllah your baby will be fine. Don’t worry. She’s actually look fine.

Sempat jugak saya tanya soalan yang memang ah nampak sangat saya ni jenis ibu yang over dan paranoid sangat. Saya tanya, ada tak sign macam whooping cough? Heh betullah kan soalan saya ni. Zaman sekarang ni jangan dibuat main sakit yang sikit-sikit tu. Husband dah senyum dah. Sebab dah argue dengan dia dah sebelum tu pasal whooping cough. Husband cakap Medina dah dapat vaccine, insyaAllah dijauhkan Allah dari penyakit tu. Doctor tu pon cakap benda yang sama. Dan saya pon lega.

Tentang faeces Medina yang hijau pon, semua doctor tak rasa itu benda serius. Dan ternyatalah, memang bukan benda serius apabila saya dapat discover cara nak atasinya sendiri menerusi internet. Heh. Memang betullah. Bila jadi emak ni, sensituif sangat pasal anak.

Memang magik. Balik saja doctor tu, kami terus pergi farmasi nak beli antibiotic. Lepas makan antibiotic, in no time kan, Medina terus gembira dan menjerit sakan dalam jumperoo. Senyum dan tunjuk aksi macam biasa. Erk? Ni ternyata bukan sebab ubat. Tak akanlah ubat tu berkesan secara tetiba. HAHAHA. Nampak sangat, Allah yang Maha Penyembuh. DIA yang bagikan sakit. DIA yang bagi penawar jugak. Cuma perlulah bersabar dengan dugaannya.

Ini sememangnya dugaan yang sangat mencabar buat kami sebagai parents. Kali pertama anak demam teruk. Mungkin tidaklah sehebat mana dugaan ni dibandingkan orang lain. Tapi itulah. Benar bila emak saya selalu cakap. Kalau anak demam, rasa nak pindahkan sakit anak tu ke kita.

Hari Rabu, terus sehat alhamdulillah.

Hari Khamis, terus jadi Superbaby kau.

The Real Medina is back!

Habis. Dia kembali seperti sediakala. Demanding. Jangan berani letak dia kat cot, tengok dia punya marah tu. Dan suara serta jeritan keterujaannya menguasai rumah ini. I am the happiest mum in the planet!

Ya Allah, jangan bebankan kami dengan bebanan yang tidak mampu kami pikul Ya Allah. Sesungguhnya Engkau menduga kami, dengan apa yang kami mampu. Engkau Maha Mengetahui. Alhamdulillah, Medina dah sehat. Cuma batuk dan selsema sikit-sikit. InsyaAllah dia akan recover soon :)

Recent Entries

21 Responses to “Menghadapi Anak Demam Merupakan Ujian.”

  1. Masy Says:

    alhamdulillah… dah sihat pun medina ye. muka pun mcm dah ready nk musnahkan barang je tu ha hahahahahhahahaha

  2. izzahfarhana Says:

    adeh boleh pulak bergenang air mata. over plak.Alhamdulillah dh sihat Medina. Budak2 kecik ni kesian kalau sakit.

  3. myrabunny Says:

    uishhh..tomel2nyee dgn superbaby pnye baju itu…haishh!!

  4. amira Says:

    chika, saya ni antara org yg didugaNya sbb tiap bulan anak saya demam. sehingga dia umur setahun, dia demam lebih dari 12 kali. siap chikenpox sudah. masya allah, hebatnya dugaan. tapi saya tahu Dia menyediakan sesuatu yg baik utk kita atas tiap dugaanNya. Saya akan ckp dgn diri sendiri ‘tak apa, kecik2 dia sakit, nanti besar dia takkan sakit dah’..btw, tiap kali anak demam, saya akan tanggalkan semua baju dia, tinggal diaper je then bila dia dah tido, saya balut bdn dan kepala dia dgn kain basah. suhu mmg cepat turun. tp kt aussie taktau ler leh wat camtu ke tak sbb kt sana sejuk..kiss to medina, dia sgt adorable, love her big eyes..

  5. The NuruL Says:

    fuh…kelam kabut hidup bila anak sakit. agaknya aku nnt macam tu lah agaknya. beza sungguh muka medina time tak sihat dengan yang last tu. nampak muka sangat gagah dan garang. hahaha.

  6. zirconia Says:

    alhamdulillah. happy to hear medina dah sihat.

  7. fika79 Says:

    tersenyum baca entry ni..akak dulu pun masa anak kecik phobia giler..demam skit jer akak lari pergi klinik..tak puas hati tak baik, akak pergi pakar lak..haha..pakar paed tu dah tersenyum jer everytime nampak muka akak..lawak sungguh..siap pernah bawak dia pergi klinik kat singapore sbb 2minggu tak baik2 cirit birit..
    dahla anak akak tak blh makan antibiotik sbb allergy..
    tapi tula, bila anak sakit ni mmg kita akan rasa stress..bukan stress sbb kena layan dia, tapi kesian tgk dia..dahla dia tak blh nak cakap sakit apa..tapi thats common thing..style kata doktor, kalau anak awak tak sakit, dah besar nanti dia tak kuat sbb dia tak build antibody towards sakit dia tuh..anyway, alhamdulillah Medina dah sihat:-)

  8. aizar Says:

    Alahai,kesiannye tgk muke die tak sehat. Kalo tgk muke die nanges kluar air mata pon dah sebak,kalo saket.Ya ALLAH ,memanglah kesian sangat..Sorry Auntie cannot send u to airport dan tak melawat for the last day. Tapi takpe on,I’ll come to visit you okay??Hope Medina sehat2 selalu..

    And for my fren,keje umah mmg takkan abes. HAHAHA, da umo mcm ni,aku br rase ape perasaan mak2 kite kalo dorang takde hati nk buat keje2 umah..Heheh..Chaiyok2 ok?Jage diri..

