Perbuatan Berkhasiat & Medina 6 Bulan
Hari ini genap Medina berusia ENAM. Minta semua orang mengadakan party hari lahir yang ke setengah tahun tapi tak ada siapa nak layan. Ulang bulan ke-6 pon, kalau perlu diraikan memang ternyata berlebih-lebihan LOL. Apa pon, selamat hari lahir yang ke setengah tahun, Nur Medina.
Mummy and Daddy love you so much. Words can’t describe. Pung pang pung pang Mummy berbuih mulut cakap I LOVE YOU pon, that shouldn’t be enough. Tak apalah.
At 6 month :

Dapat tabiat pouting mulut.
Terutama untuk tunjuk perasaan.
Tadi petang, memberontak nak susu. Pout mulut dan lembikkan badan sambil tarik tarik nafas macam tak boleh bersabar dah. As in ; Mummy, dah lama saya sabar ni. Saya dah hilang sabar ni.

Tok Abah, saya nak tarik mulut Tok Abah ni. Ready!
Cepat imitate orang. When orang sings, she sings. Orang tata, dia tata. I scream, she screams. Tahap mobility sudah meningkat. Bergerak makin laju. Tak boleh baring terlentang dah. Mesti nak rock and roll. And then, akan berperang dengan dia setiap kali nak pakaikan baju.
I am a happy baby.
I am bermata guli.
Jangan cuba buli,
Nanti I tell Daddy.
Subhanallah. Bagaimanakah waktu berterbangan? (How time flies) Baby saya sudah enam bulan. She can do what she can’t do before. Dia dah boleh bermain. Dia boleh tersenyum. Dia dah ada keinginan. Dan sebagainya. Untuk semua ini, terima kasih Tuhan. Jadikan anakanda kami ini insan terpuji. Cantikkanlah akhlaknya sebagaimana Engkau cantikkan juga rupanya.
Itu Medina punya cerita.
Cerita saya pula, sekarang saya dalam pantang. HAHA anak 6 bulan, baru merasa berpantang you. Sudah tiga hari saya mengurut. Dulu selepas bersalin, tidak berurut. Sedapnya bukan kepalang. Badan rasa ringan. Setelah tiga hari berurut, hari ini bertungku hari pertama. Bertungku adalah sangat best. Siapa tak pernah merasainya, simpan angan-angan untuk mencubanya kelak please.

Batu sungai.
Memang tradisional. Batu sungai adalah batu yang paling baik untuk bertungku (pepatah berkata) Memang seronok bertungku secara tradisional kalau ada orang tukang buat, kita tukang baring. Memang seronok. Kalau kita jadi tukang tungku dan ditungku, memang boleh mendatangkan fed-up. HAHA.

Daun mengkudu.
Asyik tersasul nak sebut daun mengkuang. Pastu bila sebut mengkuang, ingat macam sengkuang. Padahal tak ada kaitan. OK tak apa. Daun mengkudu digunakan untuk membalut batu yang sudah dipanaskan. Daun mengkudu akan menghasilkan bau yang menggembirakan (hoh?) apabila terbakar dek kepanasan batu. Secara tiba-tiba, akan terkenang memori lampau semasa emak dalam pantang. Apabila arwah Opah menyediakan kesemua ini untuk emak. Dan bau daun mengkudu terbakar bersama batu panas seperti ini sungguh nostalgik. I miss arwah Opah.
Saya suka bertungku. Sama macam saya suka berbengkung. Ikat kuat-kuat. It can bring you back to your pre-pregnancy shape insyaAllah. Dalam 2 bulan macam tu, saya taat berbengkung secara tradisional. The one with 6 metres long of kain. Lilit dan ikat secara berseni (by Mak Yang) sampai kau sesak nafas dibuatnya but who cares asalkan perut kau langsing macam Paris Hilton. Selepas 2 bulan, saya pakai bodyshape Triumph and La Senza. Pon jadik! Alhamdulillah. Masalah perut adalah tiada. Cik Mas (tukang urut) cakap bertuahnya orang yang tak ada stretchmarks. Dia tanya macam mana saya buat. Saya cakap, saya pon tak tahu macam mana saya buat. Rezeki agaknya. Masalah yang ada adalah masalah berat badan yang mendadak turun. Tak. Tak happy about that.
Objektif sekarang adalah untuk meningkatkan sedikit berat badan. Disamping mengawal tummy. Anda rasa ini mudah macam kacang? Sebenarnya tak. Sebab kalau nak makan kacang pon kadang-kadang kena kopek kulit. Susah.
Eh eh.
Khasiat berurut dan mendengar cakap orang tua merupakan dua khasiat yang berbeza. Tapi sering datang secara seiring. Kadang-kadang orang tua menyusuh kita (orang muda) melakukan perkara yang tak begitu terbukti berkhasiat. Tapi kalau kita dengar cakap, kita akan mendapat khasiat kerana patuh (walaupon anjuran mereka sebenarnya tak ada khasiatnya) Contoh : Jangan bagi baby hisap ibu jari kaki, nanti kau berisi lagi. Nampak tidak? Satu anjuran yang tidak berkhasiat kerana tidak tahu apa rasionalnya. Tapi kalau kita patuh dan menurut, kita telah menggembirakan hati mereka. Terus dapat khasiat anak yang taat. HAHAHAHAHAHA APA KAU CAKAP NI.
Nak tahu tak, esok cinta hati pulang.




