Bila Mummy Pula Sakit?
Bila anak tak sehat, kita ibu jadi sakit jiwa tak tenteram perasaan. Sampai tak ada mood nak buat apa-apa. Sampaikan kalau disuruh buat wishlist, dari nombor satu sampai nombor terakhir pon tulis ; NAK ANAK KEMBALI SEHAT.
Bila kita sendiri tak sehat?
Semalam saya OK. Memang OK sebenarnya sehari suntuk bermain dengan Medina melakukan aktiviti indoor. Menjelang malam selepas Maghrib, kami ke Westfield Carindale untuk mencukupkan syarat hidup pada minggu ini iaitu latenight shopping on Thursday night. Aktiviti mesti. Kalau tak buat rasa macam makan nasik tak bubuh kicap. Ha kau. Betapa besarnya pengaruh kicap sampai balik Brisbane pon bawak kicap berbotol T_____T Siapa suruh product Malaysia sedap sangat. Kipas Udang, tiada tandingan.
Eh, kicap keluar sekarang!
Semasa sedang giat merambang mata pilih baju baby, tetiba perasaan berasa kurang enak. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem endokrin (heh kau ni main sebut je tau) OK OK gurau je. Rasa tak sedap badan. Kaki macam menggigil dan sengal sendi secara tiba-tiba. Tekak pon sakit bukan kepalang. Mood terus hilang. Terus pergi bayar dan membawa kaki mencari jalan keluar dari mall (Ceh konon. Padahal memang dah pukul 9 malam, kedai dah melabuhkan tirai semuanya).
Dalam kereta, rasa tak sabar nak henyak badan atas katil. Medina pon dah tidur atas pangkuan ibunya sungguh syok eh macam tilam VONO. Saya pula rasa lain macam sangat sangat. Rasa yang susah untuk diungkapkan OK tak apalah takyah ungkap.
Masuk rumah, naik ke bilik laju-laju dan terus …
Oh gelapnya dunia.
Saya pejam mata, dan shut down kepala lutut badan otak sendi semua dah shut down. Eh scarynya. Memang scary. Saya rasa macam sedar tak sedar. Saya tahu saya ini HOT. Eh tak boleh terimalah ayat tu. Please lah. Maksud saya, badan saya rasa sangat panas. Sendi-sendi kaki dan tangan terutama pangkal peha tu rasa sangat sakit berdenyut-denyut. Semua bunyi rasa sangat jauh. Dalam kata lain, lebih mudahlah kalau saya cakapkan sahaja bahawa saya dah tak berapa nak sedar. Saya cuma mahu tidur dan rest in peace. Err. Maksud dia, berehat dengan aman. Bukan mati maksud dia. Engkau ni pon. Cabai kang.
Selepas itu …
Entah. Saya tidur dalam kesakitan. Apa yang sakit sangat tak tahulah. Disebabkan saya antara sedar tak sedar, saya merasakan seperti saya sedang meracau. Mungkin sebab badan panas sangat. Secara tak semena-mena juga telah menangis sedih macam rasa terbiar ke apatah.Husband datang bagi ubat dan bawa air segelas. Minum. Selepas itu demand perhatian.
Hari ini, bagaimana pula?
Hari ini hari mamai. Semuanya macam slow motion. Sendi-sendi semua sakit. Mood tak berapa nak baik tapi baik hati. Sehingga saat dan ketika inipon, saya berasa tidak sehat dan memerlukan perhatian serta rawatan rapi. Bukan kena masuk ICU maksud dia. Maksudnya … Eh sudahlah tu, aku tak bermaksud apa-apa.
Disebabkan tadi dah claim diri baik hati, sekarang nak bagi anda tonton video Medina pada hari kejadian demam. Video ini dirakamkan sebaik sahaja Medina mendapat dose pertama antibiotic nya. Sekelip mata berubah. Terus jadi sehat bila dibagi main malam itu.
Alhamdulillah. Perasaan saya semasa merakamkan video ini sukar digambarkan. Sangat gembira. Sangat lega tengok anak kembali senyum dan bertenaga.
Kepala pusing. Kalau entry ini pon macam berpusing dan memusingkan kamu, harap fahamlah kenapa.
// sebenarnya ubat semua penyakit ialah perhatian, kasih sayang dan ayat-ayat manis. Medina pon tahu. Kalau anak sakit, bagitahulah anak yang kamu sayang dia sangat-sangat. Meskipon dia cuma bayi 6 bulan yang tak faham apa benda kamu sedang cakap. Sekarang mummy tak sehat. I demand for some remedies, please.




November 26th, 2010 at 10:58 pm
cepat sembuh ye chika. jangan lasak lasak.
November 26th, 2010 at 11:05 pm
semoga cepat sembuh Chika…
PS, Medina sgt cute walaupun baru sihat dr demam
November 26th, 2010 at 11:08 pm
Get well soon my dear!!!Minum banyak air..
November 26th, 2010 at 11:56 pm
comel je suara mummy & daddy. ngehngehngeh. tapi medina tak ceria macam selalu. senyap je :(
November 27th, 2010 at 12:01 am
alahai mummy pulak demam. kasih sayang dan perhatian memang ubat paling mujarab kan. get well soon kak nurul :D
November 27th, 2010 at 12:03 am
Yay!!
Alhamdulillah. Baby Medina dah takda muka boring dah!!
Mummy: “Don’t eat, read”
Medina: I dont care. Eat and read sounds almost the same. Eat eat eat!
Sukanya tengok dia dah sihat :) Mummy Medina get well soon ya?
November 27th, 2010 at 12:19 am
get enough rest dear..
mgkin perubahan suasana kot.. masih teringat Malaysia..
apa2 pon, jgn lupa mkn ubat, dan minum air suam byk2
nnti klu chika sakit, akak pon meroyan x dpt bca en3 baru..
love you, lil sis :)
November 27th, 2010 at 8:37 am
nnt medina akn cheer up kn mommy ok
get well soon chika