  9. bear Says:

    kak chika,
    macam ni rupanya prasaan mak bila anak sakit ye…patutla Allah mengangkat tinggi darjat seorang ibu
    saya teringat dekat ibu yang tak jemu bawak saya yang sejak kecil sakit kulit pergi jumpa doktor – alternatif, biasa – macam2 usaha. eczema saya kecik2 dulu teruk, bila ibu cerita balik macam mana dia jaga saya bergenang air mata dia…dalam diam saya bersyukur dapat emak yg tak pernah putus asa & saya pula tak begitu ingat macam mana sakit tu.. sekarang masih ada cuma alhamdulillah tak teruk macam dulu :)

  10. Shaqirah Says:

    Medina is a very strong baby. Dari cara Chika cerita nih, dia tak cranky banyak pun masa demam. Behave lagi. Kebanyakan baby kan macam menangis siang malam bila demam teruk macam tuh. Medina sangat kuat.

    Macam nih rupanya perasaan ibu bila anak sakit. Huhuhuhuhu.

    Good girl, Medina. :)

    chika Reply:

    Alhamdulillah dia tak cranky banyak. Ada jugaklah merengek-rengek tu, tapi dia senang settle masa dia demam.

    Shaqirah Reply:

    Actually nih first time tau jumpa baby yang sangat tak cranky macam Medina nih. Baca dari cerita Chika, dia sangat behave, sangat friendly. Susah nak jumpa baby macam nih.

    Suka sangat dekat Medina bila tengok dia macam easy baby. Best! tak jumpa pun dah boleh sayang, apetah lagi kalau jumpa, mesti susah nak lepas. Hehehehehhe.

  11. Amyz Says:

    Tapi still kasihan pada Medina muntah byk2 kali. Hadoi. Kalau akak pon, mesti menangis tgk penderitaan anak. ewah. mcm derita sgt je. tak adalah. maksud akak, mcm kasihan gila. sebab dia tak dpt ckp apa yg dia sakit. mana dia sakit. kita pula tak dpt nak tolong. aduh. memang mencabar dan menginsafkan..

  12. nisa Says:

    milo lori milo tuh mmg sedappp.kenpa bile beli yang lam kotak tak sesedp ittew

  13. rizzar Says:

    sayu jer tgk muka sakit dia tu mata berair2… tp bila tgk muka dah sehat cam power puff girl rasa nak cium2 jer.. ishhkk nak cium anak org pulak.. medina be strong ye medina sgt sopan.. auntie suka laa wpon tgk medina kat blog mummy jerr.. muah!

  14. schult Says:

    In Malaysia pon, ubat batuk/selsema takkan dibagi pada kanak-kanak less than 2 y/o, sebab it will cause inhibition in growing of pead. So please, cakaplah dekat doc Aussie bukanlah Malaysia main hantam je bagi semua ubat. Kecualilah beli dekat luar. Memanglah tu under OTCs.

    The ONLY drug will be given is paracetamol

    Sekadar sharing :)

    chika Reply:

    Tapi last time I balik Malaysia, baby I dapat je ubat batuk dengan ubat flu. Doctor yang bagi. And then ada reader I bagitahu jangan bagi kat baby etc. Terus I stop. I think its quite tricky to understanding which one is OK and which one is not. Ye la. Tak semua parents yang faham medicine.

  15. schult Says:

    Doctor GP ke?

    Kalau kerajaan usually kami (pharmacist) tak bagi.

    chika Reply:

    You’re right, my husband said. Government hospital mmg tak bagi kalau in malaysia. But private clinic, did. Sebab dorang memang jual ubat. Government hospital tak jual ubat, tak ada gunanya dia prescribe ubat yg tak terbukti berkesan dan buat tambah kos government je.

    Here in Aussie, both government n private practice tak prescribe ubat tu. Sebab private clinic kat sini tak ada the right untuk jual ubat. So tak ada guna jugaklah dia prescribe ubat yang tak perlu tu. Thats the case la. And fyi, ubat batuk ubat selsema tak dibagi untuk adult pon.

    Conclusively, (in my opinion) semua ni jadi bila clinic tu objective dia nak jual ubat. I think, kat Malaysia pon sepatutnya tak benarkan klinik klinik swasta jual ubat dalam klinik. Doctor should only prescribe je. Takleh jual.

    Anyway, thank you for sharing :) Nice discussion ey. Tapi actually I bukanlah faham sgt pasal what happen in medicine field and what happen in hospital punya issue ke apa :)

    schult Reply:

    HEHE hopefully if pharmacist win the dispensing right, that thing could be implemented. Tapi entah. Dunia kan nak kaya je sentiasa. Eh bukan. MANUSIA.

    So it depends samada that professional can be ethical or not. :)

    Welcome. Apa yang ada share sama-sama. At least orang Malaysia tahu what’s the scenario ;)

  16. jum Says:

    salam.
    syafakillah.semoga baik2 kembali.

    baca entry ni dgn mak ada kat sebelah.
    selalu baca blog kak nurul dgn mak.

    tadi mak ckp(mak ckp,sy tulis sini haha):
    ha tgk..mcm ni la perasaan seorang mak.
    kalau pasal anak,tulis panjang2 pun tak terasa pnjg sbb perasaan mak-mak ni tak terukur kepanjangannya.

    haha sy pun tak fhm apa mak sy ckp tp blhla buat2 faham.
    tapi bace entry ni mmg terasa betapa besarnya jasa ibu =(

    ni la kot entry terpnjg dlm blog akk yg sy penah bc(sy jns malas membaca).hehe

    btw,semoga baik2 shj semua.=)

Leave a Reply