November 7th, 2010 at 11:09 pm
Huh….
Nak korek mata Medina.. T____T
Sungguh bulat.. Sungguh.. Sungguh.. Sungguh…
chika Reply:
November 7th, 2010 at 11:13 pm
Medina tu semua pon bulat :D
November 7th, 2010 at 11:16 pm
Birthday medina sama dgn my doter laa..
chika Reply:
November 7th, 2010 at 11:33 pm
oh ye ke? your daughter umur berapa? :)
chika Reply:
November 7th, 2010 at 11:33 pm
happy birthday to her!
Nfa Reply:
November 7th, 2010 at 11:39 pm
Sama dgn medina.. 6 months :)
Dia lahir @ 12.25 pm. Medina?
chika Reply:
November 7th, 2010 at 11:46 pm
oh ye ke? betul-betul sebaya ni. Medina lahir 6.03 am (bne time) = 4.03am malaysia :)
Nfa Reply:
November 7th, 2010 at 11:51 pm
Tu la… Sebaya.. Nak celebrate birthday next year sama2 takleh laa plak..
You all sure kat aust masa tu kan.. Hihihi
Celebrate dari jauh je la eh..
November 7th, 2010 at 11:18 pm
Ya Allah Medina! comelnya buat pout macam tuh! esok daddy datang ye. mesti excited dia tuh, and her Mummy as well. hihihi.
Happy 6-months old Medina! cepat nya masa berlalu, tak sangka Medina dah 6 months, and at the same time, tak sangka dah nak hujung tahun.
Medina jadi good girl tau. Keep up the good girl attitude. Susah nak carik baby macam Medina yang tak cranky nih tau! :)
God bless you Nur Medina :)
November 7th, 2010 at 11:18 pm
comelnye medina…geram geram…
November 7th, 2010 at 11:23 pm
i punya syok baca blog u sampai tebawak-bawak dalam mimpi. Medina pun ada sekali.. haish.. Apa laaa.. haha.
November 7th, 2010 at 11:29 pm
kenapa sampai nak korek…?kesian medina..
November 7th, 2010 at 11:56 pm
akak wonder who is more excited when daddy come back? :)
apa2pon tahniah coz dh 6 bulan since nurul bergelar ibu kepada nur medina..
and tahniah jgk sbb berjaya menjadikan nur medina baby yg sungguh healthy smpai rasa geram2 kt dia… hehehe..
p/s:i wonder when it will be my time..
oh ruginye kawen lmbat… T_T
hehehe…
November 7th, 2010 at 11:58 pm
alahai pandai gile buat mulut gitu.. mesti geram nak cubit2.. haha
wah daddy balik, mummy and baby sure happy! selamat semuanya!
November 8th, 2010 at 12:11 am
badan medina comel..slalunya kanak2 camni..badan ringan..so mmg cpt berjalan..so siap je la pasni ..2 bulan lgik..insya Allah..chika dok main kejar2 ngan medina plak..
btw..selamat hr kelahiran yg ke 6 bulan ;)
November 8th, 2010 at 11:01 am
dekat kg cheras baru ni, boleh lawat2 medina ni. boleh?
chika Reply:
November 8th, 2010 at 11:33 am
boleh.
Silalah :)
Amyz Reply:
November 8th, 2010 at 2:05 pm
ok. akak msg fb Nurul. ;-)
November 8th, 2010 at 11:17 am
bertungku dgn daun mengkudu mmg terhebat!songgo!!ta tipo! kak dyh pas tungku kaki dgn daun mengkudu di ruma in law..rasa sgt ringan slps itu..cm bleh floating..hahaha..yg tu tipola..ok nurul teruskan bertungku tau..
November 8th, 2010 at 12:22 pm
aih medina…medina..medina…
saya memang mahu baby gurl..tapi first baby ni boy…
takper2..nanti BUAT lagi…agagaga…:P
luv to see u medina walapon hanya di BLOG..
November 10th, 2010 at 12:12 pm
kak nurul n doter sgt comey! n hillllllariooous!